Anda di halaman 1dari 2

SYUMULIYYAH

Waalaikumussalam wbt ustazah.

Soalan 1: Maksud Syumuliyyah:


Lengkap iaitu agama Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW telah melengkapi dan
sempurna serta meliputi kehidupan di dunia dan di akhirat. Makna lain ialah ajaran Islam
merupakan ajaran yang sempurna dan menyeluruh meliputi semua aspek kehidupan manusia di
dunia dan juga di akhirat.

Soalan 2: dalil naqli

‫ٰ ٓيا َ ُّي َها الَّ ِذي َْن ٰا َم ُنوا ْاد ُخلُ ْوا ِفى الس ِّْل ِم َك ۤا َّف ًة ۖوَّ اَل َت َّت ِبع ُْوا‬
‫ت ال َّشي ْٰط ۗ ِن ِا َّن ٗه َل ُك ْم َع ُد ٌّو م ُِّبي ٌْن‬ ُ ‫ُخ‬
ِ ‫ط ٰو‬
208. Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah ke dalam Islam secara keseluruhan,
dan janganlah kamu ikuti langkah-langkah setan. Sungguh, ia musuh yang nyata
bagimu.

Soalan 3: Bukti Islam itu syumul.


1. Dalam Bidang Ekonomi:
-Pengharaman riba, monopoli, manipulasi dan judi supaya manusia memperoleh harta yang halal
dan diberkati oleh Allah SWT.
2. Dalam Bidang Perundangan:
-Islam bersifat sejagat dan adil tanpa mengira pangkat dan darjat seseorang.
-Islam menetapkan hukuman yang setimpal dengan kesalahan yang dilakukan.
-Islam memelihara hak asasi manusia daripada dicerobohi
3. Dalam Aspek Ibadat:
- Terdapat Ibadat khusus dan ibadat umum
-Setiap amalan dan pekerjaan bertujuan untuk mendapat keredhaan Allah SWT.
-Ibadat dalam Islam sesuai untuk dilakukan mengikut fitrah semulajadi manusia kerana mampu
untuk dilaksanakan oleh semua manusia.

TAWAZUN

Assalam ww. Semua okay?

Ciri Khusus Agama Islam "Tawazun".

Waalaikumussalam Ustazah, alhamdulillah.

1. Maksud Tawazun
Dari segi Bahasa: keseimbangan dalam membuat sesuatu urusan atau sesuatu timbangan.
Dari segi Istilah:suatu sistem yang seimbang dan lengkap yang mencakupi hubungan antara
manusia den gan Allah dan hubungan antara manusia dengan manusia.

2. Dalil naqli Islam itu tawazun.


َ ‫ُوا ْٱلم‬
َ‫ِيزان‬ ۟ ‫ َوأَقِيم‬. ‫ان‬
۟ ‫ُوا ْٱل َو ْزنَ ِب ْٱلقِسْ طِ َواَل ُت ْخسِ ر‬ َ ‫ أَاَّل َت ْطغَ ْو ۟ا فِى ْٱلم‬. َ‫ِيزان‬
ِ ‫ِيز‬ َ ‫َوٱل َّسمَٓا َء رَ َفعَ هَا َو َوضَ عَ ْٱلم‬
Ertinya: “Dan Allah telah meninggikan langit dan Dia meletakkan neraca (keadilan) (7); supaya
kamu jangan melampaui batas tentang neraca itu (8);Dan Tegakkanlah timbangan itu dengan adil
dan janganlah kamu mengurangi neraca itu (9)” (QS Arrahman: 7-9)

3. Pembuktian Islam itu tawazun.


Dari sudut perundangan:
Islam bersifat seimbang mengatr perkara-perkara berkaitan rohani dan jasmani. Misalnya, dari
segi pemantapan rohani, hukuman hudud bagi orang yang murtad sebagai langkah pencegahan
dalam menjaga aqidah.
Dari segi jasmani, hukuman hudud bagi kesalahan mencuri, minum arak, berzina, qazaf,
merompak dengan tujuan untuk menjaga harta, akal serta maruah daripada dicerobohi.

Dari sudut keperluan rohani dan jasmani:


Untuk keperluan rohani, syariat Islam meletakkan rukun-rukun Islam serta ibadat-ibadat khusus
dalam mengukuhkan hubungan kerohanian manusia dengan Allah.
Untuk keperluan jasmani, penetapan nafkah, makanan, perhiasan, perkahwinan, pembahagian
harta pusaka, prinsip ekonomi dan seumpamanya.

Dari sudut bertepatan dengan fitrah manusia:


Islam mengharuskan hiburan serta gurauan ang baik iaitu tidak melanggar hukum syarak. Islam
juga mengharuskan perhiasan yang baik seperti emas, perak, kenderaan dan seumpamanya.

Dari sudut keseimbangan mengatur kehidupan manusia untuk dunia dan akhirat
Manusia dituntut melakukan tanggungjawab untuk dunia dan di akhirat dengan tidak hanya
menumpukan kepada satu aspek semata-semata. Misalnya, di dunia dengan menjadi khalifah
bagi mentadbir serta memakmurkan bumi dengan syariat-Nya. Bagi tanggungjawab akhirat,
mematuhi segala perintah Allah dan meninggalkan larangan-Nya.

Anda mungkin juga menyukai