Anda di halaman 1dari 1

SITI NUR QAYYUM_PI1618_PL_CONCEPTMAP

PETA KONSEP 1 : NURLISA BINTI WASIN

PETA KONSEP 2 : SHAHMEL AZRUL BIN ROSLAN

Di antara 15 peta konsep yang telah dihasilkan oleh rakan-rakan, saya telah memilih 2 peta konsep
yang terbaik iaitu yang dihasilkan oleh Nurlisa dan Shahmel. Kedua-dua peta konsep ini sangat
membantu saya dalam memahami konsep pembangunan lestari yang telah dipelajari dengan lebih
mudah. Kedua-dua peta konsep ini juga dapat memperlihatkan keseluruhan isi kandungan dan
maklumat penting yang perlu dikuasai sebagai bekalan untuk menjawab ujian kuiz dan
menyelesaikan kerja kursus kelak. Tambahan pula, kedua-dua peta konsep ini mempunyai
kelebihannya masing-masing yang tersendiri. Peta konsep yang dihasilkan oleh Nurlisa sangat cantik
dan menarik serta mempamerkan segala maklumat penting. Peta konsep ini juga kelihatan rapi dan
kemas serta mudah untuk dibaca diikuti dengan penggunaan pelbagai warna menjadikan peta
konsep ini lebih efektif dan berkesan untuk membantu mengingati isi pelajaran. Manakala, peta
konsep yang dihasilkan oleh Shahmel pula kelihatan sangat ringkas dan mudah, tetapi merangkumi
semua isi pelajaran yang dipelajari menjadikan ia suatu peta konsep yang lengkap, jelas dan sangat
berinfomatif. Gabungan kedua-dua peta konsep ini sudah semestinya akan dapat membantu saya
dalam mengingati dan memahami konsep pembangunan lestari dengan lebih baik dan berkesan.

Anda mungkin juga menyukai