Anda di halaman 1dari 8

Teks pengacara majlis Hari Guru

Bismillah…….

Yang Berbahagia .......


Penyelia Pejabat Pelajaran Daerah .......
Yang Berusaha ..............
Guru Besar......

Yang Berbahagia .................................


Yang Di Pertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru
Sekolah .............................
Yang Berusaha Barisan Guru-guru Penolong Kanan
Sekolah ....................
Guru-guru dan para pekerja yang diraikan serta rakan-rakan yang dikasihi sekalian.

Assalammualaikum……dan salam sejahtera, salam ceria,...di pagi yang mulia.

Selamat datang ke Majlis Sambutan Hari Guru dan Hari Pekerja Peringkat
Sekolah .........
Bersyukur kita kehadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan
keizinan Nya dapat sama-sama kita berkumpul di dataran yang mulia ini untuk
meraikan Sambutan Hari Guru dan Hari Pekerja bagi Tahun 2013 dengan tema :
......

Awal Bismillah pembuka bicara


Kata disusun untuk keberkatan,
Semoga kebaikan datang jua,
Doa tulus pinta dilafazkan.

Untuk maksud itu, marilah kita bersama-sama mengaminkan doa yang akan
dilafazkan oleh Ustaz........ Dijemput dengan hormatnya….

(bacaan doa)
Amin Ya Rabbal Alamin.
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih di atas pembacaan doa itu tadi. Semoga
yang baik kita mulai, yang baik jua kita didatangi, Insya-Allah.
______________________________________________________________

Hadirin yang dihormati sekalian,

Sebagai pemula acara, marilah sama-sama kita menyanyikan rangkaian tiga buah
lagu,Lagu Negaraku, Lagu Negeri.... dan Lagu Sekolah........ Sidang dataran
dipersilakan berdiri.
(rakaman nyanyian)
Majlis merakamkan jutaan terima kasih.

Sidang dewan dipersilakan duduk.


Hadirian yang dihormati sekalian,

Seterusnya Bacaan Perutusan...

Dipersilakan ........... GPK Hal Ehwal Murid untuk membacakan Perutusan Ketua
Pengarah Pelajaran Malaysia. Dipersilakan...
(ucapan perutusan)

Majlis merakamkan ucapan terima kasih.


.Seterusnya dipersilakan..........................., GPK1 untuk membacakan Perutusan
Menteri Pelajaran Malaysia. Dipersilakan.
(ucapan perutusan)

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih.

Sidang hadirin sekalian,


Majlis pada pagi ini diteruskan dengan Ucapan Wakil Pelajar, untuk itu
dipersilakan ........................selaku Ketua Pengawas untuk menyampaikan
ucapannya. Dipersilakan...
(ucapan)

Majlis merakamkan ucapan terima kasih.

Sidang dataran sekalian,

Seterusnya majlis mempersilakan ........................, Yang Di Pertua PIBG Sekolah


....................... untuk menyampaikan ucapan beliau. Dipersilakan...
(ucapan)
Majlis mengucapkan terima kasih di atas ucapan itu tadi.

Hadirin sekalian,

Seterusnya dipersilakan ......., Penyelia Pejabat Pelajaran Daerah .... untuk tampil
menyampaikan ucapan beliau. Majlis mempersilakan dengan segala hormatnya....
(ucapan)

Majlis merakamkan jutaan terima kasih.

Sebagai acara penerus bicara, majlis mempersilakan ...................untuk


menyampaikan ucapan beliau. Majlis mempersilakan dengan segala hormatnya.
(ucapan)
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih di atas ucapan .................itu tadi.

Sidang dataran yang dimuliakan,

Paluan gendang pembuka majlis,


Moden tradisional bersatu senada;
Seterusnya, bacaan ikrar jadi perintis,
Barisan guru tersenyum bangga.

Untuk itu, dijemput semua guru ..........tampil ke atas pentas bagi acara
melafazkan ikrar diketuai oleh ........., GPK1. Dipersilakan....

Majlis merakamkan jutaan terima kasih.

Sidang dataran sekalian,

Sebagai hiburan dan tatapan hadirin sekalian, marilah sama-sama kita saksikan
persembahan nyanyian oleh barisan guru-guru kita...

Saksikanlah persembahan nyanyian Lagu Guru Malaysia dan nyanyian Lagu Tema
Hari Guru oleh barisan pentadbir dan guru-guru. Dipersilakan....
Majlis merakamkan jutaan terima kasih di atas persembahan itu tadi.

Sidang hadirin sekalian,


Seterusnya majlis penyampaian hadiah dari PIBG ………….. kepada guru-
guru.
Untuk itu bagi menyempurnakannya, majlis mempersilakan..........menjemput dan
mengiringi ............................, Yang Di Pertua PIBG untuk menyampaikan hadiah
kepada barisan guru-guru. Dipersilakan.....
(penyampaian hadiah)

Sidang dataran sekalian ;


Maju Bangsa Kerana Bahasa,
Adap Menghiasi Jambangan Jiwa;
Ingatan Diberi Tidak Seberapa,
Penghargaan Tanda Pernah Bersua.

Untuk maksud itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan ........


untuk menyampaikan cenderahati sebagai tanda terima kasih kepada Yang
Berbahagia .............,dipersilakan....... dan seterusnya kepada Yang
Berbahagia......................,dipersilakan........Majlis merakamkan jutaan terima
kasih.

Sidang dewan yang dimuliakan,


Andai berkayuh dah sampai ke seberang
Andai memanjat dah sampai ke pucuk
Andai mendaki dah sampai ke puncak
Setiap yang bermula pasti akan berakhir
Begitu juga dengan majlis kita pada hari ini

sebagai penutup bicara,


Sisir pelepah meraut lidi,
Menganyam daun atap jerami,
Yang indah, yang berseri bawalah pergi
Yang cacat yang keji tinggalkan buat kami.

Dagang singgah membeli kajang,


Tambat perahu di muara Deli.
Kalau ada umur yang panjang,
InsyaAllah, boleh kita berjumpa lagi.
Segala yang baik, yang indah dan yang sempurna itu datangnya daripada
Allah SWT jua dan sama-samalah kita mensyukurinya dan segala kekurangan dan
kepincanganmajlis ini adalah kelemahan daripada pihak kami dan kemaafan jua
yang kami pinta.

Wabillahhitaufik walhidayah, wassalamualaikum warrahmatullah hiwabarakatuh


dan terima kasih.”SELAMAT HARI GURU”
Teks Pengacara Hari Guru 2019

(Perarakan masuk Guru-guru ke dewan Al Furqan)

MURID-MURID SEKALIAN,MARILAH SAMA2 KITA MEMBERIKAN TEPUKAN YANG


PALING GEMURUH KEPADA SEMUA GURU SK SULTAN IBRAHIM 4

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM…ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI
WABARAKATUH DAN SALAM HARI GURU.

ISTANA KOTA SEBELAS TINGKAT


TEMPAT BAHARU NAKHODA PEKAN
SAMA KATA SAMA SEPAKAT
HARI GURU MARI RAIKAN.

JALAN KE DARAT BERPILIN-PILIN


CUACA REDUP MENAWAN DUKA
GURU IBARAT CAHAYA LILIN
MENYULUH HIDUP TIAP KETIKA.

YANG BERUSAHA EN ISMAIL BIN DAUD, GURU BESAR SK SIE, YBRS PN HJH
FARIDAH BT HASSAN, PENOLONG KANAN PENTADBIRAN, YBRS EN SHAHRAM
BIN AHMAD, PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID, YBRS PUAN AMANIAH BT
YUSOF, PENOLONG KANAN KOKURIKULUM.

RAKAN-RAKAN GURU, SERTA MURID-MURID YANG DIKASIHI SEKALIAN.

ALHAMDULILLAH, MARILAH KITA SAMA-SAMA MEMANJATKAN KESYUKURAN KE


HADRAT ILLAHI KERANA DENGAN LIMPAH KURNIANYA, MAKA KITA DIBERIKAN
LUANG WAKTU DAN KESEMPATAN UNTUK SAMA-SAMA BERKUMPUL PADA
PAGI YANG PENUH DAMAI INI BAGI MERAIKAN SAMBUTAN HARI GURU
PERINGKAT SEKOLAH BAGI TAHUN 2019 YANG BERTEMAKAN: GURU, OBOR
HEMAH MENYINAR PERTIWI.

SAMBUTAN HARI GURU MERUPAKAN SATU PENGIKTIRAFAN BUAT SEMUA


GURU YANG BERGELAR ’CIKGU’..SEMOGA DENGAN PENGIKTIRAFAN INI DAPAT
MENYEMARAKKAN LAGI ILTIZAM DAN TEKAD SERTA IKHTIAR DALAM USAHA
KITA MENJANA DAN MENGANGKAT MARTABAT PROFESION KEGURUAN AGAR
TERUS DIPANDANG TINGGI SEMURNI TUGAS SEORANG GURU.
BAGI MEMBERKATI MAJLIS PADA PAGI INI, MAJLIS MEMPERSILAKAN AL FADHIL
USTZ MOHD FAHIM BIN MUSTAPHA UNTUK MEMIMPIN BACAAN DOA.
DIPERSILAKAN.

MAJLIS MERAKAMKAN UCAPAN TERIMA KASIH KPD USTZ MOHD FAHIM


MUSTAPHA DIATAS PIMPINAN DOA ITU TADI.

ANAK KECIL PERGI BERBURU


TIDAK TERBIASA DENGAN KERJA YANG SIA
DARI KECIL DI ASUH GURU
AGAR DEWASA MENJADI MANUSIA.

MAJLIS DITERUSKAN LAGI DENGAN MEMPERSILAKAN YBRS EN ISMAIL BIN


DAUD, GURU BESAR SKSIE BAGI MENYAMPAIKAN UCAPAN ALUAN SEMPENA
SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH BAGI TAHUN 2019. DIJEMPUT
DAN DIPERSILAKAN.

TERIMA KASIH DI UCAPKAN KEPADA TUAN GURU BESAR DI ATAS UCAPAN


ALUAN TADI.

DI MANA ADA KEMAHUAN


DI SITU ADA JALAN
JASAMU GURU TAK AKAN DILUPAKAN
BUDIMU GURU SENTIASA DALAM INGATAN.

GURU-GURU DAN ANAK-ANAK DIDIK SEKALIAN.


SETERUSNYA MAJLIS MENJEMPUT DAN MEMPERSILAKAN PULA YBRS EN
SHAHRAM BIN AHMAD, PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID UNTUK
MEMBACAKAN PERUTUSAN HARI GURU 2019. DIJEMPUT DAN DIPERSILAKAN.

TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA YBRS EN SHAHRAM BIN AHMAD,


PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID ATAS BACAAN PERUTUSAN HARI GURU
SEBENTAR TADI.

ANGIN MENDERU DENGAN SEPOINYA


DI ANAK TANGGA DUDUK BERPERIKAN
KASIH GURU AKAN MURIDNYA
MASA DAN TENAGA RELA KORBANKAN
BAIKLAH, MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH PADA PAGI INI
DITERUSKAN LAGI DENGAN HADIRIN HADIRAT SEKALIAN
MAJLIS KINI MENJEMPUT
_______________________________________________UNTUK MENGETUAI
BACAAN IKRAR GURU..MOHON PARA GURU BERDIRI… SELEPAS IKRAR NANTI,
SEMUA GURU DIJEMPUT UNTUK BERSAMA-SAMA MENYANYIKAN LAGU GURU
MALAYSIA.

SETERUSNYA BAGI MENYERIKAN LAGI SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT


SEKOLAH BAGI TAHUN 2019, MAJLIS MENJEMPUT DAN MEMPERSILAKAN TUAN
GURU BESAR, DIIRINGI SEMUA PENOLONG KANAN UNTUK MAJLIS MEMOTONG
KEK HARI GURU 2019. DIPERSILAKAN.

DENGAN MAJLIS MEMOTONG KEK HARI GURU SEBENTAR TADI, MAKA


BERAKHIRLAH PERHIMPUNAN KHAS SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT
SEKOLAH BAGI TAHUN 2019 PADA PAGI YAN G BERBAHAGIA INI.

********

SEMOGA ALLAH MENGANUGERAHKAN ILHAM KPD SEMUA GURU UTK MENJADI


PENDIDIK YANG CEMERLANG,GEMILANG DAN TERBILANG DEMI ANAK-ANAK
DIDIK SK SIE YANG TERCINTA INI.

SELAMAT HARI GURU, TERIMA KASIH CIKGU

SEKIAN, WASSALAMUALAIKUM WRT WBT.

Anda mungkin juga menyukai