Anda di halaman 1dari 5

SK MANGGOL BONGOR

Kisah Nabi Adam di Syurga (Lelaki)

‘Ahhh, Aku tak mahu sujud kepada Adam !


Mengapa aku harus sujud kepada manusia lemah,
yang hanya berasal daripada tanah ?
Sedangkan aku dijadikan daripada api yang gagah membara !’

Eh! Eh! Ehhhhh! Sombong sungguh Iblis, Ya kawan – kawan?

Bismillahirrahmaanirrahim
Assalaamualaikum Warahmatullaahiwabarakaatuh
Syukraan jazilan ya Pengerusi acara,
Hakim yang bijaksana , hadirin dan hadirat semua,
Kisah Nabi Adam di syurga tajuk bicara,
Haraplah mendengar isi ceritanya. ( Pantun )

Kawan-kawan nak tahu?


Nabi Adam adalah manusia pertama yang diciptakan oleh Allah SWT.
Kawan – kawan nak tahu lagi ?
Baginda juga adalah Nabi pertama yang diutuskan oleh Allah.
Manusia adalah sebaik-baik kejadian. Sebagaimana firman Allah yang berbunyi:

Maksudnya: Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya
(dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya).

( Surah At-Tin ayat 4 )

Namun kawan-kawan,
apa yang terjadi pada dunia sekarang ?
Mengapa manusia menjadi kejam?
Sikap manusia lebih jijik, lebih keji daripada binatang!
Kejadian pembuangan bayi dan penderaan kanak – kanak,

1
SK MANGGOL BONGOR

semakin menjadi-jadi di dalam masyarakat kita!


Allahhhhhhuakbar, sedihnya kawan – kawan!

Setelah diciptakan oleh Allah, Nabi Adam tinggal di Syurga.


Indahnya syurga bukan kepalang,
Sungai mengalir sejuk dan tenang
Makanan terbayang terus terhidang
Nikmatnya Allah tiada terbilang. ( Lagu - Thank you Allah )

Kawan - kawan,

Perkhabaran Allah untuk mencipta manusia di muka bumi ini , telah menimbulkan kebimbangan kepada
para malaikat.

Lalu mereka bertanya kepada Allah SWT:

“Wahai tuhan kami, mengapa Engkau hendak menjadikan khalifah di bumi ?


Mereka hanya akan membuat kerosakan dan menumpahkan darah padanya,
sedangkan kami sentiasa bertasbih dan menyucikan Engkau.”

Lalu Allah berfirman,

Maksudnya:
"Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya".
Sumber: surah Al-Baqarah: ayat 30
Perintah Allah sujud padanya
Malaikat mengikut membantah tiada
Iblis membangkang membangga dirinya
Lalu diusir dari syurga
Berjanji akan sesatkan manusia
Menjadi kawannya ke neraka – (lagu sepohon kayu)

Ya kawan – kawan,
begitulah angkuhnya Si Iblis sehingga sanggup menimbulkan kemurkaan Allah,
dan sanggup diusir dari syurga nan indah.

2
SK MANGGOL BONGOR

Janganlah kita bersikap angkuh dengan kelebihan yang kita ada.Jangan sombong dengan kehebatan
kita.Apatah lagi menghina orang yang lemah serba kekurangan.
Tetapi,dunia hari ini,
kita dapat melihat bagaimana keangkuhan beberapa pemimpin dunia,sehingga menjadikan mereka kejam
dan zalim kepada pihak yang lain.

Kawan – kawan,
cuba lihat apa yang berlaku kepada Negara Palestin ?
Apa yang berlaku kepada rakyat Syria ?
Mereka telah ditindas oleh pemimpin – pemimpin negara yang angkuh ini.

Wahai kawan – kawanku,

Pada mulanya, para malaikat tidak berpuas hati dengan kejadian manusia yang dicipta oleh AllahSWT.

Sewaktu Adam seolah bingung,


Kuasa Allah sememangnya agung.
Adam telah diberi pengetahuan oleh Allah,
dengan menyebut nama-nama benda yang ada di muka bumi.
Kebijaksanaan Adam dikagumi oleh para malaikat. ( Sajak)

Firman Allah :

Maksudnya: "“Maha Suci Engkau, sesungguhnya kami tidak memiliki pengetahuan tentang sesuatu kecuali
apa yang Engkau ajarkan kepada kami. Sesungguhnya, Engkaulah Yang Maha Mengetahui lagi Maha
Bijaksana”

Sumber: Surah Al-Baqarah: ayat 33

Dalam hidup ini, kita perlu berilmu kerana orang yang berilmu dan mengamalkannya adalah manusia
berjaya.Kerajaan Malaysia sentiasa perihatin,dengan membina sekolah – sekolah dan pusat – pusat
pengajian tinggi,bagi kemudahan rakyat mempelajari ilmu pengetahuan.
Oleh itu kawan – kawan,
Tunggu apa lagi ?’ Belajar Adalah Jambatan Ilmu ‘

Ya Allah! Subhanallah!

3
SK MANGGOL BONGOR

Seronoknya Nabi Adam tinggal di dalam syurga.Segala yang dihajati olehnya semua tertunai.Namun
begitu kawan – kawan, hidupnya sunyi dan sepi !Kerana apa kawan – kawan ?Kerana tiada teman di sisi !

Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani!


Lalu diciptakan Hawa daripada tulang rusuk kirinya.Maka, tinggallah Adam dan Hawa di dalam
syurga,menikmati segala keindahan dan kemewahan di syurga dengan hati yang gembira.

Syoknya kahwin kawan – kawan kannnn!

Firman Allah dalam surah al-A’raf: ayat 19 :

Maksudnya: " "Dan wahai Adam! Tinggallah engkau dan isterimu di dalam Syurga serta makanlah
dari makanannya sepuas-puasnya apa sahaja kamu berdua sukai, dan janganlah kamu hampiri
pokok ini, (jika kamu menghampirinya) maka akan menjadilah kamu dari orang-orang yang
zalim".
.
Kawan – kawan,
sunyi tak kalau kita hidup di dunia ini seorang diri?
Suuuuuunyiii ! Tak seronokkkk kawan - kawan ! Oleh itu,setiap manusia dicipta berpasang-pasangan.
Tujuannya, untuk saling bantu - membantu dan berkasih sayang.

Tapi yang sedihnya, banyak kes perceraian yang berlaku pada hari ini.Menurut statistik di Negara kita
berlaku 6 pasangan bercerai setiap 1 jam . Menakutkan bukan statistik tersebut? Allah amat membenci
kepada perceraian.Kawan – kawan tahu siapa yang menjadi mangsa?Sudah semestilah anak – anak yang
tidak berdosa.

Akhir sekali, Iblis juga menggunakan tipu dayanya untuk memesongkan Adam dan Hawa.

Buahlah khuldi buah larangan


Perintah Allah jangan dimakan
Iblis memujuk cuba rasakan
Kesedapannya tiada tandingan – syair

Mereka berdua akhirnya diperintahkan untuk keluar dari syurga sebagai hukuman dari Allah SWT.

Firman Allah Taala ;

4
SK MANGGOL BONGOR

Maksudnya: "Mereka berdua merayu: "Wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami
sendiri, dan kalau Engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami,
nescaya menjadilah kami dari orang-orang yang rugi".

Sumber:Al-A’raf: ayat 23

Iblis dan syaitan adalah musuh manusia yang nyata.Mereka sentiasa menghasut umat manusia
untuk melakukan kejahatan dan dosa.Kerana itulah, banyak berlaku gejala murtad dan ajaran sesat di
negara kita dan juga tempat – tempat lain. Berhati-hati ya kawan – kawan, semoga kita dilindungi Allah,
dan tidak terjebak dengannya.

Kesimpulannya, kisah Nabi Adam ini memberi banyak pengajaran kepada kita.
Pendek kata, jadilah insan yang berbakti, kepada masyarakat, nusa dan bangsa.
Bak kata pepatah ‘Hancur badan dikandung tanah, budi yang baik dikenang juga’.

Sekian, Wabillahi Taufik Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.


Terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai