Anda di halaman 1dari 3

Apakah itu stres??

Stres berasal daripada perkataan Greek stringere


bermaksud tegang atau ketat. Stres adalah istilah yang merangkumi
tekanan, beban, konflik, keletihan, ketegangan, panik, perasaan germuruh
dan kemurungan. Stres boleh didefinisikan sebagai suatu reaksi yang tidak
spesifik oleh tubuh badan seseorang ke atas tekanan yang diterima.
Dengan kata lain, stres juga boleh ditakrifkan sebagai interaksi atau pun
respon tubuh badan anda terhadap apa sahaja kehendak atau tekanan.
Stres merupakan suatu tindak balas fizikal, mental dan emosi ke atas
situasi yang menggangu keadaan stabil individu.
Tidak dapat dinafikan bahawa stres telah menjadi gejala yang
membimbangkan pada hari ini. Stres berlaku disebabkan oleh kesan tindak
balas seseorang terhadap stressor. Stres boleh dibahagikan kepada dua
jenis iaitu eustress dan distress. Eustress merupakan stresyang
diakibatkan oleh hal-hal yang menyenangkan. Sebagai contonhnya, pelajar
berjaya mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan, kelahiran
anak pertama dan sebagainya. Manakala distress merupakan stres yang
tidak menyenangkan. Sebagai contohnnya, pertengkaran, kematian ahli
keluarga, gagal dalam peperikasaan dan lain-lain.
Terdapat beberapa tanda dan gejala umum stres. Dari segi fizikal ,
kita akan berasa keletihan, pening kepala, insomnia, sakit-sakit badan
terutamanya di bahagian bahu dan belakang, degupan jantung yang kuat,
sakit dada, loya, ketar badan, sejuk tangan, berpeluh. Dari segi mental, kita
akan hilang tumpuan, mudah lupa, susah untuk membuat keputusan, tidak
boleh berfikir, celaru pemikiran, tidak boleh berjenaka. Manakala dari segi
emosi, kita akan berasa risau, sentiasa bimbang, sugul, marah, mudah
kecewa, sentiasa takut, sensitif, mudah hilang sabar, panas baran. Selain
itu, kita akan keluh-kesah, tabiat menggigit kuku, menggerak-gerakkan
kaki, makan berlebihan, merokok, minum arak, menjerit-jerit, maki hamun,
mengungkit-ungkt, menyalahkan orang lain, bertindak agresif.
Terdapat dua punca utama yang menyebabkan berlakunya stres iaitu
punca luaran dan punca dalaman. Contoh punca luaran adalah seperti
tempat belajar dan keluarga. Persekitaran tempat pembelajaran terutama
di sekolah memberi impak yang besar kepada seseorang. Keadaan
sekolah yang bersih, hubungan baik antara guru dan pelajar serta
kemesraan hubungan sesama rakan akan membantu mengurangkan stres.
Kebahagian keluarga adalah faktor penting bagi mengelakkan stres di
kalangan remaja. Seterusnya, kasih sayang yang diberi oleh ibu bapa
kepada anak-anak dan kemesraan sesama ahli keluarga adalah tunggak
kepada keluarga bahagia. Keagalan institusi keluarga memikul
tanggungjawab yang diberi menjadi punca stres yang menyebabkan
remaja bermasalah.
Punca dalaman pula ialah seperti imej diri dan pengurusan diri.
Tekanan dalam diri yang sering dialami remaja berlaku akibat rasa rendah
diri yang keterlaluan dan berasa diri tidak disukai. Contohnya bentuk fizikal,
status sosio ekonomi, pencapaian akademik boleh mempengaruhi imej
kendiri seseorang. Selain itu, kita tidak dapat menjadi pelajar yang
cemerlang sekiranya gagal atau tidak dapat menguruskan masa dengan
baik dan tiada perancangan diri. Sebagai contoh, kegagalan menyiapkan
kerja-kerja sekolah, menyebabkan kita takut untuk berjumpa guru.
Keadaan ini boleh menimbulkan stres.
Walau bagaimanapun, penerimaan seseorang terhadap stres adalah
berbeza-beza. Perkara yang menimbulkan stres pada seseorang pula
dianggap biasa oleh seseorang yang lain. Oleh itu, seseorang harus bujak
mengendalikan sesuatu perkara agar tidak mendapat stres. Di samping itu,
kesan yang terhasil sama ada dari segi fizikal, psikologi, emosi dan kognitif
selepas seseorang individu mengalami stres. Jika simpton stres
berpanjangan dan individu tidak melakukan apa-apa untuk mengurus stres
dengan baik maka akan memberi kesan kepada kesihatan dan
kesejahteraan hidupnya. Contohnya, pelbagai jenis kesakitan, penyakit
kardiovaskular, penyakit insomnia, kemurungan, obesiti, penyakit kulit
seperti eczema dan pelajaran atau kerja juga akan ketinggalan.
Cara untuk mengatasi stres ialah kita haruslah mempunyai
kemahiran pengurusan diri. Kita perlu membuat perancangan diri yang
sistematik supaya tidak menghadapi sebarang masalah yang boleh
menimbulkan stres. Justeru, kita perlu menetapkan matlamat,
menyenaraikan matlamat tersebut mengikut keutamaan dan seterusnya
membuat penjadualan tindakan untuk mencapai matlamat tersebut. Kita
juga perlu mempunyai kemahiran membuat keputusan. Apabila kita
menghadapi sesuatu masalah, kita perlu menyenaraikan segala tindakan
yang boleh diambil. Kita perlu mengkaji kebaikan dan keburukan setiap
tindakan dan memilih tindakan yang paling sesuai. Oleh yang demikian,
kita boleh menyelesaikan masalah tersebut tanpa mengikut emosi.
Di samping itu, kita perlu menjalinkan hubungan yang baik dengan
jiran dan rakan-rakan untuk menjamin kehidupan yang lebih harmoni.
Hormat-menghormati, tolong menolong, dan bertolak ansur adalah sikap
terpuji yang perlu diamalkan tanpa mengira perbezaan umur, pangkat,
bangsa, dan agama. Seterusnya, kita perlu mempunyai kecergasan fizikal
Kita mesti mengamalkan pemakanan seimbang, bersenam selalu, dan
mendapat rehat yang mencukupiuntuk mendapatkecergasan fizikal yang
optimum. Kecergasan fizikal yang optimum mengurangkan stres. Akhir
sekali, kita perlu menilai semula pegangan hidup. Kita perlu menilai semula
pegangan dan falsafah hidup kita. Pegangan agama dan nilai moral diri
yang kuat akan membantu kita mengkaji sikappositif dan negatif yang ada
dalam diri.
Pada pendapat saya, cara pelajar Program Matrikulasi untuk
mengatasi stress adalah untuk membuat perancangan, berehat seketika,
jauhkan suasana berkecamuk dan jangan menjadi perfentionist, jangan
mengguh kerja, menghargai masa dan mempunyai kepercayaan kepada
Tuhan. Pelajar Program Matrikulasi perlu membuat jadual harian dengan
menekankan beberapa perkara yang perlu diselesaikan. Pelajar juga perlu
mengambil inisiatif sendiri dengan merehatkan diri dan minda. Selain itu,
pelajar perlu mengatur kertas-kertas nota supaya tidak berselerak di atas
meja. Kerja yang diberi juga perlu disiapkan dengan segera. Pelajar juga
perlu meluangkan masa dengan membuat tugasan yang diberi. Akhir
sekali, pelajar perlu sentiasa membuat doa supaya lebih mendekati Tuhan
dan dapat mencari kedamaian.
Kesimpulannya, tekanan atau stres dapat diatasi sekiranya kita
menghargai dan mencintai kebolehan diri. Sekian terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai