Anda di halaman 1dari 10

1.

0 Pengenalan

Firman Allah s.w.t. dalam Surah al-Baqarah, 2:121

‫ؤ‬ ‫ُؤ‬
َ ُ ُ‫َۦ ءه َ ءَ ِتَُ ِ َ نََّ نقَۡ ءََّ ُ َۦ ُلء نَّۡ ءُ َم‬ ِ ُ ‫ٱلَِّينَ ء َ ءاَي ء ِن َُٰء ُم‬
‫َٱل نت َُٰ ءَّ ء‬
‫َ َ ءَ ََُُِٰ َّءۥَّقَُ ءِ ِا َين ءه ءۦ نيَّ ن ؤۡق َئ ُ َۦلء نَّۡ ءُ ََُ ِب نهَُُٰوء َ نََّ فنۡق ء‬
َ‫ِٱل ُ ءخ نس ُ ۦوء‬
Maksudnya: Orang-orang yang kami berikan kitab kepada mereka, sedang mereka membacanya
dengan sebenar-benar bacaan, mereka itulah orang-orang yang beriman kepadanya dan sesiapa
yang mengingkarinya maka mereka itulah orang-orang yang rugi.

Ayat tersebut menunjukkan bahawa Allah s.w.t. memuji hambaNya yang membaca al-Quran
dengan bersungguh-sungguh dan menyempurnakan hak setiap sifat huruf al-Quran serta
menepati bacaan atau qiraat yang betul. Apabila kita membaca al-Quran dengan bacaan yang
sebetulnya, ia akan menjadi lebih sempurna dan dekat di hati pembaca dan pendengarnya. Hal
ini ditambah lagi jika dibaca dengan kelunakan suara dan lagu yang dikenali sebagai tarannum.

Melagukan bacaan al-Quran atau lebih dikenali dengan kaedah tarannum adalah merupakan
amalan bacaan al-Quran secara berlagu dan mengalunkan bacaan tersebut dengan suara yang
sedap didengar mengikut qiraat tertentu dan tidak melanggar hukum-hukum tajwid.

Di Malaysia, kaedah tarannum al-Quran ini semakin popular dan mendapat tempat di hati
masyarakat Muslim, khususnya para Qari dan Qariah. Jika dahulu, ilmu ini hanya dipelajari
secara bertalaqqi dengan guru2 tarannum di rumah2, surau2 atau di masjid2, tetapi kini ia sudah
mula diajar di peringkat sekolah2 dan peringkat universiti. Perkembangan bidang tarannum ini
merupakan satu perkara yang sangat positif sehinggakan banyak pertandingan tilawah al-Quran
dan tarannum al-quran yang dijalankan di institusi2 sehinggakan masuk ke tahap antarabangsa.

Justeru, penulisan ini akan membahaskan tentang ilmu atau kaedah tarannum alQuran. Ianya
lebih memfokuskan kepada definisi, sifat2 dan peranan tarannum hijaz dan nahawand, istilah2
yang berkaitan dengan tarannum, serta penghuraian mengenai tarannum al-Quran ini sendiri.
Definisi Tarannum

Tarannum merupakan satu kaedah yang menggunakan kelunakan suara dalam membacakan
ayat al-Quran. Suara adalah suatu getaran bunyi yang diproses oleh udara dari paru-paru melalui
rongga-rongga mulut atau hidung yang akan ditentukan bunyinya oleh alat pertuturan yang lain
mengikut kehendak yang tertentu. Jelasnya, tarannum ini boleh kita definisikan dari sudut bahasa
sebagai lagu. berasal dari perkataan tarannama yang beerti menyanyi (Ibn Manzur, Muhammad
Bin Mukram al-Afriqiy al-Misri,1405H.

Jika dibahaskan dari sudut istilahnya pula ia membawa maksud ilmu atau kaedah suara yang
dibunyikan menerusi nada, rentak dan irama yang tertentu untuk menambahkan kelunakan seni
bunyi sesuatu bacaan khususnya bacaan alQuran. (Haji Nik Jaafar Bin Nik Ismail, 1998). Di
antara dalil-dalil yang mengharuskan membaca al-Quran secara bertarannum adalah seperti
Hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim:

Maksudnya: Daripada Abu Hurayrah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Adapun yang
diizinkan oleh Allah akan sesuatu perkara dan diakui perintah itu oleh Nabi s.a.w. ialah melagukan
bacaan al-Quran.

Keterangan hadis ini menunjukkan keizinan daripada Allah dan rasulNya s.a.w. dalam melagukan
bacaan al-Quran. Ijma` ulama berpendapat bahawa hadis di atas merupakan isyarat
membolehkan membaca al-Quran dengan bertarannum selama mana tidak terkeluar dari hukum-
hukum tajwid (Mohd Ali bin Abu Bakar (1997)

Istilah-istilah dalam Tarannum

Di antara istilah-istilah dalam ilmu tarannum adalah seperti berikut.

1. Ikhtilal al- Lahn

Ia bermaksud membunyikan suara dengan nada kesumbangan pada mana-mana irama yang
tertentu. Ia bertujuan meningkatkan kualiti dan teknik ketika mempersembahkan bacaan al-
Quran. Ia terbahagi kepada dua bahagian iaitu yang pertama Ikhtilal al-Lahn secara menurun dan
Ikhtilal al-Lahn secara mendaki.
2. Burdah

Ia bermaksud bunga-bunga lagu atau getaran suara. Ia terbahagi kepada dua bahagian iaitu
Burdah Asli yang bermaksud Suara yang hidup dan mempunyai getaran yang semula jadi. Kedua
ialah Burdah Sina`I iaitu Bunga-bunga suara yang digubah dan disusun rapi mengikut kehendak
jenis tarannum yang dipersembahkan.

3.Nagham

Ia bermaksud lagu-lagu seperti bayyati, nahawand dan sebagainya.

4.Mahattah

Ia bermaksud gaya penghujung (perhentian) kepada sesuatu harakah yang tertentu.

5.Qit`ah

Ia bermaksud gerak lagu yang paling pendek tanpa mahattah yang tertentu.

6.Harakah

Ia bermaksud gaya susunan lagu yang tersusun daripada beberapa qit`ah dengan mahattahnya
yang tertentu.

7.Taushih

Ia bermaksud rangkap atau bait syair.

Di Malaysia, pertandingan musabaqah tilawah al-Quran yang bermula pada tahun 1960 adalah
permulaan dan merupakan salah satu kaedah menarik minat umat Islam dalam
memperdengarkan bacaan al-Quran dengan baik. Pertandingan ini turut memperkenalkan
kurikulum bacaan al-Quran yang sebenarnya iaitu terdiri daripada bidang tahsin al-Quran,
tajwid, tarannum dan fasohah (Wan Hilmi bin Wan Abdullah, 2014 ) Antara tokoh tarannum luar
negara ialah Sheikh Mahmud Khalil al-Husari, Sheikh Mustafa Ismail, Sheikh Abdul Basit Abdul
Samad, Sheikh Muhammad Siddeq Minsyawi dan Sheikh Muhammad Siddeq Minshawi.
Tokoh2 ini amat terkenal di negara masing2. Di Malaysia pula ialah Allahyarham Tuan Haji
Ismail bin Hashim di kedah, Haji Nik Jaafar bin Haji Nik Ismail, Hajah Faridah Mat Saman di
Kelantan dan banyak lagi.
hijaz

antara tarannum yang muktabar dan terkenal di kalangan para Qurra dunia ialah tarannum Hijaz.
Pertama sekali ialah taranum Hijaz didefinisikan dengan mengambil nama satu kawasan yang
meliputi beberapa daerah di negara Arab Saudi iaitu Hijaz kerana ia berasal dari negara Arab
sendiri. Tarannum ini dimasyhurkan dan dipelopori oleh qari2 hijazi berdasarkan budaya
bangsanya yang terletak di Kawasan padang pasir. justeru kerana berkembangnya tarannum ini
ke negara lain seperti mesir maka pakar2 tarannum Mesir telah melakukan pengubahsuaian dan
penambahan kepada tarannum ini.

Antara tokoh2 tarannum Malaysia yang membawa tarannum hijaz ini dan memperkenalkan di
Malaysia ialah Allahyarham Ma’som Pergau dari Kelantan, Allahyarham Ismail Hasyim dari
Kedah dan banyak lain. Tokoh-tokoh ini melagukan lagu Hijaz ini dengan cara yang berlainan
dan mempunyai gaya yang tersendiri. tarannum Hijaz ini berada di tahap suara jawab, maka ia
memerlukan kelantangan suara untuk merealisasikannya dengan berkesan. Justeru, tarannum
ini amat sesuai dengan para Qari dan Qariah yang mempunyai suara yang lantang dan tinggi.
Mohd Asri bin Ali (2012) Jika tidak, berkemungkinan pembawaan lagu ini akan menjadi sedikit
hambar kerana Qari ataupun Qariah yang membawa lagu ini tidak mampu mencapai tahap jawab
dan jawabul jawab yang merupakan tahap kemuncak dalam lagu ini.

Tarannum ini mempunyai beberapa sifat2 nya yang melambangkan ciri2 nya tersendiri antaranya
ialah Mempunyai gerak yang agak lambat tetapi tegas dan berkesan. Seterusnya Mempunyai
kesesuaian dengan ayat al-quran yang berbentuk perintah tegahan, suruhan, peringatan dan
azab, Mempunyai kesesuaian dengan tabaqah suara khusunya jawab dan Mempunyai gerakan
yang mampu menghidupkan suara pembaca al-quran. Khalid bin Isa (2008)

Keasyikan dan kelembutan serta kelantangan tarannum Hijaz ini telah membuatkan setiap Qari
dan Qariah amat meminatinya Begitu juga dengan pendengar seperti imam membacakan
tarannum Hijaz di dalam solatnya akan khusyuk dan suka mendengarnya. Ini kerana tarannum
Hijaz adalah sebuah tarannum yang unik disebabkan oleh kepelbagaian ciri dan sifatnya.

Tarannum Hijaz mempunyai peranannya yang tersendiri seperti tarannum2 lain yang memainkan
peranan untuk menghidupkan sesuatu bacaan serta memberi kesan yang mendalam terhadap
pendengar. Namun tarannum Hijaz mempunyai peranan-peranan lain seperti memberi tenaga
kepada tarannum selepasnya. Menjadikan bacaan alquran lebih lancar dan fasih.memberi
semangat kepada sesuatu persembahan bacaan alquran. Menyampaikan mesej ayat yang
dibaca kepada pendengar dengan tegas dan berkesan.

Nahawand

Satu lagi tarannum yang terkenal di kalangan para Qurra dunia ialah tarannum nahawand.
Definisi Nahawand dari sudut bahasa ialah diambil dari perkataan nahawand iaitu satu nama
tempat yang terletak di daerah Hamadan di negara Parsi ataupun dikenali dengan negara Iran
pada masa sekarang. Manakala dari sudut istilahnya pula, Nahawand bermaksud suatu jenis
alunan tarannum yang dipopularkan oleh para Qari dari daerah itu mengikut citarasa dan budaya
mereka yang tersendiri. Muhd.Ali bin Abu Bakar. (1997). Tarannum ini juga mengalami
perubahan dan pengubahsuaian apabila para qari2 luar melagukan tarannum ini sama seperti
tarannum lain . Para qara mesir gemar mengubahnya mengikut kesesuaian mereka tetapi tetap
mengekalkan alunan rentak irama yang sama seperti nahawand asal.

Seterusnya ialah sifat2 tarannum Nahawand mempunyai kelainan yang tersendiri antaranya ialah
Mempunyai gerak ringan dan berkesan, Mempunyai kelembutan yang penuh bersopan dan
Mempunyai unsur kesedarhanaan yang mampu memikat hati. Tarannum ini juga Mempunyai
kesesuaian dengan thabaqah suara yang sederhana dan Mempunyai kehalusan seni yang
mempersonakan semua pendengar.

Setiap tarannum mempunyai misi dan visinya yang tersendiri dengan kaedah penghayatan
kepada isi kandungan al-Quran. Jelasnya, kepentingan mengetahui peranan tarannum
Nahawand akan menerangkan dan memberi gambaran jelas berhubung dengan hala tuju dalam
sesuatu persembahan bacaan al-Quran. Di antara peranan dan tugasan tarannum Nahawand
adalah seperti Mampu melembutkan bacaan al-quran, Mampu menenangkan jiwa pembaca dan
pendengar, Mampu memantapkan kefasihan sebutan huruf2 alquran dan Mampu
mengambarkan suasana kegembiraan, pemohonan dan penceritaan.
Refleksi

Pada permulaan bulan februari, saya telah menerima satu tugasan bagi kursus tarannum dan
hafazan alquran (pimk 3113). Bersyukur ke hadrat illahi kerana saya Berjaya menyelesaikan
tugasan ini di dalam tempohnya dan ini semua kerana limpah dan kurniaan allah taala. Selawat
dan salam kepada nabi Muhammad s.a.w. dan tidak lupa juga kepada pensyarah saya iaitu ustaz
borhan bin aripin kerana banyak memberi sokongan dan tunjuk ajar serta bimbingan yang amat
baik sehinggakan Berjaya melaksanakan tugasan ini dengan baik.

Terdapat banyak manfaat yang diperoleh daripada tugasan taranum dan hafazan alquran ini.
Pertamanya ialah mengetahui ilmu tarannum yang luas dengan memfokuskan kepada istilah2,
sifat2 dan jenis tarannum. Tarannum itu merupakan satu kaedah yang menggunakan kelunakan
suara dalam membacakan ayat al-Quran. Perbagai cara dan kaedah yang dapat dibelajari untuk
melunakkan dan menjaga suara didalam usaha untuk melakukan seni tarannum ini. Penguasaan
seni tarannum ini seterusnya membawa kepada penguasaan bacaan ayat alquran yang baik yang
mampu mempersonakan dan menarik minat orang yang mendengar dan membacanya.

Pada semester ini juga saya mempelajari ilmu hafazan alquran yang meminta saya untuk
menghafaz surah2 pilihan yang terdapat di dalam alquran. Hal ini amat membantu saya apabila
ilmu tarannum dan ilmu hafazan diintegrasikan dan terdapat ujian pengukuhan iaitu bertarannum

dengan surah2 pilihan. Segala ilmu dan perkongsian yang dipelajari disertakan dengan usaha
yang berterusan dan bersungguh-sungguh diharapkan memberi satu nilai positif kepada diri saya
sendiri.

Semasa tugasan ini dilakukan, terdapat masalah dan cabaran yang perlu dihadapi termasukkan
sumber tarannum ini agak terhad di dalam Bahasa melayu dan saya juga mengalami kesukaran
mengumpul data. Namun masalah diAtasi dengan bantuan daripada rakan2 dan pensyarah
sendiri. Akhir sekali, saya amat berharap penulisan ini memberi manfaat diri saya sendiri yang
bakal menjadi seorang guru dan semua orang kerana sebaik-baik manusia ialah orang yang
bermanfaat kepada orang lain. Terima kasih.
Rujukan

Al-Quran Al-Karim

Abdullah al-Qari Hj Salleh (2002), Kursus Qari dan Qariah, Cet.26,Kelantan: Pustaka

Aman Press Sdn. Bhd.

Mohd Asri bin Ali (2012). Penguasaan Tarannum Pelajar Khas Kemahiran al-Quran

Sekolah Menengah Kebangsaan Di Shah Alam. Disertasi, Kuala Lumpur: Fakulti

Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Wan Hilmi bin Wan Abdullah (2014). Pengaruh Tarannum Qari-Qari Mesir Terhadap QariQari

Di Malaysia. Disertasi, Kuala Lumpur: Fakulti Pengajian Islam, Universiti

Kebangsaan Malaysia.

Haji Nik Jaafar bin Nik Ismail (1998), Qawa`id tarannum, Kuala Lumpur:Darul Fikir.

Khalid bin Isa (2008). Tan Sri Dato‟ Haji Hassan Azhari: Sumbangannya Dalam Ilmu

Tarannum al-Quran Di Malaysia. Disertasi, Kuala Lumpur: Jabatan al-Quran dan

al-Hadith, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.

Mohd Ali bin Abu Bakar (1997), Seni lagu al-quran, Kuala Lumpur: Darul Fikir.

Abdul Karim Ibrahim Audu Solih. (2006). al-Waqfu wa al-Ibtida’. Cetakan Pertama. Jumhuriah
Mesir al-Arabiah : Dar as-Salam lit- Thobaah wa an-Nasr wa at-Tauzi’ wa at-tarjumah

Muhyiddin Abi Zakaria Yahya bin Syaraf al-Nawawi, al-Imam al-Hafiz Sheikh al-Islam,
(1999). At-Tibyan fi adab hamlati alquran. Beirut: Muassasah ar-Raiyan

Muhammad Khazar al-Mujali. (2003). Al-Wajiz Fi `Ulum al-Kitab al-`Aziz. Kuala Lumpur: Universiti
Malaya.

Muhammad Rajab Farjani. (1976). Kaifa NataÊaddabu MaÊa al-Mushaf . Qahirah: Dar al-IÊtisam.
Muhd.Ali bin Abu Bakar. (1997). Seni Lagu al-Quran di Malaysia . Kuala Lumpur: Darul Fikr.

Nik Jaafar bin Nik Ismail. (1998). Qawaid Tarannum . Kuala Lumpur: Darul Fikr.

MannaÊ Khalil al-Qattan. (1973). S t u d i Il m u - Il m u Q u r Ê a n ( t e rj. D r s . Mudzakkir AS.)


. Jakarta: Litera AntarNusa
http://gkq78.blogspot.my/2011/02/tokoh-tarannum-negara.html
‫َصطنهحَدَل َي ۥ َ َ‬

‫دََۥَٰارََََسَٰنَقَدَل َعَمَُي ۥ ََدَلقَسڤريي ََ ََکُتَ‪ََ ikhtilal al- lahnَ ١‬يَ‬


‫َ هقصُد َهمبُڽَک َسَُرَ َدغ َۥادَ َکسُهَڠو َڤد َهاو‪َ َََ ٢‬ها ََغ َي يََُٰٰ ََيَ‬
‫َ يُجَُوَهَٰنغکَٰک َکَُلنَٰيَدَوَينکَٰنکَکَٰنکَه ڤرسمبمک ََاخااوََلق اَوََيَ‬
‫ي َماݢيَكَدَدۦَََماݢَ ََااَتََغَڤريامَ‪َikhtilal al-lahn‬سخارََهَُٰرۦوَدَوَ‬
‫‪َikhtilal al-lahn‬سخارََهَٰدَکي َ‬

‫َ‪ ََ٢‬دةَ َ‬

‫َيََ هقصُدََُڠَ‪َ٢‬الضََُياۦَݢي وَسَُرَََيَي َماݢيَكَدَدۦَََماݢَ ََااَتَ‬


‫َ دةََصَيََغََ هقصُدَسَُرَََغَمندۦڤَدَوَه ڤۦڽَايَݢي وََغَسمُالَجاديَ‬
‫کدۦََََالقََ دةَسنَٰايََااَتََُڠَ‪َ٢‬سَُرَََغَدݢۦَقَدَوَدسُسُوَرَڤيَمڠَکُتَ‬
‫کمَٰدقَجَٰنسَي ۥ ََغَدڤرسمبمک َ‬

‫‪َ َnagham3‬‬

‫َيََ هقصُدَالضُ‪َ٢‬سڤرييَ ‪bayyati‬ۥماۦۥدَدَوَسباضايڽ َ‬

‫َ‪َ mahattah4‬‬

‫ََيََ هقصُدَݢَيَڤڠمُجُڠَڤرمََٰٰن َكَدَسسَُيَُِ کةََغَي يََُٰٰ َ‬

‫َ‪ََqitah5‬يََ هقصُدَݢرقَالضََُغَڤَلنغَڤََٰدَاَي ڤََ‪ََmahattah‬غَي يَََُٰٰ‬


‫‪َ َharakah6‬‬
‫َي ََ هقصُد َݢَي َسُسُۥ َالضُ ََغ َي سُسُو َدرڤد ََب َڤ َ‪َ qitah‬دغ َ‬
‫‪ََmahattahnya‬غَي يََُٰٰ َ‬

‫‪ََtaushih7‬يََ هقصُدَرڠکڤََياۦََااَتَشعن َ‬

Anda mungkin juga menyukai