Anda di halaman 1dari 23

ari Abdullah Ibn Mas'ud r.

a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW


bersabda:
"Mahukah daku khabarkan kepadamu siapakah orang yang diharamkan
dari api neraka? Dan api neraka tidak akan menyentuhnya. Mereka adalah
orang yang menghampiri orang lain dengan lemah lembut, berlebih kurang
dan baik hati".
(HR Tirmizi)

 ُ‫صلَّى هَّللا ُ َعلَ ْي ِه َو َسلَّ َم أ ُ ِري ُد ِح ْف َظه‬


َ ِ ‫ُول هَّللا‬ِ ‫ت أَ ْك ُتبُ ُك َّل َشيْ ٍء أَسْ َم ُع ُه مِنْ َرس‬ ُ ‫ْن َعم ٍْرو َقا َل ُك ْن‬ ِ ‫َعنْ َع ْب ِد هَّللا ِ ب‬
‫ضا‬
َ ِّ‫ب َوالر‬ ِ ‫ض‬ َ ِ ‫ أَ َت ْك ُتبُ ُك َّل َشيْ ٍء َتسْ َم ُع ُه َو َرسُو ُل هَّللا‬S‫َف َن َه ْتنِي قُ َريْشٌ َو َقالُوا‬
َ ‫صلَّى هَّللا ُ َعلَ ْي ِه َو َسلَّ َم َب َش ٌر َي َت َكلَّ ُم فِي ْال َغ‬
S‫م َفأ َ ْو َمأ َ ِبأُصْ ُب ِع ِه إِلَى فِي ِه َف َقا َل ْاك ُتبْ َف َوالَّ ِذي‬Sَ َّ‫صلَّى هَّللا ُ َعلَ ْي ِه َو َسل‬
َ ِ ‫ُول هَّللا‬
ِ ‫ت َذل َِك ل َِرس‬ ِ ‫ت َعنْ ْال ِك َتا‬
ُ ْ‫ب َف َذ َكر‬ ُ ‫َفأ َ ْم َس ْك‬
‫َن ْفسِ ي ِب َي ِد ِه َما َي ْخ ُر ُج ِم ْن ُه إِاَّل َح ٌّق‬
. (‫)أبو داود‬
Dari Abdullah bin Umar r.a., katanya: Biasanya aku menulis segala yang
aku dengar dari Nabi s.a.w. dengan tujuan hendak menghafaznya, lalu
dilarang oleh orang-orang Quraisy serta berkata:  "Patutkah engkau
menulis segala yang engkau dengar, sedang Rasulullah s.a.w. seorang
manusia yang bercakap dalam masa marah dan dalam masa suka? "
Setelah itu aku pun berhenti dan menulis,  kemudian aku menyebutkan hal
itu kepada Rasulullah s.a.w., lalu Baginda menunjuk kepada mulutnya
dengan jarinya sambil bersabda: "Tulislah, kerana demi Tuhan yang diriku
dalam kekuasaanNya, tidak keluar dan mulutku ini melainkan yang benar."

(Abu Daud)

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:


"Kebaikan itu  ialah akhlak yang baik".
-Muttafaqa Alaih-

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: 


"Sesungguhnya yang terbaik di kalangan kamu ialah yang terbaik
akhlaknya".
-Muttafaqa Alaih-

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: 


"Seseorang mukmin yang berakhlak mulia akan memperolehi darjat orang
yang berpuasa dan menghidupkan malam dengan qiamullai".
-Riwayat Abu Daud-

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: " Akhlak yang baik melupuskan


dosa sebagaimana air mencairkan benda keras sedangkan akhlak yang
keji itu merosakkan amalan sebagaimana cuka merosakkan madu".

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: "Sesungguhnya seseorang itu


akan mendapat martabat orang yang berpuasa dan mendirikan malam
dengan membaca al-Quran kerana akhlaknya yang mulia dan tingkah laku
yang baik".
-Riwayat Ahmad-

Dari Ady bin Hatim r.a. yang berkata, bahawa Rasulullah s.a.w. telah
bersabda,
"Tidak seorang pun di antara kamu sekelian, kecuali Tuhannya akan
berbicara kepadanya besok di hari Kiamat. Antara ia dan Tuhannya tidak
ada penterjemah. Ia memandang suatu kebaikan, maka ia tidak melihat
kecuali apa yang telah dipersembahkannya, dan ia memandang sesuatu
yang buruk darinya, maka ia tidak melihat kecuali apa yang telah
dilakukannya serta memandang apa yang ada di depannya, maka ia tidak
melihat kecuali Neraka yang persis ada di depan wajahnya. Maka takutlah
kalian kepada Neraka meski dengan hanya (bersedekah) separuh kurma,
dan kalimat yang baik."
(Hadis Riwayat Muttafaq Alaih)

 Rasulullah s.a.w bersabda, 


"Sesungguhnya aku diutuskan semata-mata untuk menyempurnakan
akhlak yang mulia"
(Hadis riwayat Ibn Jarud)

Rasulullah s.a.w bersabda, 


"Sesungguhnya aku diutus hanya untuk menyempurnakan  akhlak"
-Hadith Riwayat al-Baihaqi-

Dari Jabir r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda:


"Diantara kamu orang yang paling aku cintai dan orang yang paling hampir
kepadaku pada hari Kiamat ialah orang yang baik akhlaknya". 
(HR Tirmizi)

Ibn Abbas r.a berkata :


"Baginda Rasulullah s.a.w merupakan orang yang paling pemurah
melakukan pelbagai kebaikan. Kemurahan baginda akan bertambah
menjelangnya bulan Ramadhan ketika baginda dikunjungi oleh malaikat
Jibrail. Jibrail akan datang menemani baginda pada setiap malam, pada
bulan Ramadhan sehingga akhir Ramadhan. Pada setiap malam pada
bulan Ramadhan baginda Rasulullah membaca Al-Quran dan
memperdengarkan bacaan  baginda kepada Jibrail. Pada ketika itulah
Rasulullah dilihat sebagai seorang yang paling pemurah dengan
melakukan pelbagai kerja kebajikan."
(Riwayat Bukhari)

"Orang mukmin makan dalam satu perut, walhal orang kafir makan dalam
tujuh perut "

(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Sayidina Umar ada berkata:


Jauhilah makan berlebihan, sesungguhnya ia penyebab rosak diri,
mewarisi penyakit, menyebabkan malas sembahyang, dan hendaklah
kamu menjaga makan, kerana ia paling baik untuk jasad, dan hindarkan
daripada berlebih-lebihan, sesungguhnya Allah bencikan orang alim yang
gemuk — Riwayat Abu Naim.

Daripada Jarir r.a daripada ayahnya, Rasulullah s.a.w bersabda, "Sesiapa


yang memberi contoh teladan, maka dia akan mendapat pahala dan
pahala orang-orang yang meniru perbuatannya hingga hari kiamat".
-Hadis riwayat Ibn Jarud-

Daripada Abu Yaala Syaddad bin Aus RA daripada Nabi SAW


sabdanya, “Orang yang bijak itu ialah mereka yang mengambil berat
tentang dirinya dan beramal untuk selepas mati. Manakala orang yang
lemah itu ialah mereka yang menurutkan hawa nafsunya sedangkan dia
bercita-cita untuk menjadi hamba Allah yang diredhai.”
(Hadis Riwayat at-Tirmizi)
Huraian Hadith: 
Orang yang beriman hendaklah sentiasa bermuhasabah diri dan beramal
seperti yang dituntut oleh agama, kerana ganjaran pahala adalah
berasaskan amalan yang benar-benar dilaksanakan, bukan dengan angan-
angan kosong.

Manusia yang bijak itu ialah orang yang memperjuangkan hidupnya untuk
kebahagiaan di akhirat.

Akal yang dianugerahkan oleh Allah hendaklah digunakan untuk


memikirkan persediaan hidup di akhirat.

Wajib bagi seseorang mengelakkan diri daripada dikuasai oleh hawa nafsu
yang akan membawa kepada kehancuran diri dan agama.

Daripada Ibnu Mas’ud r.a. katanya, Rasulullah SAW  bersabda:


ٌ ‫ َر َواهُ ال ِّترْ ِمذِيُّ َو َقا َل َحد‬.‫ِش َوالَ ْال َبذِي ِء‬
ٌ‫ِيث َح َسن‬ ِ ‫ َوالَ ْال َفاح‬،‫َّان‬
ِ ‫ َوالَ اللَّع‬،‫َّان‬ َّ ‫ْس ْالم ُْؤمِنُ ِب‬
ِ ‫الطع‬ َ ‫لَي‬.

Maksudnya : “Bukanlah seorang mukmin orang yang suka mencela, suka


melaknat dan yang keji (samada perkataannya atau perbuatannya) dan
yang kotor mulutnya (sekalipun perkataanya itu benar)”. 
(Hadis riwayat Tirmizi dan beliau berkata: Hadis hasan gharib dan al-Albani
menganggapnya sahih).

Daripada Abu Sa’id Al-Khudri ra. berkata, Bahawasanya Rasulullah saw.


bersabda:
"Kamu akan mengikuti jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal
demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga jikalau mereka masuk ke
lubang biawak pun kamu akan mengikuti mereka." 
Sahabat bertanya, 
"Ya Rasulullah! Apakah Yahudi dan Nashrani yang kau maksudkan?"
 Nabi saw. menjawab,
 "Siapa lagi kalau bukan mereka".

(Hadith Riwayat Muslim)

Dari Abdullah r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW


bersabda:
"Orang yang terlebih dahulu memberi salam akan terhindar dari sifat
Takabbur". 
(HR Baihaqi)

Pada suatu hari baginda Nabi Muhammad s.a.w bercerita pada sahabat-
sahabatnya, baginda bersabda:
"Apakah perlu aku khabarkan kepada kamu tentang ahli syurga, iaitu setiap
orang  yang lemah dan merendah diri, sekiranya ia  bersumpah kerana
Allah (untuk melakukan sesuatu) nescaya ia akan melakukannya. Apakah
perlu aku khabarkan kepada kamu tentang ahli neraka, iaitu setiap orang
yang degil sombong dan takabbur".
 (al-Bukhari 8:24:Kitab Adab)

Sabda Nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud :  


" Sesiapa yang tawadhu'(link) kerana Allah s.w.t , darjatnya akan diangkat
oleh Allah s.w.t setinggi-tingginya."
-Riwayat Ibnu Majah-

Sabda Rasulullah SAW  yang bermaksud :


"Tidak ada seorang pun yang bertawadhu' kerana Allah kecuali Allah akan
meninggikan darjatnya."
(Hadis Riwayat Muslim)

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:


"Aku takut berlaku syirik kecil ke atas kamu. Maka sahabat bertanya apa
dia  syirik kecil, ya Rasulullah"?
Baginda menjawab:"Riak."
-Riwayat al-Baihaqi-

Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW


telah ditanya bahawa amalan yang manakah dengannya ramai manusia
akan memasuki syurga? 
Sabda Baginda SAW: "Takwa (takutkan Allah SWT) dan akhlak yang
mulia". 
Dan Baginda SAW ditanya: "Amalan apakah yang dengannya ramai
manusia akan ke neraka"? 
Sabda Baginda SAW: "Lidah dan kemaluan (yang disalah guna)".
 (HR Tirmizi)

Dari Malik r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:


"Dua serigala kelaparan yang dilepaskan pada satu kumpulan kambing
tidak mampu memudaratkannya lebih dari kemudharatan pada Agama
yang dilakukan oleh sifat tamakkan harta dan keinginan untukmenjadi
orang yang berpengaruh". 
(HR Tirmizi)

Dari Jabir r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:


"Seorang mukmin mencintai dan dicintai. Tidak ada kebaikan dalam diri
seseorang yang tidak mencintai atau tidak berkasih sayang. Orang yang
terbaik di antara manusia adalah orang yang paling banyak memberi
manfaat kepada orang lain".
(HR Dar Qutni dan Targhib)

Kisah Tujuh Malaikat Penjaga Pintu-Pintu Langit

Ibn Mubarak mengatakan bahwa Khalid bin Ma’dan berkata kepada


sahabat Mu’adz bin Jabbal ra., “Ceritakanlah satu hadis yang kau dengar
dari Rasulullah SAW, yang kau menghafalnya dan setiap hari kau
mengingatnya lantaran sangat keras, halus dan dalamnya makna hadis
tersebut. Hadis manakah yang menurut pendapatmu paling penting?”

Mu’adz menjawab, “Baiklah, akan kuceritakan.”


Sesaat kemudian, ia pun menangis hingga lama sekali, lalu ia bertutur, 
“Sungguh rindunya hati ini kepada Rasulullah SAW, ingin rasanya segera
bersua dengan beliau.”

Ia melanjutkan,
“Suatu saat aku menghadap Rasulullah SAW. Beliau menunggangi seekor
unta dan menyuruhku naik di belakangnya, maka berangkatlah kamu
dengan unta tersebut. Kemudian beliau menengadahkan wajahnya ke
langit, dan berdoa, ‘Puji syukur ke hadirat Allah, Yang Maha Berkehendak
kepada makhluk-Nya menurut kehendak-Nya,”

Kemudian beliau SAW berkata, 


“Sekarang aku akan mengisahkan suatu cerita kepadamu yang, apabila
engkau hafalkan, akan berguna bagimu, tapi kalau engkau sepelekan,
engkau tidak akan mempunyai hujjah kelak di hadapan Allah SWT.”
“Hai, Mu’adz! Allah menciptakan tujuh malaikat sebelum Dia menciptakan
langit dan bumi. Pada setiap langit ada satu malaikat yang menjaga pintu,
dan tiap-tiap pintu langit itu dijaga oleh malaikat penjaga pintu sesuai kadar
pintu dan keagungannya.
Maka, malaikat Hafazhah (malaikat yang memelihara dan mencatat amal
seseorang) naik ke langit dengan membawa amal seseorang yang
cahayanya bersinar-sinar bagaikan cahaya matahari. Ia, yang menanggap
amalan orang tersebut itu banyak, memuji amal-amal orang itu.
Tapi sampai di pintu langit pertama, berkata malaikat penjaga pintu langit
itu kepada malaikat Hafazhah, ‘Tamparkanlah amal ini ke wajah
pemiliknya, aku ini penjaga tukang pengumpat, aku diperintahkan untuk
tidak menerima masuk tukang pengumpat orang lain. Jangan sampai amal
ini melepasiku untuk mencapai langit berikutnya.’

Keesokan harinya, malaikat Hafazhah yang naik ke langit dengan


membawa amal shalih seseorang lainnya yang cahanyanya berkilauan. Ia
juga memujinya lantaran begitu banyaknya amal tersebut.
Namun malaikat di langit kedua mengatakan, ‘Berhentilah, dan tamparkan
amal ini ke wajah pemiliknya, sebab dengan amalnya itu dia mengharap
keduniaan. Allah memerintahkanku untuk menahan amal seperti ini, jangan
sampai melepasi hingga langit berikutnya.’

Maka seluruh malaikatpun melaknat orang tersebut sampai siang hari.

Kemudian kembali malaikat Hafazhah naik ke langit dengan membawa


amal hamba Allah yang sangat memuaskan, dipenuhi amal sedekah,
puasa, dan bermacam-macam kebaikan yang oleh malaikat Hafazhah
dianggap demikian banyak dan terpuji.
Namun saat sampai di langit ketiga berkata malaikat penjaga pintu langit
yang ketiga, 'Tamparkanlah amal ini ke wajah pemiliknya, aku
malaikat penjaga orang yang sombong. Allah memerintahkanku untuk tidak
menerima orang sombong masuk. Jangan sampai amal ini melintasiku
untuk mencapai langit berikutnya. Salahnya sendiri ia menyombongkan
dirinya di tengah-tengah orang lain.’

Kemudian ada lagi malaikat Hafazah yang naik ke langit


keempat, membawa amal seseorang yang bersinar bagaikan bintang yang
paling besar, suaranya bergemuruh, penuh dengan tasbih, puasa, sholat,
naik haji dan umrah. 
Tapi ketika sampai di langit keempat, malaikat penjaga pintu langit
keempat mengatakan kepada malaikat Hafazhah,
‘berhentilah, jangan dilanjutkan. Tamparkanlah amal ini ke wajah
pemiliknya, aku ini penjaga orang-orang yang suka ujub (membanggakan
diri). Aku diperintahkan untuk tidak menerima masuk amal tukang ujub.
Jangan sampai amal itu melepasiku untuk mencapai langit yang
berikutnya, sebab ia kalau beramal selalu ujub.’ 
Kemudia naik lagi malaikat Hafazhah ke langit kelima, membawa amal
hamba yang diarak bagaikan pengantin wanita diiringi kepada suaminya,
amal yang begitu bagus, seperti amal jihad, ibadah haji, ibadah umrah.
Cahaya amal itu bagaikan matahari. Namun, begitu sampai di langit
kelima, berkata malaikat penjaga pintu kelima, 
“Aku ini penjaga sifat hasad (dengki, iri hati). Pemiliki amal ini, yang
amalnya sedemikian bagus, suka hasad kepada orang lain atas
kenikmatan yang Allah berikan kepadanya. Sungguh ia benci kepada apa
yang diridhai Allah SWT. Saya diperintahkan agar tidak membiarkan amal
orang seperti ini untuk melepasi pintuku menuju pintu
selanjutnya.’ Kemudian ada lagi malaikat Hafazhah naik dengan membawa
amal lain berupa wudhu yang sempurna, sholat yang banyak, puasa, haji
dan umrah.Tapi saat ia sampai di langit keenam, malaikat penjaga pintu ini
mengatakan, “Aku ini malaikat penjaga rahmat. Amal yang seolah-olah
bagus ini, tamparkanlah ke wajah pemiliknya. Salah sendiri ia tidak pernah
mengasihi orang lain. Apabila ada orang lain yang mendapatkan musibah,
ia merasa senang. Aku diperintahkan agar amal seperti ini tidak boleh
melepasiku hingga dapat sampai ada pintu berikutnya.’
Kemudian ada lagi malaikat Hafazhah naik ke langit ketujuh dengan
membawa amal seseorang hamba berupa bermacam-macam sedekah,
puasa, sholat, jihad, dan kewara’an. Suaranya pun bergemuruh bagaikan
petir. Cahayanya bagaikan kilat.Namun tatkala sampai di langit yang
ketujuh, malaikat penjaga langit ketujuh mengatakan, 
‘Aku ini penjaga sum’at (ingin terkenal). Sesungguhnya orang ini ingin
dikenal dalam kumpulan-kumpulan, selalu ingin terlihat lebih unggul di saat
berkumpul, dan ingin mendapat pengaruh dari para pemimpin. Allah
memerintahkanku agar amalnya tidak itu tidak boleh
melepasiku. Setiap amal yang tidak bersih kerana Allah, itulah disebut riya’.
Allah tak akan menerima amal orang-orang yang riya’.’ 
Kemudian ada lagi malaikat Hafazhah naik membawa amal seseorang
hamba: Sholat, zakat, puasa, haji, umroh, akhlaq yang baik, pendiam, tidak
banyak bicara, dzikir kepada Allah. Amalnya itu diiringi para malaikat
hingga lagit ketujuh., bahkan sampai menerobos memasuki hijab-hijab dan
sampailah ke hadirat Allah.Para malaikat itu berdiri di hadapan Allah.
Semua menyaksikan bahwa amal ini adalah amal yang shalih dan ikhlas
karena Allah SWT. Namun Allah SWT berfirman,  

‘Kalian adalah hafazhah, pencatat amal-amal hamba-Ku. Sedangkan


Akulah yang mengintip hatinya. Amal ini tidak karena-Ku. Yang dimaksud
oleh pemilik amal ini bukanlah Aku. Amal ini tidak diikhlaskan demi Aku.
Aku lebih mengetahuinya dari kalian apa yang dimaksud olehnya dengan
amalan itu. Aku laknat dia, karena menipu orang lain, dan juga menipu
kalian (para malaikat hafazhah). Tapi aku tak akan tertipu olehnya .Aku ini
Yang  Paling Tahu akan hal-hal yang ghaib. Akulah yang melihat isi
hatinya, dan tidak akan samar kepada-Ku setiap apapun yang samar.
Tidak akan tersembunyi bagi-Ku setiap apapun yang tersembunyi.
Pengetahuan-Ku atas apa yang telah terjadi sama dengan pengetahuan-
Ku akan apa yang akan terjadi. Pengetahuan-Ku atas apa yang telah
berlalu sama dengan pengetahuan-Ku atas apa yang akan datang.
Pengetahuan-Ku kepada orang-orang terdahulu sebagaimana
pengetahuan-Ku kepada orang-orang yang kemudian. Aku lebih tahu atas
apapun yang lebih samar daripada rahasia. Bagaimana bisa amal hamba-
Ku menipu-Ku. Dia boleh  menipu makhluk-makhluk, yang tidak tahu,
sedangkan Aku ini Yang Mengetahui hal-hal yang ghaib. Laknat-Ku tetap
kepadanya.’Tujuh malaikat Hafazhah yang ada pada saat itu dan 3.000
malaikat lain yang mengiringi menimpali, “Wahai Tuhan kami, dengan
demikian tetaplah laknat-Mu dan laknat kami kepadanya.’ Maka, semua
yang ada di langitpun mengatakan, ‘Tetaplah laknat Allah dan laknat
mereka yang melaknat kepadanya.’
Mu’adz pun kemudian menangis terisak-isak dan berkata, “Ya Rasulullah,
bagaimana boleh aku selamat dari apa yang baru engkau ceritakan itu?”
Rasulullah SAW mejawab, “Wahai Mu’adz, ikutilah nabimu dalam hal
keyakinan!”
Mu’adz berkata lagi, “Wahai Tuan, engkau adalah Rasulullah. Sedangkan
aku ini hanyalah si Mu’adz bin Jabbal, bagaimana aku boleh selamat dan
terlepas dari bahaya tersebut?’
Rasulullah SAW bersabda, 
“Seandainya dalam amalmu ada kelengahan, tahanlah mulutmu, jangan
sampai menjelekkan orang lain, dan juga saudara-saudaramu sesama
ulama. Apabila engkau  hendak memburukkan orang lain, ingatlah pada
dirimu sendiri. Sebagaimana engkau tahu, dirimupun penuh dengan aib. 
Janganlah membersihkan dirimu dengan memburukkan orang lain. 
Jangan mengangkat diri sendiri dengan menekan orang
lain. Jangan riya’ dengan amalmu agar diketahui orang lain. Janganlah
termasuk golongan orang yang mementingkan dunia dengan melupakan
akhirat. Kamu jangan berbisik-bisik dengan seseorang padahal di
sebelahmu ada orang lain yang tidak diajak berbisik.
Jangan takabur kepada orang lain, nanti akan luput bagimu kebaikan dunia
dan akhirat. 
Jangan berkata kasar dalam suatu majlis dengan maksud supaya orang-
orang takut akan keburukan akhlaqmu itu. Jangan mengungkit-
ungkit apabila berbuat kebaikan.
Jangan merobek-robek (pribadi) orang lain dengan mulutmu, kelak kamu
akan dirobek-robek oleh anjing-anjing neraka jahannam, sebagaiman
firman Allah ‘Wannaasyithaati nasythaa.’ (Di neraka itu ada anjing-anjing
perobek badan-badan manusia, yang mengoyak-ngoyak daging dari
tulangnya). 
Aku (Mu’adz) berkata, ‘Ya Rasulullah siapa yang akan kuat menanggung
penderitaan semacam ini?’

Jawab Rasulullah SAW, ‘Wahai Mu’adz, yang kuceritakan tadi itu akan


mudah bagi mereka yang dimudahkan Allah SWT. Cukup untuk
mendapatkan semua itu, engkau menyayangi orang lain sebagaimana
engkau menyayangi dirimu sendiri, dan membenci sesuatu terjadi kepada
orang lain apa-apa yang engkau benci bila sesuatu itu terjadi
kepadamu.’Apabila boleh seperti itu, engkau akan selamat, terhindar dari
penderitaan itu’.”
Khalid bin Ma’dan (yang meriwayatkan hadist itu dari Mu’adz RA)
mengatakan, “Mu’adz sering membaca hadits ini sebagaimana seringnya
ia membaca Al Quran, mempelajari hadits ini sebagaimana ia
mempelajarai Al Quran dalam majlisnya.”

Dari Aisyah r.h berkata:"Rasulullah s.a.w ditanya mengenai amalan apakah


yang paling dicintai oleh Allah." 
Baginda menjawab: "Amalan yang berterusan, walaupun sedikit."
(Riwayat Muslim)

Sabda Nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud : 


"Sesungguhnya Allah s.w.t mengasihi seorang apabila dia melakukan
sesuatu kerja dengan bersungguh-sungguh".

-Riwayat Abu Ya'la-

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:


"Allah S.W.T melaknat pemberi rasuah dan penerima rasuah dalam
pemerintahan."
-Riwayat Tirmizi-

Dari Muaz bin Jabal r.a, berkata :


"Khabarkan kepadaku suatu amalan yang membolehkan aku masuk ke
dalam syurga dan menjauhkan aku dari neraka. "
Jawab Nabi SAW :
" Sebenarnya engkau telah bertanya suatu pekara yang besar, dan
sesungguhnya amat mudah sekali bagi sesiapa yang dimudahkan oleh
Allah Ta'ala, iaitu :
Hendaklah engkau menyembah Allah dan tidak menyekutukanNya dengan
suatu yang lain. Engkau mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat,
berpuasa sebulan Ramadhan dan mengerjakan haji ke Baitullah. "
Kemudian Nabi bersabda lagi :
" Mahukah engkau aku khabarkan pokok amalan, tiangnya dan
kemuncaknya? "
Aku menjawab :
" Mahu, ya Rasulullah ."
Sabda baginda :
" Pokok amalan ialah Islam, tiangnya ialah sembahyang dan kemuncaknya
ialah jihad. "
Kemudian Nabi bersabda lagi :
" Mahukah engkau aku khabarkan kunci kepada semua pekara ini ? "
Aku menjawab : " Mahu, ya Rasulullah. "
Lalu baginda memegang lidahnya seraya berkata :
" Awas, jaga ini baik-baik. "
Aku bertanya :
" Ya Rasulullah, adakah kami akan dituntut kerana berkata dengannya ? "
Baginda lalu menjawab :
" Dan tidak akan dicampakkan manusia ke atas muka mereka atau batang
hidung mereka ke dalam neraka, melainkan hasil tutur bicara mereka. "
-Imam Nawawi di dalam kitab karangannya yang bernama Matan Arba'in.-

:‫ َو َسلَّ َم‬ ‫ َعلَ ْي ِه‬ ُ ‫هَّللا‬ ‫صلَّى‬


َ  ِ ‫هَّللا‬ ‫ َرسُو ُل‬ ‫ َقا َل‬ :‫ َقا َل‬ ‫ َع ْن ُه‬ ُ ‫هَّللا‬ ‫ َرضِ َي‬  ِّ‫ ْال َب ْد ِري‬  ِّ‫اري‬
ِ ‫ص‬َ ‫اأْل َ ْن‬ ‫ َعم ٍْرو‬ ‫ْن‬
ِ ‫ب‬ ‫ ُع ْق َب َة‬ ‫ َمسْ عُو ٍد‬ ‫أَ ِبي‬  ْ‫َعن‬
)).‫ت‬ ُ
َ ‫شِ ْئ‬ ‫ َما‬  ْ‫ َفاصْ َنع‬ ‫ َتسْ َت ِح‬ ‫لَ ْم‬ ‫إِ َذا‬ ‫ال ُّنـب َُّوةِاأْل ولَى‬ ‫ َكالَ ِم‬  ْ‫مِن‬  ُ‫ال َّناس‬ ‫ك‬َ ‫أَ ْد َر‬ ‫ ِممَّا‬  َّ‫((إِن‬ 

Dari Abu Mas'ud, Uqbah bin Amru Al-Anshari Al-Badri r.a, katanya :Telah
bersabda Rasulullah SAW :" Di antara sabda para Nabi yang terdahulu
yang masih dipakai untuk orang ramai ( sehingga kini ) ialah : Jika engkau
tiada malu, buatlah sesuka hati kamu. '

-Imam Nawawi di dalam kitab karangannya yang bernama 


Matan Arba'in.-

Dari Abu Hurairah r.a, katanya :


"Telah bersabda Rasulullah SAW : 
" Janganlah kamu berdengki-dengkian, dan jangan kamu tipu-menipu, dan
jangan benci-membenci, dan jangan musuh memusuhi, dan jangan kamu
berjual beli atas jual beli setengah yang lain, dan jadilah kamu sekelian
sebagai hamba-hamba Allah yang bersaudara. Seorang Muslim adalah
bersaudara sesama Muslim, tidak boleh menganiayanya, tidak boleh
membiarkannya tertindas, tidak boleh mendustainya dan tidak boleh
menghinainya.Taqwa itu berpunca dari sini - sambil Nabi SAW
menunjukkan ke dadanya tiga kali. Sudah memadailah kejahatan seorang
itu jika ia menghina saudaranya yang Islam. Seorang Muslim ke atas
seorang Muslim yang lain diharamkan darahnya, harta bendanya dan
kehormatannya. ' "
-Imam Nawawi di dalam kitab karangannya yang bernama Matan Arba'in.-

Dari Thauban r.a meriwayatkan bahawa aku telah mendengar Rasulullah


SAW bersabda: 
Berbahagialah orang-orang yang ikhlas. Mereka adalah pelita di dalam
gelap dan kerana mereka terpadam fitnah-fitnah yang besar.
 (HR Baihaqi)

Sabda Nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud :

"Seorang mukmin itu adalah cermin kepada seorang mukmin yang lain dan


mereka adalah bersaudara, di samping menjaga barangan mereka yang
hilang serta mempertahankan mereka". - 
 -Riwayat Abu Daud-

Dari Muaz bin Jabal r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:
" Barangsiapa memalukan saudaranya yang muslim dengan sesuatu dosa
yang dia telah bertaubat dengannya, Allah tidak akan mematikannya
sehinggalah dia sendiri terjerumus ke dalam dosa tersebut". 
(HR Tirmizi)
Dari Abdullah bin Umar r.a berkata bahawa Rasulullah SAW memegang
bahuku (untuk menarik perhatianku kepada perkara yang penting ini) lalu
bersabda:
" Hiduplah kamu di dunia ini seperti musafir atau sebagai orang yang
sedang melintasi jalan".
 (HR Bukhari)

Dari Abu Said r.a dan Jabir bin Abdullah r.a meriwayatkan bahawa 
Rasulullah SAW bersabda:
Mengumpat adalah lebih buruk dari zina. Para sahabat r.hum bertanya;
Wahai Rasulullah, bagaimana mengumpat itu lebih buruk dari zina? 
Baginda SAW menjawab: Seorang yang berzina boleh memohon ampun,
maka Allah SWT mengampunkannya, tetapi orang yang diumpat, apabila
dia tidak memaafkan orang yang mengumpat, maka pengumpat tetap
berdosa.
(HR Baihaqi)

Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:


"Tahukah kamu apa itu memfitnah"? 
Para sahabat r.hum berkata: "Allah dan RasulNya lebih mengetahui".
Baginda SAW bersabda: "Memfitnah adalah mengatakan sesuatu tentang
saudara (muslim) ketika dia tiada yang dia tidak suka". 
Ditanya: "Wahai Rasulullah, jika kekurangan itu sungguh ada dalam diri
seorang muslim, maka apa yang harus aku katakan"?
Baginda SAW menjawab:" Jika apa yang dikatakan benar, maka itu adalah
mengumpat (bahkan lebih buruk daripada memfitnah)". 
(HR Muslim) 

Dari Ibnu Umar r.huma meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:


"Jangan menyakiti orang-orang Islam, jangan mencela mereka dan jangan
mencari keburukan mereka".
(HR Ibnu Hibban)

Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: 


"Dunia ialah penjara bagi orang-orang mukmin dan syurga bagi orang-
orang kafir".
(HR Muslim)
Hazrat Abdullah bin Qais Al Khuza’i r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah
SAW bersabda: 
"Barangsiapa berdiri dengan penuh perasaan riak dan sum’ah (suka dipuji-
puji), dia sentiasa di dalam kemurkaan Allah SWT sehingga dia duduk (dan
meninggalkan niatnya itu)".
(Tafsir Ibnu Kathir)

Dari Ali r.a meriwayatkan, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:


"Tidaklah seorang muslim mengunjungi seorang muslim yang sakit diwaktu
pagi kecuali 70,000 malaikat berdoa memohon rahmat ke atasnya
sehingga ke petang, atau berkunjung kepadanya di waktu petang,
melainkan 70,000 malaikat berdoa ke atasnya sehingga ke pagi, dan dia
mendapat sebuah kebun buah-buahan dalam syurga". 
(HR Tirmizi)

Dari Abu Said Al-Khudri r.a dan Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa
baginda Rasulullah SAW bersabda:
 "Tiada seorang muslim yang ditimpa musibah, keletihan, sakit, terganggu
fikirannya, sedih, bimbang, kecemasan sehingga tercucuk dengan duri
sekali pun melainkan diampuni akan dosa-dosanya". 
(HR Bukhari)

‫ َعلَ ْي‬ ُ ‫هَّللا‬ ‫صلَّى‬


َ  ِ ‫هَّللا‬ ‫ُول‬
ِ ‫ َرس‬  ْ‫ َعن‬ ‫ َع ْن ُه َما‬ ُ ‫هَّللا‬ ‫ َرضِ َي‬ ‫ َج َب ٍل‬ ‫ْن‬ِ ‫ب‬ ‫ ُم َعا ِذ‬ ‫الرَّ حْ ٰم ِن‬ ‫ َع ْب ِد‬ ‫أَ ِبي‬ ‫ َو‬ ‫ ُج َنا َد َة‬ ‫ْن‬ ِ ‫ب‬ ‫ب‬ ِ ‫ ُج ْن ُد‬  ٍّ‫ َذر‬ ‫أَ ِبي‬  ْ‫َعن‬
:‫ َقا َل‬ ‫ َو َسلَّ َم‬ ‫ِه‬
S‫الترمذي‬ ‫رواه‬ )).‫ َح َس ٍن‬ ‫ ِب ُخلُ ٍق‬ ‫اس‬ َ ‫ال َّن‬ ‫ َو َخال ِِق‬      ،‫ َت ْم ُح َها‬ ‫ ْال َح َس َن َة‬ ‫ َوأَ ْت ِبعِالسَّـ ِّي َئ َة‬ ،‫ت‬َ ‫ ُك ْن‬ ‫ َحي ُْث َما‬ ِ ‫هَّللا‬ ‫(( ِا َّت ِق‬ 
‫صحيح‬ ‫حسن‬ : ‫النسخ‬ ‫بعض‬ ‫وفي‬ ، ‫حسن‬ ‫حديث‬ : ‫وقال‬

Daripada Abu Zar Jundub ibn Junadah dan Abu Abdul Rahman Mu'az ibn
Jabal, r.a., daripada Rasulullah SAW, bahawa Baginda bersabda:  
"Bertaqwalah engkau kepada Allah walaupun di mana engkau berada, dan
iringilah kejahatan dengan kebaikan, nescaya ia akan menghapuskan
kejahatan tersebut dan bergaullah sesama manusia dengan budi pekerti
yang baik."
(Riwayat -Tirmizi)

Dari Ibnu ‘Abbas r.a berkata bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:
"Bukanlah dari kalangan pengikut kami, yang tidak berkasih sayang
kepada yang kecil dikalangan kami, yang tidak menghormati yang tua
dikalangan kami, yang tidak menyuruh akan kebaikan, yang tidak melarang
dari kejahatan". 
(HR Tirmizi)

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:


”Bukankah aku telah memberitahu kamu semua tentang orang yang
diharamkan masuk ke neraka atau orang yang diharamkan ke atasnya
neraka? Mereka ialah orang yang berdamping rapat dengan orang ramai
(baik pergaulannya), hatinya tenang, berlemah lembut serta mudah dibawa
berunding.” 
(Riwayat At-Tirmizi)

Sabda Nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud :  


" Berilah ganjaran yang sewajarnya terhadap mereka yang telah
melakukan kebaikan terhadapmu. Jika kamu tidak memiliki sesuatu untuk
berbuat demikian maka doakanlah mereka sehingga terbukti kepada
mereka bahawa kamu memang bersungguh-sungguh untuk memberikan
mereka ganjaran".

-Riwayat Abu Daud-

Dari Zaid bin Thabit r.a meriwayatkan bahawa Nabi SAW telah bersabda:
"Tiga perkara yang dengannya hati orang beriman akan suci dari sifat
khianat, dengki (dan semua keburukan):
1. Beramal untuk redha Allah SWT.
2. Inginkan kebaikan untuk para pemimpin,
3. Sentiasa bersama dengan jemaah orang Islam. Ini kerana orang yang
bersama-sama jemaah akan dilingkungi oleh doa ahli-ahli jemaah itu".
(HR Ibn Majah)

Nabi SAW bersabda :-

‫ والمغرب‬S‫ان العبد ليتكلم بالكلمة ما يتبين فيها يز ّل بها إلى النار أبعد مما بين المشرق‬
Ertinya : " Sesungguhnya seorang hamba yang bercakap sesuatu kalimah
atau ayat tanpa mengetahui implikasi dan hukum percakapannya, maka
kalimah itu boleh mencampakkannya di dalam Neraka lebih sejauh antara
timur dan barat" 
( Riwayat Al-Bukhari, bab Hifdz al-Lisan, 11/256 , no 2988)

Sombong

Dari Abu Hurairah ra bahwasannya Nabi Muhammad saw


bersabda: “Sesungguhnya pada hari kiamat nanti Allah tidak akan melihat
orang yang menurunkan kainnya di bawah mata kaki karena sombong.” 
(HR Bukhari dan Muslim)

Dari Abu Hurairah ra berkata, Nabi Muhammad saw bersabda: 


“Ada tiga kelompok orang yang nanti pada hari kiamat Allah tidak akan
berbicara dengan mereka, Allah tidak akan membersihkan (mengampuni
dosa) mereka, dan Allah tidak akan memandang mereka, serta mereka
akan disiksa dengan siksaan yang pedih, yaitu: orang tua yang berzina,
raja (penguasa) yang suka bohong, dan orang miskin yang sombong.” 
(HR. Muslim)

Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah


bersabda: 
"Sesungguhnya Allah Ta’ala tidak melihat rupa paras dan harta-harta
kamu, Akan tetapi Allah Ta’ala melihat hati kamu dan amalan-amalan
kamu".
 (HR Muslim)

Dari Abdullah bin Mas’ud ra dari Nabi Muhammad saw, beliau


bersabda: “Tidak akan masuk sorga orang yang di dalam hatinya ada sifat
sombong walaupun hanya sebesar atom.”
Ada seorang laki-laki berkata: “Sesungguhnya seseorang itu suka
memakai pakaian yang bagus dan sandal/sepatu yang bagus pula.” Nabi
Muhammad saw kembali bersabda: “Sesungguhnya Allah itu indah, suka
pada keindahan. Sombong itu menolak kebenaran dan merendahkan
sesame manusia.” 
(HR. Muslim)

Sabda Nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud :  


" Wahai Abu Hurairah! Bersifat wara' lah kamu nescaya kamu akan
menjadi manusia yang paling tinggi pengabdiannya. Hinakanlah
diri kepada Allah s.w.t nescaya kamu akan menjadi manusia yang paling
bersyukur. Kasihilah manusia sepertimana kamu mengasihi dirimu sendiri
nescaya kamu akan menjadi mukmin sejati. Perbaikilah hubungan sesama
jiran pasti kamu akan menjadi seorang Islam sejati. Oleh itu kurangilah
ketawa kerana banyak ketawa itu akan mematikan hati."
Riwayat Ibnu Majah

Pemimpin

Daripada Ibnu Umar r.a., katanya, saya mendengar Rasulullah s.a.w.


bersabda:  
"Setiap orang daripada kamu adalah pemimpin dan setiap seorang dari
kamu akan ditanya perihal kepimpinannya. Pemimpin adalah yang
bertanggungjawab  memimpin dan akan ditanya perihal yang dipimpin
olehnya. Seorang lelaki  adalah pemimpin dalam keluarganya dan akan
ditanya perihal  kepimpinannya. Seorang wanita adalah pemimpin dalam
rumah suaminya dan  akan ditanya perihal kepimpinannya. Buruh adalah
pemimpin dalam harta  majikannya dan akan ditanya perihal
kepimpinannya. Jadi setiap seorang  dari engkau semua itu adalah
pemimpin dan tentu akan ditanya perihal  kepimpinannya."
  (Hadis sahih Muttafaq 'alaih)

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :


"Aku adalah pemimpin anak Adam pada hari kiamat dan tidak sombong, di
tanganku panji-panji pujian dan tidak sombong. Tidak seorang nabi pun
baik Nabi Adam mahupun yang lainnya melainkan berada di bawah panji-
panjiku dan aku adalah orang pertama yang memberi syafaat dan orang
yang pertama yang diterima syafaat dan tidak sombong."

(Hadis Hasan Riwayat  Ahmad, Tirmidzi dan Ibnu Majah dari Abu Sa’id)
Pengajarannya :
Rasulullah s.a.w. adalah contoh pemimpin yang tidak sombong samaada di
dunia maupun di hari Akhirat. Baginda memimpin dengan penuh adil,
saksama dan bertanggung jawab dalam kepimpinannya. Oleh itu sesiapa
sahaja yang telah dilantik menjadi pemimpin dalam apa bidang sekali pun
hendaklah memimpin dengan adil dan buangkan segala sifat
sombong. Sesungguhnya sesiapa sahaja pemimpin yang ada sifat ini akan
dimurkai oleh Allah s.w.t.

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:


"Pemimpin itu pada tiga keadaan, satu golongan pemimpin yang masuk
syurga dan dua golongan yang masuk neraka. Pemimpin yang tahu
tentang kebenaran tetapi tidak memimpin kearah kebenaran, maka masuk
neraka. Pemimpin yang memimpin tanpa ilmu, dia masuk neraka."
-Riwayat Tirmizi-

Sabda Nabi SAW:

‫ت ِم ْن ُه ْم َوالَ َي ِر ُد‬ ُ ‫م ِب َك َذ ِب ِه ْم َوأَ َعا َن ُه ْم َعلَى‬Sْ ‫ص َّد َق ُه‬


َ ‫م َفلَي‬Sْ ‫ظ ْلم ِِه‬
ُ ْ‫ْس ِم َّنا َولَس‬ َ ْ‫ َف َمن‬،‫ُون‬ َ ‫ُون َو َي ْظلِم‬ َ ‫إِ َّن َها َس َت ُكونُ أ ُ َم َرا ُء َي ْك ِذب‬
‫ض‬ ِ ‫د َعلَي ْال َح ْو‬Sُ ‫ظ ْلم ِِه ْم َفه َُو ِم ِّنيْ َوأَ َنا ِم ْن ُه َو َس َي ِر‬
ُ ‫ص ِّد ْق ُه ْم ِب َك َذ ِب ِه ْم َولَ ْم ُي ِع ْن ُه ْم َعلَى‬
َ ‫ض َو َمنْ لَ ْم ُي‬ ِ ‫علَى ْال َح ْو‬.
َ

Maksudnya: “Akan datangnya para pemimpin yang banyak berdusta dan


melakukan kezaliman. Maka sesiapa yang membenarkan pendustaan
mereka, dan membantu di atas kezaliman mereka, maka dia bukanlah
daripada golongan kami dan aku bukan daripada golongan mereka dan dia
tidak akan datang ke kolamku (di akhirat nanti). Dan sesiapa yang tidak
membenarkan pendustaan mereka dan tidak membantu kezaliman
mereka, maka dia adalah daripada golonganku dan aku daripada
golongannya, dan dia akan datang (meminum) kolamku”. 
(Hadis riwayat Ahmad dengan isnad yang sahih.)

ZINA/WANITA

Dari Jarir bin Abdullah, ia berkata: 


Saya bertanya kepada Rasulullah s.a. w. tentang melihat (aurat wanita)
secara tiba-tiba tanpa sengaja. 
Maka jawab Nabi: "Palingkanlah pandanganmu itu!" 
(Riwayat Ahmad, Muslim, Abu Daud dan Tarmizi)

Sabda Nabi SAW:


“Apabila zahir/nyata zina dan riba dalam sesebuah tempat, maka
penduduk tempat itu telah menghalalkan untuk diri mereka azab dan siksa
Allah”. 
(Riwayat al-Hakim, dan katanya; sahih isnadnya)

Daripada Maimunah RA berkata, Aku mendengar Rasulullah SAW


bersabda :
“Umatku akan terus berada dalam kebaikan selama tidak tersebar luas
anak zina di kalangan mereka. Apabila anak zina tersebar luas di kalangan
mereka, maka hampir sahaja Allah ‘Azza wajalla akan menurunkan azab
siksa kepada mereka seluruhnya.” 
(Riwayat Ahmad, kata al-Munziri – 3/265: isnadnya hasan)

 Daripada ‘Abdullah bin ‘Amru bin al-‘As RA, sabda Nabi SAW:
“Tidak akan berlaku kiamat itu sehingga orang berzina di jalanan
sebagaimana keldai. Aku bertanya, Sesungguhnya itu akan terjadi? Jawab
baginda: Ya, nescaya akan terjadi”.
 (Riwayat Ibn Hibban, al-Bazzar dan al-Tabarani, hadith sahih)

Daripada Jarir bin ’Abdillah al-Bajali RA, berkata:


“Aku bertanya kepada Nabi SAW tentang memandang perempuan dengan
pandangan secara tiba-tiba, maka baginda memerintahkanku untuk
memalingkan pandanganku.” 
Dalam riwayat lain beliau bersabda: “Tundukkan pandanganmu.” 
(Riwayat Muslim)

Daripada ’Abdullah bin Buraidah, dari ayahnya berkata, Rasulullah SAW


bersabda kepada ’Ali bin Abi Talib RA:
“Hai ‘Ali, janganlah engkau ikuti satu pandangan dengan pandangan
lainnya. Sesungguhnya bagimu hanya pandangan yang pertama dan tidak
bagi pandangan yang selanjutnya.” 
(Riwayat Abu Dawud)
Daripada Ibnu ’Umar RA, Rasulullah SAW bersabda:
“Tidaklah seorang lelaki yang berdua-duaan dengan seorang wanita,
kecuali yang ketiganya adalah syaitan.”
 (Riwayat al-Tirmizi)

Dari Abu Said al-Khudri r.a. dari Nabi SAW sabdanya:


"Sesungguhnya dunia ini manis dan menghijau (yakni lazat dan nyaman)
dan sesungguhnya Allah itu menjadikan engkau semua sebagai pengganti
di bumi itu, maka itu Dia akan melihat apa-apa yang engkau lakukan. Oleh
yang demikian, maka takutilah harta dunia dan takutilah pula tipu daya
kaum wanita. Sebab sesungguhnya pertama-tama fitnah yang terjadi di
kalangan kaum Bani Israil adalah disebabkan kaum wanita". 
(Riwayat Muslim)

Ðari Abdullah bin Umar r.a katanya: Rasulullah SAW telah


bersabda: “Wahai kaum wanita! Bersedekahlah kamu dan
perbanyakkanlah istighfar iaitu memohon ampun. Kerana aku melihat
kaum wanitalah yang lebih ramai menjadi penghuni neraka.” 
Seorang wanita yang cukup pintar di antara mereka bertanya: “Wahai
Rasulullah, kenapa kami kaum wanita yang lebih ramai menjadi penghuni
neraka?” 
Rasulullah SAW bersabda: “Kamu banyak mengutuk dan mengingkari
suami. Aku tidak melihat mereka yang kekurangan akal dan agama yang
lebih menguasai pemilik akal, daripada golongan kamu.” 
Wanita itu bertanya lagi: “Wahai Rasulullah! Apakah maksud kekurangan
akal dan agama itu?” 
Rasulullah SAW bersabda: “Maksud kekurangan akal ialah penyaksian dua
orang wanita sama dengan penyaksian seorang lelaki. Inilah yang
dikatakan kekurangan akal. Begitu juga wanita tidak mendirikan
sembahyang pada malam-malam yang dilaluinya kemudian berbuka pada
bulan Ramadan kerana haid. Maka inilah yang dikatakan kekurangan
agama.” 
(Hadis Riwayat Muslim)

Daripada Mu’az bin Jabal RA daripada Nabi SAW sabdanya, “Tidak


menyakiti seseorang perempuan akan suaminya di dunia melainkan
bersumpahlah isteri di akhirat (bidadari) celakalah engkau, “Jangan engkau
menyakiti”. Sesungguhnya dia hanya sebentar sahaja bersamamu di dunia
ini kemudian dia akan berpisah daripadamu untuk kembali kepada kami”. 
(Hadith Riwayat At-Tirmizi katanya ini hadis Hasan)

Daripada Usamah bin Zais R.huma dari Nabi SAW sabdanya, “Aku tidak
tinggalkan selepas kematianku satu ujian kepada kaum lelaki yang lebih
mencabar melainkan ujian dengan perempuan”. 
(Hadith Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Rasulullah bersabda, “Para wanita yang berpakaian tetapi (pada


hakikatnya) telanjang, lenggak-lengkok, kepala mereka seperti punuk unta,
mereka tidak akan masuk syurga dan tidak mencium semerbak
harumnya (HR. Abu Daud) 

Rasulullah bersabda,"Tidak diterima solat wanita dewasa kecuali yang


memakai khimar (tudung)"
(HR. Ahmad, Abu Daud, Tirmidzi, bn Majah)

ARAK/KHAMAR
Nabi SAW  pernah bersabda maksudnya :
"Empat (macam manusia) tidak Allah SWT. masukkan mereka ke syurga
dan tidak akan merasai kenikmatannya, peminum arak, pemakan riba,
menzalimi (memakan) harta anak-anak yatim dengan tiada hak dan
derhaka pada ibu bapanya" 
(Hadis Riwayat Al-Hakimi) 

Dari Ibn Umar r.a. bahawasanya Nabi Muhammad SAW pernah


bersabda: "Ingatlah tiap sesuatu yang memabukkan itu khamar (arak) dan
tiap khamar itu haram" 
(Riwayat Ahmad dan Abu Ya'la)

Nabi SAW  pernah bersabda: 


"Tidak akan berzina seorang pelacur semasa berzina jika dia beriman, dan
tidak akan minum khamar (arak) ketika meminumnya jika beriman dan
tidak akan mencuri seorang pencuri jika dia beriman"
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
"Janganlah kalian tamak, sebab tamak adalah kefakiran yang abadi".
(Ibn Abi A'sim no 2249)

“Maksud Hadis Nabi SAW: 


“Mencela sesama muslim adalah kefasikan dan membunuhnya adalah
kekufuran.” 
(Bukhari no.46,48, muslim no. 64,97, Tirmidzi no.1906,2558, Nasa’I
no.4036, 4037, Ibnu Majah no.68, Ahmad no.3465,3708)

Anda mungkin juga menyukai