Anda di halaman 1dari 6

BANDING BEZA TUJUAN DAN CARA PELAKSANAAN MODEL DISIPLIN

ASERTIF CANTER DAN MODEL PENGURUSAN KELOMPOK KOUNIN

Model Displin Asertif Canter

Model Pengurusan Kelompok Kounin


Tujuan
Guru dapat meneyelia dan

Guru dapat mengajar secara

profesioanal dan tanpa gangguan


Murid dapat belajar dengan

mengawas dengan teliti aktivitiaktiviti di dalam bilik darjah.

selamat dan tenang

Cara Pelaksanaan
Guru menetapkan peraturan
Guru berkebolehan untuk

Guru memberi pengiktirafan

mengawasi semua perkara

terhadap tingkah laku yang diingini

(withiness)

Guru menggunakan pendekatan

Guru menangani lebih daripada

Asertif

satu situasi serentak

Guru menjalankan tindakan

(overlapping)

pembetulan terhadap murid yang

melanggar peraturan

Aktiviti berpusatkan murid


(momentum)

Kelancaran aktiviti p & p


(smoothness)

Semua murid perlu menyertai


aktiviti yang dijalankan (group
focus)

Jadual

Model Disiplin Asertif Canter yang dipelopori oleh Lee dan Marlene Canter
pada tahun 1976 merupakan model yang menekankan peneguhan terhadap tingkah
laku yang diingini dan penerimaan murid terhadap akibat daripada tingkah laku yang
diunjukkan. Model yang menekankan penetapan dan penguatkuasaan peraturan
serta bagi memastikan murid-murid mematuhi peraturan tersebut dengan tegas.
Melalui pendekatan disiplin asertif ini, guru akan mengendalikan bilik darjah dengan
berinteraksi secara tenang, serius dan konsisten dengan murid.
Jacob Kounin merupakan pengkaji dan pengasas bagi Model Pengurusan
Kelompok Kounin. Kajiannya mengkhususkan kepada cara pengurusan bilik darjah

dan pengurusan pengajaran dan pembelajaran mempengaruhi tingkah laku murid di


sekolah. Kounin menekankan kebolehan guru dalam mengawasi dan menyelia
semua perkara yang belaku dalam bilik darjahnya pada setiap masa dan cara untuk
menangani masalah sebelum ianya menjadi masalah disiplin.
Tujuan kedua-dua model ini adalah berbeza walaupun ianya menjurus ke satu
perkara yang sama iaitu pengajaran dan pembelajaran yang berjalan tanpa
gangguan dan diselia dengan baik oleh guru. Tujuan Model Disiplin Asertif Canter
adalah bagi agar guru dapat mengajar secara profesioanal dan tanpa gangguan
serta murid dapat belajar dengan selamat dan tenang. Dalam model disipilin asertif
ini penekanan dibuat terhadap penggunaan peraturan yang jelas. Guru akan
memberitu muridnya akan peraturan di dalam bilik darjah yang perlu mereka patuhi
beserta akibat sekiranya melanggar peraturan tersebut. Hal ini demikian kerana,
guru akan dapat mengajar secara profesioanal dan tanpa gangguan apabila tiada
masalah

dan

gangguan

timbul

ketika

sesi

pengajaran

dan

pembelajaran

berlangsung. Selain itu, murid turut dapat belajar dengan selamat dan tenang apabila
keadaan kelas tenang dan terkawal.
Model Pengurusan Kelompok Kounin pula bertujuan agar guru dapat menyelia
dan mengawas dengan teliti aktiviti-aktiviti di dalam bilik darjah. Pembelajaran yang
menarik dan penyeliaan guru terhadap semua murid-muridnya membuatkan kelas
dalam keadaan terkawal. Guru dapat melakukan beberapa perkara serentak seperti
ketika guru memberikan arahan kepada muridnya untuk membaca teks, guru bole
menegur perbuatan rakan muridnya yang tidak memberikan tumpuan. Model
Pengurusan Kelompok Kounin lebih berpusatkan murid dan demokrasi berbanding
Model Disiplin Asertif Canter.
Cara pelaksanaan bagi Model Disiplin Asertif Canter adalah guru akan
menetapkan peraturan di dalam kelas. Guru akan menyatakan perkara yang guru
ingin murid lakukan dan perkara yang dilakukan murid yang tidak guru sukai.
Peraturan yang dinyatakan hendaklah guru nyatakan dengan jelas. Menurut Canter,
murid-murid memilih untuk bertingkah laku. Oleh itu, guru perlu menyediakan
persekitaran pembelajaran yang dapat membantu murid memilih tingkah laku yang
bersesuaian. Untuk mencapai persekitaran yang kondusif, keperluan-keperluan guru
dan murid perlu dipenuhi melalui pengurusan bilik darjah yang asertif. Apabila murid

melakukan tindakan yang guru mahukan, murid tersebut akan diberikan pengiktirafan
seperti pujian. Hal ini boleh menggalakkan murid untuk terus melakukan perbuatan
yang baik itu. Sebaliknya, bagi murid yang melanggar peraturan dengan melakukan
perkara yang guru tidak sukai, murid tersebut akan diberikan amaran pertama yang
menyatakan guru akan melakukan sesuatu terhadapnya sekiranya dia masih
melakukan perkara tersebut. Amaran tersebut adalah sebagai peringatan untuk
murid yang mengingatkan akan peraturan yang telah dibuat dan ditegaskan guru.
Sekiranya murid masih melanggar peraturan yang telah guru tetapkan, guru perlu
bertindak seperti apa yang dikatakannya ketika memberi amaran. Hal ini amat
penting bagi menunjukkan kepada murid yang guru terbabit serius mengenai
peraturan yang dikatakannya.
Di samping itu, tindakan ini dipanggil sebagai tindakan pembetulan. Tindakan
pembetulan ini juga dilakukan untuk menunjukkan kesan atau akibat melanggar
peraturan yang telah ditetapkan guru supaya murid lain tidak akan melakukannya
pada masa akan datang. Pendekatan yang digunakan guru dalam bilik darjah bagi
model Canter ini ialah pendekatan asertif. Guru hendaklahserius dan tegas dalam
menyatakan peraturannya. Apabila murid melanggar peraturan yang telah ditetapkan
di dalam bilik darjah, guru perlu mengambil tindakan tegas. Guru tidak boleh
bertindak mengikut emosi sahaja. Guru yang cepat marah dan melenting hanya akan
membuatkan pelajar berasa takut dan tidak seronok ketika di dalam kelas. Sekiranya
murid berasa takut dan tidak seronok berada di dalam kelas sewaktu sesi
pengajaran dan pembelajaran, hak murid untuk belajar dengan tenang tidak
kesampaian. Guru yang asertif tidak akan membuatkan murid-muridnya berasa keliru
terhadap perlakuannya. Guru jenis ini pandai mengawal emosi mereka dan dapat
menagawal keadaan kelas.

Menetapkan
peraturan

Pengiktirafan

CARA
PELAKSANAAN
MODEL DISIPLIN
ASERTIF
CANTER

Pendekatan
Asertif

Tindakan
pembetulan

Rajah__: Cara pelaksanaan Model Disiplin Asertif Canter


Bagi Model Pengurusan Kelompok Kounin pula, cara pelaksanaannya adalah
guru akan mengawal semua perkara dan berkebolehan dalam mengawal bilik darjah.
Setiap perkara yang terjadi di dalam bilik darjah sentiasa berada dalam kawalan
guru. Walaupun pada suatu masa guru sedang memberi perhatian kepada kumpulan
lain, guru masih tetap peka terhadap keadaan bilik darjah. Guru juga boleh
menangani suatu masalah itu daripada menjadi lebih serius. Contohnya dalam suatu
keadaan, ketika guru sedang memberi penerangan terhadap kumpulan lain dalam
bilik darjah, terdapat murid daripada kumpulan lain yang makan di dalam kelas. Guru
perlu menegur murid tersebut secara tegas dan spesifik dengan memanggil nama
nama murid tersebut dan menegur perbuatan yang dilakukan muridnya. Tambahan
pula, dalam model Kounin ini guru perlu menangani dua situasi serentak. Sebagai
contoh, guru memberikan arahan kepada Ali untuk membaca teks yang telah

diedarkan guru. Dalam pada masa yang sama guru turut menegur Ahmad kerana
menggangu rakan yang duduk di sebelahnya. Contoh situasi ini, Ali baca
peranggan tiga. Ahmad tengok teks yang cikgu bagi dan berhenti menggangu Abu.
Bagi mengelakkan murid menimbulkan sebarang masalah, guru perlu
menjalankan aktiviti yang menarik yang berpusatkan murid di dalam bilik darjah.
Namun demikian, sekiranya murid suka akan suatu aktiviti itu, guru tidak boleh
memberhentikan aktiviti itu atau menukarkannya dengan aktiviti lain kerana ianya
akan menyebabkan berlakunya masalah. Murid akan memberontak dengan
membuat bising dan menggangu rakan mereka dan dengan kata lain ianya turut
menggangu sesi pengajaran dan pembelajaran pada hari itu. Oleh yang demikian,
guru perlu memastikan sesi pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar.
Kelancaran sesi pengajaran dan pembelajaran akan berlaku apabila
seseorang guru dapat menarik perhatian muridnya, dapat melakukan peralihan
aktiviti secara cekap dan lancar serta guru dapat menyimpulkan isi pelajaran pada
akhir pengajaran. Kelancaran juga dapat dikaitakan dengan masa yang ditetapkan
guru dalam melakukan satu aktiviti itu. Guru perlu memastikan setiap aktiviti yang
dilakukan mula dan tamat tepat atau lebih kurang dengan masa yang dirancang.
Penyediaan yang rapi perlu dilakukan guru bagi mengelakkan masalah seperti masa
tidak cukup tidak berlaku.
Aktiviti yang dijanlankan guru perlu pelbagai, mencabar dan menyeronokkan.
Murid-murid sukan akan aktiviti yang dapat mencabar diri dan pemikiran mereka.
Guru hendaklah memastikan yang setiap murid di dalam bilik darjah terlibat dalam
aktiviti yang dijalankan guru. Setiap aktiviti yang dilakukan akan mendapat maklum
balas murid. guru dapat melihat sama ada murid menyukai aktiviti tersebut atau
tidak. Aktiviti yang dijalankan boleh dibuat secara dua hala antara guru dengan murid
atau murid dengan murid. setiap murid perlu dilibatkan secara aktif dalam setiap
aktiviti yang dijalankan. Ketika aktiviti berkumpulan, guru boleh meminta murid yang
pasif untuk memberikan pendapat kepada kumpulannya. Sekiranya, terdapat murid
yang menimbulkan masalah, guru boleh berjumpa murid tersebut dan membantunya
secara indvidu.

.
Guru
berkebolehan
untuk
mengawasi
semua perkara
(withiness)

Semua murid
perlu menyertai
aktiviti yang
dijalankan
(group focus)

CARA
PELAKSANAAN
MODEL
PENGURUSAN
KELOMPOK
KOUNIN

Aktiviti
berpusatkan
murid
(momentum)

Guru
menangani
lebih
daripada satu
situasi
serentak
(overlapping)

Kelancaran
aktiviti p & p
(smoothness)

Rajah __: Cara pelaksanaan Model Pengurusan Kelompok Kounin

Anda mungkin juga menyukai