Anda di halaman 1dari 2

Kaedah Imam Syafie

- Secara Kuliah

Semasa menetap di Makkah, beliau mengajar dengan duduk di atas kerusi dikelilingi oleh murid-
muridnya. Imam as-Syafei menumpukan pemikiran dalam kuliahnya mencari jalan pengeluaran
hukum yang ganjil dan membandingkan antara sumber perundangan yang pelbagai bersama murid-
muridnya . Selama sembilan tahun, imam as-Syafei menghabiskan masanya di Makkah bersama-
sama para ilmuan yang lain membahas, mengajar, mengkaji disamping berusaha untuk melahirkan
satu intisari dari beberapa aliran dan juga persoalan yang sering bertentangan yang ditemui pada
masa itu.

Di Mesir, beliau juga mengajar di sebuah masjid bernama Masjid Amru bin Ash. Kuliahnya bermula
pada setiap hari dari pagi hingga tengahari (setelah selesai solat subuh hingga waktu zohor). Selesai
solat zohor, baharulah beliau pulang ke rumah bersama dengan pelajar yang rapat dengan beliau
antaranya ialah al-Muzani, al-Rabi’ dan Muhammad bin Abdullah.

Kaedah Imam Hambali

- Bercerita

Bercerita merupakan satu teknik yang telah lama digunakan. Teknik yang sama juga digunakan oleh
Imam Hambali. Teknik bercerita mudah menarik minat seseorang agar dapat menumpukan
perhatian mereka dan menjadikan pembelajaran berjalan dengan baik. Dengan itu, pembelajaran
alam keadaan yang ideal penerimaannya akan menjadi lebih kekal. Ini dapat dijelaskan semasa Imam
Ahmad menyampaikan hadis, ia akan menceritakan tentang rawi-rawinya satu persatu sehingga
sampai kepada Rasulullah SAW. Ini amat penting dalam pengajaran hadis kepada sifat-sifat
perawinya dari segi amalan mereka, thiqah, kuat ingatan dan lain-lain lagi akan menentukan
kesahihan sesuatu hadis.

- Bersyarah

Bersyarah bukan sahaja sekadar membaca, tetapi memberi interpretasi dan menghuraikan ideaidea
supaya para pelajar dapat memahaminya. Teknik ini juga digunakan oleh guru-guru yang masyhur,
termasuk nabi-nabi dan para bijak pandai. Teknik yang sama juga telah digunakan oleh Imam Ahmad
dalam pengajarannya.
Kaedah Imam al- Ghazali

- Kaedah Perbandingan

Kaedah perbandingan digunakan dalam pengajaran, perbincangan dan untuk membuktikan


kebenaran fikiran dan kepercayaan mereka kepada karya-karyanya. Dalam kitab Ihya Ulum AdDin,
Imam al-Ghazali menerangkan perbezaan pendapat dalam kalangan cerdik pandai tentang kebaikan
dan keburukan akhlak. Antaranya menurut Hassan Basri, kebaikan akhlak itu adalah manis muka,
memberi kelebihan dan mencegah kesakitan. Al-Wasiti pula berpendapat kebaikan akhlak ialah tidak
bertengkar dengan orang lain dan tidak bertengkar dengannya kerana makrifat kepada Allah SWT.

- Kaedah Halaqah

Semenjak bermulanya dakwah Islamiah, pelajar-pelajar mengelilingi gurunya dalam separa bulatan
untuk mendengar syarahannya. Al-Ghazali telah mendirikan sebuah sekolah berhampiran rumahnya
untuk penuntut-penuntut ilmu dan sebagai tempat singgah bagi golongan sufi. Maka tidak dapat
dielakkan, Imam al-Ghazali juga melaksanakan kaedah halaqah di sekolah tersebut ketika
menyampaikan ilmu kepada penuntut-penuntutnya.

- Kaedah Petunjuk dan Bimbingan

Imam al-Ghazali ialah seorang peneliti dan selalu mengadakan percubaan sebelum memberikan
pendapatnya. Pendapat-pendapat beliau diperah daripada kemurnian hidup yang dihayatinya,
dimensi-dimensi ilmu pengetahuan yang dicapainya melalui percubaan-percubaan yang telah
dilakukan dan daripada beberapa kesulitan yang dialami di dalam kehidupannya. Misalnya, dalam
menanamkan dasar-dasar agama kepada anak-anak, Imam al-Ghazali memulakan dengan meniru,
iaitu menunjuk cara, diikuti dengan meyakini dan menguatkan dengan dalil-dalil, membaca ayatayat
al-Quran dan menerangkan kandungan serta maknanya (Fathiyyah Hassan Sulaiman, 1986).

- Kaedah Dialog dan Perbincangan

Kaedah dialog adalah kaedah yang berdasarkan dialog, perbincangan melalui soal jawab untuk
sampai kepada fakta yang tidak dapat diragukan, dikritik dan dibantah lagi. Imam al-Ghazali pernah
menggunakan kaedah perbincangan dan dialog bagi mendalamkan lagi kefahaman seseorang
terhadap ilmu pengetahuan (Abdullah Ishak, 1989). Kaedah ini dapat mengasah otak dan 11
memperkuatkan pendapat di samping kepercayaan kepada diri sendiri dan berkemampuan untuk
berbicara tanpa teks.

Anda mungkin juga menyukai