Anda di halaman 1dari 15

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA PROGRAM SARJANA MUDA PENGAJARAN (SMP)

SEMESTER JANUARI 2011

HBQE2203 AL-QIRAAT

NO. MATRIKULASI NO. KAD PENGNEALAN NO. TELEFON E-MEL

: : : :

690825025538002 690825025538 019-5672535 norasiah_not@yahoo.com

PUSAT PEMBELAJARAN

PUSAT PEMBELAJARAN UTARA KEDAH DARUL AMAN

PERKEMBANGAN ILMU QIRAAT 1.0 PENDAHULUAN Ilmu Al-qiraat merupakan satu bidang ilmu yang berkait rapat dengan al-Quran.AlQiraat bermaksud ilmu yang mengenal pasti kaedah sebutan bagi setiap kalimah al-Quran dan cara menyempurnakannya sama ada disepakati atau sebaliknya bersandarkan bentuk penyampaiannya. Sejarah perkembangan ilmu Qiraat bermula sejak al-Quran mula diturunkan. Pada peringkat awal penurunan,Al-Quran hanya diturunkan dalam satu huruf sahaja dan bacaan secara qiraat belum diamalkan sehingga mendatangkan kesukaran para sahabat r.a. membaca al-Quran. Memandangkan hal itu, Rasulullah s.a.w.mengadu kepada Allah s.w.t .,lalu Allah memerintahkan Jibril mengajar Rasulullah s.a.w. membaca al-Quran dalam tujuh huruf atau tujuh bacaan. Dengan ini, para Sahabat r.a.boleh memilih bacaan yang mudah untuk dibaca.Firman Allah dalam Surah al-Qiyamah :16-18,bermaksud .Oleh itu,apabila Kami telah menyempurnakan bacaanya(kepadamu,dengan perantaraan Jibril a.s),maka bacalah menurut bacaannya itu. Sejarah perkembangan ilmu Qiraat dapat dibahagikan kepada tiga peringkat iaitu:I.

Zaman Rasulullah s.a.w (peringkat Ilmu al-Qiraat). penurunan Sahabat r.a.( Tabi dan

II.

Zaman Tabiin

Peringkat Tabiin (Peringkat

penyebaran ) III. Zaman Qiraat Pembukuan) 1.1 ZAMAN RASULULLAH SAW (PERINGKAT PENURUNAN ILMU AL-QIRAAT) Penurunan ilmu Qiraat bermula setelah mendapat keizinan Allah s.w.t.kepada Rasulullah s.a. di mana Al-Quran telah diturunkan dengan tujuh huruf.Kaedah penyampaian al-Quran adalah secara talaqqi dan musyafahah dengan perantaraan Jibril a.s.kepada Rasulullah s.a.w. Setiap wahyu yang diturunkan akan dimulai dengan bacaan Jibril a.s , dan baginda akan mendengar dengan penuh tekun ,menghafaznya dan membaca sebagaimana /Zaman Imam-Imam al-

disampaikan. Bagi memelihara

al- Quran dari sebarang kesilapan ketika membacanya

Rasulullah akan menyemak bacaannya setahun sekali dengan Jibril a.s.secara bertalaqqi. Kesinambungan dari amalan ini,maka Rasulullah s.a.w telah mengajar kaedah bacaan al-Quran tersebut kepada para Sahabat sebagaimana diterimanya tanpa menokok tambah.Antara para sahabat tersebut ada yang menerima terus daripada Nabi hanya satu bacaan sahaja, ada pula yang menerima dua bacaan, tiga bacaan dan bahkan ada yang menerima lebih daripada itu dan kemudian mereka mengajarkan bacaan yang diterimanya tadi kepada orang yang belajar. Oleh kerana itu,wajarlah kalau timbul perbezaan qiraat pada generasi tabiin dan generasi penerusnya .walaubagaimanapun perbezaan qiraat ini masih lagi berada dalam lingkungan tujuh huruf (bacaan) yang diturunkan Allah s.w.t.Perkara ini jelas diriwayatkan dalam Sunan Ibn Majah,yang bermaksud,Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda,barangsiapa yang suka membaca al-Quran yang menepati bacaanya sebgaimana diturunkannaya ,maka bacalah sebagaimana bacaan Ibn Ummi Abidin (Abdullah ibn Masud). 1.2 ZAMAN SAHABAT DAN TABIIN R.A. (ZAMAN PENYEBARAN) Selepas kewafatan Rasulullah s.a.w.,para Sahabat berperanan sebagai Qurra.Mereka ini menjadi sumber dan guru kepada generasi Tabiin dalam meriwayatkan Qiraat secara bersanad.Generasi para Sahabat r.a. merupakan satu era di mana Rasulullah s.a.w. menjamin kehebatan dan keimanan mereka dan mengklafisikasikan generasi ini sebagai sebaik-baik kurun selepas kewafatannya. Para Sahabat telah menerima bacaan al-Quran dan menghafaznya secara langsung dari Rasulullah s.a.w tanpa membuat sebarang perubahan .Terdapat ramai Huffaz di kalangan para Sahabat r.a.Antara hufaz-hufaz yang terkenal di kalangan para Sahabat ialah Abu Bakr al-Siddiq, Umar ibn al-Khatab, Uthman ibn Affan, Ali ibn Abi Talib, Ubay ibn Kaab, Zaid bin Thabit, Ibnu Mas'ud, Abu Darda' dan Abu Musa Al-Asy'ari. Merekalah yang dihantar oleh Khalifah Uthman ke wilayah Islam bersama mashaf Uthmani yang telah disediakan.Bacaan para Sahabat menjadi pegangan umat Islam seluruh dunia antaranya qiraah Ibn Masud menjadi pegangan penduduk Kufah,Qiraah Ubay ibn Kaab menjadi pegangan penduduk Syam dan sebagainya. 1.3 ZAMAN TABIIN (ZAMAN PENYEBARAN) Hasil didikan para qari zaman sahabat, muncullah pakar-pakar qiraat generasi tabiin, di serata wilayah Islam di antaranya: Di Mekah - Qari-Qari' yang tinggal di Mekah antaranya ialah Ubaid bin Umair, Atak Tawus, Mujahid, Ikrimah dan Ibnu Malikah

Di Madinah - Qari-Qari yang tinggal di Madinah antaranya ialah Ibnu Musayyab, Urwah, Salim, Umar bin Abdul Aziz, Sulaiman, Ibnu Yasar, Mu'ad bin Haris (Mu'ad AIQari'), Abdurrahman bin Hurmuz, Ibnu AI-A'raj, Muslim bin Jundub dan Sa'id bin Aslam. Di Basrah terdapat para qari masyhur antaranya Amir bin Abdul Qais, Abu 'Aliyah, Abu Raja, Nasr bin Ashim, Yahya bin Ya'mar, Mu'adz, Jabir bin Zaid, Al-Hasan Ibnu Sirin dan Qatadah. Di Kufah - Di kota Kufah pula terdapatqari-'qari' antaranya Al-Qamah, AI-Aswad, Masruq, Ubaid, Amr bin Syarkhabil, Al-Haris bin Qais, Rabi' bin Khatim, Amru b. Maimun, Abdurrahman Assulami, Zar bin Khubais, Ubaid bin Mudhailah, Abu Zar'ah dan Ibnu Asy-Sya'bi. Di Syam - terdapat juga ramai qari yang mahir antaranya AI-Mughirah bin Abi Syaibah Almakhzumi. Beliau termasuk salah seorang murid Uthman bin Affan. Khalid bin Sa'id, salah seorang murid Abu Darda'. 1.4. ZAMAN TABI TABIIN /IMAM-IMAM QIRAAT(ZAMAN PEMBUKUAN) Pada kurun pertama dan kedua Hijrah iaitu setelah syiar Islam berkembang luas sehingga melewati Negara Rom dan Parsi,penggunaan Bahasa Arab mula bercampur dengan bahasa lain.Hal ini merupakan satu faktor yang menyebabkan berlakunya kesilapan dan kesalahan dalam penggunaan Bahasa Arab dan memberi kesan terhadap pembacaan alQuran.Imam-Imam qiraat ketika itu telah mengambil usaha menulis dan membukukan ilmu Qiraat untuk panduan generasi mendatang.Sejarah mencatatkan Syaykh Yahya ibn Yumar (wafat pada 90H) adalah perintis dalam permulaan era pembukuan ilmu qiraat iaitu seawal kurun pertama hijrah. Jadual di bawah menunjukkan perkembangan Ilmu Qiraat pada era penulisan dan pembukuan mengikut kurun-kurun hijrah: KURUN Pertama Hijrah PELOPOR Yahya ibn Yumar (w.90H) CATATAN Mengumpulkan semua

riwayat mengenai perbezaan Keempat Hijrah qiraat dengan Rasm uthmani. Abu Bakr Ahmad ibn Musa MenulisKitab alibn al-Abbas ibn Mujahid Sabahiaitu (w.324H) imam yang mengasingkan bersesuaian ilmu Qiraat kepada tujuh dengan penurunan al-Quran Keenam Hijrah dalam tujuh huruf. Abu Muhammad al-Qasim Menulis kitab Hirz al-amani ibn Fayyurah al- wa wajh al-Tahani fi alqiraat al-Sabah. Syatibi(w.590H)

Kesembilan hijrah

Shams al-Din Muhammad Menulis kitab al-Nashr fi alibn Muhammad ibn al- Qiraat sepuluh mutawatirah. al-Ashr.Mengumpul Qiraat yang Jazari(w.833H)

KAJIAN TENTANG KEFAHAMAN GURU PENDIDIKAN ISLAM MENGENAI KEFAHAMAN ILMU QIRAAT (BACAAN KHUSUS IMAM HAFS) ABSTRAK Tujuan kajian ini ialah untuk mengkaji tentang kefahaman guru Pendidikan Islam (GPI) tentang kefahaman ilmu qiraat iaitu bacaan khusus Imam Hafs. Terdapat lima aspek penting berdasarkan kepada bacaan khusus Imam Hafs yang terkandung dalam kajian ini iaitu bacaan Imalah, Silah ha,Idgham kabir,Saktah dan Naqal.Objektif kajian ini dijalankan bagi mengetahui tahap kefahaman guru Pendidikan Islam mengenai ilmu qiraat terutamanya bacaan khusus Imam Hafs.Selain itu, kajian ini juga bertujuan untuk mengetahui cara pembacaan guru-guru Pendidikan Islam secara qiraat dalam bacaan khusus Imam Hafs ini.Kajian ini tertumpu kepada guru-guru Pendidikan Islam Sekolah Kebangsaan Kuala Pegang, 09110 Baling, Kedah.Seramai 12 orang guru ,iaitu 4 orang lelaki dan 8 orang perempuan terlibat sebagai responden dalam kajian ini. Kajian ini dijalankan menggunakan satu set soalan soal selidik yang dibina oleh pengkaji.Respon skala likert empat mata digunakan dalam soal selidik ini. Selain itu, soalan temubual juga telah dijalankan bagi mengetahui tahap kefahaman GPI mengenai bacaan khusus Imam Hafs.Purata dan peratus digunakan dalam melapor dapatan kajian.Dapatan kajian menunjukkan keseluruhannya tahap kefahaman guru-guru Pendidikan Islam di tahap memuaskan. Pada aspek bacaan Imalah,100% guru-guru Pendidikan Islam menguasai cara membaca bacaan Imalah,tetapi hanya 66.7% guru yang mengetahui pengertiaan bacaan Imalah.Pada aspek bacaan Silah ha,58.3 % guru yang menguasai bacaan ini.Pada aspek bacaan Idgham Kabir, 83.3 % guru yang menguasai cara bacaan Idgham kabir.Pada aspek bacaan saktah,100% guru GPI dapat membaca dengan cara yang betul. Pada aspek bacaan Naqal,50% GPI yang dapat menguasai cara bacaan yang betul. Cadangan dari dapatan kajian, para guru Pendidikan Islam haruslah mempelajari bacaaan qiraat khususnya bacaan Imam Hafs dan mempelajari ilmu qiraat untuk pengetahuan dan maklumat kepada mereka sebagai seorang murabbi. Secara langsung memudahkan kecairan ilmu ini kepada anak didik.

BAB I PENDAHULUAN Ilmu al-Quran dan ilmu al-Qiraat adalah saling melengkapi kerana al-Quran itu adalah al-Qiraat .Kedua-duanya dituntut kepada umat Islam mempelajarinya. Allah memuji mereka yang membaca al-Quran dengan bacaan yang elok dan indah, seperti firmanNya dalam surah al-Baqarah :121
Maksudnya, Orang-orang yang kami berikan kitab kepada mereka,sedang mereka membacanya dengan sebenar-benar bacaan,mereka itulah orang-orang yang beriman kepadanya dan sesiapa yang mengingkarinya maka mereka itulah orang-orang yang rugi. Ilmu al-Qiraat yang biasa dibincangkan merujuk kepada dua kumpulan Qiraat yang mutawatirah iaitu Qiraat Tujuh(al-Qiraat al Sabah) dan Qiraat Sepuluh (al-Qiraat al-Asharah).Kesemuanya adalah mutawatirah daripada Rasulullah s.a.w . kerana Rasulullah s.a.w membaca dengan keseluruhan kaedah bacaan Qiraat tersebut.Al-Qiraat al-Sabah atau Qiraat Tujuh ialah bacaan yang dinasabkan kepada tujuh imam Qiraat atau al-Qurra yang terkenal.Antaranya, ialah Imam Asim.Nama asal Imam Asim ialah Asim bin Abi al-Najud alAsadi.Rawinya yang terkenal ialah Shubah dan Hafs. Imam hafs ialah Abu Umar Hafs bin Sulaiman bin al-Mughirah bin abi Daud al-Asadi al-Kufi al-Bazzaz. Hafs dilahirkan pada tahun 90H .Beliau mengambil ilmu Qiraat daripada Imam Asim Hafs yang dalam merupakan bacaan ayah tirinya adalah secara begitu talaqqi.Sumbangan al-Quran

besar.Kebanyakan umat Islam di dunia pada hari ini,membaca al-Quran dan mencetaknya mengikut riwayat Hafs. Antara bacaan khusus Imam Hafs ialah Imalah, Silah ha,Saktah,Idgham kabir,Naqal, Raum dan Isymam. Imalah bermaksud memiringkan bacaan ,dari fathah ke kasrah atau memiringkan alif ke Ya. Bagi Imam Hafs, bacaan Imalah hanya terdapat pada satu tempat iaitu di surah Hud, ayat 41.Silah ha ialah memanjangkan atau memendekkan ha dhamir atas

sebab sebab tertentu. Mengikut Imam hafs, ha dhamir dipanjangkan walaupun didahulukan dengan huruf mati(sukun) seperti ayat surah al-Furqan,ayat 69.Idgham Kabir ialah penyebutan dua huruf yang berbaris menjadi satu seolaholah huruf kedua adalah bertasydid.Contohnya pada ayat di surah al-Baqarah ayat 22. Bacaan khusus Imam Hafs termasuklah bacaan Saktah dan Naqal.Saktah bermaksud memberhentikan bacaan tanpa memutuskan nafas dengan kadar dua harkat dengan niat meneruskan bacaan. Terdapat empat tempat saktah mengikut Imam Hafs iaitu pada Surah al-Kahfi ayat 1,surah Yasin ayat 52,Surah al-Qiyamah ayat 27 dan Surah al-Muthaffiffin ayat 14.Bacaan Naqal pada bahasa ialah pindah.Pada istilah bermaksud memindahkan baris hamzah qata(samada baris fathah,kasrah atau dhammah)kepada huruf sebelumnya yang berbaris mati(sukun).Hamzah tersebut dibuang.Dalam riwayat Hafs hanya terdapat satu tempat iaitu pada surah al-Hujurat ayat 11. Kajian ini hanya akan menumpukan kepada lima cara bacaan khusus Imam hafs ini.Guru Pendidikan Islam di sekolah rendah yang telah dipilih sebagai responden akan dikaji tahap kefahaman mereka tentang bacaan khusus Imam hafs ini iaitu Imalah, Silah ha,Idgham Kabir, Saktah dan Naqal.Ini kerana bacaan ini merupakan bacaan yang dibaca oleh umat Islam dan al- Quran dicetak menggunakan bacaan khusus Imam Hafs ini.

BAB II PENGENALAN SKOP DAN TEMPAT KAJIAN 2.0 Pengenalan Skop dan Tempat Kajian Kajian ini merupakan satu kajian lapangan yang mengkaji tentang kefahaman guruguru Pendidikan Islam Sekolah Kebangsaan Kuala Pegang,09110 Baling,Kedah mengenai ilmu qiraat iaitu bacaan khusus Imam Hafs .Kajian ini melibatkan 12 orang guru Pendidikan Islam terdiri dari 4 orang lelaki dan 8 orang perempuan. Semua responden mengetahui cara membaca al-Quran yang betul , tetapi kurang pendedahan mengenai ilmu qiraat. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan satu set borang soal selidik yang telah dibina oleh pengkaji dan satu set soalan temubual..Keseluruhan item ialah 5 item soal selidik dan 5 soalan temubual ( bacaan). Bagi soalan soal selidik,skala likert empat mata dengan kaedah skornya Tidak Tahu(TT) dengan skor 1 mata ,Tidak Pasti(TP) dengan skor 2 mata Tidak Benar (TB) dengan skor 3 mata dan Benar (B) dengan skor 4 mata, digunakan

dalam kajian ini.Bagi soalan temubual(bacaan) ,dua skala digunakan iaitu Tepat (T) dan Tidak tepat (TT).Data yang diperoleh telah dianalisis untuk mengetahui hasil kajian. Borang soal selidik ini mengandungi tiga bahagian ,iaitu bahagian A,bahagian B dan Bahagian C. Bahagian A merupakan butiran diri responden , bahagian B ialah soalan berkaitan dengan kajian manakala Bahagian C pula berkaitan kefahaman guru-guru Pendidikan Islam (GPI) mengenai cara bacaaan mengikut qiraat Imam Hafs.Item soal selidik dibina berdasarkan kepada lima aspek penting dalam bacaan khusus Imam Hafs iaitu bacaan Imalah, Silah ha, Idgham kabir, Saktah dan Naqal. Item 1 bahagian B adalah berkaitan mengenai bacaan Imalah,Item 2 berkaitan dengan bacaan Silah ha,Item 3 berkaitan dengan bacaan Idgham kabir,Item 4 berkaitan dengan bacaan Saktah dan Item 5 adalah berkaitan dengan bacaan Naqal. Manakala pada bahagian C (soalan temubual) ,Item 1 hingga 5 juga merujuk kepada bacaan khusus Imam Hafs iaitu Imalah,Silah ha,Idgham kabir,Saktah dan juga Naqal. 2.1 Objektif Kajian
i. Mengetahui tahap kefahaman guru Pendidikan Islam mengenai bacaan khusus Imam

Antara objektif kajian ini ialah:Hafs, iaitu Imalah.


ii. Mengetahui tahap kefahaman guru Pendidikan Islam mengenai bacaan khusus Imam

Hafs,iaitu Silah ha. iii. Mengetahui tahap kefahaman guru Pendidikan Islam mengenai bacaan khusus Imam Hafs, iaitu saktah.
iv. Mengetahui tahap kefahaman guru Pendidikan Islam mengenai bacaan khusus Imam

Hafs ,iaitu Naqal. BAB III HASIL KAJIAN 3.0 Hasil Kajian Dapatan kajian yang diperolehi dari soal selidik telah digunakan untuk menjawab objektif kajian 1 iaitu mengetahui tahap kefahaman guru Pendidikan Islam(GPI) mengenai bacaan khusus Imam hafs iaitu Imalah.Sebanyak 2 item telah diberi bagi menilai aspek ini,iaitu soalan soal selidik dan soalan temubual. Bagi item 1soalan soal selidik, jawapan yang tepat ialah benar. 66.7% GPI telah menjawab benar dan 33.3% menjawab tidak pasti. Tiada responden yang menjawab bagi

skala Tidak Benar dan Tidak tahu.Bagi soalan temubual membaca bacaan Imalah, kajian mendapati 100% responden dapat membaca dengan tepat.Semua responden mengetahui cara bacaan Imalah seperti ayat dalamSurah Hud ayat dan biasa membacanya. Namun begitu, ramai responden yang tidak mengetahui pengertian Imalah yang betul.Graf di bawah menunjukkan tahap kefahaman guru Pendidikan Islam (GPI) dalam kedua-dua bentuk soalan yang dikemukakan bagi bacaan Imalah.

Dapatan kajian seterusnya dapat menjawab objektif kajian ke dua iaitu mengetahui tahap kefahaman guru Pendidikan Islam mengenai bacaan khusus Imam Hafs iaitu bacaan silah ha. .Jadual 2 menunjukkan persepsi responden mengenai bacaan Silah hamelalui soalan soal selidik dan soalan temubual yang dikemukakan. Bagi Item 2 , iaitu soalan berkaitan dengan bacaan Silah ha,dua soalan telah dikemukakan.Bagi soalan soal selidik,jawapan yang tepat ialah Benar. 58.3% responden menjawab Benar dan 25% Tidak Benar dan 16.7% Tidak Pasti.Tiada responden yang menjawab skala Tidak tahu. Bagi soalan temubual membaca bacaan Silah ha,58.3% responden membaca dengan tepat dan 41.7% responden tidak menepati bacaan Silah ha. Kebanyakan responden keliru ketika membaca ayat yang mengandungi Silah ha, samada panjang atau pendekkan bacaan. Kemungkinan responden menganggap silah ha ialah hukum Mad silah bagi hukum tajwid. Graf di bawah menunjukkan tahap kefahaman guru Pendidikan Islam (GPI) dalam bacaan Silah ha bagi kedua-dua bentuk soalan yang dikemukakan.

Dapatan kajian seterusnya menjawab objektif ketiga iaitu mengetahui kefahaman guru Pendidikan Islam mengenai bacaan khusus Imam Hafs iaitu bacaan Idgham kabir..Jadual 3 dapat menunjukkan persepsi responden berkaitan bacaan idgham kabir melalui soalan soal selidik dan soalan temubual yang dikemukakan. Bagi item 3 iaitu soalan berkaitan idgham kabir, responden memberikan tiga jawapan iaitu 58.3% Benar,8.3% menjawab Tidak Benar dan 33.7% menjawab Tidak Pasti.Tiada responden yang menjawab skala Tidak Tahu.Kebanyakan responden tidak mengetahui pengertian Idgham kabir,malah ada responden yang tidak pernah mendengar perkataan idgham kabir. Bagi soalan temubual,cara membaca bacaan Idgham kabir ,75% responden membaca dengan tepat dan 25% tidak dapat membaca dengan tepat. Responden biasa dan tahu cara membaca kalimah idgham kabir pada ayat 22, surah al-Baqarah tersebut,tetapi tidak mengetahui ianya bacaan Idgham kabir.Graf di bawah menunjukkan tahap kefahaman guru Pendidikan Islam (GPI) dalam bacaan Idgham kabir melalui dua bentuk soalan yang dikemukakan.

Seterusnya, item 4 adalah untuk menjawab objektif kajian keempat iaitu pemahaman guru Pendidikan Islam mengenai bacaan khusus Imam hafs iaitu bacaan Saktah. Jadual 4 menunjukkan tahap kefahaman responden mengenai bacaan qiraat ,Saktah. Bagi soalan soal selidik ,jawapan bagi item 4 ialah Benar. Responden memberikan dua jawapan iaitu 83.3% menjawab Benar dan 16.7 % responden menjawab Tidak Pasti.Tiada responden yang menjawab Tidak benar atau Tidak Tahu.Bagi soalan temubual, membaca bacaan saktah, 83.3% responden dapat membaca dengan tepat dan 16.7% responden membaca bacaan saktah dengan kurang tepat.Graf di bawah menunjukkan tahap kefahaman guru Pendidikan Islam (GPI) dalam bacaan saktahm bagi kedua-dua bentuk soalan yang dikemukakan.

Dapatan kajian seterusnya adalah untuk menjawab objektif kelima iaitu kefahaman guru Pendidikan Islam mengenai bacaan khusus Imam Hafs, iaitu bacaan Naqal. Dua Item telah dikemukakan berkaitan cara bacaan Naqal.Bagi soalan soal selidik , jawapan yang tepat

ialah Benar.66.7% responden menjawab Benar dan 33.7% menjawab Tidak Pasti.Tiada responden yang menjawab skala Tidak benar dan Tidak Tahu.Jadual 5 menunjukkan persepsi responden mengenai bacaan qiraat Naqal.Jadual 5 menunjukkan peratusan responden yang menjawab bagi soalan soal selidik dan soalan temubual.

BAB IV PENUTUP 4.1 Cadangan dari Dapatan Kajian Berdasarkan kajian yang dijalankan ,tahap kefahaman guru Pendidikan Islam SK Kuala Pegang berada di tahap sederhana baik. Ini berdasarkan pandangan dan pembacaan 12 orang guru Pendidikan Islam yang dipilih sebagai responden.Kajian mendapati responden dapat membaca kalimah-kalimah yang mengandungi bacaan khusus Imam Hafs seperti Imalah, silah ha,Idgam kabir,Saktah dan Naqal dengan tepat.Ini mungkin kerana responden telah biasa dengan bacaan tersebut di samping terdapat tanda-tanda bacaan pada al-Quran Rasm Uthmani. Contohnya pada bacaan Imalah terdapat terdapat tanda seperti tanda intan.Jadi ini memudahkan para pembaca mengetahui cara bacaan tersebut. Namun begitu,kebanyakan responden tidak mengetahui dan tidak pernah mendengar nama bacaan khusus Imam Hafs ini. Kajian mendapati responden hanya mengetahui secara asas bacaan Imalah dan Saktah. Ramai responden yang tidak memahami akan bacaan Silah ha,Idgham Kabir dan juga Naqal.Ini adalah disebabkan kerana responden kurang pendedahan tentang ilmu qiraat. Sewaktu mengikuti pengajian dan juga kursus perguruan ,guru-guru kurang didedahkan tentang ilmu qiraat berbanding dengan ilmu tajwid .

Cadangan yang dikemukakan ini diharap dapat membantu para guru pendidikan Islam meningkatkan kefahaman mengenai ilmu qiraat dan membaca al-Quran dengan lebih sempurna.Guru Pendidikan Islam perlu mengetahui bahawa bacaan khusus Imam hafs adalah bacaan yang telah digunakan di dalam al-Quran Rasm Uthmani, dan bukan bacaan qiraat yang perlu dipelajari oleh pihak tertentu sahaja.Antara cadangan yang boleh membantu ialah:a) Kursus Pendedahan Ilmu Qiraat Guru-guru Pendidikan Islam samada di sekolah rendah atau menengah perlu mengikuti Kursus Pendedahan Ilmu Qiraat bagi meningkatkan kefahaman mereka dalam ilmu Tilawah al-Quran. Guru-guru Pendidikan Islam harus sedar, ilmu qiraat perlu dipelajari bukan sahaja untuk memahaminya tetapi juga untuk meningkatkan tahap pembacaan alQuran dengan lebih sempurna. Guru Pendidikan Islam boleh menghadiri kursus ini di pusatpusat pengajian al-Quran yang mengajar ilmu qiraat. Selain itu, pihak panitia Pendidikan Islam harus mengambil inisiatif mengadakan kursus tersebut di sekolah, dengan menjemput guru yang pakar mengenai ilmu qiraat untuk memberi pendedahan kepada guru-guru Pendidikan Islam. Kursus pendedahan ini hendaklah difokuskan kepada bacaan khusus Imam Hafs supaya tidak timbul kekeliruan dalam bacaan al-Quran apabila guru mempelajari ilmu qiraat Imam yang lain. b) Kursus Tahsin al-Quran Kursus Tahsin al-Quran juga merupakan satu cadangan yang dapat membantu meningkatkan kefahaman guru Pendidikan Islam mengenai bacaan khusus Imam Hafs dan memperelokkan bacaan al-Quran. Antara perkara yang ditekankan dalam kursus Tahsin alQuran ialah membaca al-Quran mengikut bacaan khusus Imam Hafs. Guru-guru Pendidikan Islam akan dapat mengetahui cara bacaan khusus Imam Hafs ,tempat bacaanya dan sebab bacaannya. Ini akan dapat membantu guru memahami dengan lebih mendalam tentang bacaan khusus Imam Hafs disamping memperelokkan bacaan al-quran. Sebagai guru Pendidikan Islam kursus sebegini wajib dipealajari, bukan sahaja untuk bacaan sendiri tetapi juga untuk disampaikan keapada anak didik masing-masing. c) Menguasai tanda baca yang terdapat dalam al-Quran. Sebagai guru Pendidikan Islam, guru mesti memahami dan menguasai tanda-tanda bacaan Rasm Uthmani yang terdapat dalam al-Quran. Tanda baca tersebut adalah antara bacaan qiraat yang dibaca di dalam al-Quran. Contohnya, seperti bacaan Imalah pada ayat

surah Hud,diberi tanda intan untuk memudahkan pembaca membaca dengan tepat. Sekiranya guru tidak mengetahui maksud tanda tersebut, bagaimana guru hendak membaca dengan tepat dan menerangkan kepada para pelajar mereka.Selain tanda Imalah, terdapat tanda lain seperti sin kecil di atas huruf akhir pada kalimah-kalimah tertentu untuk bacaan saktah,kepala huruf ya dan huruf wau kecil untuk bacaan Silah ha dan banyak lagi. d) Membaca buku-buku berkaitan Ilmu Qiraat. Selain itu, guru Pendidikan Islam boleh menambah pengetahuan mereka mengenai bacaan qiraat dengan membaca buku- buku Ilmu Qiraat. Melalui pembacaan ,guru dapat meningkatkan kefahaman mereka dalam bacaan qiraat dan dapat memperelokkan bacaan alQuran.Sekiranya, guru Pendidikan Islam tidak memahami perkara yang dibaca,guru hendaklah merujuk kepada orang yang mahir dalam bidang qiraat. e) Mengadakan perbincangan/muzakarah dalam Panitia Pendidikan Islam Perbincangan atau muzakarah adalah penting bagi menyelesaikan sesuatu perkara, terutamanya perkara yang berkaitan dengan tilawah al-Quran. Guru Pendidikan Islam boleh mengadakan perbincangan mengenai bacaan qiraat yang terdapat dalam al-Quran. Perbincangan ini boleh diadakan sebulan atau dua bulan sekali. Ini dapat memberi pendedahan dan pengetahuan kepada guru Pendidikan Islam mengenai bacaan qiraat yang sebenarnya.Guru-guru yang kurang mahir tentang bacaan qiraat boleh bertanya kepada guru yang telah mahir.Sekiranya perkara ini dapat dijalankan di sekolah, tentulah guru Pendidikan Islam akan mampu menjadi pendidik yang betul-betul berpengetahuan mengenai tilawah alQuran. 4.2 Kesimpulan Bidang tilawah al-Quran merupakan satu bidang penting dalam Pendidikan Islam.Ianya terdiri dari beberapa bahagian seperti ilmu tajwid, ilmu tarannum,ilmu tafsir dan ilmu qiraat. Sebagai guru Pendidikan Islam, semestinya guru mengetahui dan menguasai keempat-empat bidang ini.Kajian ini bermanfaat kepada guru Pendidikan Islam secara umumnya kerana dapat mengetahui sejauh mana kefahaman mereka dalam ilmu qiraat.Manakala secara khususnya, dapat mengenalpasti tahap bacaan guru Pendidikan islam dalam tilawah al-Quran. Dengan itu, guru-guru dapat mencari jalan dan berusaha untuk mengatasi kelemahan melalui beberapa cadangan yang dapat meningkatkan kefahaman mereka dalam bacaan qiraat dan memantapkan bacaan dalam tilwah al-Quran.

Guru Pendidikan Islam harus menyedari bahawa ilmu qiraat ialah ilmu yang mesti dipelajari oleh mereka sebagai persediaan mereka menjadi seorang pendidik. Mereka mesti mempunyai ilmu yang cukup.mantap dan kukuh untuk mengajar tilawah al-Quran. Sekiranya para guru berpengetahuan dan berkemahiran , tentulah dapat meningkatkan lagi mutu tilawah al-Quran.Dengan itu, hasrat Kementerian Pelajaran untuk melahirkan guru Pendidikan Islam yang cemerlang dan pelajar-pelajar celik al-Quran akan tercapai. (3224 patah perkataan)