Anda di halaman 1dari 9

Hukum Membaca Talqin

Amalan membaca talqin setelah mayat dikebumikan adalah satu amalan yang diterima sebagai sunnat atau mustahab dalam mazhab Syafi'i. Dan amalan ini telah diamalkan oleh umat Islam di Nusantara ini sejak awal kemasukan Islam lagi, tanpa ada yang mempertikaikannya atau menolaknya. Maka kenapa kini amalan sebegini dijadikan sasaran untuk menghukum orang lain sebagai pelaku bid'ah yang tidak mengikuti sunnah? Jika pun tidak mahu bertalqin, maka sewajarnya berlapang dadalah kerana ianya termasuk dalam bab khilafiyyah pada furu', di mana dalam mazhab Syafi'i ianya adalah sesuatu yang dihukumkan sebagai sunnat atau mustahab. Imam an-Nawawi rhm. menulis dalam kitab "Raudhatuth Tholibiin" seperti berikut:-

... Dan mustahab hukumnya mentalqinkan mayyit setelah dikebumi. Maka dikatakan: "Wahai hamba Allah anak hamba perempuan Allah, ingatlah dengan apa yang atasnya engkau keluar meninggalkan dunia, iaitu penyaksian bahawa tiada tuhan selain Allah dan bahawasanya Nabi Muhammad pesuruh Allah. Sesungguhnya syurga itu benar, neraka itu benar, kebangkitan itu benar, hari kiamat pasti datang tanpa keraguan, dan Allah akan membangkitkan sesiapa sahaja dari kubur. Sesungguhnya engkau telah redha Allah sebagai Rab, Islam sebagai agama dan Nabi Muhammad s.a.w. sebagai nabi, al-Quran sebagai panutan, ka'bah sebagai qiblat dan kaum mukminin sebagai saudara". Telah warid dengannya hadits Junjungan Nabi s.a.w.

Selanjutnya Imam an-Nawawi meneruskan lagi:-

Inilah talqin yang dihukumkan mustahab oleh perhimpunan daripada sahabat kami (yakni para ulama asy-Syafi'iyyah), antara mereka adalah al-Qadhi Husain, Shohibut Tatimmah, Syaikh Nashr al-Maqdisi dalam kitabnya "at-Tahdzib" dan selain mereka. Qadhi Husain telah menukilkan bahawa secara mutlak di sisi ulama Syafi'i, membaca talqin ini adalah mustahab . Dan adapun hadits yang datang mengenai hukum talqin ini adalah dhoif, akan tetapi hadits-hadits (dhoif) berkaitan keutamaan (fadhoil) adalah tidak mengapa untuk diamalkan di sisi ahli ilmu daripada kalangan muhadditsin dan selain mereka. Dan telah diperkukuhkan hadits mengenai talqin ini dengan kesaksian beberapa hadits yang shohih, seperti hadits : "Mohonlah kepada Allah baginya (yakni bagi si mati) akan ketetapan (yakni ketetapan dalam menjawab fitnah kubur)," dan wasiat Sayyidina 'Amr bin al-'Aash: "Berdirilah kamu di sisi kuburku (walaupun hanya) selama kadar menyembelih seekor sembelihan dan membahagi-bahagi dagingnya, sehingga aku dapat merasakan ketenangan dengan kalian dan aku mengetahui dengan apa akan aku kembalikan utusan-utusan Tuhanku (yakni Munkar dan Nakir)", sebagaimana yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dalam shohihnya. Sentiasalah penduduk Kota Syam beramal dengan amalan talqin ini sejak zaman permulaan Islam lagi, iaitu zaman di mana orang-orangnya dijadikan ikutan. Maka berkata para sahabat kami (yakni ulama Syafi'i): " Dan duduklah orang yang membaca talqin itu di sisi kepala kuburan si mati, dan adapun anak kecil yang belum baligh dan seumpamanya, maka tidaklah ditalqinkan." Oleh itu, janganlah memandang remeh urusan talqin mayyit setelah dikubur. Ianya adalah amalan yang punya dalil dan asas dalam Mazhab Syafi'i. Bukan hanya kita di Malaysia yang bertalqin zaman berzaman, Imam an-Nawawi rahimahullah telah menyatakan bahawa umat Islam di Kota Syam turut mengamalkannya sejak dahulu lagi. Jauhilah sikap mempersenda-sendakan amalan orang lain, apatah lagi jika ianya yang punya dasar, dan diamalkan oleh para ulama dan awliya'. Negeri Sembilan Darul Khusus adalah negeri

yang telah mewartakan fatwa berhubung talqin. Di mana dalam Warta Kerajaan Jil. 50 No. 19 bertarikh 11 September 1997 mewartakan fatwa berikut:1. Talqin hukumnya adalah sunat dan masa talqin itu ialah semasa ihtidar (hampir mati) dan atau selepas dikebumikan. 2. Semasa di dalam ihtidar (hampir mati) maka sunat diajarkannya mengucap kalimah syahadah iaitu La ilaha illallah dan bagi mayat yang telah dikebumikan maka dikata di sisi kuburnya, kata olehmu Tuhanku Allah, Agamaku Islam, Nabiku Muhammad S.A.W. hingga akhir talqin. 3. Mana-mana orang atau kumpulan orang adalah dilarang (a) membid'ahkan mana-mana orang lain yang membacakan talqin kepada mayat. (b) memegang, mengamal atau mengajarkan bahawa bacaan talqin kepada mayat adalah dilarang. (c) menyiar, menyebar, menghebahkan atau mendedahkan dengan apa-apa cara pun bahawa bacaan talqin kepada mayat adalah dilarang. 4. Mana-mana orang Islam adalah dilarang menjadi anggota, pemimpin atau penyokong mana-mana orang atau kumpulan orang yang dilarang di dalam perenggan 3.

Hadith Nabi Mengharuskan Talqin Mari kita singkap hadith Nabi Muhammad sendiri menyuruh amalan talqin yang diriwayatkan oleh Imam At-Tobarony dalam Mujam Sighir dan Mujam Kabir daripada Abi Umamah Al-Bahily berkata : [ : : : : : :: ] [: : . " Yang bermaksud : "Apabila aku mati nanti, lakukan padaku sepertimana yang disuruh oleh Rasulullah agar dilakukan kepada mayat, Rasulullah telah memerintah kita dengan sabda baginda: Apabila matinya seorang daripada kalanganmu, maka tanahlah dan berdirilah seorang dikalangan kamusemua pada bahagian kepala dikuburnya kemudian katakan Wahai si fulan anak si fulanah, orang itu mendengarnya tetapi dia tidak akan menjawab, kemudian katakan Wahai fulan anak fulanah maka dia duduk, kemudian katakan Wahai fulan anak fulanah maka dia berkata semoga Allah merahmati kamu tetapi kamu semua tidak merasai (apa yang telah berlaku pada si mayat), maka hendaklah dikatakan : Ingatlah apa yang telah menyebabkan kamu dilahirkan kedunia iaitu syahadah tiada Tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu hambaNya dan rasulNya dan engkau telah meredhoi dengan allah sebagai tuhanmua dan islam itu agamamu dan Muhammad itu nabimu dan al-quran itu petunjukmu maka malaikat mungkar dan nakir akan mengambil tangannya lantas berkata Ayuh bersama kami bawakan kepada siapa yang telah ditalqinkan hujahnya Abu Umamah bertanya kepada Rasulullah Wahai Rasulullah!bagaimana sekiranya tidak diketahui nama ibunya? Rasulullah menjawab Maka hendaklah dinasabkan kepada ibu manusia iaitu Hawwa dengan mengatakan Wahai si fulan anak Hawwa. ( hadith riwayat Imam Al-Hafiz Tobarony Dalam kitabnya Mu'jam Soghir Wal Kabir). Hadith yang mengharuskan talqin diatas telah disolehkan sanadnya (ulama hadith menyatakan hadith itu boleh digunakan) oleh Imam Muhaddith dari kalangan ulama hadith iaitu Al-Hafiz Ibnu Hajar Al-Asqolany dalam kitab beliau berjudul At-Talkhis Al-Habir sepertimana yang juga dibawah Kitab Al-Majmuk oleh Imam Nawawi pada

jilid 5 muksurat 243 : Yang bermaksud : Sanad hadith ini adalah boleh digunakan dan hadith ini telah dikuatkan oleh Imam Al-Hafiz Ad-Dhiya dalam kitab Ahkam. Maka hadith Nabi Muhammad ini jelas mengharuskan amalan talqin sepertimana jua para ulama salafussoleh berpegang dengan hukum mengenainya. Kenyataan Mazhab Al-Hanafi Mengharuskan Talqin 1-Berkata As-Syeikh Al-Alim Abdul Al-Ghony Al-Ghonimy Ad-Dimasyqy Al-Hanafi dalam kitab beliau berjudul Al-Lubab Fi Syarhil Kitab pada jilid 1 mukasurat 125 menyatakan : : "." ) ( Manakala hukum mentalqin mayat pada kubur adalah merupakan syariat islam disisi Ahli Sunnah Wal Jamaah kerana Allah taala menghidupkannya dalam kuburnya. Telah jelas bahawa dalam mazhab Hanafi amalan talqin adalah diharuskan bahkan disyariatkan. Mazhab Maliki Mengharuskan Amalan Talqin 1- Imam Al-Qurtuby Al-Maliky pengarang kitab tafsir terkenal telah menulis satu bab yang khusus mengenai amalan talqin disisi mazhab Maliki dalam kitab beliau berjudul At-Tazkirah Bil Ahwal Al-Mauta Wal Akhiroh pada mukasurat 138-139 : Didalam bab itu juga Imam Qurtuby telah menjelaskan amalan talqin dilakukan oleh para ulama islam di Qurtubah dan mereka mengharuskannya.

Mazhab Syafie Mengharuskan Dan Mengalakkan Amalan Talqin 1- Imam An-Nawawi As-Syafie menyatakan dalam kitab beliau berjudul Al-Majmuk pada jilid 5 mukasurat 303-304 : " : " :

" Yang bermaksud : Telah menyatakan oleh ramai para ulama dari mazhab Syafie bahawa disunatkan talqin pada mayat ketika mengebumikannya. Kenyataan mazhab Syafie dari kitab yang sama : "" : Imam Nawawi menyatakan : Telah ditanya kepada As-Syeikh Abu Amru Bin As-Solah mengenai talqin maka beliau menjawab Amalan talqin merupakan pilihan kita (mazhab Syafie) dan kami beramal dengannya. 2- Imam Abu Qosim Ar-Rofie As-Syafie menyatakan dalam kitab beliau berjudul Fathul Aziz Bi syarh Al-Wajiz tertera juga pada bawah kita Al-Majmuk oleh Imam Nawawi pada jilid 5 mukasurat 242 : ". : ..." Yang bermaksud : Digalakkan dan disunatkan mentalqin mayat selepas mengebumikannya dan dibaca : Wahai hamba Allah bin hamba Allah(bacaan talqin).

Mazhab Hambali Mengharuskan Talqin 1- Imam Mansur Bin Yusuf Al-Buhuty Al-Hambaly menyatakan hukum pengharusan talqin dalam kitab beliau berjudul Ar-Raudul Mari mukasurat 104. 2- Imam Al-Mardawy Al-Hambaly dalam kitabnya Al-Insof Fi Marifatil Rojih Minal Khilaf pada jilid 2 mukasurat 548-549 menyatakan : "" Yang bermaksud : Kenyataan yang penting : Disunatkan hukum talqin mayat selepas mengkebumikannya disisi kebanyakan ulama ( selainnya hanya mengharuskan sahaja). Dalil dari hadith : Daripada Amru ibn al 'As berkata yang bererti : "Apabila kalian telah mengkebunmikan aku, maka timbuslah jenazahku dengan tanah sehingga rata, kemudian hendaklah kalian berdiri selepas itu, di sekeliling kuburku kirakira selama masa menyembelih unta dan selama dibahagikan dagingnya sehingga aku tidak berasa kesepian bersama kalian dan sehingga aku mengetahui apa yang akan aku jawab kepada utusan-utusan Tuhanku."

Riwayat Muslim (1/112) hadith no 192 Daripada Uthman radiyaLlahu 'anhu berkata yang bererti : "Adalah Nabi sallaLlahu 'alaihi wasallam apabila telah selesai mengebumikan mayat, Baginda sallaLlahu 'alaihi wasallam berdiri di atasnya dan bersabda, "Mintalah keampunan bagi saudara kalian ini dan mintalah baginya akan ketetapan (untuk menjawab soalan Munkar dan nakir), kerana dia sekarang ini sedang disoal." Riwayat Abu Daud dan al Baihaqi. Ibnu Qaiyim berkata : Mentalqinkan mayat selepas dikebumikan merupakan amalan yang telah tersebar di Syam pada zaman Imam Ahmad ibn Hanbal radiyaLLahu 'anhu dan sebelumnya. Begitu juga di Qurtubah dan kawasan-kawasan sekitarnya pada sekitar tahun 500 Hijrah. Kitab al Ruh (1/148) tahqiq Dr Bisam Ali.

Kedudukan Hadits Talqin Setelah Dikubur Kita lihat bagaimana para ulama dan huffadz berpendapat. Diriwayatkan Imam Ad Daraquthni dalam Al Mujam: Dari Abu Umamah, beliau mengatakan, bahwa Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam bersabda,Jika salah satu dari kalian telah meninggal, hingga kalian meratakan tanah di atasnya, maka hendaknya salah satu dari kalian berdiri di dekat kepalanya, kemudian mengatakan, Wahai fulan bin fulanah, sesungguhnya ia mendengar akan tetapi tidak menjawab. Lalu hendaklah mengatakan,Wahai fulan-bin fulanah, untuk kedua kalinya. Maka sesungguhnya ia duduk, kemudian hendalah mengatakan, Wahai fulan bin fulanah. Maka ia mengatakan, Berilah nasehat kepada kami, semoga engkau mendapat rahmat Allah. Akan tetapi kalian tidak mendengar. Hendaklah ia mengatakan,Sebutkan bahwa engkau keluar dari dunia berada di atas syahadat, bahwa tiada ilah kecuali Allah dan Muhammad Rasulullah, dan sesungguhnya engkau telah ridha dengan Allah sebagai Rabb, Islam sebagai dien, Muhammad sebagai nabi, serta Al Quran sebagai imam. Sesungguhnya Munkar dan Nakir terlambat dan salah satunya mengatakan,Kita pergi dari sini, kita tidak duduk di sini, dan ia telah ditalqin hujjahnya, dan hujjahnya berhadapan dengan Allah dan Rasul-Nya bukan dengan keduanya (Munkar dan Nakir). Lalu seorang laki-laki bertanya,Wahai Rasulullah, jika ia tidak tahu ibunya? Rasulullah

Shallallahu Alaihi Wasallam menjawab, Dinisbatkan kepada ibunya Hawa, wahai fulan bin Hawa. Komentar para ulama mengenai kedudukan hadits ini: Al Hafidz Ibnu Shalah Sebagaimana dinukil Imam An Nawawi: Telah kami riwayatkan mengenai hal itu (talqin mayat setelah dikubur) hadits Abu Umamah, yang tidak tegak sanadnya (dhoif). Akan tetapi ia dikuatkan dengan syawahid dan amalan penduduk Syam sejak dahulu. (Al Adzkar, 279). Imam An Nawawi: Dan hadits tentangnya (talqin setelah dikubur) dhaif, akan tetapi hadits-hadits fadhail ditoleransi oleh para ahli ilmu dari muhaditsin dan lainnya. Dan hadits ini dikuatkan dengan syawahid dari hadits-hadits yang shahih semisal,berdoalah kelain kepada Allah untuk keteguhannya, dan washiyat Amru bin Ash, Berdirilah kalian di atas kuburku selama waktu menyembelih kambing dan membagi-bagikan dagingnya, hingga aku merasa tenang dengan keberadaan kalian, dan aku mengetahui, apa yang bisa membuat utusan Allah (Munkar-Nakir) pergi. Yang diriwayatkan Muslim dalam shahihnya. Dan ahlu Syam sudah mengamalkan talqin ini sejak masa awal. (Ar Raudha At Thalibin, 2/139) Ibnu Qayyim Al Jauziyah Hadits ini, walau tidak tsabit (dhaif), akan tetapi terus berkesinambungan pengamalan dengannya di seluruh penjuru dan masa tanpa ada pengingkaran, cukup untuk dijadikan dasar amalan. (Ar Ruh, 14) Walhasil, hadits ini sejatinya dhaif, tapi terangkat derajatnya dengan dijadikannya sebagai pijakan ahlul ilmi dan umat sebagai rujukan. Ini tidak bertentangan dengan kaidah yang ditetapkan ulama. Al Hafidz As Skhahawi mengatakan,

Dan demikian pula jika umat menerima hadits dhaif, maka ia boleh diamalkan menurut pendapat shahih. (Fath Al Mughits bi Syarh Alfiyah Al Hadits, 120-121). Al Kamal bin Al Humam saat mengkritik mereka yang mendhaifkan hadits yang maknanya, Talaq untuk budak dua talak dan iddahnya dua haidh, mengatakan, Yang juga membuat hadits menjadi shahih adalah pengamalan ulama yang sesuai dengannya. Dan At Tirmidzi setelah meriwayatkan hadits ini juga mengatakan,Hadits gharib (dhaif) dan para ahli ilmu mengamalkannya, termasuk para sahabat Nabi Shallallahu Alaihi Wasallam dan lainnya. (Fath Al Qadir, 3/143). Hal yang sama disebutkan Hafidz As Suyuthi, Sebagian dari mereka (huffadz) mengatakan, Hadits dihukumi shahih, jika manusia menerimanya, walau isnadnya tidak shahih. (At Tadrib Ar Rawi, 24). Adalah Hafidz At Tirmidzi, yang sering mengungkapkan dalam kitab Al Jami beliau, bahwa hadits yang beliau riwayatkan dhaif, akan tetapi diamalkan oleh ahli ilmu. Walhasil, penguatan hadits talqin di atas telah sesuai dengan kaidah. Tentu, tidak semua orang bisa menggunakan kaidah ini secara sembarangan, karena hanya ahlinya lah yang mengetahu kapan hadits dhaif benar-benar diterima umat Islam, hingga ia boleh diamalkan. Wallahu Taala Ala wa Alam. Sumber rujukan: Al Adzkar min Kalam Sayid Al Abrar. (Dar Al Minhaj, Jeddah, cet I, 2005) Raudhah At Thalibin. (Al Maktab Al Islami, 1991) Tuhfah Ar Mardhiya fi Hilli Badhi Al Musyqilat Al Haditsiyah, yang disertakan dalam lembaran terakhir kitab Al Ajwibah Al Fadhilah li Al Asilah AL Ashrah Al Kamilah, Imam Al Laknawi. (Dar As Salam, Kairo, cet. III, 1994)

Anda mungkin juga menyukai