Anda di halaman 1dari 3

Kisah Nabi Adam di dalam Syurga

Bismillahirrahmanirrahim.. Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatuh...


Terima kasih tuan pengerusi majlis. Yang dihormati dan disegani barisan
para hakim yang arif lagibijaksana, barisan guru-guru, sahabat-sahabat
dan para hadirin yang dihormati sekalian.Berdirinya saya di hadapan ini
adalah semata-mata untuk menyampaikan sebuah kisah al-quran
iaituKisah Nabi Adam di dalam Syurga.Tuan-tuan dan puan-puan
sekalian,

Pantun;
Bijak sungguh si Tuan HakimPesalah Penjenayah diberi hukuman Nabi
Pertama Nabi Adam Dalam Syurga Hidup aman
Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,Sudah termaktub bahawa keadaan
di dalam Syurga Allah SWT amatlah penuh dengan keindahanyang
sempurna. Tiada cacat cela dan kekurangan. Maka dengan kehendak
Allah SWT dan dengankekuasaan yang Maha Kuasa menjadikan Nabi
Adam sebagai penghuni syurgaNya, manusiapertama yang dicipta
daripada tanah.Firman Allah SWT,
Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya
(menghidupkan kamu semula),bahawa Ia menciptakan kamu dari tanah;
setelah sempurna sahaja peringkat-peringkat
kejadiankamu, kamu menjadi manusia yang hidup bertebaran di muka b
umi. ( surah Ar-Rumayat 20 )
Ya, manusia dijadikan oleh Allah SWT , sebaik-baik makluk ciptaan-Nya.
Namun sayangnya, kini,kita dapati bayi-bayi dibuang di sana sini. Selain
itu, berlaku juga pemerdagangan bayi.Tuan-tuan dan puan-puan
sekalian,Sesungguhnya Allah SWT telah mengarahkan para malaikat,
iblis dan semua isi syurga supaya sujudhormat kepada Nabi Adam.
Namun, Iblis enggan menuruti perintah Allah swt itu. Maka jadilah
Iblissebagai makhluk yang dilaknat oleh Allah swt.

Dan (ingatlah) ketika kami berfirman kepada malaikat: "Tunduklah (beri


hormat) kepada Nabi Adam". Lalu mereka sekaliannya tunduk memberi
hormat melainkan Iblis; ia enggan dan takbur,dan menjadilah ia dari
golongan yang kafir.
(Al-Baqarah ayat 34)Dengan penciptaan Nabi Adam ini, ia menimbulkan
kebimbangan kalangan malaikat. Namun, Allahswt menyatakan kepada
mereka bahawa Allah swt Maha Mengetahui apa yang dilakukan.
Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat;
"Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi".
Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itudengan berkata):
"Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang
yangakan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-
bunuhan), padahal kami sentiasabertasbih dengan memujiMu dan
mensucikanMu?". Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Akumengetahui akan
apa yang kamu tidak mengetahuinya".
(Al-Baqarah ayat 30) |Kini, kita saksikan bahawa sifat takabur
dan bangga diri telah banyak menjatuhkan diri sendiricontohnya para
pemimpin dunia ramai yang bersifat takabur telah jatuh
kerajaannya.Pengajarannya, kita jangan bongkak dan takabur dan
jangan buruk sangka terhadap orang lain.Tuan-taun dan puan-puan
sekalian,Sesungguhnya kehidupan Nabi Adam di dalam syurga telah
dikurnia ilmu pengetahuan dan paraMalaikat merasa takjub dengan ilmu
baginda. Baginda mengetahui semua nama benda. Malaikatamat
menghormati Nabi Adam.
Malaikat itu menjawab: "Maha suci Engkau (Ya Allah)! Kami tidak
mempunyai pengetahuan selaindari apa yang Engkau ajarkan kepada
kami; sesungguhnya Engkau jualah yang Maha Mengetahui,lagi Maha
Bijaksana".
(Al-Baqarah ayat 32)

Namun, sebaliknya, Iblis berdendam dengan baginda dan ia


berjanji untuk menyesatkan keturunanNabi Adam iaitu kita
semua.Nagara kita Malaysia pada masa ini dalam keadaan aman
damai dan kita mesti bersyukur.Pengajarannya, kita wajib menanamkan
sifat syukur atas nikmat dari Allah swt ini.Tuan-tuan dan puan
sekalian,Ketika Nabi Adam berada di syura yang penuh dengan
kenikmatan yang sempurna, baginda masihmerasa sunyi. Maka, Allah swt
telah menciptakan Hawa sebagai isterinya yang diambil dari tulangrusuk
Nabi Adam. Maka, baginda pun tidak merasa sunyi lagi selepas itu.Allah
swt juga melarang Nabi Adam dan isterinya daripada memakan
buah khuldi.
Dan kami berfirman: "Wahai Adam! Tinggallah engkau dan isterimu
dalam syurga, dan makanlahdari makanannya sepuas-puasnya apa
sahaja kamu berdua sukai, dan janganlah kamu hampiri pokok ini; (jika
kamu menghampirinya) maka akan menjadilah kamu dari golongan
orang-orang yang zalim".
(Al-Baqarah ayat 35
)Kini, kita dapati kes penceraian semakin meningkat dalam negara
kita.Pengajarannya, kita hendaklah sentiasa mewujudkan kasih dan
sayang dalam kehidupan kita.Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,Untuk
mengakhiri kisah ini, Nabi Adam dikeluarkan oleh Allah swt dari syurga
kerana tipu dayaIblis. Baginda dan isterinya diperdaya memakan buah
khuldi.Pada hari ini, syirik dan murtad serta gejala sosial semakin
membimbangkan kita semua.Oleh itu kita mesti kuatkan iman dan
bertekad jangan mudah terpedaya dengan hasutan
syaitan.Wabilahitaufiwalhidayah wassalamualaikum warahmatulahiwaba
rakatuh.Sekian terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai