Anda di halaman 1dari 6

1

KISAH NABI NUH DENGAN BAHTERA BAGINDA


Assalamualaikum w.b.t.
Terima kasih Tuan Pengerusi Majlis, Yang saya hormati barisan panel
hakim yang arif lagi bijaksana, seterusnya muslimin muslimat yang
dirahmati.
( Pantun )
Sirih berlipat pembuka bicara,
Kapur disapu atas daunnya ;
Mari sahabat dengarkan cerita,
Kisah Nabi Nuh dengan bahteranya.
Ya Kawan-kawan,
Nabi Nuh a.s. adalah nabi ketiga sesudah Nabi Adam a.s dan
Nabi Idris a.s. Baginda merupakan keturunan kesembilan dari Nabi
Adam a.s. Ayahnya adalah Lamak bin Mattusyalikh bin Idris. Baginda
dilantik menjadi rasul ketika berusia 40 tahun.
Firman Allah s.w.t. :

Mafhumnya :
Dan Sesungguhnya kami Telah mengutus Nuh kepada
kaumnya, (Dia berkata): "Sesungguhnya Aku adalah pemberi
peringatan yang nyata bagi kamu.
( Surah Hud, ayat 25)
Tahukah kawankawan, kerja dakwah Nabi Nuh a.s. memakan
masa selama 950 tahun. Allah s.w.t. mengutuskan baginda kerana
kaumnya telah kembali menyembah berhala. Syaitan laknatullah
telah menghasut mereka agar menyembah berhala lima orang soleh
yang telah meninggal dunia.
Kaumnya sangat percaya berhala sembahan mereka amat
berkuasa. Nabi Nuh a.s. tetap berusaha menyampaikan dakwahnya.
Walaupun mendapat tentangan yang hebat, baginda tetap bersabar
dan terus berikhtiar.

Sesungguhnya Nabi Nuh a.s. mempunyai kesabaran yang tinggi


yang tidak seorang pun memiliki kesabaran sepertinya.
Ya kawan-kawan, semaikanlah sifat sabar dan jangan berputus
asa dalam melaksanakan kerja dakwah. Lihatlah fenomena hari ini,
akibat hilang sabar wujud masalah jenayah seperti pembunuhan,
penganiayaan, amukan, simbahan asid dan sebagainya.
Nabi Nuh a.s. berusaha sedaya upaya agar kaumnya
menyembah Allah s.w.t. dan meninggalkan penyembahan berhala.
Namun, hanya sebahagian kecil sahaja yang beriman. Kaumnya tidak
percaya dengan ajaran baginda termasuklah anak dan isteri baginda.
Sebaliknya
mereka mengejek, menuduh baginda gila dan mengugut untuk
mencederakan baginda. Mereka terus ingkar sambil mencabar dan
meminta azab diturunkan ke atas mereka.
Firman Allah s.w.t. :
Mafhumnya :
Mereka berkata : "Hai Nuh, Sesungguhnya kamu telah
berdebat dengan kami, dan kamu telah memanjangkan
debatanmu terhadap kami, Maka datangkanlah kepada kami
azab yang kamu ancamkan kepada kami, jika kamu termasuk
orangorang yang benar".
( Surah Hud, ayat 32 )
Ya sahabat, kita hendaklah menghormati orang yang
membawa seruan kebenaran, iaitu agama Islam. Janganlah kita
menyakiti dan mencederakan insan yang menjalankan amar
makruf nahi munkar.
Kes seorang pelajar tingkatan dua di sebuah sekolah
menengah di utara tanahair yang menumbuk guru yang
mendidiknya sehingga patah tulang hidung. Ish..ish..ish Alangkah
rapuhnya akhlak remaja tersebut yang tidak menghormati
gurunya.
Ya rakan-rakan sekelian,

Nabi Nuh a.s. berdoa agar Allah s.w.t menurunkan azab


kepada dengan menghancurkan umat yang kafir itu. Allah s.w.t.
mewahyukan kepada baginda agar menanam sebatang pokok dan
menunggu sehingga besar selama 100 tahun.
Kaumnya bertanyakan mengenai pokok tersebut. Lalu,
baginda menyatakan bahawa pokok tersebut bakal menyelamatkan
mereka semua. Haha...haTidak masuk akal. Pokok boleh
menyelamatkan kita. Mengapa pula? Apa kena mengena dengan
kita ? , senda mereka.
Genap 100 tahun, baginda dan pengikutnya menebang dan
membina sebuah bahtera. Baginda bersama pengikutnya yang
setia membina sebuah bahtera seperti yang diperintahkan jauh
dari gangguan kaumnya.
Namun, kegiatan baginda dapat dihidu oleh kaumnya. Hei
Nuh, Kapal belayar di laut, bukan di atas bukitlah! Ha..ha..ha...
Mereka mengejek dan mentertawakan tindakan baginda dan
pengikutnya. Namun, baginda tetap bersabar dan tidak
mempedulikannya.
Setelah bahtera tersebut siap, Allah s.w.t. memerintahkan
nabi Nuh a.s. dan pengikutnya naik ke atas kapal dan membawa
bersama binatang ternakan berpasangpasangan. Mereka juga
membawa bekalan makanan dan keperluan lain.
Firman Allah s.w.t. :

Mafhumnya :
Kami berfirman: "Muatkanlah ke dalam bahtera itu dari masing
masing binatang sepasang (jantan dan betina), dan keluargamu
kecuali orang yang telah terdahulu ketetapan terhadapnya dan
(muatkan pula) orangorang yang beriman."
( Surah Hud, ayat 40 )
Nabi Nuh a.s. menyeru kaumnya pada kali yang terakhir supaya
beriman kepada Allah s.w.t. Namun begitu, mereka tetap berdegil dan
terusmenerus menghina baginda.

Nabi Nuh a.s. tetap sabar menjalankan perintah Allah s.w.t. Ya


kawankawan, janganlah kita menghina nabi dan rasul kerana mereka
adalah utusan Allah s.w.t yang membawa kebenaran.
Lihatlahlah penghinaan kaum kuffar dewasa ini yang sengaja
mengganggu sensitiviti umat Islam dengan menyiarkan sebanyak 12
karikatur imej Nabi Muhammad s.a.w. di dalam akhbar terbesar di
Denmark. Tindakan mereka ini adalah bukti kebencian mereka
terhadap Islam.
Yakawan-kawan,
Secara tibatiba, hujan turun dengan lebat dan disertai petir
yang amat dahsyat. Air mulai memancut keluar dari perut bumi
dengan banyak sekali. Pada masa yang singkat banjir pun berlaku.
Banjir semakin lama semakin besar dan menenggelamkan
segala yang ada di muka bumi. Apabila aras air sampai ke puncak
bukit, bahtera Nabi Nuh a.s. pun belayar mengikut kehendak Allah
s.w.t.
Firman Allah s.w.t. :

Mafhumnya :
Dan Nuh berkata: "Naiklah kamu sekalian ke dalamnya dengan
menyebut nama Allah di waktu berlayar dan berlabuhnya."
Sesungguhnya Tuhanku benarbenar Maha Pengampun lagi
Maha Penyayang.
( Surah Hud,
ayat 41 )
( Nasyid )
Hari ini terbukti segala
Kuasa tuhan menurunkan
Hujan yang lebat
Bumi tenggelam tiada yang selamat
Penghuni setia di atas bahtera

haiwan dan insan


di bawah satu bumbung
Dan juga isterinya yang tercinta
kecuali anaknya
Ya kawankawan, kita hendaklah taat kepada Allah s.w.t. kerana
azabNya amatlah pedih. Bencana alam seperti banjir besar yang
berlaku di Kelantan barubaru ini adalah rentetan sikap rakus manusia
yang memandang mudah kepada peringatan Allah s.w.t. yang telah
banyak dinukilkan di dalam AlQuran.
Kawankawan, kita juga disarankan agar mentaati kedua ibu
bapa kita. Janganlah kita menjadi anak derhaka seperti kes seorang
anak meninggalkan bapanya yang baru menjalani pembedahan
jantung di sebuah perhentian bas.
Setelah kaum yang kufur itu hancur akibat banjir besar, Allah
telah memerintahkan bumi menelan air banjir dari permukaan bumi
dan akhirnya kapal bahtera Nabi Nuh telah berlabuh di atas gunung
al juud.
Kisah Rasul jadikan teladan
Buat baik sesama insan
Ingatlah pada ar Rahman
Jadilah hamba beriman

Anda mungkin juga menyukai