Anda di halaman 1dari 13

Aplikasi Model Disiplin Canter dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran Model Disiplin Asertif membantu guru mengajar

dan menguruskan bilik darjah secara efektif sekaligus memastikan setiap murid dihormati di dalam kelas tersebut. Model ini merupakan sebuah model penegasan pengurusan tingkah laku dan merupakan salah satu model yang sangat diminati oleh ramai guru kerana mudah difahami dan diamalkan di dalam kelas serta amat berkesan.Menurut Marlene Canter, guru mempunyai hak untuk menentukan dan mengamalkan peraturan dan mengarahkan murid untuk mematuhinya. Model ini memberikan garis

panduan kepada guru untuk memberi pengukuhan dan tindakan yang wajar bagi menangani masalah tingkah laku murid-murid. Hal ini kerana tanggungjawab merupakan nadi disiplin asertif dan guru harus bersifat asertif ketika mengawal kelas. Guru boleh merangka sistem ganjaran dan dendaan yang boleh dijadikan rujukan murid mengenai tingkah laku yang baik dan buruk. Setiap ganjaran dan peneguhan mempunyai impak tersendiri bergantung kepada tindakan guru tersebut. Contoh peneguhan positif adalah seperti pemberian hadiah kecil manakala peneguhan negatif muncul dalam bentuk dendaan. Canter juga memberi pandangan beliau terhadap guru asertif. Menurut Canter, guru asertif menggangap murid mereka sebagai pesalah. Oleh itu, jika guru ingin mengawal kelas tersebut dan mengajar dengan berkesan mereka hendaklah sentiasa bersifat tegas walaupun perbuatan guru seperti ini memberi rasa tidak tidak selesa kepada murid-murid di dalam kelas yang diajar oleh mereka. Oleh itu, guru boleh mengalihkan perhatian murid-murid dengan menyediakan bahan bantu mengajar yang baik sebagai mengimbangi ketegasannya terhadap murid supaya mereka selesa dengan guru tersebut. Dengan ini guru dapat memperlihatkan sikap kebertanggungjawaban terhadap murid disebalik ketegasannya. Murid juga dapat menilai rasional tindakan
52

guru mereka itu yakni bukanlah bertujuan untuk mendera mental dan fizikal mereka melainkan untuk mendidik mereka. Guru mengamalkan ciri disiplin asertif ini apabila menetapkan peraturan dalam kelasnya sendiri. Guru boleh mengeluarkan kenyataan seperti Saya yang berkuasa di kelas itu dan semua akan mengikut cara saya. Apabila guru tegas dalam hal disiplin tetapi dengan berpandukan peraturan yang adil lambat laun murid-murid akan menurut apa yang guru hasratkan. Ini kerana jika guru itu jujur dengan murid-muridnya, maka mereka juga akan jujur dengan guru mereka. Seperkara lagi, model Canter member panduan kepada guru untuk mengekalkan persekitaran pembelajaran yang positif. Guru asertif akan menjadikan bilik darjah di bawah kawalan guru yang tegas adalah yang terbaik untuk murid-murid mereka. Dengan adanya disiplin asertif, interaksi di antara guru dengan murid adalah positif dan secara berhormat apabila tindakan diambil terhadap tingkah laku yang sesuai dalm bilik darjah. Guru juga perlu mengelakkan daripada timbulnya situasi tegang apabila perlu menghukum murid kerana guru dan murid mempunyai hak masingmasing. Hak tersebut adalah seperti hak guru untuk mengajar tanpa gangguan. Jadi, guru perlu menyediakan persekitaran pembelajaran positif yang membantu murid memilih tingkah laku yang sesuai. Hak murid pula memilih unutuk belajar dalam persekitaran kondusif . oleh itu, murid perlu memilih dalam bertingkah laku. Seorang guru akan gagal menyediakan suasana pembelajaran yang kondusif sekiranya mereka gagal mengambil tindakan ke atas tingkah laku yang mengganggu pembelajaran. Salah satu elemen penting dalam memupuk disiplin yang baik adalah pengiktirafan. Pengiktirafan merujuk kepada perhatian khusus yang diberikan oleh guru apabila murid menunjukkan tingkah laku yang diingini. Ia perlu digunakan

53

dengan kadar yang kerap untuk meningkatkan keyakinan diri murid dan memastikan konsep kendiri murid berada di tahap yang sewajarnya. Pengiktirafan juga bertindak sebagai mangkin yang menggalakkan tingkah laku yang diingini disamping menjadi rencah dalam membina persekitaran pembelajaran yang positif. Bentuk pengiktirafan adalah pelbagai mengikut pilihan guru. Terdapat guru yang memberikan pengiktirafan dalam bentuk galakan, memberikan komen yang membina serta memaklumkan tingkah laku murid yang baik kepada ibu bapa semasa hari menandatangani buku rekod pencapaian murid. Begitulah sebaliknya jika murid menjukkan tingkah laku yang tidak diingini. Berlawanan dengan pengiktirafan, imbuhan yang diterima adalah berbentuk tindakan pembetulan khas bagi muridmurid yang mengganggu hak murid-murid lain untuk belajar dengan selesa. Berhadapan dengan murid-murid yang bermasalah disiplin sememangnya tidak dapat dielakkan. Apabila berlaku salah laku dalam darjah, hal ini perlu ditangani dengan segera. Oleh itu, guru harus mengusahakan supaya murid

yang berkenaan menyedari tingkah lakunya sebelum perlakuan murid tersebut sebelum murid-murid lain terpengaruh dengannya. Guru boleh mengambil langkah membuat hierarki disiplin mengikut keutamaan beserta tindakan pembetulan yang akan dikenakan. Setiap tindakan pembetulan semakin serius mengikut aras kesalahannya yang terdahulu. Untuk menjalankan hierarki disiplin secara berkesan, guru perlu menyimpan rekod kesalahan murid. Hal ini penting sebagai rujukan untuk tindakan yang bakal dikenakan sama ada ringan atau berat. Selain itu, rekod ini berfungsi sebagai bahan bukti. Hal ini berikutan sikap ibu bapa masa kini yang lantang bersuara di dada akhbar dan membawa tindakan guru ke muka pengadilan dek kerana tindakan guru menghukum anaknya walhal murid itu sendiri sememangnya bersalah. Kehadiran rekod disiplin murid dapat dijadikan sebagai bahan bukti utama sekiranya kesalahan murid perlu dirujuk kepada pihak atasan dan
54

tiada sesiapa dapat mempertikaikannya. Berikut merupakan contoh bagaimana Hierarki Tindakan Pembetulan Canter berfungsi :

Rajah : Hierarki Tindakan Pembetulan Canter

Canter turut menekankan bahawa pengurusan disiplin yang berkesan bermula dengan bimbingan kepada murid-murid tentang pelan pengurusan disiplin yang dibentuk. Matlamat pengurusan disiplin yang cemerlang tidak dapat dicapai dengan hanya membaca peraturan kepada murid-murid atau

memaparkannya di papan kenyataan sahaja. Murid-murid terutama sekali yang berada di sekolah rendah sukar memahami apa yang guru mereka inginkan. Oleh itu, guru harus menyalurkan hasrat yang diinginkan dengan jelas. Berikutan itu, guru perlu menerangkan pelan-pelan pengurusan disiplin seperti berikut :

Rajah : Langkah-langkah pelan pengurusan bilik darjah

Kesimpulannya, model Canter mewujudkan persekitaran yang bersifat autoritarian di mana pelajar hanya akur kepada kehendak guru dan murid perlu bertanggungjawab atas sebarang salah laku yang timbul. Namun begitu, model ini mudah difahami dan diamalkan di dalam kelas serta amat berkesan tambahan pula teknik-teknik yang diberikan dapat membantu hampir keseluruhan murid untuk bertanggungjawab terhadap tigkah laju mereka. Model ini juga jelas, tegas, teguh dan tidak merumitkan murid-murid di dalam bilik darjah. Walaubagaimanapun, terdapat segelintir murid yang sukar dibimbing selalunya terdiri dalam ketegori gemar memberontak, mengganggu murid lain, memerlukan perhatian dan tidak
55

bemotivasi. Kelompok ini seringkali mencabar kewibawaan guru dan sengaja menaikkan kemarahan guru degan melanggar peraturan. Oleh itu, guru haruslah bijak menangani kemarahan dan mengawal stress apabila berhadapan dengan murid seperti ini. Sikap putus asa harus dielakkan kerana mereka inilah yang memerlukan perhatian dan pertimbangan yang maksima daripada guru. Guru bolehlah mencari jalan untuk berkomunikasi dengan lebih kerap bersama mereka agar dapat menanamkan kepercayaan mereka terhadap guru mereka sekaligus memberi ruang kepada guru untuk mendekati mereka.

53

Aplikasi Model Disiplin Kounin dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran Model pengurusan kelompok Kounin yang diasaskan oleh Jacob Kounin (1971) seorang pakar Psikologi Pendidikan menyatakan dua fokus utama iaitu a) Disiplin b) Pengajaran Disiplin di sini membawa maksud usaha guru untuk mengekalkan tingkah laku yang baik dalam bilik darjah. Manakala, pengajaran pula bererti usaha membantu pelajar memperoleh maklumat dan kemahiran. Kounin telah berusaha dengan cuba untuk mengubah corak pemikiran dengan mengintegrasi nilai pengajaran dan disiplin. Menurut Kounin faktor utama dalam menguruskan disiplin di dalam bilik darjah berkait dengan kebolehan guru mengekalkan keharmonian bilik darjah sepanjang sesi P&P berlangsung. Oleh itu, guru sebagai pendorong dalam darjah boleh mengamalkan teknik-teknik pengurusan bilik darjah berpandukan model Kounin. Teknik yang boleh diaplikasikan dalam model Kounin adalah withitness . Guru harus berkebolehan mengetahui apa yang sedang dilakukan oleh semua murid pada setiap masa. Oleh itu, guru harus sentiasa peka terhadap bunyibunyian dalam bilik darjah supaya tidak ada sebarang perlakuan yang tidak diingini berlaku di luar pengetahuan guru. Dalam konteks ini, susun atur perabot di dalam kelas memainkan peranan yang penting. Guru juga perlu menyusun atur kerusi dan
54

meja murid supaya tiada yang terselindung daripada pandangannya. Oleh itu, meja guru biasanya diletakkan dihadapan kelas. Meja murid pula sebaiknya menghadap ke arah guru. Seorang guru yang baik sudah pasti mengenali sikap murid-muridnya dengan terperinci. Oleh itu, mudah bagi guru untuk menentukan pelan tempat duduk murid-muridnya. Murid- murid yang nakal dan suka bercakap akan ditempatkan di barisan hadapan bagi membolehkan kawalan guru terhadap kumpulan murid jenis ini berada di tahap maksima. Selain itu, saiz badan murid juga boleh dijadikan panduan untuk menyusun tempat duduk murid. Murid yang berbadan kecil tidak septutnya berada dibelakang kerana dikhuatiri terlindung oleh rakan-rakannya yang berbadan besar. Hal ini menghalang pandangan guru dan murid terdorong untuk tidak menumpukan perhatian kerana guru tidak dapat mengawasi perbuatannya. Semasa memberi bimbingan peribadi terhadap murid pula guru perlu memastikan dirinya tidak membelakangkan murid yang lain. Selain itu, model Kounin juga membantu meningkatkan kebolehan guru untuk menangani dengan berkesan dua peristiwa pada satu masa yang sama. Kaedah ini menguji kecekapan guru dalam mengendalikan situasi bilik darjah kerana seorang guru biasanya perlu mengawasi bukan seorang dua murid tetapi puluhan orang murid yang tiap seorang dariapda mereka mempunyai karekter yang berbeza. Sambil menumpukan perhatian kepada satu kumpulan, guru perlu juga prihatin terhadap apa yang berlaku di sekeliling, misalnya gerak-geri murid yang duduk di barisan belakang. Biasanya, murid-murid di bahagian belakang kelas akan mengambil peluang ini untuk berbual-bual dan bermain sesama rakan. Hal ini berkaitan dengan teknik overlapping . sebaik sahaja terdengar bunyi-bunyian yang mengganggu di dalam kelas, guru akan bertindak pantas dengan memberi amaran kepada murid yang berkenaan dan minta murid tersebut menghentikan

perbuatannya. Kemudian, guru meneruskan perbincangan dengan murid lain.


53

Melalui tindakan ini murid-murid tahu dan sedar bahawa mereka sentiasa berada dalam kawalan guru tersebut dan mereka akan menjaga tingkah laku mereka supaya tidak menaikkan kemarahan guru tersebut Kelancaran pula merujuk kepada kebolehan guru menjalankan P&P tanpa sebarang gangguan. Guru bolehlah membuat perancangan awal agar dapat proses P&P berjalan dengan lancar. Sebagai contoh, guru merancang setiap

langkah-langkah penyampaian bagi mengelakkan mengulang sesuatu yang telah diajar itu berulang kali kepada murid-murid. Guru juga telah bersiap bersedia

dengan latihan penggayaan yang dikhususkan sebagai aktiviti tambahan untuk murid-murid yang telah berjaya menguasai sesuatu tahap pembelajaran . Dengan ini, murid-murid yang telah menyiapkan kerja yang diberikan boleh mendapatkan latihan yang lain dengan aras yang berbeza tanpa mengganggu guru menjalankan kegiatan pemulihan terhadap murid murid yang memperlihatkan pencapaian yang tidak memuaskan dalam pelajaran. Oleh itu, keadaan kelas terkawal kerana guru membuat persiapan rapi terhadap aktiviti untuk murid-muridnya mengikut tahap. Di samping itu,terdapat kajian Kounin yang menarik mengenai pengurusan disiplin iaitu Kesan Gelombang (Ripple Effect). Kesan Gelombang didefinisikan sebagai tindakan guru ke atas mana-mana murid yang kemudiannya turut memberikan impak kepada murid-murid lain. Disiplin murid-murid akan terkawal kerana apabila terdapat murid yang melakukan salah laku disiplin dalam kelas mendapat teguran atau dendaan, maka murid-murid yang lain mengambil iktibar daripada peristiwa tersebut. Contoh Kesan Gelombang yang boleh diaplikasikan :

Bagus! Saya dapati ramai murid dalam kelas ini sudah menyiapka kerja yang saya berikan. Teruskan kerja kamu . Sambil memandang ke arah beberapa orang murid yang berbual kosong tidak menyiapkan tugasan yang diberikan guru menyambung, malangnya, mugkin ada beberapa orang yang tidak dibernarkan pulang kerana tidak menyiapkan latihan yang saya beri .
54

Kesan Gelombang boleh dimaksimumkan supaya berupaya untuk diserap dengan efektif. Oleh itu, guru harus mempunyai tiga ciri semasa menjalankan tidakan disiplin terhadap murid seperti berikut :

Rajah : Tiga ciri guru dalam disiplin efektif Kesan Gelombang

Selain itu, model ini juga melatih guru untuk

memastikan pembelajaran

berlaku pada kadar yang stabil. Guru tidak perlu mengulang konsep kecil yang telah difahami sebaliknya guru perlu memperbetulkan kesilapan murid , kemudian teruskan dengan pengajaran lanjut. hal ini kerana penerangan yang meleret lerat hanyalah membuanga masa dan tidak menyumbang kepada perkembangan intelek murid-murid. Guru guru juga harus membenarkan murid bergerak dari satu aktiviti lain tanpa dipaksa untuk menunggu murid yang agak lambat. Hal ini bukan sahaja mengelakkan murid-murid ini daripada menganggu perjalalan P&P apabila mereka membuat bising kerana tiada aktiviti yang dikhaskan untuk mereka. Selain itu,

perkara ini adalah penting sebagai insiatif bagi mengelakkan kebosanan murid. Model Kounin juga boleh digunakan untuk mengekalkan penglibatan aktif murid dan mewujudkan minat mereka. Hal ini bagi menggalakkan akauntibiliti murid. Guru perlu mewujudkan suatu perasaan dalam diri murid itu seperti guru sangat menghargai penyertaan mereka dalam setiap aktiviti dalam kelas. Hal ini kerana setiap murid berhak mendapat peluang sama rata untuk menyerap segala ilmu dan meningkatkan kemahiran yang dicurahkan oleh guru kepada mereka. Oleh itu, guru bertindak menyediakan laluan dengan memudahkan mereka melibatkan diri dalam aktiviti semasa P&P. Sebagai cadangan,guru bolehlah menggunakan pelbagai
53

bahan maujud semasa set induksi bagi menimbulkan perasaan ingin tahu membuakbuak dalam diri murid-murid. Kemudian, guru bolehlah mengemukakan soalansoalan setelah berjaya menarik tumpuan semua murid. Seterusnya, wujudkan minat murid melalui soalan yang bercorak suspens dan minta seluruh kelas menjawabnya.

Kesimpulannya, strategi pengurusan Kounin telah memberikan galakan pembelajaran yang aktif bukan sahaja dalam pendidikan formal malahan berkesan juag bagi murid bermasalah pembelajaran. Strategi yang syorkan Kounin digunakan secara meluas pada masa kini dalam sistem pendidikan. Melalui amalan strategi dan teknik pengajaran Kounin, guru dapat menitik beratkan variasi dari segi strategi dan teknik pengajaran supaya dapat mengekalkan minat dan semangat murid untuk

belajar. Namun begitu, model ini juga terdapat kekurangannya yang perlu diambil kira oleh para guru jika mengaplikasikannya. Sebagai contoh, model ini tidak menitik beratkan ke arah menyemai atribut-atribut keguruan seperti guru perihatin, penyabar dan mesra kerana guru harus serius dan tegas. Oleh yang demikian kebijaksaan para guru amatlah dituntut dalam membuat pertimbangan semasa mengaplikasikan strategi Kounin. Sebagai langkah penambahbaikan, guru boleh memodifikasi dari segi perwatakan guru yang lebih positif dan mendekati murid supaya menjayakan usaha guru menguruskan tingkah laku dalam bilik darjah.

Refleksi Kendiri Nama : Aminah Cendrakasih binti Suhaimee

53

No. K/P

: 910502086004

Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana saya telah berjaya melaksanakan pembentangan tutorial di bawah tajuk Model Disiplin Asertif Canter. Sebelum pembentangan dijalankan, saya dan ahli kumpulan saya seramai empat orang yang lain terlebih dahulu mengkaji topik ini secara mendalam. Setelah diteliti, saya dapat mengenal pasti bahawa topik ini boleh dibahagikan kepada beberapa komponen utama. Pertama sekali adalah mengenai guru agresif, guru tidak asertif dan guru agresif. Melalui pembacaan dan rujukan kepada pensyarah iaitu Encik Kanthasamy A/L Sundara Rajoo saya dan rakan-rakan telah mendapat panduan bagi melaksanakan pembentangan ini mengikut susunannya. Semasa menyediakan paparan slide Power Point bagi komponen guru asertif, saya telah mendapat banyak panduan tentang ciri-ciri guru asertif. Saya berasa sungguh tertarik dengan model disiplin yang disyorkan oleh Lee dan Marlene Canter ini dimana model ini menekankan Disiplin Asertif. Sebagai bakal guru, saya menyedari bahawa pendekatan terbaik untuk mengendalikan bilik darjah adalah dengan berinteraksi dengan tenang, serius dan konsisten dengan murid. Justeru itu, saya telah menetapkan matlamat saya ketika menjadi pendidik kelak dengan ciri-ciri personaliti seorang guru berpandukan model guru asertif. Selain itu, pembentangan ini juga memberikan kepada saya sebuah gambaran yang jelas tentang perbandingan antara ciri guru asertif, tidak asertif dan guru agresif. Jika selama ini, saya seringkali menganggap setiap tindakan yang dilakukan oleh guru semasa di alam persekolahan dahulu sentiasa betul dan tidak boleh dipertikaikan. Namun begitu, setelah menilai ciri guru tidak asertif dan agresif,

54

saya dapat memahami bahawa terdapat teknik-teknik pengajaran guru yang tidak tepat. Misalnya guru agresif mengeluarkan arahan yang keras akan membuatkan murid berasa terancam di dalam kelas. Selain itu, saya juga mendapat pengajaran yang penting dalam pembinaan personaliti guru iaitu menjadi guru yang bersikap lembut dan pasif terhadap murid-murid bukanlah jaminan bahawa kita bakal menjadi guru kesukaan murid. Sebaliknya apa yang berlaku, murid hilang rasa hormat

terhadap guru. Hal ini kerana guru tidak menyampaikan hasrat yang jelas dan konsisten. Oleh itu, saya perlu tahu apa yang saya inginkan daripada murid-murid dan nyatakannya dengan jelas. Guru yang tegas pastinya akan berlaku adil terhadap murid-murid. Sebagai panduan kepada diri saya dan rakan-rakan yang lain, saya turut memuatkan slide tentang implikasi bagi model asertif, tidak asertif dan agresif agar penilaian boleh dibuat tentang kesannya terhadap murid-murid. Seperkara lagi, saya juga memperlajari tentang cara-cara mengenakan tindakan pembetulan kepada murid-murid. Antara langkah yang dicadangkan adalah menyimpan rekod kesalahan yang dilakukan oleh murid. Hal ini mustahak kerana profesion guru masa kini semakin sukar berikutan pemikiran dan cara didikan segelintir ibu bapa yang menyukarkan guru bertindak terhadap anak-anak mereka. Oleh itu, penyimpanan rekod kesalahan murid dapat dijadikan sebagai bukti yang kukuh sekiranya tindakan guru dipersoalkan oleh ibu bapa. Setiap tindakan atau dendaan juga harus berhemah dan bukanlah secara membuta tuli. Selain itu, kumpulan saya juga turut menyediakan sesi main peranan semasa pembentangan tajuk ini. beberapa situasi ditentukan dan rakan-rakan yang terpilih orang memainkan peranan yang diberi (seorang guru dan seorang murid). Aktiviti ini telah Berjaya menarik minat beberapa rakan-rakan yang pada mulanya tidak menumpukan perhatian semasa pembentangan. Namun begitu, apabila diminta
55

berlakon, mereka memberikan kerjasama yang baik. Aktiviti ini memperkukuhkan lagi pemahaman terhadap aplikasi model guru asertif,tidak asertif dan agresif. Tambahan pula, pengalaman sebenar menjadikan kemahiran yang diperolehi semasa pembentangan mudah diingati. Pensyarah juga turut membimbing lakonan rakan-rakan dan saya dapat melihat dengan jelas bagaimana cara-cara untuk membina kemahiran asertif iaitu ketegasan guru . Secara keseluruhannya, pembentangan ini telah memberikan impak yang positif dimana saya mendapat garis panduan mengenai cara-cara pengurusan disiplin yang baik menggunakan pendekatan yang berkesan. Selain itu, saya dapat mengenal pasti ciri personaliti guru yang baik dari aspek model asertif iaitu tegas tetapi tidak mengagnggap murid sebagai musuh tidak menggunakan stail kasar, menyindir, ataupun bermusuhan dan saya pasti akan mengaplikasikannya di dalam bilik darjah kelak.

56

Anda mungkin juga menyukai