Anda di halaman 1dari 4

MUKJIZAT NABI SOLEH ALAHISSALAM

Assalamualaikum wrt wbt.


Terima kasih Tuan Pengerusi Majlis. Barisan Panel Hakim yang arif lagi bijaksana,
seterusnya guru-guru dan rakan-rakan yang saya kasihi sekelian.

Kisah Nabi Soleh alaihissalam.

Nabi Soleh merupakan keturunan Sam bin Nuh. Baginda berasal dari negeri Hijru.
Negeri ini didiami oleh kaum Tsamud,. Kehidupan mereka bergantung dengan hasil
pertanian dan ukir mengukir.

Tsamud yang bijak lagi berharta


Sombong dan bongkak tidak terkira
Menolak dakwah jalan mulia
Mencabar Rasul dan yang maha Esa

Firman Allah;
     
Dan kepada kaum Tsamud kami utuskan saudara mereka Soleh.
Surah Hud, ayat 61

Ya kawan-kawan, hanya Allah yang wajib disembah. Hindarkanlah diri kita dari
terlibat dengan pelbagai amalan khurafat yang merosakkan akidah. Pada masa kini,
masih ramai yang percaya dengan perkara-perkara tahyul seperti anak kerak, toyol,
khadam dan jin.

Nabi Soleh menyeru agar beriman kepada Allah. Sayangnya seruan baginda tidak
diendahkan, bahkan mereka mengengkari kenabian baginda.

Pelbagai tohmahan diterima


Pelbagai dugaan didepani
dihina, dicaci
namun
kesabaran tetap kejap di hati

Firman Allah:
   
Kaum Tsamud telah mendustakan rasul yang diutuskan kepada mereka
Surah Assyuara’ ayat 141.

Kaum Tsamud meminta Nabi Soleh membuktikan kenabiannya. Nabi Soleh berdoa
dan bersolat agar ditunjukkan satu mukjizat.

Ya kawan-kawan,
Di sekeliling kita terdapat pelbagai jenis ajaran sesat. Masing-masing berusaha
untuk mencari pengaruh dan pengikut masing-masing.

Sebelum ini, kita pernah dikejutkan dengan berita adanya seorang lelaki tua di
Selangor yang telah mengaku sebagai rasul Melayu. Ajaran yang menyeleweng ini
sudah pasti akan mudah meresapi jiwa manusia yang rapuh imannya.

Unta betina didatangkannya


Sihat dan besar tiada terkira -nasyid sepohon kayu
Susu diperah tiada hentinya
Untuk diminum dengan sepuasnya

Nabi Soleh memberi amaran kepada kaumnya supaya menjaga unta tersebut agar
tidak diturunkan bala oleh Allah.

Kawan-kawan nak tahu?


Pada suatu hari, Qadar dan Mushdaq telah mengarahkan pengikutnya supaya
mencari dan membunuh unta tersebut. Beberapa hari berlalu pergi unta tersebut
telah dijumpai

Mereka dengan rakusnya telah membunuh unta tersebut, tanpa rasa takut dengan
ancaman yang bakal diterima. Alangkah kejamnya pembunuhan tersebut.
Ya kawan-kawan, sekarang ini banyak perlaku kes pembunuhan yang mengerikan di
merata tempat. Ramai manusia yang hilang sabar dan bertindak mengikut nafsu
sendiri. Akal yang waras pasti dapat menangani perkara ini, bak kata pepatah,
Berfikir sebelum berkata, berunding sebelum dibuat.

Firman Allah:
       
Mereka pun menyembelih unta tersebut. Baginda berkata, bersenanglah kamu
.semua untuk 3 hari ini

Surah Hud ayat 65.

Mereka yang engkar tidak percaya akan janji Allah, malah mencabar Nabi Soleh.
“Wahai Soleh, datangkanlah azab yang telah dijanjikan kepada kami, sekiranya
kamu benar-benar utusan Allah”

Sedih dan pilu jiwa baginda


Kecewa dengan sikap kaumnya
Berserah sahaja kepada yang Rsa
Turunlah azab sebagai balasannya

Kawan-kawan tahu tak?


Tiba-tiba penduduk Bandar Hijru bertukar menjadi kuning pada hari pertama.
Kemudian bertukar menjadi merah pada hari kedua, dan bertukar sekali lagi menjadi
hitam pada hari ketiga.

Pada hari tersebutlah, Allah telah menurunkan bala yang amat dahsyat iaitu gempa
bumi dan rebut petir yang cukup kuat hingga membinasakan mereka.

Firman Allah Taala:


 
Lalu mereka ditimpa azab yang membinasa
Surah Assyuara’ ayat 158.
Ya kawan-kawan,
Sesungguhnya Allah amat berkuasa atas segalanya. Gempa bumi yang
menenggelamkan perkampungan di Palu, Sulawesi dan Tsunami yang membadai di
Pulau Jawa membuktikan bahawa kekuasaan Allah itu mengatasi segala-galanya.

Begitulah kisah Nabi Soleh alaihissalam. Moga-moga ianya menjadi pedoman dan
pengajaran buat kita semua.

Sekian, wassalamualaikum wrt wbt.

Anda mungkin juga menyukai