Anda di halaman 1dari 4

KemahiranVariasiRangsangan

KEMAHIRAN VARIASI RANSANGAN. 1.0 OBJEKTIF. Di akhir pengajaran pelajar akan mempelajari dan memahami : y Prinsip-prinsip penggunaan variasi rangsangan. y Objektif penggunaan variasi ransangan. y Kesan penggunaan variasi ransangan ke atas pengajaran pembelajaran. y Komponen kemahiran variasi ransangan. . Cara Pengendalian pengajaran Mikro 2.0 VARIASI RANSANGAN. y Merupakan teknik mempelbagaikan kaedah dan teknik penyampaian guru dengan tujuan menarik perhatian dan minat pelajar dalam aktiviti pengajarannya. y Dalam proses p & p masa tumpuan pelajar adalah singkat. Mereka akan hilang minat jika aktiviti tidak dipelbagaikan. y Kemahiran variasi rangsangan meliputi kemahiran mengubah-ubah tingkah laku guru, mempelbagaikan aktiviti pengalihan saluran deria pelajar, menukar corak interaksi antara guru dan pelajar, serta mempelbagaikan kaedah dan teknik mengajar.

3.0 PRINSIP PENGUNAAN VARIASI RANSANGAN. y Perubahan kaedah dan teknik penyampaian guru haruslah dikaitkan dengan tujuan dan isi pelajaran. Ianya mesti mempunyai perkaitan dengan matlamat am dan kandungan pelajaran yang hendak disampaikan.

y Perubahan aktiviti pengajaran haruslah lancar dan dikaitkan dengan langkahlangkah penyampaian diantara satu sama lain.
y Penggunaan alat bantu mengajar untuk mempelbagai pengalihan saluran deria harus dirancang dan disampaikan dengan teknik yang berkesan.

y Setiap langkah penyampaian harus mengandungi aktiviti yang berbeza. Jika masa pemyampaian sesuatu langkah mengajar melebihi 5 minit, corak aktiviti pengajaran harus dipelbagaikan. y Guru harus mengubah rangsangan berdasarkan maklum balas yang didapati daripada pelajarnya.

4.0 OBJEKTIF PENGGUNAAN VARIASI RANSANGAN. y Memusatkan perhatian pelajar & mengekalkan perhatian mereka terhadap pengajaran guru. y Melibatkanpelajarsecaraaktifdalamberbagaipengalamanbarudalampembelajaran. y Memberi peluang kepada pelajar menggunakan berbagai saluran deria untuk memperoleh ilmu. y Memotivasi dan membangkitkan naluri ingin tahu melalui pelbagai aktiviti pengajaran guru. y Memberi peluang kepada pelajar menikmati pelbagai aktiviti yang dijalankan. y Mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang positif dan seronok. 5.0 KESAN PENGGUNAAN VARIASI RANSANGAN KE ATAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN y Aktiviti P & P akan menjadi lebih seronok & menarik. Kanak-kanak lebih ceria dan seronok untuk belajar. P&P menjadi lebih bermakna dan berjaya meninggalkan kesan yang mendalam. y Minat & perhatian mereka akan ditumpukan sepenuhnya terhadap aktiviti pengajaran guru. Mereka akan dapat memahami bahan konsep pengajaran

guru dengan lebih baik lagi. y Naluri ingin tahu pelajar akan dibangkitkan & mereka berusaha melibatkan diri secara aktif. Contohnya melukis, melabel, memain peranan dan sebagainya. y Pelajar berpeluang menggunakan pelbagai saluran deria untuk mempelajari sesuatu. Guru akan melakukan pergerakkan badan dan ini akan meneguhkan P&P. y Dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang positif. Dengan bantuan ABM yang sesuai dapat merangsangkan P&P kanak-kanak. y Masalah disiplin dapat dikawal apabila pelajar menumpukan sepenuh perhatian terhadap aktiviti pengajaran guru. 6.0 KOMPONEN KEMAHIRAN VARIASI RANSANGAN. Kemahiran variasi rangsangan mengandungi 6 komponen. y Komponen perubahan pergerakan langkah guru. Guru bergerak ke kiri dan kanan, belakang dan depan semasa mengajar. Ia perlu dilakukan secara perlahan supaya tidak mengganggu P&P dan tumpuan kanakkanak. y Komponen perubahan pergerakan anggota guru. Guru juga boleh menggunakan bahagian anggota badan yang baru contohnya tangan untuk menegaskan penerangan dan penyampaian. y Komponen perubahan nada suara guru. Guru tidak hanya menggunakan suara yang mendatar tetapi perlu mengubah nada suara mengikut kepentingan bahan pengajaran. y Komponen perubahan fokus deria pelajar. Perhatian kanak-kanak akan berubah apabila guru mengubah cara mengajar dengan menggunakan ABM.

y Komponen perubahan bentuk lisan pelajar. Kanak-kanak boleh dilibatkan secara lisan contohnya penggunaan bahasa. y Komponen perubahan bentuk fizikal pelajar. Perubahan bentuk fizikal pelajar seperti lakonan, menulis, dan simulasi.

Anda mungkin juga menyukai