Anda di halaman 1dari 3

Tajuk : Nabi Nuh dengan bahteranya

Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera.


Terima kasih Tuan Pengerusi Majlis, Yang saya hormati barisan panel hakim yang
arif lagi bijaksana, seterusnya muslimin muslimat yang dirahmati. Hari ini saya
akan menyampaikan sebuah kisah mengenai Nabi Nuh dan Banteranya.

Kawan‐kawan yang disayangi,


Nabi Nuh a.s. adalah nabi ketiga sesudah Nabi Adam a.s dan Nabi Idris a.s.
Baginda merupakan keturunan kesembilan dari Nabi Adam a.s. Baginda dilantik
menjadi rasul ketika berusia 40 tahun.

Tahukah kawan‐kawan, kerja dakwah Nabi Nuh a.s. memakan masa selama 950
tahun. Allah s.w.t. mengutuskan baginda kerana kaumnya telah kembali
menyembah berhala. Syaitan laknatullah telah menghasut mereka agar
menyembah berhala lima orang soleh yang telah meninggal dunia.

Hadirin sekalian,

Nabi Nuh a.s. berusaha sedaya upaya agar kaumnya menyembah Allah s.w.t. dan
meninggalkan penyembahan berhala. Namun, hanya sebahagian kecil sahaja yang
beriman. Kaumnya tidak percaya dengan ajaran baginda termasuklah anak dan
isteri baginda. Sebaliknya mereka mengejek, menuduh baginda gila dan
mengugut untuk mencederakan baginda. Mereka terus ingkar sambil mencabar
dan meminta azab diturunkan ke atas mereka.

Pendengar yang budiman,

Nabi Nuh a.s. berdoa agar Allah s.w.t menurunkan azab kepada kaumnya dengan
menghancurkan umat yang kafir itu. Allah s.w.t. mewahyukan kepada baginda
agar menanam sebatang pokok dan menunggu sehingga besar selama 100 tahun.
Kaumnya bertanyakan mengenai pokok tersebut. Lalu, baginda menyatakan
bahawa pokok tersebut bakal menyelamatkan mereka semua.

“ Ha…ha...ha…Tidak masuk akal. Pokok boleh menyelamatkan kita. Mengapa


pula? Apa kena mengena dengan kita ? “, senda mereka.
Genap 100 tahun, baginda dan pengikutnya menebang dan membina sebuah
bahtera. Baginda bersama pengikutnya yang setia membina sebuah bahtera
seperti yang diperintahkan jauh dari gangguan kaumnya. Namun, kegiatan
baginda dapat dihidu oleh kaumnya.

“ Hei Nuh, Kapal belayar di laut, bukan di atas bukitlah! Ha..ha..ha...” Mereka
mengejek dan mentertawakan tindakan baginda dan pengikutnya. Namun,
baginda tetap bersabar dan tidak mempedulikannya. Setelah bahtera tersebut
siap, Allah s.w.t. memerintahkan nabi Nuh a.s. dan pengikutnya naik ke atas kapal
dan membawa bersama binatang ternakan berpasang‐pasangan. Mereka juga
membawa bekalan makanan dan keperluan lain.

Nabi Nuh a.s. menyeru kaumnya pada kali yang terakhir supaya beriman kepada
Allah s.w.t. Namun begitu, mereka tetap berdegil dan terus‐menerus menghina
baginda. Nabi Nuh tetap sabar menjalankan perintah Allah s.w.t.

Pendengar yang budiman,

Tiba‐tiba, hujan turun dengan lebat dan disertai petir yang amat dahsyat. Air
mulai memancut keluar dari perut bumi dengan banyak sekali. Pada masa yang
singkat banjir pun berlaku. Banjir semakin lama semakin besar dan
menenggelamkan segala yang ada di muka bumi. Apabila aras air sampai ke
puncak bukit, bahtera Nabi Nuh a.s. pun belayar mengikut kehendak Allah s.w.t.

Apabila Nabi Nuh a.s. dan pengikut setianya berada di atas bahtera, baginda
diperintahkan agar mereka berzikir memuji kepada Allah s.w.t. Ungkapan itu
sebagai tanda syukur kepada Allah s.w.t yang telah menyelamatkan mereka dari
ancaman kaum kafir dan banjir besar tersebut..

Anak dan isteri Nabi Nuh a.s. yang ingkar turut mati kelemasan. Baginda
menyaksikan kejadian yang menimpa kaumnya itu dengan perasaan hiba dari atas
bahteranya. Sepanjang pelayaran, baginda terus menyampaikan dakwah kepada
pengikutnya yang setia.

Ya kawan‐kawan, pepatah melayu ada menyebut ” Sesal dahulu pendapatan,


sesal kemudian tiada gunanya.” Oleh itu, kita hendaklah segera bertaubat
sebelum terlambat.
Sekian, wabillahi taufiq wal hidayah. Assalamualailkum w.b.t.

Anda mungkin juga menyukai