Anda di halaman 1dari 28

MPU3092

CIRI-CIRI SYUMULIYYAH
DALAM AJARAN ISLAM

HALIMATUL SAADIAH
NURUL IZZATI
NOR SYAHIDAH
Pengenalan

– Syumul bermaksud lengkap dan sempurna .


– Islam merupakan agama atau sistem hidup yang syumul atau menyeluruh yang
aturan-aturannya berkaitan dengan semua aspek dan bidang kehidupan umat
manusia, dari sebesar-besar perkara hingga sekecil-kecil yang ada dalam kehidupan
kita seharian.
–  Al-Quran telah menjelaskan semua perkara yang berkaitan dengan kehidupan
manusia di dunia dan di akhirat.

‫اب تِْبيَاناً لِّ ُك ِّل َش ْي ٍء‬ ِ َ ‫وَن َّزلْنَا َعلَي‬


َ َ‫ك الْكت‬ ْ َ

“Dan Kami turunkan Kitab kepada kamu dengan menerangkan setiap sesuatu”. (An-
Nahl: 89)
– Islam juga merangkumi setiap persoalan dunia & akhirat.
CIRI-CIRI SYUMULIYYAH ISLAM

Undang-undang
Kehakiman
Bernegara
Keadilan
Akhlak
Ilmu
UNDANG-UNDANG
Islam telah mengemukakan undang-
undang kepada manusia untuk
mengatur hubungan sesama manusia.
Hukum-hukum yang
mengatur hubungan
antara manusia dengan
manusia seperti hukum
Islam telah menjelaskan nikah, muamalah,
Hukum yang bersangkut
hukuman-hukuman kehakiman, hukum berkait
dengan urusan hubungan
terhadap mereka yang dengan orang bukan
sesama manusia dengan
melanggar hukuman Islam, hukum
Allah seperti solat, haji,
seperti hukuman hudud antarabangsa, hukum
puasa dan ibadat lain.
dan qisas. berkait dengan
pemerintahan negara,
harta dan hukuman denda
kepada pesalah yang
melakukan kesalahan.
Contoh

– Firman Allah SWT yang bermaksud :


Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah
melainkan kepada-Nya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik
kepada ibu bapa. Jika salah seorang daripada kedua-duanya, atau kedua-
duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaan kamu,
maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar)
sekalipun perkataan “ah”, dan janganlah engkau menengking menyergah
mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang
bersopan santun).
(Surah al-Isra’ 17:23)
KEADILAN
Adil

 Lafaz al-’adlu mengandungi beberapa makna, di antaranya


ialah al-inshaf wa al-sawiyyat ertinya berada di pertengahan
dan menyamakan.

 Al-adl bermakna al-istiwa (keadaan lurus), ia bermakna jujur,


adil, seimbang, sama, sesuai dan sederhna.

 Ia memberi makna juga memberi hak kepada yang berhak


dan meletakkan sesuatu kena pada tempatnya.
 Islam telah memperjuangkan keadilan.
 Keadilan dalam Islam adalah memberikan hak kepada
yang berhak tanpa sebarang kekurangan.
 Keadilan adalah wajib diberikan kepada semua insan baik
muslim, ahli keluarga atau bukan ahli keluarga.

Surat Al-Anbiya ayat 47 :

‫ال َحبَّ ٍة ِم ْن‬


َ ‫س َشْيئًا َوإِ ْن َكا َن ِم ْث َق‬ ‫ف‬
ْ ‫ن‬
َ ‫م‬ ‫ل‬
َْ‫ظ‬‫ت‬
ُ ‫ال‬ َ‫ف‬ ِ ‫ونَضع الْموا ِزين الْ ِقس َط لِيوِم الْ ِقيام‬
‫ة‬
ٌ ُ َ َ َْ ْ َ ََ ُ َ َ
)٤٧( ‫ني‬ ِ
‫ب‬ ِ ‫خرد ٍل أََتينَا هِب ا وَك َفى بِنَا ح‬
‫اس‬
َ َ َ َ ْ ََْ
“Kami akan memasang timbangan yang tepat pada hari
kiamat, Maka Tiadalah dirugikan seseorang barang
sedikitpun. dan jika (amalan itu) hanya seberat biji sawipun
pasti Kami mendatangkan (pahala)nya. dan cukuplah Kami
sebagai Pembuat perhitungan.”
ADIL
KEADILAN UNDANG- KEADILAN SOSIAL KEADILAN SEJAGAT
UNDANG

Dikuatkuasakan ke atas Bertujuan supaya setiap Hubungan antara orang Islam dan
semua orang orang dapat hidup di dalam bukan islam telah ditegakkan sejak
masyarakatnya secara yang dari mulanya di atas dasar kasih
saying.
“ SEMUA KAMU ADALAH mulia tanpa penindasan
DARI KETURUNAN ADAM
DAN HAWA ITU DARI “Dan janganlah sekali-kali
TANAH, TIDAK ADA Sabda Rasulullah : “Allah kebencianmu terhadap sesuatu kaum
KELEBIHAN BAGII ORANG tidak melihat rupa bentuk itu mendorong kamu utnuk tidak
ARAB KE ATAS YANG BUKAN kamu, tetapi ia melihat pada berlaku adil, kerana adil itu lebih
ARAB KECUALI SIFAT TAKWA hamper kepada takwa” (surah al-
“ (RIWAYAT BUKHARI
hati dan pekerjaan kamu”.
Maidah : 8)
MUSLIM)
Sekirannya orang bukan Islam
Memuliakan yang miskin . Sabda tidak melahirkan permusuhan, ,
HUKUMAN DIJATUHKAN Rasulullah, “Tidak ada makanan yang maka orang Islam tidak berhak
SELARAS DENGAN lebih baik yang dimakanoleh Anak
Adam dari usaha tangannya
untuk menyerang mereka kecuali
KESALAHAN sekiranya mereka diyakini
sendiri,sesunggguhnya nabi Daud
makan dari pekerjaannya sendiri.” membuat persediaan untuk
melakukan permusuhan.
ILMU
DEFINISI ILMU

Ilmu yang dimaksudkan konsep ilmu


disini ialah makrifat dan yang berteraskan agama
mengenali hakikat sesuatu sewajarnya menjadi asas
dengan tepat dan kepada falsafah pendidikan
mengetahui sesuatu yang negara dan objektif
diturunkan oleh utama dasar pendidikan ke
Allah,mengetahui tujuan arah melahirkan insan
manusia diwujudkan oleh yang berilmu, bermoral dan
Allah dan kehidupan akhirat berkeyakinan.
yang mengakhir manusia. ( El-Edrus,1993)
Surah At-Taubah : 122

‫ون لِيَن ْ ِف ُروا ك َا ّفَ ًة ۚ َفل َْول َا ن َ َف َر ِم ْن ك ّ ُِل ِف ْرقَةٍ ِمن ْ ُه ْم‬
َ ُ ‫َان ال ُْم ْؤ ِمن‬
َ ‫َو َما ك‬
‫ين َولِيُن ْ ِذ ُروا َق ْو َم ُه ْم ِإ َذا َر َج ُعوا ِإل َيْ ِه ْم‬ ّ ِ ‫َطا ِئ َف ٌة لِيَتَ َفقّ َُهوا ِفي‬
ِ ‫الد‬
‫ون‬ ْ َ‫ل ََعل َّ ُه ْم ي‬
َ ‫ح َذ ُر‬

Dan tidak sepatutnya bagi orang yang beriman itu pergi semuanya ke
medan perang. Mengapa tidak daripada setiap golongan di kalangan mereka
beberapa orang untuk memperdalami pengetahuan tentang agama dan
supaya mereka dapat memberi peringatan kepada kaumnya yang keluar
berjuang apabila orang itu kembali kepada mereka
Tujuan dan Matlamat

menyumbang kepada
Untuk membina kekuatan pembentukan masyarakat
pada jiwa manusia yang dinamik dan progresif.

Menurut al-Hadi (1907), seseorang


Menurut Al-Ghazali (1939) individu hanya akan dihormati
menyifatkan ilmu kerana
pengetahuan adalah ilmu yang ilmu pengetahuan, tahap intelektual
mampu meninggikan martabat dan keupayaannya
manusia serta untuk bersaing dengan orang lain.
memberi input yang berkesan Bahkan individu
ini mampu dan berusaha
untuk membina kekuatan pada
mewujudkan bekerjasama
jiwa manusia. dengan bangsa yang lebih maju
Kekuatan inilah yang akan untuk bertukar-tukar
mematahkan keinginan hawa pengetahuan dan kepakaran sebagai
nafsu dan membawa satu usaha
manusia menghampirkan diri untuk mempelajari sesuatu yang
(taat) kepada Maha Pencipta. boleh dimanfaatkan
daripada bangsa tersebut
Untuk membezakan manusia
yang berilmu dan orang yang
jahil

Dalam ayat ini, jelas menunjukkan


bahawa Allah memberikan penghargaan
yang cukup tinggi terhadap orang yang
Katakanlah lagi (kepadanya):
berakal, berfikiran dan berilmu
“Adakah sama orang-orang yang
mengetahui Dengan orang-orang
pengetahuan. Dalam ayat ini, perkataan
yang tidak mengetahui?” ulul al-bab dapat diertikan sebagai orang
Sesungguhnya orang-orang yang yang berakal atau orang yang
dapat mengambil pelajaran dan mempunyai hati, yakni orang yang
peringatan hanyalah orang-orang mempunyai hikmah dan kebijaksanaan,
yang berakal sempurna. yang terdiri daripada para ulama’,
golongan cendekiawan dan intelektual
( surah Az-Zumar 39:9)
serta sesiapa sahaja yang menggunakan
hati dan akal untuk memerhati dan
memikirkan semua kejadian di muka
bumi ini
(Mahyuddin 2001)
AKHLAK
DEFINISI AKHLAK
– Perkataan akhlak berasal daripada perkataan Arab (‫) ا الخالق‬, kata jamak dari
‫ ا خلُلُُق‬, perkataan ini pula adalah pecahan dari perkataan ‫ اخلَ ْلُق‬yang
bermaksud ciptaan.
– Firman Allah SWT :

““Yang membuat segala sesuatu yang dia ciptakan sebaik-baiknya dan yang
memulai  penciptaan manusia dari tanah” (As-sajdah: 7)

– Maka keindahan ciptaan manusia juga mempunyai dua bentuk iaitu lahiriah
(jasmani) dan batiniah (nafsiah). Keindahan itu termasuk dalam istilah ‫خلَْلُق‬ ‫ا‬
. Manakala keindahan bentuk batiniah termasuk dalam istilah ‫خلُُق‬
ُ ‫ ا ل‬atau‫اال خالق‬.
AKHLAK

– Setiap umat manusia dituntut untuk mencontohi sifat-sifat yang


terpuji baginda SAW .
– Agama islam amat menitikberatkan keindahan akhlak
– Baginda diutuskan kepada umat manusia adalah untuk
menyempurnakan keindahan akhlak
– Abu Hurairah RA,bahawa Nabi SAW bersabda : Sesungguhnya
tidak aku diutuskan melainkan untuk menyempurnakan
kebaikan akhlak
– surah al-ahzab : 21 yang bermaksud : Demi sesungguhnya adalah
bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik
KEPENTINGAN AKHLAK

1) Melahirkan umat yang bertamadun dan dihormati.


Dengan adanya akhlak dalam diri seseorang itu, mampu mewujudkan sebuah tamadun
yang bertahan lama. Sebagai contoh, akhlak yang dipamerkan oleh Rasulullah mampu menarik
hati masyarakat zaman dahulu untuk memeluk islam. Haruslah diketahui bahawa kemuliaan
dalam keperibadian insan hanya akan tercapai sekiranya hidup mereka dipandu dengan
suruhan dan larangan Allah SWT dan ajaran Rasulullah S.A.W dengan penuh rasa tekun dan
bersungguh-sungguh. ( Redza zainal abidin)

2) Akhlak mencerminkan keimanan.

Akhlak adalah cermin keimanan seseorang. Dengan erti kata lain, iman yang sempurna akan
memprodukkan akhlak yang mulia atau dengan perumpamaan yang  mudah, ibarat pohon yang
semata-mata bergantung kepada keelokan akarnya. Sabda Rasulullah S.A.W  :

‫أكمل المؤمنين أحسنهم خلقا‬

Maksudnya : "Di kalangan mu'minin yang paling sempurna imannya ialah yang terbaik
akhlaknya.
KEHAKIMAN
– Maksud kehakiman :

* Kehakiman atau al-qada’ dari segi bahasanya


bermaksud menghukum, menyelesaikan,
menetapkan, memutuskan dan mencegah. Dari sudut
syarak pula bermaksud menyelesaikan perbalahan
dan pertelingkahan yang berlaku antara manusia
berasaskan syariah Islam.
Prinsip Kehakiman

1. Bersifat Rabbani iaitu ketuhanan. Institusi kehakiman Islam berteraskan prinsip rabbani kerana sumber
asas kehakiman dalam Islam adalah daripada wahyu Allah s.w.t. iaitu al-Qur’an dan al-Sunnah. Sebarang
keputusan dan
tindakan hakim mesti berasaskan panduan al-Quran dan al-Sunnah.

2. Menegakkan keadilan dan menyeru kebaikan serta mencegah kemungkaran. Ia dapat dilakukan
dengan pelaksanaan hukuman yang bersifat pencegahan, pemulihan dan pengajaran demi menjamin
kesejahteraan dan keharmonian
hidup.

3. Mengamalkan adab dan akhlak Islam yang mulia seperti amanah, adil, jujur, tegas, berani dan tidak
zalim semasa menjalankan hukuman. Sistem kehakiman Islam menjunjung dan memelihara nilai-nilai
mulia dalam masyarakat supaya tidak dicemari oleh golongan yang bertuhankan nafsu sehingga
melakukan kezaliman ke atas orang lain.
Islam telah mengemukakan sistem kehakiman.

Islam telah menetapkan bahawa kehakiman merupakan fardhu


dimana setiap hakim muslim mestilah menjatuhkan hukuman
mengikut syariat yang telah ditentukan oleh Allah.
Ini bermaksud bahawa Islam menentukan di dalam perhubungan
permasalahan sesama manusia amat memerlukan seorang hakim
yang dapat menghukum dan menyelesaikan perselisihan mereka
serta dapat mengembalikan hak kepada yang berhak.

- Menegakkan keadilan
 … dan jika kamu menghukum sesama manusia, hukumlah antara mereka dengan
adil.
(Surah al-Maidah: 42)
BERNEGARA
Dalam soal bernegara, Islam telah menjelaskan soal hukum-
hakam berkenaan persoalan negara.

Islam bukan hanya menekankan tentang hubungan manusia


dengan Allah sahaja, malah menyentuh tentang hubungan
manusia sesama manusia dan hubungan manusia dengan alam.

Ketua negara dipilih dikalangan orang Islam sesuai dengan


syariat-syariat seperti sifat quwwah dan amanah.

Peranan ketua negara Islam ialah melaksanakan syariat dan


membimbing manusia untuk melakukannya.
 Rasulullah saw dalam hadis:
“ Dahulunya Bani Israel dipimpin oleh para nabi,
tatkala wafat seorang nabi, maka dibelakangnya
terdapat nabi (lagi) dan sesungguhnya tiada
seorang pun lagi nabi selepas aku (Rasulullah) dan
diikuti oleh para pemimpin…”
RUJUKAN

– al-Edrus, Syed Muhamad Dawilah. 1993. Epistemologi Islam: Teori ilmu


dalam al-Qur’an. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
– al-Ghazali, Abu Hamid Muhammad. t.th. Ihya’ ‘Ulum alDin. Jil. 1. t.tp.: Dar
Ihya’ al-Kutub al-‘Arabiyyah
– al-Hadi, Sheikh Ahmad. 1907. Menuntut ketinggian akan anak-anak
negeri. al-Imam. 2(1): Julai 12.
– al-Quran dan al-Karim

Anda mungkin juga menyukai