Anda di halaman 1dari 3

KISAH TUKANG SIKAT RAMBUT ANAK FIRAUN

Gambar Hiasan

Firaun raja Mesir memiliki pekerja yang bekerja menyikat rambut anak-anak
perempuannya. Masitah nama pekerja tersebut. Pada suatu hari dengan kehendak
Allah terjadilah satu peristiwa yang mengukir sejarah hingga ke hari ini. Ketika
Masitah menyikat rambut anak perempuan Firaun ditakdirkan terjatuhlah sikat itu
dari tangannya. Lantas secara spontan terkeluarlah perkataan, Dengan nama
Allah, celakalah Firaun dari mulutnya.

Apabila terdengar sahaja oleh anak Firaun itu lalu berkatalah ia kepada Masitah:
Wahai tukang sikat rambutku! Apakah ada Tuhan selain dari bapaku?. Masitah
menjawab Ya memang ada!. Seterusnya berkatalah anak Firaun kepada Masitah,
Mahukah engkau aku sampaikan perkara ini kepada bapaku?. Masitah pun
menjawab ringkas Ya baiklah. Maka anak Firaun pun segera memberitahu
bapanya akan perkara tersebut. Apabila terdengar sahaja berita tersebut Firaun pun
memerintahkan supaya Masitah di bawa menghadapnya.

Apabla Masitah datang menghadapnya, Firaun pun bertanya kepadanya. Katanya ,


Apakah ada Tuhan selain dariku?. Masitah menjawab dengan tegas.Tuhanku ini
adalah Allah ( Wajibal Wujud ). Mendengar jawapan itu Firaun pun menitahkan
pegawainya memujuk Masitah agar merobah atau membuangkan keimanannya itu.
Setelah bermacam-macam cara pujukan dilakukan , Masitah masih tetap utuh
pendiriannya, sebaliknya Masitah memberikan jawapan dengan tegas Allah
Tuhanku dan Tuhan kamu semua.

Mendengar yang demikian bertambah murkalah Firaun sampai digertaknya Masitah,


suami serta anak-anaknya. Beta akan bunuh sekalian keluargamu, gertak Firaun!.
Baiklah jawab Masitah. Akan tetapi ada permintaan hamba yang harus tuanku
tunaikan, iaitu hamba mahu sekiranya tuanku membunuh hamba, kuburkanlah
hamba ini disatu perkuburan.

Firaun pun menitahkan hulubalangnya membawa belanga besar yang berisi minyak
bagi merebus dan menghukum Masitah, anak-anak serta suaminya.

Anak-anak Masitah dan suaminya dilontarkan ke dalam belanga besar dengan


panasan minyak yang mendidih. Tinggalah Masitah bersama dengan anak kecilnya
yang maish menyusu di pangkuannya. Betapa sedih dan pilu keadaan ketika itu,
tidak dapat digambarkan.

Akan tetapi Masitah tidak gentar untuk masuk ke dalam minyak yang amat panas
itu. Rasa terharu menyebabkan beliau tertahan-tahan untuk terjun, kerana melihat
anaknya yang masih menyusu dan tidak mengetahui apa-apa.

Dengan kudrat kehendak Allah, tiba-tiba anak yang masih kecil itu berkata kepada
ibunya: Wahai ibuku masuk sajalah ke dalam belanga ini, sesungguhnya ibu
berada di pihak yang benar
.
Sebaik mendengar kata-kata anak kecilnya, Masitah semakin yakin dan berani.
Lantas terjunlah Masitah bersama anaknya ke dalam belanga tersebut. Berakhirlah
eiwayat hidup Masitah di dunia yang fana ini dalam mempertahankan keimanannya
kepada Allah SWT.

Firaun memerintahkan hulubalangnya menguburkan Masitah sekeluarga di dalam


satu kubur sebagaimana permintaan Masitah sebelum dia dibunuh.

Keteguhan iman terhadap Allah tidak sedikit pun tergugat walau diancam bunuh
oleh Firaun. Allah mengurniakan balasan syurga kepada hamba-Nya yang teguh,

taat imannya kepada-Nya. Kubur Masitah sekeluarga mengeluarkan bau harum


sampai bertahun-tahun lamanya.

Begitulah kukuhnya iman Masitah sekeluarga.

Allah SWT telah berfirman yang bermaksud: Adakah kamu mengira bahawa kamu
akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (ujian ) sebagaimana halnya
orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan
kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cobaan) sehingga
berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: Bilakah datangnya
pertolongan Allah ? Ingatlah sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat.

Wallahua'lam

Petikan; Kisah-Kisah Benar

Anda mungkin juga menyukai