Anda di halaman 1dari 2

TAJUK : KELAHIRAN NABI MUHAMMAD SAW

Assalamualaikum w.b.t. Terima kasih Pengerusi Majlis, barisan panel hakim yang
arif lagi bijaksana , guru-guru serta rakan-rakan sekalian. Saya akan
menyampaikan sebuah kisah yang bertajuk: kelahiran Nabi Muhammad S.A.W

Kawan-kawan yang disayangi,


Nabi Muhammad SAW berasal daripada keturunan Bani Hasyim, sebuah
kabilah yang paling mulia dan tinggi darjatnya di kalangan suku Quraisy yang
mendominasi masyarakat Arab. Ayahnya bernama Abdullah bin Abdul Muttalib,
yang merupakan seorang pembesar Quraisy yang besar pengaruhnya. Ibunya pula
bernama Aminah binti Wahab yang berasal dari Bani Zuhrah .Baginda juga
merupakan keturunan daripada Nabi Ibrahim a.s dan anaknya Nabi Ismail A.S.

Adapun, tahun kelahiran Nabi Muhammad SAW juga dikenali sebagai Tahun
Gajah kerana pada masa itu sebuah peristiwa besar telah berlaku di Kota Mekah:

Datanglah Abrahah bersama bala tenteranya


Pasukan bergajah yang amat gagah
Datang menyerbu kota mekah
Menghancurkan Ka’abah satu matlamat
Ingin membina empayar jajahannya

Sajak
Kuasa Allah Maha berkuasa
Tentera abrahah hancur dan musnah
Tatkala Burung ababil melempari tentera gajah dengan batu-batuan neraka
Lalu, Abrahah melarikan diri meninggalkan tenteranya.
Namun begitu kesedihan melanda keluarga Abdul Mutallib tatkala anaknya
Abdullah meninggal dunia ketika berada di Syam. Lebih-lebih lagi Aminah yang
sedang mengandungkan anak mereka, alangkah sedih pilu hatinya apabila
memerima perkhabaran tersebut.

Akhirnya,

Masa yang dinanti-nantikan telah pun tiba.


Tanggal 12 rabiul awal tahun gajah
Tarikh kelahiran junjungan mulia
Seluruh alam bersyukur dan bergembira
Lahirnya insan yang teristimewa
Membawa kemuliaan dan juga kerahmatan.

Kawan-kawan,
Sebaik sahaja dilahirkan oleh ibunya, baginda lalu dibawa kepada datuknya
Abdul Muttalib. Beliau menyambutnya dengan penuh gembira dan membawanya
ke kaabah untuk memanjatkan doa kesyukuran kerana telah dikurniakan seorang
cucu lelaki. Baginda diberi nama Muhammad yang telah diilhamkan oleh Allah
kepada keluarga baginda. Muhammad bererti orang yang terpuji. Ia adalah nama
yang paling layak untuk Rasulullah.

Sekian..

Wabillahi Taufik walhidayah..assalamualaikum wbt.

Anda mungkin juga menyukai