Anda di halaman 1dari 1

SITI NUR QAYYUM_PI1618_PEA_CONCEPTMAP

PETA KONSEP 1 : NOR SYAHIDAH BINTI ANUAR

PETA KONSEP 2 : SYUHADA’ BINTI KAMAL

Di antara 15 peta konsep yang telah dihasilkan oleh rakan-rakan, saya telah memilih 2 peta
konsep yang terbaik iaitu yang dihasilkan oleh Syahidah dan Syhuada. Masing-masing peta
konsep ini mempunyai kekuatan dan kelebihannya yang tersendiri yang mana apabila
digabungkan menghasilkan satu maklumat yang lebih komprehensif di bawah tajuk
Pengenalan Ekologi Asas (PEA) yang telah dipelajari. Peta konsep yang dihasilkan oleh
Syahidah kelihatan ringkas tetapi amat jelas dan mudah difahami bagi yang membacanya.
Penggunaan warna dan susun atur yang kemas juga memudahkan lagi saya memahami
peta konsep ini. Manakala, peta konsep yang dihasilkan oleh Syuhada pula sangat padat,
lengkap dan merangkumi keseluruhan isi penting dalam topik PEA ini. Gabungan kedua-dua
peta konsep ini sudah semestinya akan dapat membantu saya dalam mengingati dan
memahami berkaitan isi-isi penting dalam tajuk PEA dengan lebih baik dan berkesan.

Anda mungkin juga menyukai