Anda di halaman 1dari 32

Novel Pantai Kasih karya Azmah Nordin

Konsep Asas Kajian Novel


1. Kajian novel Pantai Kasih berdasarkan beberapa konsep tertentu atau istilah
tertentu yang digunakan dalam peperiksaan. Konsep tersebut kebanyakannya
termasuk dalam teknik penceritaan dan teknik plot seperti:
(a) Teknik dialog melibatkan perbualan antara watak tertentu seperti Raiha
menegur Felicia Landosi kerana menggunakan bahasa yang kasar kepada
ibu Unong Siron.
(b) Teknik monolog iaitu watak tertentu bercakap sendirian seperti Felicia
Landosi bercakap sendirian ketika berada di dalam farmasi PRPK.
(c) Monolog dalam watak tertentu berfikir tentang sesuatu perkara seperti
Doktor Uwang memikirkan sebab Raiha mempersoalkan kegagalannya
merawat Unong Siron setelah melakukan 5 kali pembedahan.
(d) Imbas kembali bermaksud watak tertentu teringat peristiwa yang sudah
berlaku seperti Raiha teringat kematian anaknya Rohayu yang terkorban
dalam kebakaran kereta Porsche berhampiran dengan rumah tumpangan.
(e) Imbas muka watak tertentu memikirkan perkara yang akan berlaku
seperti bapa Raiha menghalang dia berkahwin dengan Doktor Sadiz kerana
umurnya lebih tua daripada umur bapanya dan jika berkahwin, Raiha akan
dilayan seperti anaknya.
(f) Konflik jiwa bermaksud tekanan perasaan yang dihadapi oleh watak
tertentu seperti Doktor Uwang sering tergambar wajah seorang kanak-
kanak yang dalam keadaan mengerikan akibat kebakaran.
(g) Konflik pendapat perbezaan pendapat antara watak tertentu seperti
Raiha menolak cadangan Doktor Sadiz menggugurkan kandungannya
kerana janinnya didapati bermasalah.
(h) Konflik fizikal melibatkan pertentangan fizikal seperti pergaduhan dan
sebagainya. Seorang pemuda yang menyamar menjadi doktor di PRPK
telah menahan Felica Landosi di bilik bedah. Dia mengugut untuk
mencederakan Felicia menggunakan pisau bedah.
(i) Saspens sesuatu peristiwa yang berlaku menyebabkan pembaca ingin
mengetahui keputusan peristiwa tersebut pembaca tertanya-tanya
balasan kepada Doktor Sadiz. Pada akhir cerita, pembaca mengetahui
Doktor Sadiz dibebaskan oleh mahkamah tetapi akhirnya dia terkorban
dalam kemalangan apabila kereta yang dipandunya melanggar lori tangki
minyak.
(j) Klimaks bermaksud punca cerita seperti Felicia Landosi mengakui
kesalahan dirinya di hadapan Raiha. Dia meminta maaf kepada Raiha
kerana merahsiakan dirinya sebagai saksi kematian Rohayu.
(k) Teknik pemerian penulis menceritakan fizikal watak tertentu atau latar
tempat tertentu seperti penulis menceritakan diri Raiha yang berumur 30-
an, berambut panjang paras bahu yang merupakan ibu kepada Rohayu.
(l) Permulaan cerita penulis menggambarkan bahagian pendahuluan
sesuatu peristiwa.
(m) Perkembangan cerita pelbagai masalah atau cabaran yang berlaku dan
terpaksa dihadapi oleh watak utama.
(n) Peleraian cerita iaitu pengakhiran peristiwa dan balasan tertentu watak
kepada watak sampingan.
Bab 1
1. Latar tempat / Teknik pemerian / Konflik jiwa / Konflik pendapat / Latar belakang
watak sampingan.
- Penulis menggambarkan PRPK yang terdapat tirai berwarna hijau lembut
- Raiha berambut ikal paras bahu, tubuhnya tinggi lampai, berusia pertengahan
tiga puluhan.
- Dia mengalami konflik jiwa apabila teringat nasib Unong Siron yang
menderita, keluarga berpendapatan rendah, terpaka menabung untuk
mendapatkan rawatan.
2. Imbas kembali / Imbas muka / Watak sampingan / Konflik pendapat / Nilai insaf
diri.
- Raiha teringat Doktor Uwang merupakan guru demonstrator dalam
pembedahan, bertemu Doktor Uwang kali kedua ketika bertugas di hospital
kerajaan.
- Pernah suka kepada lelaki tersbut kerana kehebatannya sebagai pakar bedah.
- Raiha berkahwin dengan Doktor Sadiz iaitu duda beranak dua dan pakar
perunding pembedahan.
- Bapanya tidak setuju kerana Doktor Sadiz lebih tua daripada bapannya dan
tidak mahu Raiha dilayan seperti anaknya.
3. Teknik pemerian / Imbas kembali / Konflik pendapat
- Penulis menggambarkan Doktor Uwang seorang yang kacak, berumur
pertengahan empat puluhan dan sederhana tinggi.
- Bagaimanapun, setelah kegagalan Doktor Uwang merawat Unong Siron, Raiha
sering berbeza pendapat dengannya.
- Teringat ibunya yang bertugas sebagai jururawat, meninggal dunia ketika
melahirkannya.
- Kemudian, bapanya berkahwin lain dan mendapat 2 orang anak leaki, mereka
kini bertugas sebagai hakim dan pengarah di jabatan kerajaan.
- Bapanya tidak setuju dia menjadi doktor bedah kerana sibuk bekerja, lebih
suka Raiha menjadi suri rumah.
4. Monolog dalaman / Imbas kembali / Nilai kegigihan
- Raiha memikirkan sama ada sikapnya yang tidak menerima pendapat bapanya
menyebabkan dia menghadapi kesusahan.
- Teringat akan kematian anaknya Rohayu dalam kebakaran kereta Porsche
yang mengerikan.
- Doktor Uwang menyebabkan tanggungjawab merawat Unong Siron dan
melakukan pembedahan kali ke-6
- Unong Siron lulusan sarjana dan akan melanjutkan pelajaran ke luar negara.
5. Imbas kembali / Konflik jiwa / Teknik pemerian / Latar masa
- Raiha teringat perbualan dengan Felicia Landosi menegur Felicia kerana
menggunakan bahasa yang kasar kepada ibu Unong Siron.
- Felicia Landosi mengalami tekanan perasaan kerana dibayar gaji yang
lumayan oleh Doktor Uwang supaya menyimpan rahsia punca kematian
Rohayu.
- Pernah menaruh hati kepada Doktor Muhammad tetapi tidak mendapat
layanan yang baik.
- Raiha terbayang bagaimana anaknya Rohayu terbakar dalam keadaan
menakutkan.
6. Latar masa / Latar tempat / Sikap sombong watak sampingan / Konflik pendapat
- Pukul 7.30 malam, Felicia dalam keadaan tidak tenang, tidak sanggup berada
di dalam PRPK.
- Merasakan perbuatannya mengambil ubat di Farmasi PRPK akan terbongkar.
- Mata Felicia kemerahan dan mukanya cengkung seperti kurang tidur.
- Sikapnya yang melayan ibu Unong Siron dengan kasar seperti diketahui oleh
Doktor Muhammad.
- Dia mengambil ubat batuk dan meminumnya untuk melupakan peristiwa
hitam dalam hidupnya.
- Dia teringat kata-kata Raiha bahawa dia telah berjanji untuk menjadi
jururawat yang baik sebelum menjawat tugas tersebut.
Bab 2
1. Teknik pemerian / Latar tempat / Monolog dalaman / Nilai berjimat cermat / Nilai
ketaatan / Konflik jiwa
- Penulis menggambarkan ruang tamu rumah banglo dua tingkat Doktor Uwang
yang terdapat halaman rumah yang bersih. Doktor Uwang terlihat seorang
kanak-kanak perempuan berdiri tegak di bawah cahaya lampu di halaman
rumahnya.
- Dia teringat seorang kanak-kanak yang pernah dilihatnya.
- Tidak setuju dengan cadangan mengambil amah dan berpendapat isteri
mampu menguruskan rumah.
- Walaupun mempunyai seorang anak tetapi dihantar ke sebuah swasta
berasmara sejak berumur 7 tahun.
- Isteri Dato Ontong iaiti Emi kagum akan fizikal Dato Uwang.
2. Monolog dalaman / Sikap kebedaan / Nilai kebijaksanaan / Imbas kembali / Latar
masa
- Doktor Uwang memikirkan kata-kata Dato Ontong tentang dalam kehidupan.
- Dia lebih mementingkan keuntungan seperti merawat Unong Siron yang
mampu membayar kos rawatan.
- Mewujudkan wad VVIP untuk meningkakan keuntungan PRPK.
- Sering teringat kata-kata Raiha mempersoalkan kegagalannya merawat Unong
Siron.
- Raiha yang dahulunya tenang tetapi selepas peristiwa hitam menimpa dirinya
sepuluh tahun lalu, dia bersikap pemarah dan pendiam.
3. Teknik pemerian / Imbas kembali / Nilai kerajinan / Konflik jiwa
- Doktor Uwang ternampak kanak-kanak memeluk belakang isterinya.
- Dia terbayang kanak-kanak perempuan yang telah mati. Fikirannya terganggu.
- Kedatangan seorang pemuda yang menyamar sebagai doktor bedah ke PRPK
tetapi sempat dihalang oleh Felicia Landosi.
- Pemuda tersebut berjanji akan datang semmula sebelum melarikan diri.
- Raiha berpendapat Doktor Uwang, pemuda itu dan Doktor Sadiz sama sahaja
yang menyebabkan jiwanya tertekan.
- Bercadang untuk membuka klinik persendirian tetapi namanya tercemar
kerana mendakwa Doktor Sadiz menyebabkan kematian anaknya.
Bab 3
1. Monolog dalama / Nilai sopan-santun / Latar masa / Teknik saspens / Imbas
kemballi
- Felicia Landosi teringat masalah dirinya yang ketagih ubat batuk.
- Dia memasuki bilik VVIP yang kelihatan seperti hotel lima bintang, dilengkapi
penghawa dingin, TV LED, telefon terus, almari serta katil daripada jata
nyatuh.
- Felicia berasa bersalah kerana telah bersumpah dengan Doktor Uwang untuk
merahsiakan punca kematian Rohayu.
- Dia menegur Datin dengan sopan dan berbeza ketika dia melayan ibu Unong
Siron.
- Pukul 8.30 malam, Datin menegur Felicia sama ada dirinya sakit kerana
wajahnya pucat tetapi Felicia menafikannya.
- Felicia teringat bagaimana Doktor Sadiz mencurahkan minyak petrol pada
kereta Porsche menyebabkan kebakan, letupan dan mengorbakan Rohayu.
- Dia rasa berdosa kerana merahsiakan perkara tersebut.
2. Latar tempat / Konflik jiwa / Teknik dialog
- Felicia ke ruang dapur PRPK, membuka peti ais dan mengambil aiskrim untuk
menenangkan perasaanya.
- Dia berpendapat, ubat batuk dapat mengurangkan tekanan perasaannya.
- Kartini Borhan iaitu jururawat muda di PRPK menegur Felicia dan bertanya
sama ada dia memikirkan pemmuda yang menceroboh dan menyamae
sebagai doktor.
- Dia cuba merawat Unong Siron.
- Ibu Unong Siron menceritakan masalah anaknya. Walaupun telah menjalani 6
kali pembedahan sendi tulang pinggul tetapi masih belum sembuh sedangkan
wang insurans kemalangannya hampir habis.
3. Konflik jiwa / Latar tempat / Latar masa / Sikap kejam watak sampingan
- Raiha menaiki kereta mewahnya jenis BMW.
- Dia teringat ketika dimahkamah dalam perbicaraan Raiha VS Sadiz.
- Pihak mahkamah memutuskan Doktor Sadiz. Tidak bersalah
- Raiha marah dan menyatakan Doktor Sadiz yang menyebabkan kebakaran
kereta dan mengorbankan Rohayu.
- Raiha teringat dia dan Felicia berasal dari daerah Inanam di Sabah dan mereka
bertemu semula apabila Felicia bertugas sebagai jururawat di Hospital
Kinabalu
- Felicia seorang yang pendiam dan tidak diketahui siapa bapa kandungnya.
- Ketika dia bertugas di Hospital Kinabalu, ibunya meninggal dunia.
- Raiha teringat kata-kata Doktor Sadiz yang enggan menceraikannya dan
membiarkan dia menderita digantung tidak bertali
- Doktor Uwang juga teringat bagaimana Doktor Sadiz membakar keretanya
Bab 4
1. Imbas kembali / Monolog dalaman / Latar tempat / Latar belakang watak utam /
Konflik jiwa
- Raiha teringat nasib Unong Siron selepas menjalani operasi penggantian sendi
tulang pinggul. Dia memikirkan sebab Unong Siron perlu menjalani enam kali
pembedahan.
- Raiha memikirkan tidak berfaedah jika dia membawa kes dirinya dengan
Doktor Sadiz ke mahkamah Syariah.
- Dia teringat bahawa dia berasal dari daerah Ranau di Sabah.
- Ketika menaik lif ke rumahnya, dia terbayang wajah Doktor Sadiz yang sudah
mati.
- Teringat bagaimana Doktor Sadiz memperkosanya di dalam lif sehingga
menyebabkan Raiha mengandung.
- Apabila dikesan kandungannya bermasalah, Doktor Sadiz memaksanya
menggugurkan kandungan tetapi Raiha enggan.
- Teringat bagaimana Doktor Sadiz memukulnya di dalam lif.
- Bagaimanapun Raiha akhirnya melahirkan Rohayu yang mengalami Sindrom
Down.
2. Konflik pendapat / Nilai berpendirian teguh/tabah / Konflik jiwa / Konflik
pendapat / Konflik fizikal.
- Datu Ontong berbeza pendapat dengan Doktor Uwang
- Menyatakan, sekarang terdapat doktor palsu, ubat palsu, sendi tulang palsu
dan sebagainya.
- Dilakukan untuk mendapatkan keuntungan.
- Doktor Uwang teringat sikap Raiha yang selalu mempersoalkan kegagalannya
merawat Unong Siron.
3. Latar tempat / Konflik jiwa
- Felicia Landosi memasuki ruang farmasi untuk mengambil ubat batuk.
- Dia terbayang seperti memasuki wad pesakit biasa.
- Seorang pesakit lelaki memarahinya dan menuduh dia menipu dengan
menyatakan kebaikan PRPK sahaja.
- Pesakit tersebut telah menghabiskan beribu-ribu ringgit untuk rawatan tetapi
masih tidak sembuh.
Soalan-soalan Novel
1. Berdasarkan novel yang anda kaji, huraikan beserta contoh teknik imbas kembali
yang digunakan penulis untuk menghidupkan penceritaannya.
Berdasarkan Novel Pantai Kasih karya Azmah Nordin, terdapat penggunaan
teknik imbas kembali untuk menghidupkan penceritaan. Imbas kembali
bermaksud watak-watak tertentu mengingat semula peristiwa yang telah
berlaku. Antaranya watak utama mengingat semula peristiwa anaknya yang
terkorban dalam kebakaran. Raiha teringat semula peristiwa Rohayu yang
terkorban dalam kebakan kereta Porsche berhampiran dengan rumah
tumpangan. Dia melihat Doktor Sadiz mencurahkan minyak petrol dan
membakar kereta tersebut.
Selain itu, watak sampingan teringat keadaan latar belakang hidupnya. Felicia
Landosi teringat keadaan dirinya. Dia merupakan anak tidak sah taraf. Ibunya
terlibat dalam pergaulan bebas ketika remaja. Ibunya mengandung tetapi
tidak diketahui siapa sebenarnya bapa Felicia. Ibunya menghalang dia dan
mengawal pergaulan dia menyebabkan dia mengalami tekanan perasaan dan
untuk mengurangkan tekanan perasaan tersebut dia mengambil ubat batuk di
Farmasi PRPK.
Watak utama teringat perbezaan pendapat antara dirinya dan ayahnya. Ayah
Raiha menolak cadangannya untuk menjadi doktor bedah, dia lebih suka
Raiha menjadi suri rumah tangga kerana sebagai seorang soktor, dia tidak
mempunyai masa yang cukup untuk bersama dengan keluarganya. Ayahnya
juga menentang cadangannya untuk berkahwin dengna Doktor Sadiz yang
sama umur dengan ayahnnya. Ayah tidak mahu Doktor Sadiz melayan Raiha
seperti anaknya.
2. Berdasarkan novel yang anda kaji, huraikan berserta contoh perwatakan watak
utama dalam novel tersebut.
Berdasarkan Novel Pantai Kasih karya Azmah Nordin, terdapat pelbagai
perwatakan yang digambarkan melalui watak utama iaitu Raiha. Watak utama
iaitu Raiha. Watak utama digambarkan sebagai seorang ibu yang penyayang.
Raiha amat menyayangi anaknya, Rohayu walaupun mengalami Sindrom
Down. Dia menentang permintaan Doktor Sadiz untuk menghantar Rohayu ke
Pusat Kanak-kanak Istimewa. Dia juga pernah menentang permintaan Doktor
Sadiz untuk menggugurkan kandungannya yang bermasalah.
Selain itu, watak utama juga digambarkan sebagai seorang wanita yang
tabah menghadapi pelbagai cabaran dalam kehidupan. Raiha amat marah
apabila Doktoor Sadiz mengambil tindakan membakar kereta Porsche
berhampiran dengan rumah tumpanga. Dia telah membawa kes tersebut ke
mahkamah dan mendakwa Doktor Sadiz menyebabkan kematian Rohayu. Dia
berasa kecewa apabila pihak mahkamah membebaskan Doktor Sadiz kerana
tiada bukti yang kukuh.

Penjurit Kepetangan
-- pahlawan yang hebat/banyak
Prosa Traditional
pengalaman
Kepimpinan Melalui Teladan Tanpa kedap tembung laku
-- bahasa kasar
Tema pelente (penjahat)
kararlah (ananlah)
Kehebatan pemimpin untuk mempertahankan negeri daripada ancaman musuh.
Persoalan
- Kegagahan pahlawan pada zaman dahulu
- Kebijasanaan merancang strategi untuk menewaskan musuh
- Kesetiaan terhadap raja atau pemimpin
- Usaha menuntut bela atas kematian orang yang disayangi ]
- Sikap amanah dalam menjalankan tugas
- Kepentingan masayarakat lebih utama daripada diri sendiri
Watak dan perwatakan
Laksamana
- Hulubalang Melaka yang bijak dan berpandangan jauh.
- Berani dan gagah menentang musuh
- Digeruni pihak lawan
- Taat perintah raja
- Tidak mementingkan diri sendiri
Kertala Sari
- Pahlawan Majapahit yang hebat
- Anak Petala Bumi
- Berani tetapi kejam dan ganas
- Memiliki kuasa kesaktian
- Pendendam
- Taat perintah pemimpin
Raja / Ratu melaka
- Dikenali sebagai Tuanku Syah Alam
- Adil dalam pemerintahan
- Mengutamakan keamanan negara
- Menghargai jasa hulubalang
- Rasional dan bijaksana
Patih Gajah Mada
- Pembesar Majapahit yang pendendam
- Bijaksana dan berpandangan jauh
Watak lain
- Petala Bumi
- Temenggung
- Betara Majapahit
- Isteri Petala Bumi
- Patih Karima Wijaya
- Bendahara Melaka
Latar Tempat
- Daha
- Majapahit
- Bukit Lima
- Melaka
- Jalan ke pasar
- Rumah Petala Bumi
- Istana Tuanku Syah Alam
- Rumah Bendahara
Latar Masa
- Zaman dahulu kala
- Waktu siang dan malam
Latar Masyarakat
- Masyarakat yang taat perintah raja
- Masyarakat pendendam dan ingin menuntut bela
- Masyarakat yang bijaksana menggunakan muslihat
- Msyarakat yang kejam dan zalim
- Masyarakat yang berani menentang musuh
Pengajaran
- Kita harus bijaksana merancang strategi
- Kita wajar taat perintah raja dan pemimpin
- Kita perlu berani menentang musuh
- Kita patut menjauhi sikap pendendam
- Kita hendaklah mengutamakan nasihat daripada diri sendiri
- Kita harus menghargai jasa
Sinopsis
1. Patih Gajah Mada menerima berita
(a) Petala Bumi dan 7 saudaranya mati diubnuh di Bukit Cina
(b) Laksamana merupakan orang yang membunuh Petala Bumi
(c) Sangat marah dan ingin membalas dendam
2. Patih Gajah Mada bertindak
(a) Bertanya isteri Petala Bumi tentang anaknya Kertal Sari
(b) Mengetahui Kertala Sari ke Daha untuk merompak
(c) Bertanya Kertala Sari tentang perasaannya apabila mengetahui bapanya
dibunuh
(d) Menawarkan jawatan Penggawa Agung jika berjaya membunuh Ratu
Melaka dana Laksamana.
3. Kertala Sari menyatakan
(a) Sangat marah dan akan membalas dendam
(b) Akan membunuh laksamana dan Ratu Melaka
(c) Mampu memusnahkan negara seorang diri
(d) Tidak akan menerima jawatan Penggawa Agung sebelum berjaya
membunuh laksamana dan Ratu Melaka
4. Betara Majapahit memerintahkan Kertala Sari bersama 10 pengikut ke Melaka.
5. Tindakan Kertala Sari
(a) Pergi ke Kampung Jawa dan menyamar sebagai orang Jawa
- Menjadi pengikut kepada Patih Kerma Wijayah
- Mengikut Patih Kerma Wijayah menghadap Ratu Melaka
- Dapat mengenali Laksamana yang membunuh bapanya Petala Bumi
(b) Pergi ke Bukit Cina untuk dijadikan tempat menyimpan harta rompaka
(c) Ke rumah saudagar pertama, merompak dan mencabul isteri saudagar
tetapi tidak dapat dikesan kerana menggunakan ilmu sakti (menghilangkan
diri)
(d) Masuk ke rumah kedua dan merompak
(e) Masuk rumah Bendahara merompak.
6. Tindakan Tuanky Syah Alam
(a) Meminta Temenggung meningkatkan kawalan keselamatan di Melaka.
(b) Memarahi Temenggung kerana gagal menghalang Kertal Sari
(c) Awalnya tidak membenarkan Laksaman pergi kerana takkut nyawa
terancam
(d) Membenarkan Laksaman menentang Kertala Sari
7. Tindakan Laksamana
(a) Mengumpulkan hulubalang dan penduduk Melaka untuk meningkatakn
kawalan
(b) Menggunakan ilmu sakti menyebabkan pedanag, tombok dan kayu di tepi
pagar bergerakk sendiri
(c) Pada malam akhir, Laksamana memakai baju berwarna hitam dan tidur di
tengah jalan ke pasar
8. Kertala Sari bertindak
(a) Cuba memasuki istana Melaka tetapi gagal
(b) Hairan kerana ada orang Melaka yang tahu ilmu orang Jawa
(c) Mencampakkan kayu ke pagar istana dan kayu tersebut terpotong
(d) Mmemakai baju yang cantuk dan wangi-wangian sebelum keluar ke istana
Melaka
(e) Terlanggar kaki Laksamana dan dia dibunuh oleh Laksamana (Laksamana
bertindak menentang syahwat Kertala Sari dan pulang ke rumah)
9. Penduduk Melaka yang melihat mayat Kertala Sari, memotong anggota badannya
yang lain sebagai bukti mereka membunuh Kertala Sari untuk mendapatkan
ganjaran
(a) Paduka Syah Alam menunggu kedatangan Laksamana yang membawa
syahwat dan keris Kertala Sari sebagai bukti si membunuh Kertala Sari
(b) Meminta Bendahara mengarahkan penduduk Melaka mengambil harta
rampasan di Bukit China selama 7 hari 7 malam
(c) Mengumumkan sesiapa yang kehilangan harta untuk menuntutnya di
istana Melaka.
(d) Raja Melaka mencadangkan harta rampasan dibahagi 3
- Dua bahagian untuk Laksamana dna 1 bahagian untuk pemilik
harta.
- Alasannya, harta tersebut sudah hilang.
(e) Laksamana mencadangkan dua bahagian diberi kepada pemilik harta, satu
bahagian untuk Laksamana (bahagian tersebut dibahagi kepada 3 1
bahagian diberikan kepada orang miskin, 1 bahagian dibahagi kepadaa
pengikutnya, 1 bahagian dibahagi kepada pembesar istana). Negeri
Melaka pun amanlah
10. Patih Gajah Mada yang mengetahui Kertala Sari mati dibunuh sangat marah dan
mencari pahlawan yang lain untuk membalas dendam
Soalan
1. Apakah maksud barang sesuatu bicara seperti dalam petikan di atas?
Maksud barang sesuatu bicara seperti dalam petikan di atas ialah semua tentang
pendapat.
2. Nyatakan langkah-langkah yang telah diambil oleh Laksaman untuk menewaskan
Kertala Sari.
Langkah-langkah yang telah diambil oleh Laksamana untuk menewaskan Kertala Sari
ialah memakai baju berwarna hitam, tidur di tengah jalan ke pasar dan menikam
Kertala Sari apabila dia terlanggar kaki Laksamana.
3. Pada pendapat anda, apakah faktor-faktor yang boleh menggugat keamanan
sesebuah Negara?
Pada pendapat saya, faktor-faktor yang boleh menggugat keamanan sesebuah
Negara ialah terdapat musuh dari luar yang cuba menggugat keamanan negara.
Faktor yang lain ialah kawalan keselamatan negara yang lemah. Selain itu, faktor
yang seterusnya ialah perebutan kuasa politik menyebabkan perpecahan
perpaduan rakyat.
Sajak Sang Gembala Kuda
Tema
Keberanian dan kuasa penjaga kuda serta penganiayaan terhadap haiwan
Persoalan
- Ketegasan dalam menjalankan tugas
- Ketaatan kepada pemimpin atau pemerintah
- Keberanian menempuh pelbagai cabaran dalam kehidupan
- Menerima ketentuan Tuhan dengan hati terbuka
- Pengaruh dan kepimpinan gembala kuda
Pengajaran
- Kita harus bertanggungjawab menjalankan tugas
- Kita patut berani menghadapi sebarang rintangan atau cabaran
- Kita wajar gigih berusaha untuk mencapai hasrat atau cita-cita
- Kita perlu bijak merancang dalam menjalankan tugas
- Kita hendaklah faham akan kesusahan orang bawahan
Maksud
Rangkap 1
Penulis menggambarkan sikap seorang lelaki yang bertugas sebagai gembala kuda
yang dianggap gagah serta berani. Dia menggunakan rotan untuk dijadikan seagai
senjata bagi meningkatan keberanian mengawal kuda-kuda di padang. Dia
memukul kuda tersebut di padang supaya mengikat arahannya masuk ke
kandang yang disediakan.
Rangkap 2
Penulis menjelaskan gembala kuda menyediakan rumput dan jerami sebagai
makanan kepada kuda yang ditungganginya. Tindakan tersebut diambil sebagai
salah satu cara untuk meningkatkan kesetiaan kuda tersebut kepada tuannya.
Kuda tersebut memakan rumput dan jerami dengan rakus ketika lapar. Kuda
tersebut tidak memikirkan nasibnya setelah kenyang. Kuda tersebut dijadikan
alat tunggangan untuk memburu kuda-kuda yang lain.
Rangkap 3
penulis menggambarkan Sang Gembala Kuda sebagai seorang yang mempunyai
kuasa terhadap kuda-kuda jagaannnya. Kadang-kala, dia menjerit dengan suara
yang kuat dan lebih kuat daripada suara kuda sekandang. Pekulannya diikuti
dengan keberaniannya menjalankan tugas. Ia mennunggang kudanya dan
meredah kawasan hutan yang berdiri untuk memburu kuda-kuda yang lain. Dia
juga mengharung kawasan lumpur dan di tempat yang menyiksakan.
Rangkap 4
Sang Gembala Kuda juga menggunakan pelbagai cara atau muslihat untuk mengawal
kuda-kuda di padang sambil memusingkan rotan yang dianggap kejam untuk
menakutkan kuda-kuda yang lain. Ia berpendapat bahawa dirinya sebagai
penyelamat maruah atau harga diri. Ia berjuang berdasarkan kebenaran untuk
menentang segala bentuk cabaran yang boleh memusnahkan tujuan atau
matlamat dirinya.
Rangkap 5
penulis menegaskan bahawa Sang Gembala Kuda bersikap mementingkan diri
sendiri. Ia lebih mementingkan diri sendiri. Ia lebih mementingkan kepantasan
kuda tunggangannya. Ia tidak memikirkan keletiihan kuda yang ditungganginya.
Dia lebih mementingkan usaha untuk mencapai kejayaan dan mendapat pujian
daripada masyarakat. Dia tidak memikirkan kesakitan kuda yang ditungganginya.
Dia terus menunggang kuda tersebut tanpa perasaan simpati.

Soalan
1. Apakah maksud meranduk lumpur di paya penindasan?
Maksud meranduk lumpur di paya penindasan ialah meredah tanah yang berair
di tempat penyiksaan.
2. Pada pendapat anda, mengapakah tenaga haiwan masih digunakan di negara-
negara dunia ketiga?
Pada pendapat saya, tenaga haiwan masih digunakan di negara-negara dunia
ketiga kerana mereka belum menerima pembangunan, teknologi dan sistem
pengangkutan moden. Selain itu, haiwan masih digunakan supaya dapat
menjimatkan kos. Di samping itu, haiwan masih digunakan kerana mereka
tidak mampu membeli peralatan yang moden dan mahal.
3. Apakah sikap negatif lelaki gembala kuda dalam sajak di atas?
Sikap negatid lelaki gembala kuda dalam sajak di atas ialah dia bersikap angkuh.
Contohnya, dia memukul kuda tersebut dengan perasaan yang sombong.
Selain itu, dia juga bersikap mementingkan diri sendiri. Sebagai contoh, dia
lebih mementingkan kepantasan kuda tunggangannya dengan tidak
memikirkan keletihan kuda yang ditungganginya. Seterusnya, dia juga
bersikap kejam. Contohnya, dia tidak memikirkan kesaktan kuda yang
ditungganginya dan terus menunggang kuda tersebut tanpa perasaan simpati.
4. Berdasarkan contoh, nyatakan dua persoalan yang terdapat dalam sajak di
atas.
Dua persoalan yang terdapat dalam sajak di atas ialah ketegasan dalam
menjalankan tugas. Sang Gembala Kuda menjalankan tugasnya dengan tegas
seperti dia menggunakan cemeti untuk memukul kuda-kudanya supaya kuda
tersebut mendengar arahannya. Selain itu, persoalan yang lain ialah ketaatan
kepada pemimpin atau pemerintah. Kuda-kuda mendegar arahan Sang
Gembala Kuda. Contohnya, kuda-kuda tersebut mengikut arahan Sang
Gembala Kuda masuk ke dalam kandang kerana dia menggunakan pelbagai
cara atau muslihat untuk mengawal kuda-kuda tersebut.

Sajak Aku Membaca Lagi


Tema
Penggunaan bahasa Melayu yang semakin terpinggir dalam kalangan masyarakat
Persoalan
- Gambaran keindahan alam ciptaan Tuhan
- Kejadian alam sebagai pelengkap kehidupan manusia
- Masalah dan cabaran dalam perkembangan bahasa Melayu
- Jati diri anak bangsa yang semakin terancam
- Anak bongsu yang semakin melupakan bahasanya sendiri.
Pengajaran
- Kita patut bersyukur akan kebesaran dan kekuasaan Tuhan.
- Kita wajar berani menghadapi pelbagai cabaran dalam kehidupan.
- Kita perlu bertanggungjawab mengangkat martabat bahasa Melayu dalam
kehidupan.
- Kita harus sedar kepentingan bahasa sebagai alat perpaduan masyarakat.
Maksud sajak
Rangkap 1
Penulis menggambarkan keadaan dirinya yang sedang memandang ke arah
langit. Dia menyaksikan pelabagai bentuk awan serta garisan dan tanda-tanda
yang menarik, indah dan berbeza. Dia dapat menyaksikan dan cuba mentafsir
kebesaran dan kekuasaan Tuhan yang mencipta alam ini. Dia juga melihat
terdapat gumpulan awan yang berbeza dan bergerak dengan perlahan. Dia
dapat merasai tiupan angin dan melihat banjaran gunung di kaki langit.
Rangkap 2
Penulis terus menyaksikan keindahan alam ciptaan Tuhan. Dia dapat mendengar
suara burung yang berkicau serta bunyi ombak yang bergerak dan memukul
pantai. Penulis juga menyaksikan keindahan pelangi ciptaan Tuhan. Semua
bentuk ciptaan tersebut menggambarkan kebesaran dan kekuasaan Tuhan.
Semua bentuk ciptaan Tuhan dalam alam semula jadi dapat digunakan dalam
kehidupan manusia yang juga merupakan ciptaan Tuhan.
Rangkap 3
Penulis memandang semula ke langit dan cuba memahami pelbagai bentuk
ciptaan Tuhan sementara kesan daripada kemajuan dan pembangunan yang
pesat di negara ini menyebabkan penerokaan hutan yang berlaku secara
meluas. Tindakan manusia tersebut telah menyebabkan tumbuhan musnah,
pohon kayu yang reput, dahan dan ranting kayu yang patah. Tindakan
manusia juga menyebabkan daun-daun kayu berguguran di permukaan tanah,
di negara kita yang aman dam makmur.
Rangkap 4
Penulis terus memandang kelangit dan melihat pelbagai bentuk pencemaran
udara kesan daripada tindakan manusia dan pembangunan yang pesat.
Keadaan ini telah menyebabkan bukan dan bintang tidak dapat dilihat dengan
jelas. Keadaan tersebut juga menggambarkan masalah dan kesukaran nasib
bangsa pada masa hadapan.
Soalan
1. Berdasarkan sajak di atas, berikan maksud menakuli kebesaran-Mu.
Rangkai kata manakuli kebesaran-Mu bermaksud mentafsir kekuasaan Tuhan.
2. Pada pendapat anda, apakah yang diperoleh oleh penulis setelah mendongak ke
langit?
Pada pendapat saya, perkara yang diperoleh oleh penulis setelah mendongak ke
langit ialah keindahan alam ciptaan Tuhan. Selain itu, penulis juga dapat melihat
pelbagai bentuk pencemaran udara kesan daripada tindakan manusia dan
pembangunan yang pesat. Seterusnya, penulis juga dapat menyaksikan pelbagai
bentuk awan serta garisan dan tanda-tanda yang menarik, indah dan berbeza.
3. Berdasarkan syair, huraikan beserta contoh tiga persoalan yang cuba
disampaikan oleh penulis.
Berdasarkan syair, tiga persoalan yang cuba disampaikan oleh penulis ialah
gambaran keindahan alam ciptaan Tuhan. Penulis menggambar pelbagai bentuk
ciptaan alam yang menggambarkan kekuasaan Tuhan seperti mentafsir
kekuasaan Tuhan. Selain itu, persoalan yang kedua ialah kejadian alam sebagai
pelengkap kehidupan manusia. Tuhun mencipta pelbagai alam semula jadi untuk
memudahkan manusia dalam kehidupan mereka seperti mewarni kehidupan
Umat-Mu. Persoalan yang ketiga ialah masalah dan cabaran dalam
perkembangan bahasa Melayu. Penulis memikirkan nasib bahasa melayu yang
semakin terpinggir dalam kehidupan masyarakat seperti membasahi bahasa
Melayu yang berdarah.
4. Pada pendapat anda, apakah strategi yang boleh diambil untuk mengadakan
impak negatif daripada pembangunan negara terhadap alam sekitar?
Pada pendapat saya, strategi yang boleh diambil untuk mengelakkan impak negatif
terhadap alam sekitar ialah menguatkuasakan undang-undang supaya mendakwa
mereka yang melakukan pencemaran terhadap alam sekitar. Selain itu, strategi
yang kedua ialah mendirikan hutan simpan supaya alam semula jadi dapat
dijamin daripa pembangunan. Di samping itu, strategi yang ketiga ialah
menganjurkan kempen tentang kepentingan alam semula jadi dalam kehidupan
kita.
5. Apakah langkah-langkah yang wajar diambil untuk mendaulaykan bahasa Melayu
sebagai bahasa kebangsaan?
Langkah-langkah yang wajar diambil untuk mendaulatkan bahasa Melayu sebagai
bahasa kebangsaan ialah mengadakan kempen tentang kepentingan bahasa
kebangsaan dalam kehidupan kita. Selain itu, langkah yang kedua ualah ibu bapa
haruslah mendidik anak mereka sejak keci lagi supaya mengamalkan sifat
bertutur dalam bahasa Melayu. Di samping itu, kerajaan juga harus menwajibkan
bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara supaya bahasa Melayu tidak
diabaikan.
Syair Bidasari
Tema
Cabaran yang dihadapi oleh seorang pemimpin dalam pemerintahan negara.
Persoalan
- Kebijasanan. Memimpin sebuah negara
- Tanggungjawab pemimpin kepada rakyatnya
- Keadilan. Keadilan dalam pemerintahann
- Ajal dan maut merupakan ketentuan Tuhan
- Ancaman masalah atau bencana yang sukar dijangka.
Pengajaran
- Kita harus menjalankan tanggungjawab kepada rakyat dengan amanah
- Kita patut bijaksana merancang strategi pemerintahan
- Kita wajar adil dalam pemerintahan
- Kita perlu insaf bahawa ajal dan maut merupakan ketentuan Tuhan
- Kita hendaklah menerima takdir Tuhan dengan hati yang terbuka.
Maksud syair
Rangkap 1
Penulis emnceritakan suatu peristiwa yang berlaku di sebuah negeri iaitu
Kembayat. Peristiwa tentang seorang raja yang memerintah did negeri
tersebut untuk dijadikan cerita sebagai contoh dan pengajaran.
Rangkap 2
Penulis menjelaskan raja yang memerintah negeri tersebut merupakan seorang
yang tangkas atau pantas serta bijaksana. Baginda juga merupakan pemimpin
yang bertuah dan mampu memimpin negeri tersebut dengan adil. Keadaan ini
menyebabakn ramai pedagang dan peniaga yang datang ke negeri tersebut.
Rangkap 3
Penulis juga menyatakan ramai anggota masyarakat yang berasa hairan akan
pemerintahan raja tersebut. Baginda merupakan seorang raja yang gagah dan
tidak pernah merasai kesusahan dalam kehidupannya. Bagaimanapun, tidak
diketahui keadaan yang berlaku pada masa hadapan.
Rangkap 4
Raja yang memerintah negeri tersebut dengan bijasana kemudian telah
berkahwin dengan seorang puteri. Setelah beberapa bulan kemudian,
permaisuri tersebut hamil.
Rangkap 5
Setelah beberapa lama memerintah negeri tersebut dengan adil dan bijaksana,
baginda hidup dengan gembira bersama keluarga. Bagaimanapun, berlaku
peristiwa yang amat menyedihkan keluarga dan rakyat kerana baginda
akhirnya mangkat dan meninggalkan kuasa pemerintahan.
Rangkap 6
Setelah baginda tiada, pada suatu ketika terbanglah seekor burung geroda dari
angkasa. Burung tersebut sangat besar dan gagah atau kuat. Burung tersebut
menyerang penduduk di negeri tersebut sehingga menyebabkan kemusnahan
yang besar.
Rangkap 7
Penulis menceritakan serangan burung geroda tersebut yang mengeluarkan
suara yang sangat kuat. Keadaan tersebut menyebabkan seluruh penduduk
sama ada golongan kaya atau miskin terkejut dan ketakutan. Seluruh
penduduk di negeri tersebut berasa sedih dan kecewa. Mereka melarikan diri
untuk mengelakkan serangan burung tersebut.
Rangkap 8
Ketika serangan, burung geroda tersebut, raja yang memerintah negeri itu
sedang bertemu dengan rakat. Baginda mendengar bunyi yang bising seperti
berlaku peperangan. Baginda bertitah dengan suara yang gerang sama ada
serangan geroda tersebut dapat diatasi.
Soalan
1. Nyatakan keadaan Negeri Kembayat pada awal pemerintahan raja.
Keadaan Negeri Kembayat pada awal pemerintahan raja ialah dalam keadaan yang
aman dan harmoni. Negeri Kembayat juga diperintah oleh seorang raja yang adil.
Keadaan ini menyebabkan ramai pedagang dan peniaga datang kenegeri
tersebut.
2. Apakah kesan serangan gerada terhadap negeri tersebut?
Kesan serangan geroda terhadap negeri tersebut ialah kemusnahan yang besar.
Seluruh penduduk juga berasa sedih dan kecewa. Mereka juga melarikan diri
untuk mengelakkan serangan burung tersebut.
3. Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang boleh diambil untuk
memastikan keamanan sesebuah negara?
Pada pendapat saya, langkah-langkah yang boleh diambil untuk memastikan
keamanan sesebuah negara ialah pemerintah haruslah adil dalam pemerintahan.
Selain itu, perpaduan dalam kalangan masyarakat perlu dipupuk supaya rakyat
hidup dalam keadaan yang aman dan harmoni. Langkah yang seterusnya ialah
meningkatkan ketenteraan supaya dapat mengelakkan serangan musuh dari luar.
4. Berdasarkan contoh, nyatakan dua pengajaran yang terdapat dalam syair
tersebut.
Berdasarkan contoh, dua pengajaran yang terdapat dalam syair tersebut ialah
sebagai seorang raja haruslah memerintah negeri dengan adil seperti raja yang
memerintah negeri tersebut merupakan pemimpin yang bertuah dan mampu
memimpin negeri tersebut dengan adil. Selain itu, seseorang pemimpin haruslah
menjalankan tanggungjawab kepada rakyat dengan amanah seperti Raja
Kembayat memerintah negeri tersebut dengan adil dan bijaksana.

Cerpen Kaduk, Ayam dan Raja


Tema
Kesungguhan seorang pemuda untuk terlibat dalam bidang keusahawanan.
Persoalan
- Kepentingan ilmu dalam kehidupan manusia
- Penindasan terhadap golongan yang lemah
- Cabaran dalam bidang ternakan
- Usaha untuk membersihkan nama dan maruah keluarga
- Kesanggupan menerima akibat buruk kesan dari kesilapan diri
- Kepentingan sektor pertaninan kepada negara
Watak dan perwatakan
Hakim
- Anak kepada Hassan dan cucu kepada Kaduk.
- Sahabat baik Azam berkelulusan Universiti
- Bercita-cita tinggi dan berpendirian teguh
- Berpanndangan jauh
- Menerima kesan buruk kerana kesilapan diri
- Berusaha membersihkan nama baik keluarga.
Azam
- Berpendidikan tinggi dan lulusan undang-undang
- Suka membantu dan memberi nasihat
- Mementingkan persahabatan
Pak kaduk
- Penduduk kampung yang hidup miskin
- Memiliki 4 hektar tanah yang dirampas Raja
- Dianggap bodoh oleh masyarakat
- Suka berjudi dan berhibur
Raja
- Berkukasa dan dihormati
Latar Tempat
- Tanah 4 hektar di hujung kampong
- Mahkamah
- Kawasan ternakan ayam
Latar Masa
- Zaman dahulu kalah
- Zaman moden
- Setahun kemudian
Latar Masyarakat
- Masyarakat kampung yang suka membazirkan masa dengan berjudi
- Masyarakat yang berpendidikan tinggi
- Masyarakat yang suka menindas
- Masyarakat yang berani menegakkan kebenaran
- Masyarakat yang menerima kenyataan dalam kehidupan
Pengajaran
- Kita harus membantu mereka yang memerlukan
- Kita wajar tabah menghadapi pelbagai cabaran dalam kehidupan
- Kita patut menyokong bidang pertanian
- Kita harus memajukan bidang pertanian
- Kita hendaklah berani menegakkan kebenaran
- Kita perlu berusaha untuk mencapai hasrat dan cita-cita.
Synopsis
1) Kaduk dianggap bodoh dan masyarakat dahulu kerana
a) Menukarkan ayamnya, Si kunani dengan ayam raja.
b) Ayamnya menang tetapi kampungnya tergadai.
2) Raja tidak wajar bertindak begitu kerana
a) Sanggup mengambil tanah rakyat yang miskin
b) Rakyat ditipu dan dirompak waktu siang hari
c) Kaduk dan isterinyan terpaksa hidup mecempat
- Terpaksa menumpang di tanahnya sendiri
d) Kehidupannya bertambah miskin
3) Kaduk meninggalkan anaknya, iaitu Hassan dan Hassan mempunyai seorang anak
yang bijak, iaitu Hakim.
a) Lulusan Universiti dan sedar tanah datuknya diamil secara tidak adil
b) Meminta Azam, iaitu rakannya menuntut semula tanah
4) Ketika di mahkamah, Azam memberikan hujahnya
a) Kaduk tidak boleh menolak perintah raja, akan dituduh derhaka dan akan
dipancung kepalanya.
b) Terpaksa menyerahkan Si Kunani tanpa persetujuan
c) Tiada sebarang MOU atau perjanjian pertukaran ayam tersebut.
d) Si Kunani menang dan sepatutnya Kaduk berhak menerima hadiah.
5) Mahkamah memutuskan tanah 4 hektar diserahkan kepada Hakim
a) Bercadang membina memorial Kaduk
b) Bersyukur kerana percaya membersihkan maruah datuknya.
c) Menyebabkan masyarakat supaya menghargai tanah.
6) Azam menentang cadangan Hakim membina memorial kerana
a) Kedudukannya tidak strategic dan terletak di pedalaman
b) Tanah berstatus pertanian dan tiada pelancong yang akan dating
c) Lebih sesuai untuk berkebun dan menternak
7) Hakim kemudian bekerjasama dengan syarikat besar iaitu Global Chicken dan anak
syarikatnya Rangkaian Jasa Agrikultur (membekalkan anak ayam, makanan dan ubat-
ubatan)
8) Pendapat Menteri tentang pertanian
a) Pertanian penting kepada negara sebagai sumber makanan
b) Memastikan keselamatan negara terutama dari segi ekonomi
c) Rakyat terutama siswazah menganggur perlu terlibat dalam pertanian.
d) Kerajaan akan membantu melalui Dasar Ekonomi Baru (DEB)
e) Pihak bank akan memberikan pinjaman dengan slogan Pertanian adalah
Perniagaan
9) Hakim terpaksa membuat pinjaman bank sebanyak RM200 ribu.
- Meletakkan tanah datuk sebagai cagaran
- Reban ayam tersebut dilengkapidengan penyaman udara dan boleh memuatkan
10 ribu ayam.
10) Azam mengucapkan tahniah dan dia akan berkursus selama 10 bulan
- Berharap Hakim akan berjaya. Apabila kembali, Hakim menceritakan masalahnya.
i) Penduduk kampong marah kerana jalan rosak, memohon bantuan kerajaan
tetapi tiada pertukaran
ii) Mendapat hasil jualan RM80 ribu, RM 72 ribu dibayar kepada raja dan RM13
ribu digunakan untuk membayar hutang bank, gaji pekerja, bil dan air dan
sebagainya.
iii) Terpaksa bergantung kepada Raja dan Azam mencadangkan supaya Hakim
mendapat bantuan Jabatan Haiwan.
iv) Terpaksa meneruskan ternakan untuk mengelakkan tanahnya dirampas oleh
pihak bank
v) Merasakan dirinya sama seperti datuknya sama-sama membela ayam, sama-
sama mengadakan tanah dan sama-sama berada di bawah cengkaman orang
yang berkuasa
- Sepatutnya namanya Kaduk bin Kaduk bin Kaduk
11) Sekarang tiada lagi raja yang menyabung ayam tetapi RAJA lain yang muncul dan
memegang kuasa ekonomi.
Soalan
1) Nyatakan persamaan antara Hakim dan datuknya.
Persamaan antara Hakim dan datuknya ialah sama-sama membela ayam, sama-sama
mengadai tanah dan sama-sama berada di bawah cengkaman orang berkuasa.
2) Mengapakah Hakim bersungguh-sungguh ingin menebus kembali tanah tersebut?
Hakim bersungguh-sungguh ingin menebus kembali tanah tersebut adalah untuk
membersihkan maruah datuknya yang dipandang bodoh oleh masyarakatt dan
menuntut semula hak tanah tersebut yang diambil oleh raja. Hakim juga ingin
menebus kembali tanah tersebut kerana tanah itu diamil secara tidak adil.
3) Pada pendapat anda, apakah faktor-faktor yang menyebabkan tanah milik
peribumi di kawasan bandar banyak yang tergadai dan apakah langkah-langkah
yang boleh diambil untuk melindungi tanah tersebut?
Pada pendapat saya, tanah milik peribumi di kawasan bandar banyak tergadai
kerana mereka ditawarkan dengan bayaran atau ganjaran yang lumayan untuk
menjual tanah tersebut dan dipaksa digadaikan dengan tujuan kerja-kerja
pembangunan. Oleh itu, pihak kerajaan menguatkuasakan undang-undang iaitu
menghalang penjualan tanah sesuka hati. Kerajaan juga boleh mengadakan
kempen supaya dapat memberi kesedaran kepada masyarakat atas pengadaian
tanah supaya dapat memutuskan keputusan secara logik.
Cerpen Munsyi
Tema
Semangat cinta akan negara, bangsa, agama dan bahasa ibunda dalam kalangan
generasi muda
Persoalan
- Usaha untuk menyemaikan semangat patriotic
- Harapan agar agama dan bahasa dipertahankan
- Gejala social dalam kalangan generasi muda
- Kesan penjajahan kepada kehidupan penduduk tempatan
- Kepentingan mempelajari sejarah bangsa dan negara
Watak dan perwatakan
Mel
- Anak tunggal bonda
- Menghormati nasihat bonda
- Kagum akan kehebatan tokoh-tokoh terdahulu
- Tinggal di kampong
- Amanah dalam menjalankan tugas
Bonda
- Ibu kepada Mel
- Mempunyai pengetahuan yang luas tentang sejarah negara
- Banyak menyimpan khazanah buku-buku lama
- Cinta akan bahasa dan agama
- Berpandangan jauh
Munsyi
- Sahabat bonda yang tinggal di kota
- Seorang tua dan berjanggut putih
- Rumahnya dirobohkan oleh pihak berkuasa
- Pejuang bahasa dan menghargai khazanah bangsa
Latar Masa
- 500 tahun yang lalu
- 13 Mei 1969
- Minggu pertama di kota
- Beberapa bulan kemudian
- Seminggu selepas peristiwa yang berlaka
Latar Tempat
- Kamgpung
- Kota
- Perkampungan di pinggir bandar
Latar Masyarakat
- Masyarakat yang cinta akan agama dan bahasa tempatan
- Masyarakat yang berjuang membangunkan negara
- Masyarakat yang menjadi mangsa pembangunan
- Masyarakay penjajah
- Generasi muda yang runtuh akhlaknya di kota
Pengajaran
- Kita harus cinta akan agama, bahasa dan budaya tempatan
- Kita patut berusaha menjaga matuah diri
- Kita wajar mendengar nasihat orang yang lebih tua
- Kita perlu menghayati sejarah bangsa
- Kita hendaklah berusaha melengkapkan diri dengna ilmu pengetahuan.
Sinopsis
1. Sebab bonda tidak membenarkan mel ke bandar
(a) Ilmu agamanya masih cetek dan nipis
(b) Bimbang pengaruh hedonisme dan modenisme
(c) Bahasa ibunda Mel lemah
(d) Ibunya sedikit, tidaka mahu menghadapi perubahan sosial di bandar
(e) Di bandar, generasi muda mengadai maruah kerana pengaruh globalisais
2. Bonda juga menyatakan
(a) Agama dan bahasa merupakan lambang maruah diri
(b) Jika masyarakat hilang agama dan bahasa, mereka menjadi orang yang tidak
bermaruah
3. Berdasarkan sejarah
(a) Kota telah hilang nilai tradisinya
(b) Berlaku prasangka dan prejudis antara kaum, budaya dan pertuturan
(c) Manusia bersikap taksub dan pentingkan diri
(d) Masyarakat dipecahkan melalui odeologi, etnik dan warna kulit
(e) Pernah berlaku peristiwa 13 Mei 1969 kerana dasar pecah dan perintah
penjajah
(i) Orang Cian tinggal di lombong dan bandar
(ii) Orang Melayu tinggal di kampung
(iii) Orang India tinggal di estet
4. Penulis berpendapat
(a) Zaman sudah berubah
(b) Masyarakat mengejar harta, pangkat dan kekayaan
(c) Mereka hidup berkongsi hak identiti secara sama rata
(d) Tidak perlu membangkitkan sejarah lama tetapi bonda tidak setuju kerana
bangsa yang mengkaji sejarah tidak akan melakukan kesilapan yang sama
5. Mel kagum dengan sejarah bangsa setelah membaca buku sejarah Melayu dan
Hikayat Hang Tuah
(a) Bangsa dahulu mencapai banyak kejayaan
(b) Membuka hutan untuk dijadikan pelabuhan
(c) Pejuangnya berani dan pedagangnya amanah
6. Bagaimanapun pada akhir sejarah berlaku pelbagai masalah akibat hasad dengki
kronisme dan rasuah berleluasa
7. Antara kekuatan generasi lampau
(a) Berpegang kepada agama berpaksikan akidah yang satu
(b) Bahasa ibunda sebagai bahasa perpaduan dan perhubungan
(c) Mereka taat kepada raja yang memerintah dengan adil
8. Mel ingin ke bandar keranan mencari kerjaya, ekonomi dan masa depannya
- Akhirnya bonda membenarkan dan berpesan
(i) Jaga agama sebagai panduan hidup
(ii) Pelihara bahasa ibunda kerana bahasa jiwa bangsa
(iii) Menyerahkan buku-buku lama untuk diberikan kepad Munsyi
9. Mel mencari munsyi di sebuah kampung yang terletak di pinggir kota
(a) Munsyi tinggal di rumah tradisional yang berukir indah.
(b) Merupakan seorang tua berjangkit putih, memakai tengkolok, berbaju
malayu dan bersamping
(c) Terdapat sebilah keris bersarung di pinggangnya
(d) Mel menyerahkan buku-buku lama bonda kepada Munsyi
10. Minggu pertama di kota
(a) Mel melihat anak muda bergaul bebas antara lelaki dan perempuan
(b) Mengadaikan bahasa ibunda dan merosakkan agama
(c) Menggunakan bahasa slanga dalam bergaulan
(d) Hilang identiti dan jati diri
11. Beberapa bulan kemudian
(a) Mel menerima berita sebuah syarikat ingin mengambil tanah di kampung
Munsyi bersama 20 buah rumah
(b) Ingin dibangunkan hotel lima bintang dan bangunan mewah
(c) Penduduk diberi tempoh beberapa hari
12. Seminggu selepas itu
(a) Mel datang dan melihat jentera merobohkan rumah usang
(b) Penguatkuasa
(c) Berlaku demonstrasi penduduk kampung
(d) Buku-buku lama berselerakan
(e) Tanah rizab bangsa di kota besar menjadi milik saudagar asing
(f) Munsyi hilang
Soalan
1) Apakah tekad penulis seperti yang terdapat dalam petikan?
Tekad penulis seperti yang terdapat dalam petikan ialah memeruhkan dahulu
dada dengan segala ilmu pengetahun dan pengalamn di tanah desa halam ini
sebelum bersedia mencampakkan diri di tengah gelora kota.
2) Pada pendapat anda, apakah yang akan terjadi sekiranya seseorang tidak
menghargai sejarah?
Pada pendapat saya, perkara yang akan terjadi sekiranya seseorang tidak
menghargai sejarah ialah kesilapan yang sama akan diulangi. Selain itu, tidak
dapat menjadikan sejarh sebagai pengajaran. Di samping itu, bangunan-
bangunan sejarah juga tidak akan dipelihara serta akan dirobohkan
3) Jelaskan satu latar masyarakat yang terdapat dalam petikan dan satu latar
masyarakat yang terdapat dalam cerpen tersebut.
Latar masyarakat yang terdapat dalam petikan ialah masyarakat yang cinta akan
agama dan bahasa tempatan. Contohnya, bonda berpesan kepada Mel supaya
memelihara agama dan bahas ibunda jika ingin terus dihormati dan disegani
sebagai bangsa dalam cerpen ialah masyarakat yang menjadi mangsa
pembangunan. Contohnya, Munsyi terpaksa berpindah ke tempat lain kerana
disebaabkan demonstrasi yang dijalankan di tempat tersebut.
4) Nyatakan langkah-langkah yang boleh diambil untuk menginsafkan masyarakat
supaya menghargai sejarah negara.
Langkah-langkah yang boleh diambil untuk menginsafkan masyarakat supaya
menghargai sejarah negara ialah mewajibkan pelajar-pelajar lepasan SPM
sekurang-kurangnya lulus dalam subjek Sejarah. Selain itu, langkah yang lain
ialah kempen kesedaran perlu diadakan tentang kepentingan sejarah negara.
Seterusnya, langkah yang akhir ialah ibu bapa haruslah mendidik anak-anak
mereka sejak kecil lagi supaya negara dapat dihargai oleh mereka.
Cerpen Jaket Kulit Kijang Dari Istanbul
Tema
Pengalaman hidup seorang pelancong ketika berada di negara yang berbeza
Persoalan
- Perbuatan memburu binatang kuar yang semakin pupus
- Sikap peniaga yang tidak bertanggungjawab
- Peranan penulis lampau untuk menyebarkan agama
- Sikap berhati-hati ketika melancong
- Kebijasanaan merancang dalam perbelanjaan
Watak dan perwatakan
Mas
- Pelangcong Malaysia yang melancong di Istanbul
- Bersopan santun dna baik hati
- Cermat dan bijak berbelanja
- Peka akan kehidupan manusi
- Cinta akan hidupan liar
- Suka membaca dan penyabar
Lelaki Turki
- Berniaga di Gran Bazaar Istanbul
- Suka mengambil kesempatan
- Tidak beretika
- Bijak mengambil hati pelanggan
Shahmem
- Rakan Mas ketika melancong
- Membeli jaket kuilit kijang
Mevlana Celaleddim Al-Rumi
- Berasal dari Rom dan dikebumikan di Konya
- Menulis lebih 25000 puisi sati
- Menekakan kasih sayang antara manusia
- Menyebarkan agama Islam
Nasreddin Hodja
- Penlis yang terkenal
- Dibesarkan di Turki
- Tidak suka dengan pembaziran
Latar Tempat
- Istanbul Turki
- Grand Bazaar
- Hotel Senator
- Egyption Market
- Selat Bhosporus
Latar Masa
- Hari kelima lawatan ke Turki
- Malam terakhir di Turki
Latar Masyarakat
- Masyarakat yang suka melancong
- Masyarkata yang bijak berbelanja
- Masyarakat yang suka membaca
- Masyarakat yang berusaha melindungi hidupan liar
Pengajaran
- Kita wajar melancong untuk meluaskan pengetahuan
- Kita patut mematuhi etika perniagaan
- Kita wajar simpati akan nasib golongan miskin
- Kita hendaklah waspada dengan muslihat peniaga
- Kita harus bijasana menyelesaikan masalah
Sinopsis
1. Mas membaw wang USD 400 = RM1800 untuk melancong ke Istanbul
- Bertujuan untuk membeli
(a) 29 helai baju-T
(b) Pelekat magnet dan rantai kunci
(c) Buku dan pen sebagai kenangan
2. Hari kelima di Turki
- Mereke tinggal di Hotela Senator yang berhampiran dengan Grand Bazaar
- Encik Yuksel berpesan
(a) Tidak membeli barangan daripada penjual di tepi jalan
(b) Tidak berjalan sendirian
(c) Tidak memberitahu negara asal
(d) Tidak menggunakan kad kredit
(e) Tidak naik di tingkat atas kedai
(f) Mesti menawar harga barangan sehingga 70%
3. Mas bersama rakan-rakannya ke sebuah kedai menjual jaket kulit
(a) Disambut oleh seorang pemuda yang tampan dan memakai jaket kulit hitam
(b) Menegur dengan rahmah mesra dan menghidangkan 6 gelad teh epal panas
percuma
(c) Memuji Mas seperti artis jika memakai cermin mata hitam dan jaket kulit
4. Keadaan kedai tersebut
(a) Sederhana luas dan boleh menerima 10 pelanggan dalam satu-satu masa
(b) Terdapat beratus jaket kulit
(c) Terdapat cermin besar berhampiran pintu dan berhawa dingin
5. Penjual meminta Mas mencuba jaket kulit hitam, terdapat pengikat merah pada
lehernya, bertali pinggang dan labuh hingga ke lutut
(a) Mas enggan menanggalkan jaketnya yang dibeli di Malaysia dengan harga RM50
(b) Enggan membeli jaket tersebut walaupun harganya diturunkan daripada USD
380 kepada USD 280 dan sarung tangan kulit percuma
(c) Penjual tersebut marah dan menyatakan
i. Mas bukan Muslim yang baik
ii. Membazirkan masanya
iii. You can go to hell
6. Hari keenam mereka melawat ke Egyption Market
(a) Melihat seorang tua memakai baju nipis, menutup muka kerana sejuk, memakai
stoking lusuh dan kasut koyak
- Menjual makanan burung, Mas membeli sambil menderma
(b) Melihat remaja kurus menjual jaket dan beg duit tetapi dirampas dan dia
ditendang sehingga terjatuh
(c) Mas menaiki feri menyeberangi Selat Bhosporus
- Seorang lelaki tua menjual jaket kulit dengan harga USD 300
- Setelah ditawar, Shahmem membelinya dengan harga USD 120.
- Kemudian menjualnya kepada Mas dengan harga USD 100 kerana tidak sesuai
dengan tubuhnya.
7. Jaket kulit kijang tersebut tidak sesuai dipakai di Malaysia kerana
(a) Cuaca yang panas
(b) Tidak boleh sibasuh atau dilipat
(c) Mudah koyak dan tidak boleh dijahit dengna benang biasa
(d) Seekor kijang dibunuh untuk mendapatkan kulitnya
8. Mas teringat
(a) Makam Mevlana Celdeddin Al-Rumi
- Menghasilkan 25ribu puisi sufi
- Menyebarkan Tauhid kepada penduduk Konya
(b) Nasreddin Hodja yang bangyak menghasilkan penulisan sufi dan hidup
sederhana
9. Mas berpendapat jaket kulit kijang menyebabkan
(a) Lelaki tua gembira kerana dapat menjualnya
(b) Shahmem gembira kerana dapat menjualnya kepada Mas
(c) Mas gembira kerana dapat memanskan badannya ketika menyeberangi Selat
Bhosporus
(d) Berharap penjual barangan terpakai akan gembira apabila Mas menjual baju
tersebut dengan murah
(e) Pembeli akan gembira kerana memiliki jaket kulit
(f) Wang tersebut akan didermakan kepada zoo yang ada kandang kijang dan Mas
mempunyai ciri-ciri seorang darwis
Soalan
1. Apakah maksud ciri-ciri seorang darwis seperti yang terdapat dalam petikan di
atas?
Ciri-ciri seorang darwis bermaksud sifat-sifat mereka yang merendah diri
2. Berdasarkan petikan di atas, mengapakah mereka yang memiliki jaket berasa
gembira?
Berdasarkan petikan di atas, mereka yang memiliki jaket berasa gembira kerana
jaket kulit itu telah membawa kegembiraan kepada lelaki tua yang berjaya
menjualnya kepada Shahmeem. Jaket kulit itu telah membawa kegembiraan kepada
Shahmeem yang berjaya menjualnya semula kepada Mas. Jaket kulit itu telah
membawa kegembiraan kepada Mas kerana dapat menghangatkan badan sepanjang
perjalanan di Selat Bhosporus yang dingin.
3. Pada pendapat anda, mengapakah masyarakat hari ini sanggup membunuh
binatang-binatang yang dilindungi?
Pada pendapat saya, masyarakat hari ini sanggup membunuh binatang-binatang
yang dilindungi untuk mendapatkan kulitnyauntuk dijual supaya dapay keuntungan.
Selain itu, masyarakat kini membunuh binatang-binatang untuk dijadikan sebagai
perubatan tradisional. Di samping itu, binatang-binatang juga dapat dijadikan
sebagai barang hiasan dan sumber makanan. Seterusnya, kulit-kulit binatang
tersebut adalah lebih baik daripada kuailiti kulit buatan manusia.

Anda mungkin juga menyukai