Anda di halaman 1dari 8

SEKOLAH KEBANGSAAN MANGGOL BONGOR

MEGAT DEWA, 06100 KODIANG


KEDAH DARUL AMAN TEL/FAX: 04-9253795

MINIT MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN ISLAM KALI PERTAMA 2019

Tarikh : 14.1.2019
Hari : Selasa
Masa : 1.45 petang
Tempat : Bilik guru
Pengerusi : Pn Naimah Bt Ahmad
Hadir bersama En Mustapa bin Yahaya ( Pen. Kanan Pentadbiran)
Kehadiran : Pn Naimah Bt. Ahmad ( Ketua Panitia)
Pn Norazura Bt Abd Halim (Setiausaha )
Pn Nur Azuzela Bt Mohamad Arshad
Pn Nornazilawati Bt Md Isa
En Muhamad B. Ibrahim

1.Aluan Pengerusi
1.1 Mengucapkan salam dan membaca Ummul kitab- Al-Fatihah.
1.2 Terima kasih atas kehadiran semua dalam mesyuarat kali pertama panitia pendidikan Islam
2019
1.3 Tahniah kepada GPI yang telah diberi kepercayaan kepada, Pn. Norazura sebagai SU Panitia
Pendidikan Islam , SU RMT / kantin dan Program Susu 1 Malaysia dan SU Skpmg2 2017/2019.
Pn Naimah sebagai Ketua Panitia Pendidikan Islam dan Setiausaha peperiksaan, Pn
Nornazilawati sebagai guru data j QAF dan Penyelaras Pusat Sumber, Pn Nur Azuzela sebagai
Ketua Panitia Bahasa Arab, penyelaras program j QAF dan penyelaras guru kaunseling dan En
Muhamad sebagai Bendahari PIBG dan guru Disiplin. Semoga akan dapat meneruskan khidmat
dengan cemerlang.
1.4 Harapan agar semua GPI bertanggungjawab mendidik anak bangsa dengan cemerlang dan
penuh dedikasi.

2. Ucapan Penasihat
2.1 En Mustapa bin Yahaya ( Pen. Kanan Pentadbiran)mengharapkan guru-guru Pendidikan Islam
dan j-QAF terus memberikan komitmen yang berterusan dalam pengajaran dan
pembelajaran dan memastikan panitia Pendidikan Islam meningkatkan strategi untuk
kecemerlangan prestasi murid dalam matapelajaran Pendidikan Islam, kokurikulum serta
melaksanakan program yang dirancang dengan jayanya.
2.2 Mengucapkan terima kasih kepada semua GPI yang telah mengisi MyPORTFOLIO dengan
jayanya.
2.3 Harapan agar semua GPI sentiasa bersedia meneruskan tanggungjawab dan amanah mendidik
anak-anak pelajar menuju redha Allah untuk meneruskan agenda pendidikan PAK 21 2019
dengan lebih cemerlang. Kita sentiasa ke hadapan dan berusaha untuk memberikan yang
terbaik dalam mendidik bukan sekadar sebagai seorang guru tetapi sebagai mualim, mudarris,
muaddib dan murabbi kepada anak-anak didik kita
2.5 Pemantauan Kurikulum Berkualiti (PKB) tidak ada masalah. Terima kasih kerana guru-guru
memberi kerjasama sepenuhnya.
2.6 Beliau mengulas kembali tentang 5 elemen dalam Pemantauan Kualiti Bersepaduu (PKB) iaitu :
a) Pemantauan buku rekod guru
b)Pemantauan Pengajaran dan Pembelajaran
c) Pemantauan Prestasi murid
d) Pemantauan buku latihan murid
e) Pemantauan keceriaan kelas
2.7 Beliau berharap guru-guru membuat persediaan yang rapi bagi menghadapi pemantauan
tersebut. Pemantauan akan dibuat mengikut jadual yang ditetapkan.
2.8 Perlaksanaan dan pengisian skor skpmg2 akan dilaksanakan 2 fasa iaitu:
. Fasa 1: Jan-Mac
. Fasa 2 : Ogos – November
2.9 Penilaian kendiri hendaklah dibuat melalui proses perbincangan dengan jawatankuasa yang
terlibat
2.10 Skor yang diberi hendaklah selaras dengan tindakan ( evidens)

Tindakan dan makluman semua guru

3. Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat


3.1 Setiausaha membentangkan minit mesyuarat yang lalu dan minta disahkan.
3.2 Cadangan oleh Pn Nur Azuzela Bt Mohamad Arshad dan disokong oleh Pn.Nornazilawati

4.Perkara Berbangkit
4.1 Tiada

5. Pengajaran dan Pembelajaran


5.1 Guru yang mengajar Pendidikan Islam dan Bahasa Arab bagi tahun 2019 adalah seperti berikut.
Guru utama adalah GPI yang mengajar AQ, Jawi dan Ulum dalam kelas tersebut.
 Pra Sekolah: Pn Norazura Bt Abd Halim
 Tahun 1C : Pn Nor Nazilawati bt Md Isa dan Pn Naimah bt Ahmad
 Tahun 2C : Pn Norazura bt Abd Halim dan Nor Nazilawati bt Md Isa
 Tahun 3C : Pn Nor Nazilawati bt Md Isa dan Norazura bt Abd Halim
 Tahun 4C : Pn Norazura bt Abd Halim dan En Muhamad b. Ibrahim
 Tahun 5C : En Muhamad b. Ibrahim dan Pn Nor Nazilawati bt Md Isa
 Tahun 5G : En Muhamad b. Ibrahim
 Tahun 6C : Pn Naimah bt Ahmad dan En Muhamad b. Ibrahim
 Tahun 6G : Pn Naimah bt Ahmad dan En Muhammad b. Ibrahim
 Bahasa Arab tahun 1- 6 : Pn Nur Azuzela bt Mohamad Arshad
5. 2 Guru tasmik adalah seperti berikut:
 Tahun 1C: Pn Nor Nazilawati bt Md Isa dan Pn Naimah bt Ahmad
 Tahun 2C : Pn Norazura bt Abd Halim dan Nor Nazilawati bt Md Isa
 Tahun 3C : Pn Norazura bt Abd Halim, Pn Nor Nazilawati bt Md Isa dan En Muhammad b.
Ibrahim
 Tahun 4C Pn Naimah bt Ahmad dan Pn Norazura bt Abd Halim
 Tahun 5C : En Muhammad b. Ibrahim
 Tahun 5G : Pn Norazura bt Abd Halim En Muhamad b. Ibrahim
 Tahun 6C : Pn Naimah bt Ahmad dan Pn Nur Azuzela bt Mohamad Arshad
 Tahun 6G: Pn Naimah bt Ahmad dan En Muhammad b. Ibrahim

5.3 Jumlah buku yang digunakan untuk Bahasa Arab dan Pendidikan Islam adalah sepert berikut
 Tahap 1 : 3 buah ( Al-Quran,Jawi dan Ulum )
 Tahap 2 : Tahun 4: 3 buah ( Al-Quran,Jawi, dan Ulum / adab )
Tahun 5 : 4 buah ( Al-Quran,Jawi, Adab dan Ulum )
 Tahun 6 : 4 buah ( Al-Quran,Jawi, dan Ulum / adab )
 Bahasa Arab : sebuah

5.4 Semakan buku nota dan latihan murid


 Mohon semua GPI menyemak buku latihan murid dengan sempurna. Kerjasama guru Pdpc
secara kolaboratif untuk saling bantu membantu dalam penyemakan buku kerja murid dan
hantar untuk pencerapan kepada Penyelia mengikut jadual pencerapan yang telah
disediakan
(rujuk buku pengurusan dan Takwim 2019)
 Pastikan murid melakukan langkah pembetulan bagi kesilapan yang dibuat . Semakan
pembetulan perlu dibuat oleh guru.
Tindakan dan makluman semua guru

6. Peperiksaan dan penilaian


6.1 Peperiksaan tahap 1 dihapuskan dan diganti oleh peperiksaan dalaman yang diuruskan oleh
mata pelajaran sekolah
6.2 Peperiksaan tahap 2 berjalan seperti biasa iaitu ujian Mac, Peperiksaan Pertengahan Tahun dan
peperiksaan Akhir Tahun
6.3 Penumpuan perlu diberi kepada Pentaksiran bilik darjah (PBD)
6.4 PBD dilaksanakan 2 kali setahun dan laporanindividu dijana dengan menggunakan tapak offline
yang disediakan oleh guru terlibat
6.5 Penetapan headcount
i. Objektif : pencapaian akademik dalam peperiksaan dan pentaksiran sekolah serta meningkatkan e –
pelaporan jQAF
ii. Penyediaan Head Count dan Program Intervensi bagi tahap 2.
iii. Analisis Peperiksaan tahun 2019 : Pn. Naimah bt Ahmad
iv. Analisis pencapaian Iqra / Al Quran tahun 1 – 6 2019: Pn. Nornazilawati dan Pn Naimah
v. Analisis dan Post Mortem Bahasa Arab 2018: Pn Nur Azuzela bt Mohamad Arshad
vi. GPI & GBA menyediakan headcount Pendidikan Islam, Bahasa Arab , Jawi dan Al Quran untuk kelas
yang diajar dan dimasukkan dalam fail dan diserahkan kepada setiausaha panitia untuk dimasukkan
ke dalam fail panitia selewat2nya pada hujung bulan Februari dan di harapkan dapat bersedia untuk
menyediakan program intervensi.
Tindakan dan makluman semua guru

7. Program / takwim Panitia Pendidikan Islam ( Rujuk lampiran :


Perancangan Aktiviti dan Takwim Panitia Pendidikan Islam dan Bahasa Arab 2019)

Tindakan dan makluman semua guru

8.RPH dan PDPC


8.1 Tanggungjawab semua GPI dan GBA untuk menyediakan RPH setiap hari dan dihantar kepada pihak
pentadbir mengikut jadual yang ditetapkan.
8.2 Penulisan RPH dan PdPc mestilah menerapkan elemen PAK 21
8.3 GPI yang mengajar Ulum Syariah hendaklah memastikan semua murid kelasnya ada buku
penilaian PAFA dan melengkapkan buku PAFA dari masa ke semasa.
8.4 GPI juga hendaklah memastikan setiap murid ada buku rekod bacaan al-Quran dan
merekodkan pencapaian murid dari masa ke semasa dan dihantar kepada pihak pentadbir
untuk disemak dan di tandatangan .Murid yang tiada buku hendaklah di photostat. Setiap
murid wajib ada rekod bacaan Al Quran lengkap (Februari) . Perancangan dan Agihan
tugasan dibincangkan bersama guru yang bersama pengajaran secara kolaboratif.
8.5 Model Khatam al-Quran menggunakan pendekatan talaqi dan musyafahah secara kolaboratif
dalam waktu Pendidikan Islam mengikut agihan yang ditetapkan. Melaksanakan PdPC Ulum Syariah
berdasarkan pembelajaran abad 21. Penggunaan BBM dan digalakkan menggunakan frog VLE seperti
saranan pihak atasan.
8.6 Setiap GPI perlu sediakan dan lengkapkan :
1- Rekod Pelaporan Pentaksiran Berasaskan Bilik Darjah (PBD)
2- Rekod Penguasaan Al Quran
3. Rekod Head Count Pendidikan Islam dan Jawi
4. Rekod Markah Peperiksaan Pertengahan Tahun dan Peperiksaan Akhir Tahun dan rekod ujian
peperiksaan bagi tahap 2
5. Rekod Tasmik
8.7 Perlaksanaan proses PdPC Khatam al Quran dan Tasmik mengikut ketetapan baharu dengan nisbah
guru dan murid 1:15.
8.8 Terdapat beberapa kelas-kelas yang tidak mengikut nisbah yang ditetapkan kerana terdapat kelas
seperti tahun 5G seramai 17 orang yang memerlukan bimbingan 2 orang guru kerana belum
menguasai al Quran .

Tindakan dan makluman semua guru


9 Kem Cemerlang Jawi (KCJ)
9.1 Perlaksanaan mengikut ketetapan sekolah . Guru boleh mengenalpasti murid yang tidak menguasai
akan mengikut kem pertama, manakala murid yang tidak melepasi kemahiran yang ditetapkan di
kem pertama akan diminta mengikuti kem kedua. Waktu pelaksanaannya juga hendaklah selepas
waktu sekolah.

Tindakan dan makluman semua guru

10. Kewangan
10.1 . Kewangan pada tahun 2019.
i) Panitia Pendidikan Islam - RM 513.00
ii) Panitia Bahasa Arab - RM 408.50

11. Fail Panitia Pendidikan Islam


11.1 Panitia Pendidikan Islam mempunyai 11 fail .Pembahagian adalah seperti berikut :
NAMA GURU FAIL
Pn Nur Azuzela Arshad 1. Fail Bahasa Arab
Pn Nazilawati bt Isa 1. Fail Kem Bestari solat
2. Fail Khatam Al quran dan tasmik
En.Muhamad b. Ibrahim 1. Fail Maklumat guru panitia
2. Fail Dokumen panitia
3. Fail surat mesyuarat dan pekeliling
Pn Norazura bt Abd Halim 1. Fail surat mensyuarat dan minit mensyuarat
2. Fail laporan pentaksiran Berasakan Bilik Darjah
3. Fail KCJ
Pn Naimah bt Ahmad 1. Fail Post moterm
2. Fail Bank/ koleksi soalan
3. Fail Makdis

11.2 Oleh itu, semua guru diminta mengemaskini fail-fail yang dipertanggungjawabkan mengikut
kehendak di dalam Instrumen Pemantauan .
Tindakan dan makluman semua guru

12. Hal-hal lain


12.1 Majlis tadarus Al-Quran peringkat PKG akan diadakan pada bulan Mac. Sehubungan itu, guru-
guru diminta mencalonkan murid yang layak untuk menyertai pertandingan tersebut serta
melatih murid berkenaan
12.2 Mengharapkan semua guru bersama-sama mengimarahkan dan menceriakan surau
12.3 Penggunaan bilik jQAF juga perlu direkod dan mengikut jadual
12.4 Buku rekod pencapaian murid program j QAF bagi murid tahun 1, 2 dan 3 telah dibekalkan oleh
KPM dan GPI perlu mengemaskini dari semasa ke semasa

Tindakan dan makluman semua guru


13.Penutup
13.1 Pengerusi mengharapkan semua ahli jawatankuasa sentiasa bekerjasama demi melahirkan
pelajar yang cemerlang dalam pelajaran dan sahsiah diri. Ucapan terima kasih sekali lagi
diucapkan di atas kesudian guru menghadiri mesyuarat pada kali ini.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3.00 petang

Disediakan oleh, Disemak oleh,

…… …………………. . ………………………………...
( NORAZURA BT ABD HALIM ) (NAIMAH BT AHMAD )
Setiausaha, Ketua Panitia,
Panitia Pendidikan Islam Panitia Pendidikan Islam
Sekolah Kebangsaan Manggol Bongor. Sekolah Kebangsaan Manggol Bongor

Disahkan oleh,

…………………………….
( EN MUSTAPA BIN YAHAYA)
PENOLONG KANAN PENTADBIRAN
Sekolah Kebangsaan Manggol Bongor
SEKOLAH KEBANGSAAN MANGGOL BONGOR
MEGAT DEWA, 06100 KODIANG
KEDAH DARUL AMAN TEL/FAX: 04-9253795

Ruj.Kami : SKMB : 30/12/1/2019/1


Tarikh : 12 Januari 2019

Kepada,

……. . .……………………………….

Tuan/Puan,

MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN ISLAM KALI KE 1 2019

Dimaklumkan bahawa mesyuarat akan diadakan seperti berikut:

Tarikh : 14.1.2019
Hari : Selasa
Masa : 1.30 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat
Agenda : 1. Aluan Pengerusi
2. Ucapan Penasihat
3. Membentang dan mengesahkan minit mesyuarat
4. Perkara Berbangkit
5.Pengajaran dan Pembelajaran
6. Peperiksaan dan penilaian
7. Program /takwim Panitia Pendidkan Islam
8. RPH dan Pdpc
9. Kem Cemerlang Jawi (KCJ)
10. Kewangan
11. Fail Panitia Pendikan Islam
12. Hal-hal lain
13. Penutup

2. Kehadiran dan kerjasama tuan/puan didahului dengan ribuan terima kasih.

Sekian,terima kasih.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

…………………………….
( NORAZURA BT ABD HALIM)

Anda mungkin juga menyukai