Anda di halaman 1dari 18

KEBERKESANAN USLUB AL-MATHAL DAN KERELEVANAN DALAM

DAKWAH MASA KINI.

MOHD ZAIRUL RIDZUAN BIN ABDUL RAHAMAN (P87085)

ABSTRAK

Al-Mathal merupakan satu uslub dalam berdakwah yang ada di dalam al-
Quran. Jumlah amstal dalam al-Quran, Ibn al-Qayyim sebagaimana dikutip
oleh al-Khidr Husayn menemukan Amtsal al-Quran lebih dari 40 ungkapan
(tempat).Penggunaan al-Mathal dalam gaya bahasa Al-Quran Al-Karim
adalah untuk menrangkan sesuatu perkara yang tidak terjangkau oleh
permikiran manusia. Gambaran perumpamaan ini didatangkan oleh Allah
S.W.T ini menjadikan manusia terdorong untuk menghayati keindahan
kalimah-kalimah dan keistimewaan yang terkandung di dalam al-Quran.
Fokus kajian ini ialah dalam bidang analisis wacana yang merujuk kepada
ayat-ayat dalam Al-Quran Al-Karim sebagai dasar kajian. Kajian ini
menggunakan metode historis dan metode dokumentari yang
mengaplikasikan kaedah pengumpulan data secara kualitatif. Keduadua
metodologi ini mempraktikkan kaedah kajian perpustakaan Data yang
diperoleh dianalisis dengan merujuk kepada hasil karya para sarjana silam
dan moden. Perisian komputer serta internet juga digunakan bagi
memudahkan proses penganalisaan data. Dapatan kajian menunjukkan ayat
amthal merupakan suatu uslub dalam penyampaian dakwah yang berkesan
bagi memahami ayat dan maksud dari al-Quran dan membuatkan
penyampaian dakwah itu lebih berkesan.

Kata Kunci : Uslub dakwah al-mathal ,Amthal dalam al-Quran, kerelevenan


dakwah mathal, dakwah masa kini.

PENDAHULUAN

Al-Quran al-Karim merupakan mukjizat Islam yang kekal dan mukjizatnya


selalu diperkuatkan oleh kemajuan ilmu pengetahuan. Ia diturunkan Allah
kepada Rasulullah s.a.w. untuk mengeluarkan manusia dari kegelapan
kepada cahaya dan dari kesesatan kepada kebenaran. Ternyata Rasulullah
s.a.w. yang dididik dengan manhaj rabbani oleh Allah, menyampaikan al-

1
Quran kepada para sahabat; golongan Arab sehingga mereka dapat
memahaminya berdasarkan naluri mereka ( Manna Khalil al-Qattan 2000 :
1 ).

Ulum al-Quran yang merupakan ilmu yang membahaskan tentang


perkara-perkara yang berkaitan dengan al-Quran dari segi asbab al-nuzul,
pengumpulan al-Quran dan pengetahuan tentang surah Makkiyyah dan
Madaniyyah, al-nasikh dan al-mansukh, al-muhkam dan al-mutasyabih,
mutlaq dan muqayyad, qasam al-Quran, turut membicarakan tentang
amthal al-Quran yang merupakan antara ilmu penting dalam memahami al-
Quran.

Sesungguhnya suatu perkara yang tinggi makna dan tujuannya akan


lebih menarik jika dimasukkan ke dalam kerangka ucapan yang baik dan
mendekatkan kepada pemahaman, melalui analogi dengan sesuatu yang
telah diketahui secara yakin. Amthal (membuat misalan atau perumpamaan)
merupakan kerangka yang dapat menampilkan makna-makna dalam bentuk
yang hidup dan mantap di dalam fikiran, dengan cara menerangkan sesuatu
yang ghaib dengan yang hadir, yang abstrak dengan yang konkrit, dan
dengan menganalogikan sesuatu dengan hal yang serupa. Ternyata banyak
makna yang baik, dijadikan lebih indah, menarik dan mempesona oleh
amthal ini. Oleh sebab itu, tamthil lebih dapat mendorong jiwa untuk
menerima makna yang dimaksudkan dan membuat akal merasa puas
dengannya. Terbukti amthal adalah salah satu uslub al-Quran yang berkesan
dalam mengungkapkan pelbagai penjelasan dan kemukjizatan ( Manna
Khalil al-Qattan 2000 : 1 ).

DEFINISI AL-MATHAL

2
Amthal adalah kata jamak daripada Mathal yang berasal daripada rumpun
bahasa Samit. Dalam bahasa arab ianya di sebut sebagai Mathal. Perkataan
mathal ini jika di lihat dari sudut bahasa mepunyai pelbagai pengertian dan
makna yang tersendiri. Antaranya ialah perumpamaan, perbandingan,
gandingan , percakapan, sifat, berita, cara keterangan hujjah, teman sebaya,
pengajaran, kadar, acuan dan banyak lagi maksud yang boleh diterjemahkan
dari perkataan Mathal ini (Muhd Najib Abdul Khadir & Mohd Nazri Ahmad
2009:1) .

Menurut Ibn Faris di dalam Mujam Maqayis al-Lughah, al-


mathal menunjukkan persamaan sesuatu dengan sesuatu yang lain.
Sementara itu, al-Zamakhsyari menyatakan bahawa al-mathal memberi
makna al-mithl iaitu persamaan (Azhar Muhammad. 2008 : 2).

Berdasarkan pendapat sebahagian ahli bahasa Arab terhadap


pentakrifan al-mathal, Mohd Sukki Othman (2004) merumuskan bahawa
definisi al-mathal menurut bahasa ialah perumpamaan, perbandingan,
penyerupaan, persamaan, perkhabaran, pengajaran, sifat, tanda, seperti,
contoh, setara, hujah, pepatah, dan bidalan. Manakala menurut ilmu
balaghah al-mathal ialah ungkapan, perbandingan, persamaan atau
perumpamaan yang menggunakan lafaz-lafaz yang menarik serta diselami
dengan unsur-unsur al-balaghah ( Mohd Sukki Othman. 2004: 39).

PENGGUNAAN USLUB AL-MATHAL

Di dalam al-Quran Allah s.w.t sering menggunakan takbir seperti al-


Taswurriyyah al-Tajridiyyah, al-Tazsbihat al-Tarkibiyyah dan sebagainya yang
boleh dikategorikan sebagai bentuk al-mathal. (14). Melalui perbandingan
dan perumpamaan ini adalah lebih mudah untuk para daie memberikan

3
keterangan dan penjelasan suatu kisah supaya timbul daya tanggapan yang
benar-benar memberikan impak dan dapat mempengaruhi jiwa madu.

Jika dilihat di dalam al-Quran Allah s.w.t banyak membuat perumpaan


sebagaimana firmanya :

Maksudnya:, dan Allah memperbuat perumpamaan-perumpamaan bagi


manusia, dan Allah Maha mengetahui segala sesuatu.

( Surah an-
Nur :35)

Dan firman-Nya lagi :

Maksudnya : Dia membuat perumpamaan untuk kamu dari dirimu sendiri


(surah ar-Rum :28)

Perumpamaan yang di buat adalah untuk mereka yang belum


mengetahui tentang sesuatu perkara. Seseorang itu memelukan
perumpamaan kerana banyak perkara yang belum diketahuinya. Jika dilihat,
Allah s.w.t membuat perumpamaan untuk manusia dari diri mereka sendri ,
bukan daripada sisi-Nya. Hal ini kerana supaya manusia itu memahami dan
mengetahui tentang apa yang mereka belum ketahui (Muhd Najib Abdul
Khadir & Mohd Nazri Ahmad 2009: 8)

4
Perumpamaan merupakan contoh-contoh hikmah bagi sesuatu yang
tersembunyi daripada pendangan dan pengelihatan supaya dengannya
mendapat petunjuk secara jelas seperti melihat dengan pancaindera sendiri
(al-Tirmidhi t.th :14). Sesuatu kebijaksanaan Allah s.w.t jika dia membuat
perumpamaan bagi manusia daripada diri sendiri, kerana keperluan manusia
kepada perumpamaan tersebut. Ini bertujuan supaya manusia menggunakan
akal fikiran untuk mengetahui sesuatu yang tersembunyi daripada
penglihatan dan pendengaran secara jelas. Oleh itu Allah s.w.t. menamakan
mereka yang memahami secara jelas dan mendalam tentang perumpamaan
ini sebagai alim (intelek) (al-Tirmidhi t.th :14). Seperti firman-Nya:

Maksudnya: dan perumpamaan-perumpamaan ini Kami buat untuk manusia;


dan tiada yang memahaminya kecuali orang-orang yang berilmu.

(Surah al-
Ankabut:43)

Perumpamaan al-Quran dapat mendekatkan sesuatu kenyataan yang


hendak disampaikan dan dapat mengeluarkan perkara maknawi dalam
bentuk perkara yang boleh dirasakan melalui salah satu pancaindera,
disamping itu dapat menjelaskan sesuatu gambaran, seterusnya dapat
menghuraikan perkara-perkara yang ringkas dan tidak jelas.(Kamal
Muhammad Mahdi 1988:87)

Selain itu Amthal dalam al-Quran juga merupakan salah satu daripada
bentuk uslub hidayah yang menggerakkan jiwa manusia untuk melakukan
kebaikan dan menghindari daripada melakukan kemungkaran. Sehubungan
dengan itu, jika diteliti banyak bentuk mathal yang digambarkan dalam al-
Quran termasuk perumpamaan atau perbandingan tentang golongan
mukmin, munafik dan sebagainya(Mahmud bin Sharif 1981:12).

5
Secara kesimpulanya, al mathal dalam al-Quran adalah bertujuan
untuk memberi kefahaman, penjelasan serta penerangan yang dapat
diterima oleh akal fikiran manusia yang bersesuaian dengan dengan
peredaran masa dan tempat. Penggunaanya adalah dalam bentuk uslub
menyampaikan dakwah, melalui perbandingan dan perumpamaan ini adalah
mudah untuk pendakwah memberikan keterangan yang lebih jelas.

JENIS-JENIS AL- MATHAL

Ramai diantara ulama didalam bidang ulum al-Quran membahagikan al-


mathal al-qurani kepada dua pembahagian iaitu al-mathal al-sarih dan al-
mathal al-kamin. Manakala sebahagian ulam lain pula membahagikan
kepada tiga bahagian dengan menambah satu lagi dari pada bahagian yang
sedia ada dengan lafaz-lafaz yang disebut dalam uslub al-mathal.

Secara rumusanya, amthal al-Quran ini dapat di pecahkan kepada tiga


kumpulan: (Muhammad Husain 1981:105)

a. Al Amthal al-Zahirah iaitu perumpamaan yang ditunjukkan secara jelas ia


dinyatakan dalam dua keadaan.
i. Lafaz mathal disebut secara langsung dan jelas, contohnya;

Firman Allah s.w.t tentang golongan munafik:




Maksunya: perumpamaan mereka adalah seperti orang yang
menyalakan api, Maka setelah api itu menerangi sekelilingnya Allah
hilangkan cahaya (yang menyinari) mereka, dan membiarkan
mereka dalam kegelapan, tidak dapat melihat.
( al.Baqarah :
17)

ii. Lafaz mathal yang di sebut sebagai tasbih, iaitu al-mushabbah


(suatu perkara) dan musyabbah bih (perkara yang dibandingkan),

6
wajh al-shabah ( sifat persmaan), dan alaqah (kaitan) antara kedua-
dua benda atau perkara yang hendak dibandingkan.

b. Al-Amthal al-Kaminah, iaitu perumpamaan yang simbolik, tidak ada lafaz


yang jelas menunjukan mathal tetapi menunjukan kepada makna yang
tertentu terkandung dalam lafaz tertentu. Ia juga mempunyai persamaan
antara perumpamaan yang tersebar dalam kalangan bangsa arab dengan
pengertian yang yang terkandung dalam sesetengah ayat al-Quran (Muhd
Najib Abdul Khadir & Mohd Nazri Ahmad 2009:15) .
c. Al-mathal al-mursalah, iaitu perumpamaan yang disebut mengikut uslub
al-mathal tanpa lafaz mathal dengan nyata atau tasbih. Ia adalah ayat
yang berdasarkan bentuk-bentuk mathal. Perumpamaansebegini banyak
di sebutkan dalam al-Quran dan mempunyai persamaan pengertian
dengan perumpamaan masyarakat Arab. (Muhd Najib Abdul Khadir &
Mohd Nazri Ahmad 2009:17) .

Secara kesimpulanya dapat dilihat daripada ketiga-tiga pembahagian Amthal


ini penulis mendapati bahawa Al-mathal al-mursalah mempunyai ciri yang
sama dengan Al-Amthal al-Kaminah.

TUJUAN USLUB AL-MATHAL

Penggunaan amthal merupakan salah salah satu uslub bayaniyyah yang


secara tidak langsung memberi keterangan dan gambaran yang jelas
terhadap sesuatu perkara yang hendak dibandingkan. Ia merupakan tujuan
tertentu yang memerlukan pengkajian dan penelitian keatas maksud yang
tersirat di sebalik ayat-ayat al-mathal. (Muhd Najib Abdul Khadir & Mohd
Nazri Ahmad 2009:20) .

Menurut Muhammad Bakr Ismail, mathal al-Quran ialah perumpamaan


keadaan sesuatu dengan sesuatu yang lain sama ada dengan
menggunakan isti arah, tasybih dan kinayah yang merangkumi pelbagai

7
gambaran yang bertujuan memberi maksud yang mengandungi iktibar dan
pengajaran di samping turut memberi kefahaman berkaitan perkara-perkara
ghaib khususnya ( Mohd Sukki Othman. 2004:40).

Al-mathal di dalam al-Quran merupakan satu gaya bahasa yang


mampu membongkar dan mendedahkan sesuatu perkara dengan cara yang
realistik. Ia bertujuan menjelaskan secara terperinci makna dan maksud al-
Quran itu sendiri serta membolehkan manusia menyelami rahsia-rahsia di
sebalik perkara-perkara ghaib ( Mohd Sukki Othman. 2004: 41).

Sehubungan dengan itu, terdapat lima penggunaan al-Amthal di


dalam al-Quran iaitu:

a. Mendekatkan suatu gambaran perkara yang dibandingkan


kepada pemikiran seseorang dengan cara perbandingan atau
perumpamaan (Muhd Najib Abdul Khadir & Mohd Nazri Ahmad
2009:20) . .
b. Menerima dan memberi pandangan ataupun pendapat dengan
mengemukakan hujah-hujah tertentu(Abd Rahman Hassan
1980:45).
c. Dorongan melakukan kebaikan dengan menyebut keindahan dan
kebaikan benda yang di bandingkan atau melakukan sesuatu
dengan mendedahkan keburukanya melalui perbandingan yang
buruk (Abd Rahman Hassan 1980:55).
d. Pujian atau celaan. Penghormatan atau penghinaan. (Abd
Rahman Hassan 1980:73).
e. Memerlukan ketajaman fikiran dan pandangan serta
pemerhatian dan penganalisisan yang boleh membawa
pengertian yang dimaksudkan dengan cara berfikir (Abd
Rahman Hassan 1980:76).

Dari pada keseluruhan tujuan amthal ini dapat dirumuskan bahawa


amthal ini adalah suatu yang membuat penyamaan atau penyerupaan
sesuatu yang tidak dapat dilihat dengan pancaindera dengan sesuatu yang
ghaib dan dengan apa yang dapat dilihat. Selain itu penggunaan amthal ini

8
merupakan cara yang mudah untuk mnyampaikan petunjuk dan peringatan
dengan contoh-contoh yang baik.

CONTOH AYAT- AYAT AL-MATHAL DALAM AL-QURAN

Amthal Untuk Golongan Beriman

Iman ialah kepercayaan yang meresap di dalam hati dengan penuh


keyakinan, tidak bercampur syak dan ragu serta memberi pengaruh kepada
pandangan hidup, tingkah laku dan perbuatan sehari-hari. Iman disertai amal
yang didasari oleh hati dipenuhi rasa kebaikan dan keikhlasan kepada Allah.
Keimanan merupakan gabung jalin antara pengetahuan, pengertian dan
kepercayaan yang kukuh dengan ketundukan hati, kepatuhan kemahuan dan
kerelaan menjalankan perintah Allah. Keimanan menimbulkan semangat
bekerja dan berkorban dengan harta dan diri serta menzahirkan budi pekerti
yang baik dan amal yang berguna.

Menurut al-Ashqar, golongan beriman ialah mereka yang mempunyai


akidah yang teguh berdasarkan ketaatan dan kepatuhan kepada Allah.
Mereka adalah golongan dipuji oleh Allah di dalam al-Quran. Keimanan
menurut Rasulullah s.a.w di dalam hadith baginda hendaklah dipaksikan
kepada Allah, para malaikat, kitab-kitabNya, para Rasul, hari akhirat serta
qadadan qadar ( Mohd Sukki Othman. 2004: 45).Firman Allah s.w.t :

Maksud : Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya


pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan
tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. dan
(ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang
dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi meliputi ilmu
pengetahuanNya.

Surah al-Baqarah :)
(261

Di dalam ayat ini, Allah s.w.t menggambarkan sebuah gambaran hidup


yang segar, subur dan memberi hasil iaitu tanaman yang merupakan
pemberian Allah yang dapat dilihat oleh pancaindera manusia. Tanaman
tersebut memberikan hasil berganda lebih banyak dari benihnya sebagai
perbandingan kepada mereka yang menginfakkan harta ke jalan Allah s.w.t
semata-mata ikhlas kerana mengharapkan keredhaan Allah s.w.t . Al- Quran
mengajak manusia agar mengorbankan harta dan memberi kepada golongan
yang memerlukan kerana sesungguhnya Allah s.w.t melipatgandakan rezeki
kepada golongan beriman yang mengeluarkan harta di jalan Allah (Syed
Qutb. 2010 : 354)

Kesimpulannya, uslub al-mathal di dalam al-Quran mengenai golongan


beriman banyak didatangkan dengan unsur pujian dan galakan kepada
mereka untuk menyahut seruan dari Allah s.w.t. Allah s.w.t menerangkan
mengenai ganjaran dan kemuliaan golongan beriman melalui uslub al-
mathal agar bertambah keyakinan golongan beriman seterusnya
membuahkan amalan kebajikan yang beriman dengan niat yang tulus dan

10
murni semata-mata untuk mendapatkan keredhaan Allah serta kejayaan di
dunia dan akhirat.

Amthal Untuk Golongan Munafik

Munafik pada istilah syarak ialah nama golongan yang melahirkan


sesuatu yang berlawanan dengan apa yang tersimpan di dalam hati.
Sekiranya ia berlaku pada iktikad keimanan, maka ia dikira nifak kafir dan
jika ia tidak berkaitan dengan iktikad keimanan, maka ia dikira nifak amal.
Menurut Abdul Karim Zaidan, munafik ialah pernyataan yang tidak sesuai
dengan apa yang terpendam di dalam hati. Firman Allah s.w.t :

Maksud: Perumpamaan orang-orang munafik adalah seperti orang yang


menyalakan api di malam yang gelap agar dia dapat berjalan menuju
tujuannya. Lalu ketika api itu menyinari sekelilingnya, Allah hilangkan sinar
itu dan membiarkan mereka dalam kegelapan maka mereka tidak dapat
melihat (17). Mereka tuli, bisu dan buta maka mereka tidaklah kembali ke
( jalan yang benar) (18).

(Surah al-
Baqarah 17-18)

Perumpamaan ini menggambarkan perbuatan orang-orang munafik


dalam kehidupan manusia. Kehidupan ini penuh dengan penyimpangan dan
kesesatan, hanya ada satu sahaja jalan yang lurus. Sementara itu, jalan yang
lurus ini dipenuhi dengan duri-duri dan rintangan-rintangan sehingga
seseorang manusia tidak mampu mendapatkan jalan yang lurus di antara

11
jalan-jalan yang menyesatkan serta tidak mampu menghindari duri-duri dan
menghadapi rintangan-rintangan kecuali dengan cahaya iman, akal dan
wahyu (al-Syirazi. 1992 : 91).

Melalui perumpamaan ini, Allah menyatakan bahawa apakah sepercik


api yang terbatas yang dinyalakan oleh manusia dapat membimbingnya di
jalan yang penuh duri dan panjang ini? Orang munafik menempuh jalan
kemunafikan yang mana mereka menduga bahawa cara yang mereka
gunakan dapat menjamin kestabilan dan kepentingan mereka di hadapan
orang-orang beriman dan orang-orang kafir serta menggabungkan diri
mereka dengan kumpulan yang menang setelah selesainya peperangan.
Mereka mengganggap perbuatan mereka sebagai kecerdasan dan
kecerdikan laksana sinar yang menembusi jalan kehidupan yang mampu
membawa mereka kepada tujuan yang dikehendaki. Namun Allah menutup
sinar itu dan membongkar mereka (al-Syirazi. 1992 : 91), Ketika datang
kepadamu orang-orang munafik dan berkata, Kami bersaksi bahawa kamu
adalah utusan Allah. Allahlah yang mengetahui bahawa kamu adalah
utusanNya dan Allah bersaksi bahawa orang-orang munafik itu berbohong
( surah al-Munafiqun : 1-2).

Penggunaan kata menyalakan api di dalam ayat tersebut bermaksud


mereka ( orang-orang munafik) menggunakan api untuk menyinari jalan.
Dan api merupakan sesuatu yang berasap, mempunyai abu dan terbakar.
Sementara itu, orang-orang beriman menggunakan cahaya keimanan yang
bersih dan tidak mencemarkan. Batin orang-orang munafik mengandungi api
sekalipun mereka berpura-pura menampakkan cahaya keimanan. Meskipun
mereka memiliki cahaya itu, cahaya itu lemah dan tidak mampu bertahan
lama (al-Syirazi. 1992 : 92).

12
Cahaya yang lemah dan sementara itu barangkali menunjukkan
cahaya mata hati dan fitrah tauhid atau menunjukkan keimanan mereka
yang dulu yang kemudiannya tertutup oleh tabir-tabir taqlid buta, fanatisme
dan kebencian sehingga kehidupan mereka tidak hanya menjadi samar
bahkan gelap-gelita sebagaimana yang disebutkan di dalam al-Quran.
Mereka akhirnya kehilangan daya penglihatan, pendengaran dan percakapan
yang baik (al-Syirazi. 1992 : 92).

Perumpamaan di atas menjelaskan sikap orang-orang munafik iaitu


sikap ini tidak akan bertahan lama. Orang-orang munafik berkemungkinan
memakai pakaian Islam dan bersahabat dengan orang-orang kafir secara
diam-diam. Keadaan seumpama ini ibarat percikan api yang kecil dan lemah,
tidak mampu bertahan apabila ditiup angin dan akan segera padam
sehingga keadaan sebenar mereka akan terungkap dan mereka akan
dibenci, diusir dan kebingungan seperti seseorang yang berjalan dalam
kegelapan (al-Syirazi. 1992 : 92).

Kesimpulannya, uslub al-mathal di dalam al-Quran mengenai golongan


munafik banyak didatangkan dengan unsur celaan dan penghinaan ke atas
mereka yang berpura-pura beriman bahkan mereka menentang ajaran dan
kebenaran Islam pada hakikatnya. Allah s.w.t menerangkan mengenai ciri-ciri
dan sikap golongan munafik ini melalui uslub al-mathal agar golongan
beriman dapat berwaspada dengan kewujudan golongan yang sifatnya ibarat
gunting dalam lipatan yang memusuhi Islam dan kebenaran.

Amthal Untuk Golongan Kafir

13
Kafir dari segi bahasa ialah tutup dan dinding menurut Ibn Faris. Kafir juga
bermaksud malam kerana kegelapan malam menutupi segala sesuatu.
Sementara itu, kufur menurut al-Sayuti merupakan lawan kepada iman
kerana kekufuran itu menutup keimanan (Zainal Abidin Mohamad dan Muhd
Najib Abdul Kadir. 2009: 47). Menurut al-Azhari orang kafir disebut sebagai
kafir kerana apabila Allah s.w.t mereka mentauhidkanNya, Allah s.w.t turut
menyeru mereka kepada nikmat yang disediakan tetapi disebabkan
keengganan mereka menerima seruan tersebut maka mereka telah menutup
dan menghalang nikmat itu sampai kepada mereka (Zainal Abidin Mohamad
dan Muhd Najib Abdul Kadir. 2009: 48).

Firman Allah s.w.t :

Maksud : Sesungguhnya Allah tidak malu membuat perbandingan apa


sahaja, (seperti) nyamuk hingga ke suatu yang lebih daripadanya (kerana
perbuatan itu ada hikmahnya), iaitu kalau orang-orang yang beriman maka
mereka akan mengetahui bahawa perbandingan itu benar dari Tuhan
mereka; dan kalau orang-orang kafir pula maka mereka akan berkata:
"Apakah maksud Allah membuat perbandingan dengan ini?" (Jawabnya):
Tuhan akan menjadikan banyak orang sesat dengan sebab perbandingan itu,
dan akan menjadikan banyak orang mendapat petunjuk dengan sebabnya;
dan Tuhan tidak akan menjadikan sesat dengan sebab perbandingan itu
melainkan orang-orang yang fasik (26).

( Surah al-
Baqarah. :26)

14
Dalam ayat tersebut, Allah s.w.t menyatakan bahawa Allah tidak malu
untuk mendatangkan sebarang perumpamaan sama ada seperti nyamuk
mahupun yang lebih hina darinya kerana segala yang dikatakan olehNya
adalah benar dan Allah tidak malu dalam perkara kebenaran. Allah s.w.t
membuat perumpamaan dengan sesuatu yang dikehendakiNya adalah
sebagai rahmat kepada hamba-hambaNya untuk mendekatkan sesuatu
maksud kepada mereka dan menerangkan sesuatu kebenaran. Melalui
perumpamaan ini, golongan mukmin yang yakin kepada Allah s.w.t
bertambah kuat keimanannya, melahirkan sifat rendah diri dan takut
kepadaNya manakala golongan yang kafir bertambah jauh dari jalan Allah
(Zainal Abidin Mohamad dan Muhd Najib Abdul Kadir. 2009: 200) .

Uslub al-mathal di dalam al-Quran mengenai golongan kafir banyak


didatangkan dengan unsur celaan dan penghinaan ke atas mereka yang
menolak kebenaran bahkan memusuhi pendokong agama Islam. Allah s.w.t
menerangkan mengenai ciri-ciri dan sikap orang kafir melalui uslub al-
mathal agar golongan beriman dapat mengambil iktibar dan menjauhi ciri-
ciri dan sikap tersebut agar mereka terselamat dari kemurkaan Allah.

KEPENTINGAN AL-MATHAL DAN KESAN PENGGUNAANNYA PADA


MASA KINI

Terdapat pelbagai pendapat ulama tentang faedah dan kesan penggunaanya


dalam al-Quran khususnya, dan percakapan amnya. Antara ulama yang
membicarakan dan menyentuh perihal faedah dan kesan penggunaan
perumpamaan ialah al-Zamakashari. Beliau berkata amthal mempuyai fungsi
tertentu untuk menjelaskan makna yang tersembunyi atau sesuatu

15
gambaran yang tidak tenang sehingga dapat menghuraikan perkara-perkara
tersebut seolah-olah ia dapat dilihat.

Sehubungan dengan itu, Abd al-Suud dalam tafsirnya ada menyebut


bahawa perbandingan merupakan cara yang paling berkesan untuk
memberikan kefahaman kepada mereka yang jahil dan dapat menundukan
perasaan yang liar (Qadi al-Qudah Abu al-Suud etl.t.th :87 )

Manakala ibrahim al-nazzam pula menyatakan dalam perumpamaan


itu terdapat empat perkara yang tidak ada kepada bentuk kata lain, iaitu
perkataan yang ringkas, pengertian yang tepat , perbandingan yang jitu dan
kiasan yang baik. (Abdul Majid al-Bayanuni 1991: 35)

Ibn al-Muqaffa pula menjelaskan bahwa apabila sesuatu percakapan itu


dijadikan sebagai mathal maka ia lebih mudah dan jelas untuk disampaikan
mendatangkan rasa yang selesa dan merdu apabila didengari serta dapat
berkembang luas dalam masyrakat. (Abdul Majid al-Bayanuni 1991: 35)

Secara keseluruhanya, kepentingan uslub ini dan kesanya kepada


dakwah dapat digabungkan dalam berberapa aspek tertentu seperti dari
sudut bahasa dan lafaz. Ia menerangkan tentang balaghah dan keelokan
kiasan serta mudah dituturkan oleh masyarakat. Manakala daripada sudut
maknawi pula, ia dapat mendekatkan kefahaman dan maksud yang
dikehendaki dengan apa yang dibandingkan. Selain itu ianya juga dapat
mengeluarkan perkara maknawi dalam bentuk yang boleh dirasakan oleh
pancaindera. Manakala dari sudut nafsi atau tarbiah ia mempengaruhi jiwa
seseorang untuk melakukan kebaikan dan meninggalkan kejahatan kerana
terkesan dengan perumpamaan tertentu.

RUMUSAN

Penggunaan uslub al-Mathal ini berkesan bagi mendekatkan gambaran dan


hakikat sebenar kepada manusia agar mereka mengambil pengajaran,

16
menjadikannya sebagai iktibar atau galakan dalam melakukan sesuatu
khususnya menjalankan amar makruf dan mencegah kemungkaran dalam
kehidupan sebagai hamba dan khalifah Allah di muka bumi ini dan melalui
uslub ini juga , dakwah yang akan di sampaikan oleh para pendakwah akan
lebih berkesan dan mampu menyentuh hati madu untuk terdorong kearah
kebaikan.

RUJUKAN

Abd al-Majid al-Bayanuni.1991. Darb al-Amthal fi Al-Quran .Damashq.Dar al-Qalam.


Abd al-Rahman Hassan,1980 .al- amthal al-Quranniyyah. Damsyik: Dar al Qalam.
Abdul Ghani Azmi Hj Idris. 1994. Hukum Jarimah Murtad Dalam Syariat
Islam. Kelantan : Dian Darul Naim

Al- Syirazi, Nashir Makarim. 1992. Al-Amthal fi Tafsir Kitab Allah al-Munzal. Jil.1. Terj. Ahmad
Sobandi et.al. Jakarta : Gerbang Ilmu Press.
al-Thimidhi.Abu Abd Allah Muhammad bin Ali Hakim t,th. Al-Amthal Min Al-Kitab Wa Al-
Sunnah . Bairut: Dar Ibn Zaidun.
Kamal Mohd Mahdi. 1988. Maa al-Quran Fi Asr Al- Nubuwwah.Qaherah : Dar Al Tibaah al-
Muhammadiyyah.
Mahmud Sharif. 1981.al-Amthal fi al-Quran. Beirut: Darwa Maktabah al-Hilal.
Manna Khalil al-Qattan .2000. Mabahith fi Ulum al-Quran, Beirut : Muassasah al-Risalah,
Mohd Najib Abdul Kadir dan Mohd Nazri Ahmad.2009. al-Amthal Dalam al-Quran:Golongan
Munafiq .Kuala Lumpur : Utusan Publication.
Mohd Sukki bin Othman. 2004. Manusia dalam al-Quran : Satu Kajian Dari Perspektif al-
Mathal al-Sarih. Al-Bayan Journal of al-Quran and al-Hadith, Vol. 2. hlm. 37-56. Kuala
Lumpur : Universiti Malaya.
Muhammad Husin ali-Saghir.1981 al-surah al-Faniyyah fi al-Mathal al-Quran . Iraq : Dar al-
Rashid.

17
Qadi Al-Qudah Abu Al-Suud Bin Muhammad Al-Ummadi Al-Hanafi. t.th . Tafsir Abi Al-Suud
Atau Irsyad al- Aql al Salim Ila Mazaya al-Kitab al-Karim. Riyad : Maktabah al-Riyad
al-Hadhithah
Sayyid Qutb. 2010. Tafsir fi Zilal al-Quran- Di Bawah Naungan al-Quran. Terj. Yusoff Zaky
Haji Yacob. Kuala Lumpur : Pustaka Darul Iman Sdn. Bhd.

18

Anda mungkin juga menyukai