Anda di halaman 1dari 8

KONSEP SYAHADAH

1- PENGERTIAN 2- TUNTUTAN

3- PERKARA YANG 4- ANCAMAN


MEMBATALKAN ‘AQIDAH
SYAHADAH
PENGERTIAN
• Bahasa : penyaksian.
• Istilah: penyaksian tiada tuhan yang berhak
disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad
s.a.w. adalah pesuruh Allah
• Penyaksian ini mestilah dizahirkan dengan ikrar
melalui lidah dan dibuktikan dengan
melaksanakan tuntutan syahadah berkenaan
seperti menunaikan segala rukun Islam, menurut
segala perintah Allah dan meninggalkan segala
laranganNya.
PERKARA-PERKARA YANG MEMBATALKAN
SYAHADAH

• Perkara-perkara yang menyebabkan batalnya


syahadah atau rosaknya iman dan Islam itu
terbahagi kepada tiga :-
• 1. Iktiqad
• 2. Perkataan
• 3. Perbuatan
Iktikad
• Ialah segala kepercayaan yang berlawanan
dan bertentangan dengan dasar-dasar
kepercayaan agama Islam.
• (contoh sila rujuk Buku Mustika Hadis m.s.
261)
Perkataan
• Ialah tiap-tiap perkataan yang mencaci,
menghina, merendah-rendah, mengejek-gejek
dan mempermainkan nama-nama Allah,
sifatnya, malaikatnya, Rasulnya, kitab-
kitabnya, ayat-ayatnya dan hukum-hukumnya
serta hukum-hukum yang diterangkan oleh
Rasulnya.
• (Contoh-contoh sila rujuk seperti di atas m.s.
261)
Perbuatan
• 1. Tiap-tiap perbuatannya yang dilakukan untuk
menghormati dan mengagongkan mana-mana makhluk
dengan cara yang ditentukan hanya untuk
membesarkan dan mengagongkan Allah, seperti sujud
kepada makhluk, walaupun tidak dengan niat untuk
menghormatinya sama seperti Tuhan, atau tunduk
kepada mana-mana makhluk, sehingga sampai kepada
had sekurang-kurangnya rukuk sembahyang
dengan tujuan menghormatinya sama menghormati
Allah. Kalau tidak dengan tujuan itu maka tidaklah
menjadi orang yang melakukan itu murtad tetapi
hukumnya berdosa.

• 2. Melakukan upacara ibadah terhadap sesuatu
makhluk yang disembah oleh orang-orang kafir
menurut upacara yang mereka lakukan.
• 3. Melakukan mana-mana cara ibadat
terhadap yang lain dari Allah.
• 4. Meletakkan ayat-ayat suci, hadis-hadis
nabi, nama Tuhan, rasulnya, malaikatnya dan
ilmu-ilmu agama di tempat Najis atau kotor
dengan tujuan menghina dan
merendahkannya. Kalau tidak dengan tujuan
tersebut maka hukumnya tetap haram.
• 5. Meninggalkan sembahyang jika ia
ingkarkan akan hukum kewajipannya.
TUNTUTAN SYAHADAH
Secara umum apabila seseorang itu bersyahadah maka
bermakna ia :

• 1. Memperakui dan menerima Islam sebagai Ad-din
• 2. Memperakui tunduk di bawah naungannya
• 3. Wajib menyesuaikan hidupnya mengikut lunas-lunas
Islam
• 4. Menghayati dan memperjuangkan prinsip-
prinsip Islam
• 5. Melaksanakan amalan dan tindakan semata-mata
kerana Allah.

Anda mungkin juga menyukai