Anda di halaman 1dari 12

Kesabaran Nabi Ayub a.

Yang dihormati, Tuan Pengerusi Majlis, Barisan Panel Hakim Yang


Arif tunggak keadilan, hadirin-hadirat, seterusnya rakan-rakan
seperjuangan sekelian.

(Nasyid):
Marilah mari kita dengarkan
Kisah sejarah yang dirakamkan
Dalam al-Quran kisah ketabahan
Nabi Ayub yang di uji Tuhan

Nabi Ayub adalah putera kepada Mawsh bin Razakh bin Aish
bin Ishak bin Ibrahim al-Khalil alaihissalam. Ibundanya merupakan
anak perempuan kepada Nabi Luth alaihissalam. Baginda lahir di
daerah Hauran. Serta mempunyai isteri yang bernama Rahmah binti
Afraathim.

Nabi Ayub adalah seorang yang hartawan. Diceritakan


baginda dilimpahi dengan harta kekayaan yang melimpah-ruah.
Namun baginda memiliki jiwa seorang hamba yang sangat suka
beribadah serta dermawan.

Waahh.. mulianya hati baginda kan kawan-kawan? Kita juga mesti


mencontohi sifat terpuji ini. Tentu masyarakat akan menyanyangi
kita.Dek kerana sifat taqwa yang menebal dalam hatinya, Allah
melantik baginda menjadi seorang Nabi. Lihatlah kawan-kawan,
keimanan dan ketaqwaan kepada Allah sememangnya boleh
memupuk keperibadian unggul dalam diri kita..

1
Namun, sedar atau tidak, bukan semua orang akan senang
dengan apa yang kita lakukan.Iblis durjana turut memainkan
peranannya. Hanya kerana dengki dengan apa yang baginda miliki,
iblis merencanakan satu muslihat bagi memperdayakan Nabi Ayub.

Lantas tanpa segan silu iblis menghadap Allah menyampaikan


hasratnya itu. Dia ingin sekali melihat Nabi Ayub akan tunduk
kepada tipu dayanya, lihatlah nanti, akan aku pastikan Ayub
berpaling arah dari-Mu, Wahai Tuhan, azam iblis bersemangat.
Allah dengan mudah memberi keizinan kepada iblis merealisasikan
rancangannya itu.

Begitulah yang terjadi kepada Nabi Ayub. Kekayaan,


kemewahan dan kesenangan yang dimilikinya sedikit demi sedikit
beransur musnah. Bermula daripada kerosakan tanaman dan
kematian binatang ternakan, wang dan harta yang dimilikinya
semakin menyusut. Dalam sekelip mata baginda menjadi papa
kedana.

Melihat situasi itu, iblis bersorak keriangan. Wah.. gembira


benar iblis tu, kawan-kawan.Ternyata sifat mazmumah itu
merupakan perangai syaitan yang sedari dulu berazam ingin
menyesatkan zuriat Nabi Adam alaihissalam.

Tahu tak kawan-kawan, orang Yahudi dan Nasrani tidak


sesekali akan meredhai umat Islam sehinggalah kita mengikuti jejak
mereka. Ini terbukti bilamana, Zionis laknatullah saban hari
menyeksa umat Islam di bumi Palestin. Sifat keji itu sekian lama
telah membarah dalam diri mereka lantaran tidak senang dengan
kesejahteraan yang dimilki oleh umat Islam.

2
Ternyata, iblis semakin berang.Muslihatnya tidak menjadi.
Lantas iblis membuat rancangan lain dengan harapan keimanan Nabi
Ayub akan tergugat dengan musibah yang menimpanya.

Nabi Ayub diuji lagi. Seorang demi seorang putera dan puteri
yang menjadi penyeri hidupnya pergi menghadap Ilahi berikutan
tragedi runtuhan rumahnya. Namun baginda masih lagi bersabar dan
pasrah atas taqdir yang menimpanya.

Ini bertepatan dengan dalil Allah melalui surah al-Baqarah ayat


156:








(demi sesungguhnya, kami akan mengji kamu dengan sedikit
perasaan takut dan kelaparan. Iaitu apabila mereka ditimpa
kesusahan mereka berkata, sesungguhnya kami adalah kepunyaan
Allah, dan kepada Allahlah kami kembali)

Begitulah kawan-kawan, betapa kuatnya iman Nabi Ayub yang


diuji dengan pelbagai ujian. Namun baginda tetap redha. Malah
ibadahnya semakin hari semakin bertambah. Begitu juga dengan
kita. Tatkala ditimpa sebarang musibah seperti tanah runtuh dan
banjir kilat yang berlaku di negara kita, seharusnya kita bersabar dan
menyerahkan takdir kepada yang Esa.

Reaksi iblis? Ah, tentu sahaja amarahnya semakin menggila.


Sangkanya kepahitan yang baginda lalui bakal menggoyah
keimanannya kepada Allah. Namun apa yang berlaku adalah diluar
dari jangkaannya. Iblis benar-benar marah dengan keadaan itu.

3
Maka, dengan saki baki semangat yang ada iblis mencari jalan
lain. Tiba-tiba iblis mendapat satu idea. Dengan yakin iblis
menghembuskan penyakit kulit kepada Nabi Ayub. Maka sekali lagi
ujian diterima baginda. Tubuhnya yang dulu sihat dan segak kini
semakin susut. Kulitnya semakin hari semakin menggelupas.

Kini baginda tidak lagi keluar bersiar-siar di perkampuganya.


Jiran tetangganya semakin ramai menjauhinya. Masakan tidak,
penyakit kulit yang dihidapi oleh Nabi Ayub itu sebenarnya menjadi
wabak jangkit berjangkit, sehinggakan tiada lagi orang yang mahu
melihatnya lagi. Sudahlah berbau, wajahnya nampak buruk pula.
Namun masih ada lagi insan yang sudi bersamanya kala susah dan
senang, iaitu ratu hatinya, Siti Rahmah.

Sang iblis dari jauh semakin mengharap mudah-mudahan


tipudayanya berhasil. Ternyata, kesabaran Nabi Ayub amat luar biasa
sekali. Walaupun hebat deritanya itu, sesungguhnya keadaan itu
tidak mampu ditanggung oleh manusia biasa sekalipun.

Langit tidak selalu cerah. Begitulah nasib yang menimpa Nabi


Ayub. Dek kerana tidak lagi tertahan menanggung derita, ditambah
pula cacian hebat diterima dari masyarakat, membuatkan isterinya
mula bersuara, wahai suamiku, bukankah engkau hamba Allah yang
paling taat beribadah? Apalah kiranya jika engkau memohon
kesembuhan daripada-Nya, moga-moga beban yang ditanggung ini
berkurangan.

Berderau darah Nabi Ayub. Tidak di sangka begitu nipis


tawakkal isterinya kepada Tuhan. Lalu dengan emosinya baginda
bersumpah, isterinya itu bakal disebatnya 100 kali apabila dirinya
pulih kelak.

4
Sedih dengan kata-kata suaminya, Rahmah keluar membawa
diri. Dikatakan, derita berpenyakit ini dihidapinya selama 7 tahun.
Dalam tempoh itu hatinya tetap pasrah. Lidahnya saban hari tidak
putus-putus mengalunkan zikir kepada Allah.


Ya, Allah. Segala apa yang ada di muka bumi ini adalah milik-
Mu. Kurniaan yang Engkau berikan kepadaku, Engkaulah jua yang
berhak mengambilnya kembali. Aku redha dan pasrah dengan apa
yang menjadi ketentuanku. Moga-moga aku termasuk di kalangan
hamba-hamba-Mu yang bersyukur.Kawan-kawan, betapa kuatnya
iman baginda. Di kala diri diuji hebat, hatinya tetap tabah
menghadapinya.

Pada suatu hari, setelah lama diuji dengan pelbagai dugaan,


Allah berkenan untuk memberikan penyembuhan kepada baginda.
dengan satu hentakan kakinya ke tanah, terpancar mata air yang
menjadi penawar penyakitnya.

Kini, baginda kembali pulih seperti sediakala. Tatkala isterinya


kembali ke rumah, beliau terkejut dengan penampilan baru
suaminya. Hatinya cukup gembira. Namun demi sumpah yang
pernah terlafaz suaminya, beliau redha dihukum dengan sebatan
seberkas jerami oleh suaminya sebagai tamsilan kepada pukulan
sebanyak 100 kali. Untuk hari-hari seterusnya, kehidupan mereka
kembali ceria.

Tentu sekali iblis durjana itu kecewa dengan apa yang berlaku.
Ternyata, sangkaannya meleset sama sekali.

5
Demikianlah kisah kesabaran seorang hamba Allah yang sangat
sabar menempuh dugaan dan ujian semasa hidupnya. Demikianlah
juga hal kita pada masa sekarang. Di mana Allah menguji kita
dengan segala bentuk kemewahan, kemudahan hidup dan juga
pelbagai penyakit sosial dan juga penyakit yang merbahaya seperti
Aids, kanser, sakit jantung dan sebagainya.

Tetapi sekiranya kita tidak terjebak dan dapat menilai segala


yang terjadi itu adalah sebagai ujian dari Allah seperti mana apa
yang berlaku terhadap Nabi Ayyub itu. Seperti contoh yang dapat
kita kaitkan pada hari ini ialah ibu bapa, guru dan pemimpin hari ini
hendaklah berusaha mengatasi gejala sosial dan penuh kesabaran
kerana ianya adalah satu bentuk ujian dari Allah.

Semoga kita tergolong dalam orang yang berpegang teguh pada


peringatan Allah.

Kawan-kawan, nampaknya masa amat mencemburui. Sampai di


sini saja cerita saya. Izinkan saya mengundur diri.

(Pantun):
Akhir pesanan saya berikan
Moga bersama jadi ingatan
Mana yang jernih buat tauladan
Mana yang keruh jadikan sempadan.

6
TAJUK :
DAKWAH NABI NUH TERHADAP KAUMNYA

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.


Terima kasih pengacara majlis,
Para hakim arif bijaksana
Dakwah Nabi Nuh cerita tertulis,
jadikan pedoman sepanjang masa.
Nabi Nuh adalah nabi keempat sesudah nabi adam.Ayahnya Lamik
bin Metusyalih bin Idris.
Menerima wahyu kenabian dalam masa fatrah iaitu masa
kekosongan di antara dua rasul. Kaumnya telah melupakan ajaran
agama dan kembali syirik serta melakukan kemungkaran.

7
Nabi Nuh telah diperintah oleh allah untuk berdakwah kepada
kaumnya, firman Allah dalam surah Nuh ayat 2

Mafhumnya: dia berkata hai kaumku! Sesungguhnya aku ini


pemberi peringatan yang terang kepadamu.
Zaman sekarangpun ramai manusia syirik dan dan melanggar
perintah Allah,sepatutnya kita mestilah sentiasa taat dan patuh
kepada perintah Allah

Kawan-kawan,
Nabi Nuh adalah seorang yang sangat mulia dikurniakan dengan
sifat-sifat yang terpuji, fasih berkata-kata, bijaksana dan sabar.

Tetapi kawan-kawan, sekian lama nabi nuh berdakwah sedikit sahaja


yang mengikutnya. Menurut satu riwayat hanya lebih kurang seratus
orang sahaja yang beriman kepada allah.
Sedikit bukan!.
Mereka ini terdiri dari kalangan orang-orang miskin sahaja. Orang-
orang yang kaya raya, berpangkat tinggi dan yang berpengaruh tetap
dengan kesombongan dan keangkuhan mereka.
Kawan-kawan; orang kaya-kaya ini mengemukakan syarat lagi pada
Nabi Nuh dengan berkata: Wahai Nuh! Jika engkau hendak kami
mengikutmu,jauhilah pengikutmu yang terdiri dari orang-orang
petani,buruh dan hamba-hamba.

8
Kita tidak boleh membeza pangkat,harta dan kendudukan,semua
manusia sama saja di sisi Allah yang membezakan hanya keimanan
dan ketakwaan kita kepada Allah

Namun kawan-kawan..
Nabi Nuh tetap bersabar dan tidak jemu-jemu dalam usahanya
mengajak umatnya kembali kejalan yang benar iaitu kembali
menyembah Allah yang esa.

Selama 950 tahun nabi Nuh berdakwah kepada kaumnya. Tetapi apa
yang diperolehi olehnya hanyalah cacian, maki hamun dan ejekan
dari orang-orang yang engkar kepada Allah.
Sambil mereka berkata kepada nuh,
Hai Nuh! Bukankah engkau hanya seorang daripada kami, tidak
ada perbezaan pun diantara kami sebagai manusia,jikalau betul
allah akan mengutus seorang rasul, nescaya allah akan
mengutuskan seorang malaikat yang patut kami ikut ajarannya dan
bukan manusia seperti engkau yang miskin ini. Kata mereka dengan
penuh bongkak dan takbur.

Ya kawan-kawan.
Begitulah sikap kaumnya setiap kali nabi Nuh mengajak mereka
kembali kepada Allah.
Setelah sekian lama nabi nuh berdakwah kepada kaumnya masih
juga tidak berhasil walaupun telah melakukan tugasnya dengan
9
segala daya usaha akhirnya harapan nabi Nuh akan kesedaran
kaumnya ternyata makin hari makin berkurangan dan bahawa sinar
iman dan takwa telah tertutup rapat oleh ajaran dan bisikan iblis.
Ya kawan-kawantanamkan keimanan penuh di dada moga di jauhi
godaan iblis laknatul Allah.Iblis adalah musuh umat islam yang
utama,oleh itu kita hendaklah menguatkan iman untuk mengelak
bisikan dan godaan iblis
Lalu nabi Nuh berdoa kepada Allah dalm surah Nuh ayat 26 :

Mafhumnya : Dan Nabi Nuh (merayu lagi dengan) berkata: "Wahai


Tuhanku! janganlah Engkau biarkan seorangpun dari orang-orang
kafir itu hidup di atas muka bumi!
Selepas sahaja permintaan nabi nuh itu maka turunlah wahyu dari
allah yang memerintahkan baginda supaya membina sebuah bahtera
yang besar.
Dengan kudrat yang ada dan dibantu oleh pengikut-pengikutnya,
nabi allah nuh mula membuat sebuah bahtera seperti yang
diperintahkan jauh dari perkampungan.
Apabila diketahui oleh kaumnya maka cacian dan hinaan yang lebih
dasyat lagi diterima oleh nabi nuh dan pengikut-pengikutnya.
Ejek mereka, hai Nuh! Sejak bila engkau menjadi tukang kayu dan
pembuat kapal. Sambil ketawa. Kata mereka lagi, adakah engkau
mengharapkan angin meniupkan kapal ini kelaut
Lalu nabi nuh menjawab dengan tenang Tunggulah saatnya,, azab
allah dan hukuman Allah akan menimpa keatas kamu.

10
Kita hendaklah bersabar apabila menerima cacian dan ejekan
dalam menyampaikan dakwah islam sebagaimana yang
ditunjukan oleh nabi Nuh ini.Sesungguhnya Allah akan sentiasa
arang-orang yang sabar.

Alah telah berfirman dalam surah hud ayat 41



Ertinya : dan (ketika itu) berkatalah Nabi Nuh (kepada pengikut-


pengikutnya Yang beriman): "Naiklah kamu ke bahtera itu sambil
berkata: ' Dengan nama Allah bergerak lajunya dan berhentinya

Dengan kuasa Allah maka telah datanglah hujan yang mencurah-


curah dan berlakulah banjir yang amat dasyat sehingga tidak ada
yang dapat menyelamatkan diri dari ditenggelami oleh air.
Kita hendaklah jangan ingkar kepada perintah Allah,fenomena
banjir yang berlaku penghujung disember di Negara kita mungkin
semakin banyak maksiat yang berlaku di Negara kita.
Begitulah kawan-kawan kisah teladan nabi Nuh dengan kaumnya
yang ingkar akan perintah Allah dan akhirnya mati akibat banjir
besar.

Sekian . Saya sudahi cerita saya dengan lafaz wabillahi taufiq


walhidayah wassala.mualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

11
12

Anda mungkin juga menyukai