Anda di halaman 1dari 4

SEKOLAH KEBANGSAAN MANGGOL BONGOR

MEGAT DEWA, 06100 KODIANG


KEDAH DARUL AMAN TEL/FAX: 04-9253795

MINIT MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN ISLAM KALI PERTAMA 2017

Tarikh : 8.1.2017
Hari : Ahad
Masa : 1.45 petang
Tempat : Bilik guru
Pengerusi : Pn Naimah Bt Ahmad
Hadir bersama : En Ab Hamid B. Ismail
Kehadiran : Pn Naimah Bt. Ahmad ( Ketua Panitia)
Pn Norazura Bt Abd Halim (Setiausaha )
Pn Nur Azuzela Bt Mohamad Arshad
Pn Nornazilawati Bt Md Isa
En Muhamad B. Ibrahim

1.Aluan Pengerusi
1.1 Mengucapkan salam dan membaca Ummul kitab- Al-Fatihah.
1.2 Penghargaan tahniah dan terima kasih kepada semua GPI di atas khidmat cemerlang tahun
2016.
1.3 Makluman setiausaha Panitia Pendidikan Islam tahun 2017 adalah Pn Norazura Bt Abd Halim
1.4 Tahniah kepada GPI yang telah diberi kepercayaan kepada, Pn. Norazura sebagai SU RMT /
kantin dan Program Susu 1 Malaysia. Pn Naimah sebagai Setiausaha peperiksaan, Pn
Nornazilawati sebagai guru data j QAF dan Penyelaras Pusat Sumber, Pn Nur Azuzela sebagai
Penyelaras Program j QAF dan penyelaras guru penyayang dan En Muhamad sebagai
Bendahari PIBG. Semoga akan dapat meneruskan khidmat dengan cemerlang.
1.5 Harapan agar semua GPI bertanggungjawab mendidik anak bangsa dengan cemerlang dan
penuh dedikasi.

2. Ucapan Penasihat
2.1 En Ab Hamid selaku Guru Besar mengharapkan guru-guru Pendidikan Islam dan j-QAF terus
memberikan komitmen yang berterusan dalam pengajaran dan pembelajaran dan memastikan
panitia Pendidikan Islam meningkatkan strategi untuk kecemerlangan prestasi murid dalam
matapelajaran Pendidikan Islam, kokurikulum serta melaksanakan program yang dirancang
dengan jayanya.
2.2 Ada perubahan jadual waktu untuk tahun 1/ 2017 , tahun lain masih menggunakan jadual waktu
yang lama.
2.3 Guru-guru perlu bersedia dengan corak pengajaran dan pembelajaran abad ke 21.
2.4 Tahun 6/ 2017 hanya 1 kelas.
2.5 Pemantauan Kurikulum Berkualiti (PKB) tidak ada masalah. Terima kasih kerana guru-guru
memberi kerjasama sepenuhnya.
2.6 Guru Besar sekali lagi mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua Guru Pendidikan Islam
kerana telah berjaya melaksanakan tanggungjawab masing-masing dengan sepenuhnya.
Kejayaan yang diperoleh oleh sekolah merupakan kejayaan kita bersama.

Tindakan dan makluman semua guru

3. Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat


3.1 Setiausaha membentangkan minit mesyuarat yang lalu dan minta disahkan.
3.2 Cadangan oleh Pn.Nur Azuzela dan disokong oleh En Muhamad B. Ibrahim

4.Perkara Berbangkit
4.1 Tiada

5. Pengajaran dan Pembelajaran


5.1 Guru yang mengajar Pendidikan Islam dan Bahasa Arab bagi tahun 2017 adalah seperti berikut
Pra Sekolah: Pn Norazura Bt Abd Halim
Tahun 1C : Pn Nor Nazilawati bt Md Isa dan Pn Naimah bt Ahmad
Tahun 2C : Pn Norazura bt Abd Halim dan Nor Nazilawati bt Md Isa
Tahun 3C : Pn Norazura bt Abd Halim dan Pn Nor Nazilawati bt Md Isa
Tahun 4C : En Muhamad b. Ibrahim
Tahun 4G : En Muhamad b. Ibrahim
Tahun 5C: Pn Naimah bt Ahmad , Pn Nornazilawati En Muhamad b. Ibrahim ( Ulum syariah
sahaja)
Tahun 5G : Pn Naimah bt Ahmad , Pn Norazura bt Abd. Halim ( JAWI sahaja)
Tahun 6C : Pn Naimah bt Ahmad dan En. Muhamad b. Ibrahim
Bahasa Arab tahun 1- 6 : Pn Nur Azuzela bt Mohamad Arshad

5. 2 Guru tasmik adalah seperti berikut:


Tahun 1C: Pn Nor Nazilawati bt Md Isa dan En Muhamad b. Ibrahim
Tahun 2C : Pn Norazura bt Abd Halim dan Nor Nazilawati bt Md Isa
Tahun 3C : Pn Norazura bt Abd Halim dan Pn Nor Nazilawati bt Md Isa
Tahun 4C : En Muhamad b. Ibrahim
Tahun 4G : Pn Norazura bt Abd Halim
Tahun 5C : Pn Naimah bt Ahmad Pn Nornazilawati bt Mat Isa
Tahun 5G : Pn Naimah bt Ahmad En Muhamad b. Ibrahim
Tahun 6C : Pn Naimah bt Ahmad dan En. Muhamad B. Ibrahim

5.3 Jumlah buku yang digunakan untuk Bahasa Arab dan Pendidikan Islam adalah sepert berikut
Tahap 1: 3 buah ( Al-Quran,Jawi dan Ulum )
Tahap 2 : Tahun 4: 3 buah ( Al-Quran,Jawi, dan Ulum / adab )
Tahun 5: 4 buah ( Al-Quran,Jawi, Adab dan Ulum )
Tahun 6 : 3 buah ( Al-Quran,Jawi, dan Ulum / adab )
Bahasa Arab : sebuah
5.4 Pengerusi mengingatkan semua guru agar menulis TOV dan ETR di dalam buku ringkasan
masing-masing. TOV perlu diambil dari markah peperiksaan penggal kedua tahun lepas.
5.5 Guru-guru perlu memantau ketika murid-murid mengambil wuduk terutama murid tahap 1.
5.6 Guru-guru dikehendaki mengemaskini buku rekod khatam Al-Quran dan pastikan setiap murid
mempunyai rekod tersebut.( Rujuk lampiran 1: Pembahagian tugasan Buku Rekod Khatam
Alquran dan PAFA)
5.7 Guru guru dikehendaki membuat pengulangan dan pengukuhan bestari solat dan PAFA
sewaktu P&P pendidikan islam .

Tindakan dan makluman semua guru

6.Laporan Pencapaian Sistem e Pelaporan Program j-QAF KPM


6.1 Rujuk lampiran
6.2 Cadangan penambahbaikan untuk meningkatkan peratus
6.2.1 Memberi tumpuan kepada murid yang kurang menguasai beberapa kemahiran mengikut
model jawi , khatam al quran , bahasa arab , amali wudhuk dan solat ( perlakuan dan
bacaan
6.2.2 Memberi bimbingan berterusan kepada murid yang bermasalah
6.2.3 Program mentor mentee

7.Perancangan Aktiviti Panitia 2017


7.1 Rujuk lampiran 2.( Perancangan Aktiviti Panitia Pendidikan Islam dan j-QAF Sek Keb Manggol
Bongor tahun 2017)

8. Anggaran Perbelanjaan.
8.1 Anggaran perbelanjaan masih belum dibuat kerana masih belum terima peruntukan PCG.

9. Fail Panitia Pendidikan Islam


9.1 Panitia Pendidikan Islam mempunyai 11 fail .. Pembahagian adalah seperti berikut :
NAMA GURU FAIL
Pn Nur Azuzela Arshad 1. Fail Bahasa Arab

Pn Nazilawati bt Isa 1. Fail Kem Bestari solat


2. Fail Khatam Al quran dan tasmik
En.Muhamad b. Ibrahim 1. Fail KCJ
2. Fail Dokumen panitia
3. Fail surat mesyuarat dan pekeliling
Pn Norazura bt Abd Halim 1. Fail surat mensyuarat dan minit mensyuarat
2. Fail laporan pentaksiran KSSR
3. Fail Maklumat guru panitia

Pn Naimah bt Ahmad 1. Fail Post moterm


2. Fail Bank/ koleksi soalan
3. Fail Makdis
9.2 Oleh itu, semua guru diminta mengemaskini fail-fail yang dipertanggungjawabkan mengikut
kehendak di dalam Instrumen Pemantauan .
Tindakan dan makluman semua guru

10. Hal-hal lain


10.1 Majlis tadarus Al-Quran peringkat PKG akan diadakan pada bulan Mac. Sehubungan itu, guru-
guru diminta mencalonkan murid yang layak untuk menyertai pertandingan tersebut serta
melatih murid berkenaan
10.2 Dicadangkan solat berjamaah hendaklah dijalankan mengikut jadual tasmik dan waktu
kokurikulum apabila surau boleh digunakan.
10.3 Mengharapkan semua guru bersama-sama mengimarahkan dan menceriakan surau . Pemantauan
akan dijalankan pada tahun ini ( imarah surau)
10.4 Buku rekod pencapaian murid program j QAF bagi murid tahun 1, 2 dan 3 telah dibekalkan
oleh KPM dan GPI perlu mengemaskini dari semasa ke semasa

Tindakan dan makluman semua guru

11.Penutup
11.1 Pengerusi mengharapkan semua ahli jawatankuasa sentiasa bekerjasama demi melahirkan
pelajar yang cemerlang dalam pelajaran dan sahsiah diri. Ucapan terima kasih sekali lagi
diucapkan di atas kesudian guru menghadiri mesyuarat pada kali ini.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3.00 petang

Disediakan oleh, Disemak oleh,

. . ...
( NORAZURA BT ABD HALIM ) (NAIMAH BT AHMAD )
Setiausaha, Ketua Panitia,
Panitia Pendidikan Islam Panitia Pendidikan Islam
Sekolah Kebangsaan Manggol Bongor. Sekolah Kebangsaan Manggol Bongor

Disahkan oleh,

.
( EN AB HAMID B. ISMAIL)
GURU BESAR
Sekolah Kebangsaan Manggol Bongor

Anda mungkin juga menyukai