Anda di halaman 1dari 4

Peranan ibu bapa dalam membantu meningkatkan pencapaian seseorang ahli sukan

Sejak negara kita melepasi era imperialism,pemimpin negara kita telah melakar
pelbagai agenda pembangunan termasukah bidang sukan.Terdapat banyak golongan
telah mendominasi bidang ini.Perdana menteri negara kita ,Tun Dr.Mahathir pernah
berkata bahawa bidang sukan mereupakan salah satu bidang yang penting di negara
kita.Bidang sukan negara kita semakin berkembang dan semakin banyak orang
menguasai banyak pengalaman tentang sukan ini.Saya berpendapat bahawa sukan
berperanan yang sangat penting dan perlu ditengahkan.Hal ini kerana, aktiviti sukan
mendatangkan faedah yang banyak kepada masyarakat dan negara kita. Oleh itu, pihak
yang bertanggungjawab dalam bidang sukan perlulah memainkan peranan yang berkesan
dengan kerjasama semua pihak seperti ibu bapa. Bidang ini perlu diperkembangkan
supaya negara kita berdiri sama tinggi , duduk sama rendah dengan negara-negara maju
yang telah menguasai bidang ini.
Hakikatnya,jika ditinjau dengan teliti ,tidak dapat dinafikan bahawa terdapat
banyak peranan yang perlu dilaksanakan oleh ibu bapa dalam membantu meningkatkan
pencapain seseorang ahli sukan.Confucius, seorang ahli falsafah China yang tersohor
pernah mengatakan bahawa perjalanan seribu batu bermula dengan langkah
pertama.Begitulah juga dengan peranan ibu bapa untuk meningkatkan pencapaian
seseorang ahli sukan iaitu anak mereka adalah memberikan galakan dengan cara
membeli peralatan sukan untuk anak-anak mereka. Sekiranya anak-anak memiliki
peralatan sukan yang lengkap dan sesuai sudah pastilah mereka lebih bersemangat untuk
bersukan. Sebagai contohnya, ibu bapa perlulah membelikan anak-anak mereka pakaian,
kasut dan alat-alat yang berkaitan dengan permainan yang diceburi oleh anak-anak
mereka seperti raket badminton, squash dan tenis. Oleh hal yang demikian, minat anak-
anak dapat dikembangkan sekiranya peralatan yang sesuai dimiliki oleh mereka. Sebagai
kesannya,mereka akan mengharumkan nama ibu bapa mereka dan nama sekolah mereka
serta nama negara mereka.Jelaslah di sini bahawa, galakan mestilah diberikan oleh ibu
bapa kepada anak mereka supaya dapat meningkatkan pencapaian seseorang ahli sukan.
Di samping itu,ibu bapa juga perlu menggalakkan anak-anak untuk menceburkan
diri dalam bidang sukan dengan aktif. Ibu bapa boleh menasihati anak-anak supaya
memperuntukkan masa mereka dalam aktiviti kokurikulum seperti sukan dan permainan.
Sebagai kesannya, anak-anak mereka akan menyihatkan dan mencergaskan badan. Hal ini
kerana,selepas bersukan toxic-toxic dalam badan mereka akan dikeluarkan bersama
peluh.Di samping itu, anak-anak yang berbakat dan berminat dalam sukan dan permainan
tertentu bolehlah melibatkan diri dengan lebih aktif untuk mencipta kejayaan yang
cemerlang. Bakat dan minat tersebut perlulah dipupuk dari bangku sekolah lagi untuk
dikembangkan agar dapat mengharumkan nama negara di persada dunia. Sesungguhnya,
pencapaian seseorang ahli sukan dapat ditingkatkan dengan berusaha ibu bapa dalam
menggalakan anak mereka untuk menceburi diri dalam bidang sukan.
Selain itu, ibu bapa juga hendaklah memberikan sokongan moral dengan
menghantar anak-anak mereka ke tempat latihan atau permainan tersebut dijalankan.
Dengan cara itu, anak-anak mereka lebih bersemangat untuk bergiat aktif dalam bidang
sukan tersebut. Mereka juga boleh menemani anak-anak dan menyaksikan anak-anak
mereka berlatih atau bertanding dalam sesuatu acara sukan atau permainan. Sudah
tentulah perkara ini akan memberikan kesan yang lebih mendalam kepada anak-anak
dalam usaha untuk mencapai kejayaan dalam sesuatu permainan iaitu, tinggi gunung,
tinggi lagi harapan kami. Seterusnya, mereka akan berasa lebih yakin untuk mencipta
kemenangan pada peringkat yang lebih tinggi lagi.Mereka juga akan berusaha untuk
mencapai kegemilangan dalam sukan supaya ibu bapa dan guru mereka tidak akan
kecewa terhadap mereka.Tuntasnya,sokongan moral mestilah diberikan oleh ibu bapa
kepada anak mereka agar dapat meningkatkan pencapaian seseorang ahli sukan.
Seterusnya, ibu bapa perlulah membelikan anak-anak mereka majalah sukan yang
diminati oleh mereka. Hal ini demikian , anak-anak akan lebih berminat untuk
menceburkan diri dalam bidang sukan dengan serius. Mereka juga akan mendapat
maklumat atau perkembangan terkini dalam bidang sukan menerusi majalah-majalah
sukan tersebut. Selain itu, kejayaan ahli-ahli sukan antarabangsa yang dipaparkan dalam
majalah sukan tersebut akan menjadi idola dan pencetus semangat serta motivasi kepada
anak-anak untuk menjadi ahli sukan yang berjaya.Mereka juga akan lebih berusaha dan
dapat menjadi teladan kepada rakan mereka yang menceburi dalam bidang
sukan.Tegasnya,sebagai ibu bapa haruslah membelikan mereka majalah supaya mereka
dapat lebih memahami tentang sukan.
Izharnya, ibu bapa telah menjadi salah satu peranan yang sangat penting dan tidak
boleh dikesampingkan dalam usaha untuk menggalakkan anak-anak bersukan. Oleh itu,
ibu bapa perlulah diberikan kesedaran supaya memainkan peranan yang sepatutnya
dalam usaha untuk melahirkan lebih banyak ahli sukan di negara kita. Ibu bapa tidak
seharusnya mementingkan aspek kecemerlangan akademik semata-mata dan
mengetepikan kepentingan sukan kepada anak-anak mereka. Sebaliknya,kita haruslah
mempunyai akademik dan sukan yang cemerlang supaya negara kita akan maju dalam
bidang sukan. Perkara ini akan menjadi realiti jika pepatah, "genggam bara api biarlah
sampai jadi arang" sentiasa menjadi amalan dalam diri setiap orang yang ingin akan
kejayaan.
USAHA-USAHA MENINGKATKAN INDUSTRI PELANCONGAN DI MALAYSIA
Apakah maksud industri pelancongan?Industri pelancogan merupakan salah satu sektor
yang sangat penting untuk memajukan negara kita. Sejak negara kita melepasi era
imperialism,pemimpin negara kita telah melakar pelbagai agenda pembangunan
termasukah industri pelancongan.Di negara kita iaitu Malaysia, terdapat banyak golongan
telah mendominasi bidang ini. Hal ini kerana , industri pelancongan dapat meningkatkan
pendapatan negara melalui pengaliran masuk wang asing.Secara tidak langsung,taraf
hidup penduduk juga dapat ditingkatkan.Oleh itu,semua pihak haruslah bekerjasama
dengan pihak kerajaan supaya dapat meningkatkan industri pelancongan di Malaysia.
Hakikatnya,jika ditinjau dengan teliti ,tidak dapat dinafikan bahawa terdapat
banyak usaha untuk meningkatkan industri pelancongan di Malaysia. Confucius, seorang
ahli falsafah China yang tersohor pernah mengatakan bahawa perjalanan seribu batu
bermula dengan langkah pertama.Begitulah juga dengan usaha yang boleh dilakukan
ialah kerajaan perlu menyediakan prasarana yang mencukupi, selesa, jimat dan mudah.
Hal ini demikian , kemudahan ini memudahkan dan memberikan keselesaan kepada
pelancong. Sebagai contoh, kementerian pengangkutan bekerjasama dengan
kementerian pelancongan untuk menyediakan perkhidmatan seperti bas dan teksi
dengan kadar yang berpatutan serta cekap dan efisien. Pihak perhotelan pula seharusnya
menyediakan penginapan hotel yang selesa dan mengenakan bayaran yang berpatutan.
Syarikat pelancongan juga boleh menyediakan khidmat pemandu pelancong untuk
membimbing atau melayan pelancong asing ketika mereka berada di Malaysia. Dengan
itu, imej negara yang baik boleh ditunjukkan kepada pelancong.Sebagai kesannya,negara
kita akan menarik minat daripada negara luar lain.Selain itu,kedudukan negara kita juga
dapat ditingkatkan dalam kalangan negara antarabangsa.Tuntasnya,prasarana yang
sesuai mestilah disediakan supaya dapat meningkatkan industri pelancongan.
Selain itu, kerajaan juga boleh mengurangkan cukai belian barangan , peraturan
imegresen perlu dilonggarkan dan menambah pusat perkhidmatan tukaran wang asing.
Hal ini erana, pelancong asing dapat membeli belah di Malaysia dengan pembelajaan
yang sederhana. Sebagai contoh, Pulau Langkawi merupakan pulau bebas cukai yang
menjadi destinasi pelbagai peancong dari dalam mahupun luar negara. Di sana , mereka
dapat membeli cenderahati, pinggan mangkuk, kraftangan, dan coklat untuk dibawa
pulang.Sebagai implikasi, pendapatan penduduk setempat akan bertambah dan mereka
dapat meningkatkan taraf hidup masing-masing.Seterusnya,destinasi tersebut akan
menjadi pusat pelancong yang terkenal kepada pelancongan dalam atau luar
negara.Secara tidak langsung,pelancongan dapat meningkatkan ilmu pengetahuan
semasa melancong ke tempat-tempat bersejarah.Sebagai contoh,pelancongan yang
melancong ke Stadhuys yang terletak di Melaka,Malaysia dapat memahami tentang
perkara bersejarah yang telah berlaku di Melaka.Sesungguhnya,kerajaan perlulah
mengurangkan cukai tertentu supaya dapat meningkatkan industri pelancongan.
Di samping itu, kerajaan dan rakyat Malaysia juga boleh bergabung tenaga untuk
mengadakan kempen promosi pelancongan di dalam dan di luar negara.Sebagai contoh,
Kempen Cuti-Cuti Malaysia dan Tahun Melawat Malaysia telah dijalankan setiap tahun
bagi mempromosikan Malaysia. Rakyat Malaysia yang berada di luar negara yang
melanjutkan pelajaran juga boleh menjadi duta kecil kepada Malaysia. Mereka boleh
mempromosikan tempat-tempat yang menarik di Malaysia seperti Pulau Langkawi, Pulau
Redang, Cameron Highland dan banyak lagi. Dengan ini,penduduk di luar negara akan
ditarik minat untuk melancong ke tempat-tempat pelancongan di Malaysia.Sebagai
kesannya,terdapat banyak kebaikan dapat diperoleh melalui pelancongan dari luar
negara.Sebagai contoh,mata wang aliran negara kita dapat ditingkatkan.Oleh itu, semua
rakyat Malaysia memainkan peranan penting untuk memajukan industri
pelancongan.Jelaslah di sini bahawa,rakyat haruslah bekerjasama,bagai aur dengan
tebing dengan kerajaan agar dapat meningkatkan industri pelancongan.
Deduksinya, semua pihak mestilah bekerjasama seperti berat sama dipikul,ringan
sama dijinjing dan berusaha bagi meningkatkan industri pelancongan di Malaysia. Hal ini
kerana, usaha dari satu pihak sahaja tidak akan membuahkan hasil, seperti kata pepatah,
tepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi. Oleh itu,sekiranya sesebuah negara hendak
dimajukan pastilah negara tersebut maju dalam industri pelancongan dengan berusaha
yang berterusan dan sokongan daripada seluruh rakyat Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai