Anda di halaman 1dari 16

CONTOH CONTOH ISRAILIYYAT

Disediakan oleh: Siti Sarah Walid Akmal Mohammad

KISAH NABI NUH A.S


- Mereka menyatakan kapal nabi nuh a.S tawaf kaabah dan bersembahyang di makam nabi ibrahim 2 rakaat. Hujjah menolaknya nabi nuh diutuskan sebelum nabi ibrahim.

KISAH KHAIDIR DENGAN NABI MUSA :


Al-quran tidak menyebut nama nabi khaidir di dalam surah al-kahf, ayat 65. Didalam al-quran: hamba dikalangan hamba-hamba kami (allah) yang kami berikannya rahmat dan kami ajarkannya ilmu di sisi kami. Riwayat israiliyyat menyatakan menyatakan namanya khaidir.

KISAH NABI SULAIMAN AS DENGAN PUTERI BALQIS


Dikatakan kepadanya: "Masuklah ke dalam istana". Maka tatkala dia melihat lantai istana itu, dikiranya kolam air yang besar, dan disingkapkannya kedua betisnya. berkatalah Sulaiman: "Sesungguhnya ia adalah istana licin terbuat dari kaca". berkatalah Balqis: "Ya Tuhanku, Sesungguhnya Aku Telah berbuat zalim terhadap diriku dan Aku berserah diri bersama Sulaiman kepada Allah, Tuhan semesta alam". Surah an-Naml ayat 44

Tafsir Anwar Baidhawi:


Jin telah mengkhabarkan kepada nabi Sulaiman tentang kaki Puteri Balqis seperti kaki keldai Nabi Sulaiman memerintahkan para syaitan supaya membina sebuah halaman dalam istana seakan-akan kolam air, ikan di bawahnya Balqis singsing kain dan nampak betis

Kisah Talut dan Jalut


Firman Allah dalam Surah al-Baqarah ayat 248 Dan nabi mereka mengatakan kepada mereka: "Sesungguhnya tanda ia akan menjadi raja, ialah kembalinya tabut kepadamu, di dalamnya terdapat ketenangandari Tuhanmu dan sisa dari peninggalan keluarga Musa dan keluarga Harun; tabut itu dibawa malaikat. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda bagimu, jika kamu orang yang beriman. * tabut ialah peti tempat menyimpan Taurat yang membawa ketenangan bagi mereka.

Kisah peti Tabut jadi sebagai tuah . Menang bila ada peti Peti berisi kitab taurat, dibawa oleh malaikat. Dikatakan naskhah taurat adalah pemberian Allah Taala kepada Nabi Musa di Bukit Tursina

KISAH NABI MUSA DAN NABI SYUIB


Dia (Musa) berkata: "Itulah (perjanjian) antara Aku dan kamu. mana saja dari kedua waktu yang ditentukan itu Aku sempurnakan, Maka tidak ada tuntutan tambahan atas diriku (lagi). dan Allah adalah saksi atas apa yang kita ucapkan". Surah Al-Qasas ayat 28

KISAH NABI MUSA AS DAN NABI SYUIB


Perjanjian 8 tahun berkhidmat gembala kambing. Tambah 2 tahun dengan sukarela Tongkat dari Nabi Adam as Al-Quran cerita mengenai akad perjanjian yang berlaku antara n. Syuib dan N. Musa khidmat 8 tahun- dipersetujui oleh keduanya

KISAH NABI MUSA AS DAN FIRAUN


Firaun mengakui ada pencipta langit, haiwan dll tapi hanya mewajibkan mengakui dirinya disembah bukan Tuhan Nabi Musa Arah bina bangunan tinggi dan naik- panah ke langit- anak panah kembali dengan berlumuran darah-bunuh Tuhan Musa Firaun mempersenda kata-kata N. Musa

FIRMAN ALLAH
Dan Berkata Fir'aun: "Hai pembesar kaumku, Aku tidak mengetahui Tuhan bagimu selain Aku. Maka bakarlah Hai Haman untukku tanah liat[1124] Kemudian buatkanlah untukku bangunan yang Tinggi supaya Aku dapat naik melihat Tuhan Musa, dan Sesungguhnya Aku benar-benar yakin bahwa dia termasuk orangorang pendusta". [1124] Maksudnya: membuat batu bata.

SURAH QAF-.
Mereka menyatakan qaf adalah bukit - adalah bukit yang mengelilingi langit dan bumi.

KISAH MUSA A.S DAN LEMBU BANI ISRAIL


- menceritakan mengenai penyembelihan lembu untuk pukul orang yang telah mati untuk mencari kebenaran. Israilyyat mayat dipukul dengan ekor lembu tetapi di dalam a-quran tidak disebut bahagian anggota tersebut.

KISAH PENINGGALAN MUSA A.S


- Sebuah kotak -ahli tafsir berbeza pendapat berhubung barang atau perkara yang ditinggalkan kerana tiada perincian dalam alquran. Israiliyyat menyatakan ada tongkat dan kepingan alwah

ALASAN-ALASAN MEMASUKKAN ISRAILIYYAT DALAM TAFSIR


1. Mencemarkan agama islam 2. Islam ketinggalan zaman 3. Menghilangkan kehebatan islam 4. Rasa dendam dan niat buruk Yahudi & Nasrani terhadap Islam (Al-Maidah:82 & Al-Baqarah:120) 5. Terjalinnya hubungan baik antara kaum Muslimin dengan Ahli kitab. 6. Kebesaran ilmu Ahli Kitab (jahilnya kaum Arab). 7. Terdapat kesamaan (tentang sejarah nabi dan umat terdahulu). 8. Rasa ingin tahu kaum Muslimin (untuk mengenal asal-usul penciptaan/rahsia alam)

KESAN
Penjelasan mengelirukan dan merosakkan tafsiran Orang melayu yang tidak ada pengetahuan mengenai israiliyyat mudah mencetuskan kekeliruan dan menyangka bahawa itulah tafsiran sebenar terhadap kisah kisah yang terdapat al-quran

Anda mungkin juga menyukai