Anda di halaman 1dari 31

NOVEL PANTAI KASIH

KARYA: AZMAH NORDIN


SINOPSIS
 Novel ini menceritakan mengenai, Raiha seorang doktor muda yang terpaksa
melalui pelbagai bentuk cabaran sebelum berjaya menjadi doktor pakar bedah.
Selepas  menghadapi kegagalan dalam perkahwinannya, dia akhirnya  menerima
pelawaan  mentornya, Doktor Uwang agar menyertainya di pusat rawatan
mewah yang dikenali sebagai Pusat Rawatan Pantai Kasih.

Sepanjang bertugas di pusat rawatan tersebut, fikiran Raiha sering terganggu


tentang komplikasi pesakit namun mereka  masih mampu untuk bertungkus
lumus menabung wang bagi mendapatkan rawatan operasi daripada para pakar
perubatan di pusat rawatan itu.  Anehnya,  yang kaya raya tidak ramai pula yang
menghadapi komplikasi yang serupa.  Kian terganggu Raiha, apabila melihat X-
Ray milik salah seorang daripada pesakit. Dari mata kasar, memang tiada yang
aneh-aneh berlaku. Namun nalurinya memberitahu ada sesuatu yang tidak kena
pada X-Ray itu. Ini membuatkan Raiha tambah tertekan.
Di samping itu, Raiha juga sering diganggu gambaran bekas suaminya yang perlahan-lahan
mengingatkan dia pada kisah silamnya yang amat mengerikan  dan menyayat hati. Bagaimanapun,
oleh semangatnya yang kuat, dia teruskan juga perjuangan dalam bidang perubatan.

Apabila dia cuba meluahkan perasaan tentang masalah itu kepada Doktor Uwang, ternyata
mentornya itu agak tidak senang.  Padahal sebelum itu,  Doktor Uwang adalah  guru demonstrator
dalam bidang anatominya dan mengajarnya tentang unsur-unsur surgeri ataupun pembedahan. Ketika
itu, dia menjadi siswi tahun pertama dalam spesifikasi ortopedik, di institusi tinggi tempatan dahulu.
Selang beberapa tahun kemudian, apabila dia memulakan klinikal yearnya di sebuah hospital
kerajaan, pernah beberapa kali membantu Doktor Uwang dalam bilik pembedahan, selain kerap
mengiringi lelaki itu ke ceramah-ceramah perubatan dan sebagainya.  Malah, hatinya perrnah
tersangkut pada doktor kacak itu, biarpun lelaki itu mungkin tidak menyedari pun akan
kewujudannya. Biar apa pun, ketika itu, selain daripada sebagai mentor, Doktor. Uwang adalah
doktor nombor satu di hatinya.
Tetapi, apabila bekerja di pusat rawatan mewah milik Doktor. Uwang  dan
ditugaskan untuk mengambil alih tugas membedah salah seorang pesakit yang
menghadapi komplikasi berulang-kali, pandangannya terhadap doktor itu mula berubah.
 Pelbagai tanda tanya, menyelubunginya. Dan peristiwa  aneh-aneh berlaku, sehinggalah
Doktor Uwang mengalami kemalangan di jalan yang berhampiran dengan pusat rawatan
itu.

Biar apa pun perasaannya, sebagai seorang doktor yang profesional, Raiha tentang
menjalankan operasi ke atas Doktor Uwang dengan menggunakan peralatan yang dibeli
khas oleh doktor itu sendiri. Peralatan yang digunakan untuk pesakit-pesakit yang
berpendapatan sederhana.
TEMA
Ketabahan seorang wanita menghadapi pelbagai rintangan dalam hidupnya.  
 Contoh:
Raiha tabah menghadapi kematian anak perempuannya. Anak perempuan tunggalnya itu
adalah seorang anak istimewa, berkromosom lebih iaitu ‘down sinDoktorom’. Sejak
mengetahui keadaan anaknya dalam kandungan, suaminya meminta agar kandungan itu
digugurkan, namun Raiha tetap mahu melahirkan anak tersebut walaupun mendapat
tentangan daripada suaminya. Selain diminta agar anak tersebut dihantar ke asrama yang
mengasuh anak istimewa seperti Rohayu atau Ayu itu, namun Raiha bertegas untuk
memelihara sendiri dan menghabiskan masa dengan anaknya itu menyebabkan Doktor
Sadiz berada kecewa kerana isterinya itu melebihkan anaknya daripada dia. Kedegilan
Raiha menyebabkan suaminya berasa marah dan membakar kereta mewah yang dibawa
oleh Raiha untuk melarikan diri. Tiba-tiba kanak-kanak istimewa itu berada di tempat
kejadian dan tidak semena-mena tersambar api kereta yang sedang marak itu sehingga
rentung. Kematian anaknya itu amat menyiksakan jiwa Raiha yang tetap menyalahkan
bahawa Doktor Sadizlah dengan sengaja membakar anaknya itu.
PERSOALAN DALAM NOVEL PANTAI
KASIH
Persoalan tentang kepentingan diri melebihi
kepentingan masyarakat. 
 Sikap lebih mementingkan keuntungan syarikat digambarkan melalui watak
Doktor Uwang yang tidak menghiraukan kesusahan pesakitnya Unong asalkan
berkemampuan mendapatkan rawatan. Doktor Uwang juga sanggup menghantar
anak perempuan tunggalnya duduk disekolah berasrama seawal usia 7 tahun
semata-mata untuk tidak menggangu rutin dan statusnya. Apatah lagi anak itu
adalah hasil keterlanjurannya sedangkan dia memang tidak menginginkan anak
apabila berumah tangga. 
Persoalan tentang sikap berfoya-foya di luar
walaupun sudah berumah tangga.

 Sikap   Doktor   Uwang   yang   masih   berfoya-foya   walaupun   sudah  


berumah   tangga menggambarkan bahawa dia seorang yang suka  bebas dan 
tidak mahu  dikongkong.Walaupun sudah berumah tangga tetapi beliau tetap
mengunjungi kelab-kelab malam dan minum arak bersama-sama gadis pelayan
dan kemudiannya berakhir ke ranjang. Namun sikapnya yang memastikan
kebersihan setiap ‘isteri tidak sah’ menjadikan dia seorang yang pemilih.
Persoalan   tentang   tanggungjawab   yang   harus  
dipikul.

 Raiha   bersetuju untuk melakukan pembedahan ke atas Unong walaupun dia


berasa bahawa Dokor Uwanglah yang selayaknya melakukan pembedahan
tersebut. Raiha juga berasa bahawa menjadi tanggungjawabnya melakukan
pembedahan ke atas Doktor Uwang yang cedera akibat kemalangan merempuh
tembok   Pusat   Rawatan   Pantai   Kasih.   Dia   terpanggil untuk melakukannya
demi menyelamatkan nyawa doktor tersebut.
Persoalan tentang sikap berani mengaku kesalahan.

 Felecia mengaku kesalahannya walaupun pada peringkat awal Felecia berasa


sangat marah dengan emak Unong yang menuduhnya bersubahat menipu namun
akhirnya Felecia mengakui kesalahannya itu dihadapan Raiha. Felicia juga
mengakui bahawa dia tahu kejadian sebenar peristiwa yang meragut nyawa anak
peremuan Raiha. Dia meminta maaf kerana merahsiakannya kerana takut.
Persoalan tentang reda dengan ketentuan Tuhan.

 Walaupun Raiha sudah mengetahuipunca kematian anaknya disebabkan sikap


amarah bekas suaminya Doktor Sadiz yang membakar kereta Porsche tanpa
menyedari kehadiran anaknya di situ namun Raiha reda dengan kejadian tersebut
dan menganggap semua yang berlaku sebagai ketentuan tuhan dan   mereka  
adalah   mangsa   keadaan.   Dia   tidak menyalahkan   sesiapa   termasuk   Felicia
sebaliknya  reda menerima berita tersebut.
WATAK & PERWATAKAN DALAM
PANTAI KASIH
RAIHA
 Seorang doktor  di Pusat Rawatan Pantai Kasih (PRPK) yang baharu berkhidmat selama 6
bulan
 Doktor pakar bedah
 Anak kepada doktor pakar bedah
 Pernah  berkahwin   dengan   Doktor  Sadiz   selama 10 tahun. Beliau merupakan  Pakar
Perunding Pembedahan.
 Ibunya meninggal dunia sewaktu melahirkannya
 Seorang yang tegas dengan pilihan hati dan pendirian
 Seorang yang dicengkam kenangan lalu dan berasa curiga dengan kemampuan  diri sendiri.
 Sentiasa   terkenang   peristiwa   malang   yang   mengikabatkan   kematian   anak
kesayangannya.
 Mempunyai prinsip memuaskan hati semua pihak, sebaik mungkin, seboleh mungkin.
Doktor Uwang

 Doktor Pakar Bedah di Pusat Rawatan Pantai Kasih


 Pernah menjadi guru demonstrator dalam bidang  surgery
 Guru yang pernah mengajar Raiha
 Doktor yang kerap memberi ceramah-ceramah perubatan
 Pernah berkhidmat di hospital kerajaan di Kota Kinabalu
 Berwajah kacak dan segak
 Berusia pertengahan empat puluhan
 Bertubuh sederhana
 Dikenali sebagai ahli bongkar pasang
 Badannya tegap dan berotot-otot bak pahlawan dalam dongengan silam.
 Wajahnya memiliki tulang pipi yang tirus dan kukuh
Unong Siron

 Bekas Pesakit Doktor Uwang


 Berasal dari keluarga berpendapatan sederhana atau lebih ke bawah namun
mampu untuk bertungkus lumus menabung wang untuk mendapatkan rawatan
operasi di PRPK.
 Kurus cengkung dan pucat
 Gadis remaja yang lincah suatu masa dahulu
 Mempunyai masa depan yang cerah
 Baharu sahaja meraih gelaran sarjana dengan bantuan biasiswa kerajaan pusat
 Dijangkakan melanjutkan pelajaran pengajian luar Negara  
Doktor Sadiz

 Adik kepada Datu Ontong iaitu pak cik kepada Doktor Uwang
 Duda beranak dua kelihatan seorang yang gentleman
 Pakar Perunding Pembedahan
 Pakar Bedah Otak
 Lelaki angkuh yang dilabelkan oleh ayah Raiha
 Mati akibat merempuh belakang lori tangki minyak petrol selepas gembira pulang
dari Mahkamah Keluarga kerana menang perbicaraan.
 Orang yang meminta agar Raiha menggugurkan kandungannya kerana sudah
diketahui kelebihan kandungan kromosom bayi tersebut. 
Ayah Raiha

 Doktor Pakar Bedah di hospital kerajaan


 Seorang yang optimistik.
 Seorang   yang   tegas   terhadap   anak-anaknya   termasuk   keputusan   Raiha  
mengahwini Doktor Sadiz yang dianggap sebagai lelaki angkuh yang lebih tua
daripadanya.
 Sudah meninggal dunia
 Mempunyai tiga orang anak iaitu Raiha dan dua orang anak lelaki dengan isteri baharu.
 Anak-anak lelakinya seorang hakim dan pengarah urusan di sebuah jabatan kerajaan.
 Tidak menggalakkan Raiha menjadi pakar bedah kerana baginya bidang itu tidak
sesuai,tidak berfaedah sama sekali kepada hidupnya dalam jangka masa panjang.
 Isterinya yang terdahulu adalah seorang jururawat. 
Sister Felicia Landosi

 Jururawat kanak yang bertugas di Pusat Rawatan Pantai Kasih.


 Pernah bertugas sebagai jururawat di Hospital Kinabalu bersama-sama Raiha dan
DoktorSadiz
 Anak luar nikah hasil keterlanjuran ibunya yang liar sewaktu mudanya.
 Menyimpan rahsia kematian anak perempuan Raiha dan Doktor Sadiz kerana
ketakutan. Kematian yang disebabkan anak perempuan Raiha disambar api yang
sedang marak akibat kereta yang disimbah dengan petrol oleh Doktor Sadiz
 Berkonflik dengan Raiha walaupun pernah belajar di sekolah rendah yang sama dan
berkhidmat di hospital yang sama.
 Sakit hati dengan Raiha kerana dimarahi akibat bersikap keterlaluan terhadap ibu
Unong Siron   yang   menuduhnya   sebagai   punca   anaknya   terus-terusan  
membuat   rawatan walaupun sudah lima kali menjalani pembedahan.
LATAR DALAM PANTAI KASIH
LATAR TEMPAT
Pusat Rawatan Pantai Kasih (PRPK)
 Pusat rawatan mewah milik keluarga Doktor Uwango Tempat Rahia bertugas sebagai
pakar  bedah
 Tempat Unong Siron mendapat rawatan pembedahan tulang pinggulnya selamaenam kali
pembedahan
 Tempat   Doktor   Uwang   mengalami   kekejangan   otot   kaki   dan   kemalangan
sehingga terpaksa pembedahan dilakukan ke atasnya.
Apartment Raiha 
 Tempat tinggal Raiha selepas peristiwa hitam kematian anaknya dan dibiarkan hidupnya
tergantung-gantung oleh Doktor Sadiz.
 Tempat Raiha melepaskan penat lelah selepas seharian bertugas di Pusat Rawatan Pantai
Kasih
LATAR MASA

Malam Hari – Kemalangan Doktor Uwang 


 Doktor   Uwang   menerima   panggilan   palsu   yang   menyatakan   bahawa berlakunya
kecemasan di Pusat Rawatan Pantai Kasih.
 Sewaktu membelok ke kawasan pusat rawatan, lutut kakinya kejang dan tangannya kebas
menyebabkan dia terlanggar tembok PRPK
Pencerobohan Pusat Rawatan Pantai Kasih 
 Seorang lelaki telah menceroboh Pusat Rawatan Pantai Kasih dan telah menahan Sister
Felicia yang dalam keadaan mamai di Farmasi pusat rawatan tersebut.
 Lelaki tersebut akhirnya telah dapat dikawal apabila emak Unong Siron
membantu secara psikologi yang menyatakan bahawa anaknya Unong memerlukan
bantuannya sebagai doktor. Walau bagaimanapun Unong sudah dipindahkan ke
hospital lain dan meminta dia ke hospital tersebut. Dengan helah tersebut, lelaki itu dapat
diperdaya.
LATAR MASYARAKAT

Masyarakat yang mementingkan keuntungan


 Doktor Uwang memikirkan keuntungan yang berlipat ganda selepas mengambil
alih Pusat Rawatan Pantai Kasih daripada ayahnya Datu Untong. Dia
tidak menghiraukan sama ada pesakit yang mendapatkan rawatan di pusat
rawatannya itu mampu atau tidak asalkan dia mendapat keuntungan dengan
meletakkan harga yang dirasakan munasabah untuknya.
Masyarakat yang takut berterus terang
 Sister Felicia Landosi tidak berterus terang dengan Raiha tentang kemalangan
yang berlaku sehingga meragut nyawa anak perempuan Raiha kerana takut.
Felicia tahu bahawa Doktor Sadiz yang menyiram minyak petrol ke
kereta mewah Porsche miliknya akibat rasa marah yang membara terhadap
Raiha.
NILAI DALAM PANTAI KASIH
Nilai Kerajinan
 Nilai kerajinan diperlihatkan melalui sikap Sister Felicia yang asalnya belajar
dikawasan pedalaman di Inanam tetapi atas sikap kerajinannya itu dia berjaya
belajar hingga menjadi seorang jururawat di Hospital Kinabalu.Nilai kerajinan
juga diperlihatkan melalui watak Raiha yang rajin belajar daripada mentornya
iaitu Doktor Uwang sewaktu menuntut di pusat pengajian tinggi dan sanggup
melakukan apa-apa sahaja yang diminta oleh mentornya itu termasukmembuat
demonstrasi.
Nilai Ketekunan
 Nilai ketekunan kelihatan dalam Novel melalui watak Raiha yang tekun belajar
sehingga menjadi seorang pakar bedah sama seperti ayahnya. Walaupun cita-
citanya itu tidak direstui oleh ayahnya yang merupakan seorang pakar
bedah,namun atas ketekunannya mengharungi pelbagai cabaran telah menjadikan
diaseorang pakar bedah dan diterima berkhidmat di Pusat Rawatan Pantai Kasih.
Nilai Keberanian
 Raiha berani mempertahankan bahawa kesalahan atas kematian anak
perempuannya adalah disebabkan oleh Roktor Sadiz. Sikapnya itu tidak disenangi
oleh Doktor Sadiz sehinggakan kes mereka itu berlarutan dan menjejaskan nama
baiknya sendiri. Sikapnya itu juga tidak disenangi oleh keluarganya sendiri kerana
mempertahankan benang yang basah. Apatah lagi Sister Felicia tidak muncul
untuk menjadi saksi di mahkamah sehingga Raiha kalah dalam kes tersebut.
Nilai Bertanggungjawab
 Raiha bertanggungjawab untuk menjadikan pembedahan ke atas Unong Siron
sebagai pembedahan yang keenam dan yang terakhir. Hal ini demikian
keranaRaiha berpendapat tidak sewajarnya gadis remaja itu
menghabiskan masa menghadapi hidup dengan waktu sukar yang sangat
panjang. Tidak sepatutnya gadis tersebut menjalani pembedahan yang sama di
tempat sama dan atas sakit yang sama sehingga lima kali.
Nilai Keprihatinan
 Raiha prihatin terhadap nasib yang menimpa Unong Siron. Baginya pembedahan
sebanyak enam kali tidak sepatutnya berlaku apatah lagi doktor yang melakukan
pembedahan tersebut adalah doktor pakar yang bukan calang-calang.
Rasa prihatin itu terbit dan mengharapkan agar pembedahan keenam pada senja
tadi merupakan pembedahan yang terakhir dan berakhirlah penderitaan dan
kesakitan yang dialami oleh Unong selama ini.
Nilai Ketabahan
 Raiha tabah menghadapi bangkangan ayahnya terhadap cita-citanya
hendak menjadi pakar bedah. Ayahnya berkeras agar Raiha tidak meneruskan niat
untuk menjadi pakar bedah sepertinya kerana beranggapan bahawa tugas
sebagai seorang pakar bedah hanya mampu dilakukan oleh orang lelaki sahaja
yang tahan dari segi fizikal dan mental. Namun pandangan ayahnya itu
dibangkang oleh Raiha dan meneruskan ketekunan belajar untuk menjadi seorang
pakar bedah yang Berjaya. Selepas berkhidmat dalam bidang itu di sebuah
hospital kerajaan akhirnya selepas beberapa tahun Raiha mengambil keputusan
menerima pelawaan untuk bekerja di Pusat Rawatan Pantai Kasih.
PENGAJARAN DALAM PANTAI KASIH
Kita hendaklah mempunyai matlamat hidup.
 Untuk Berjaya seseorang mesti ada matlamat hidup. Raiha Berjaya
menjadiseorang pakar bedah setelah belajar bersungguh-sungguh dalam
pelajaran.Walaupun cita-cita Raiha untuk menjadi pakar bedah tidak direstui
tetapi denganmatlamat hidup yang jelas, cita-cita Raiha akhirnya Berjaya
dikecapi.

Kita hendaklah menghormati hak orang lain.


 Hak orang lain perlu dihormati. Unong Siron berhak untuk mendapat kesihatan
baiknya semula, tetapi Pusat Rawatan Pantai Kasih telah menyebabkan wang
insurans akibat kemalangan jalan raya anaknya itu dihabiskan untuk membayar
kos enam kali pembedahan. Pusat Rawatan Pantai Kasih tidak menghormati hak
pesakitnya.
Kita hendaklah bertanggungjawab terhadap perkara yang dilakukan
 Apabila seseorang melakukan sesuatu perkara, dia seharusnya bertanggungjawabs
epenuhnya terhadap apa-apa tindakan yang diambil. Doktor Sadiz tidak
bertanggungjawab menyalahkan Raiha atas kematian anak perempuannya. Dia
merahsiakan perkara sebenar yang berlaku dan menghukum Raiha atas peristiwa
hitam itu.
Kita hendaklah prihatin terhadap orang lain.
 Kesukaran yang dihadapi oleh golongan pertengahan terutama
melunaskan bayaran pembiayaan perubatan haruslah diberikan perhatian. Bukan
semua orang mampu untuk membayar sejumlah wang apatah lagi telah
dijanjikan untuk menerima rawatan yang terbaik. Ibu Unong Siron berusaha dan
tidak lokek untukmembelanjaan wang insurans anaknya demi melihat anaknya
kembali lincah dan sihat seperti anak orang lain.
Kita hendaklah tekun belajar untuk menjamin masa depan yang lebih cerah.
 Ketekunan seseorang akan membuahkan hasil pada masa hadapan. Raiha tekun
belajar untuk mencapai cita-citanya sebagai pakar bedah seperti ayahnya
juga.Walaupun ditentang oleh ayahnya, Raiha mempunyai matlamat hidup dan
belajar dengan tekun hingga cita-citanya sebagai pakar bedah tercapai juga.

Kita hendaklah tabah menghadapi kesukaran hidup.


 Raiha tabah menghadapi dugaan dan kesukaran hidup. Walaupun ditentang oleh
ayahnya, Raiha tetap tabah dan belajar bersungguh-sungguh dan akhirnya dia
menjadi pakar bedah di Pusat Rawatan Pantai kasih. Raiha juga dimarahi
olehDoktor Sadiz kerana tidak mahu menggugurkan anak cacat yang
dikandungnya sering menjadi bahan melampias kemarahan Doktor Sadiz.
Kematian anak perempuannya iaitu Rohayu memberikan tamparan yang besar
kepada Raiha,namun dia tabah menghadapi semuanya itu walaupun mendapat
cemuhan dan tentangan daripada suaminya Doktor Sadiz.
 SELESAI NOTA LENGKAP UNTUK NOVEL PANTAI
KASIH.
 ANDA PERLU MEMBACA NOVEL PANTAI KASIH
INI.
 JADIKANNOTA YANG SAYA BERIKAN INI
SEBAGAI PANDUAN UNTUK MEMBANTU ANDA
MEMAHAMI JALAN CERITA NOVEL TERSEBUT.
 SEKIAN, TERIMA KASIH.

CIKGU FAIZRUL

Anda mungkin juga menyukai