Anda di halaman 1dari 4

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN DUNIA SENI VISUAL

Tahun : 3 Bestari
Bilangan murid : 21 orang
Tarikh : 12 Februari 2014
Bidang : Mengenal Kraf Tangan
Aktiviti : Menyurih
Tema : Objek buatan manusia
Tajuk : Keris
Masa : 11.35 pagi 12.35 tengah hari
Media : krayon, berus

Bahan bantu mengajar : Gambar
EMK : Kreativiti dan inovasi, keusahawanan

STANDARD KANDUNGAN
4.1 Membuat persepsi dan menggunakan bahasa seni visual yang ada pada model alat
pertahanan diri.
4.2 Mengaplikasi bahasa seni visual dan media dalam penghasilan model alat pertahanan
diri.
4.3 Penzahiran idea melalui pelbagai sumber, kajian dan teknologi dalam penghasilan
model alat pertahanan diri.
4.4 Apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual, sejarah
seni dan budaya.





STANDARD PEMBELAJARAN
4.1 Persepsi Estetik: Murid dapat mengenal, memahami dan menyatakan bahasa seni
visual yang ada pada model alat pertahanan diri.
4.1.1 Unsur seni
4.1.1.1 Bentuk ilusi
4.1.1.2 Warna primer dan sekunder
4.1.2 Prinsip rekaan
4.1.2.1 Imbangan imbangan simetri
4.2 Aplikasi Seni: Murid dapat mengetahui dan memahami bahasa seni visual, media
serta proses dan teknik dalam penghasilan karya.
4.2.1 Mengenal dan menyatakan jenis media
4.2.1.1 Alat berus
4.2.1.2 Bahan krayon, kertas lukisan
4.2.2 Mengetahui penggunaan media serta proses dan teknik dalam penghasilan karya
4.2.2.1 Teknik menyurih
4.3 Ekspresi Kreatif: Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman bahasa
seni visual, media serta proses dan teknik dalam penghasilan karya.
4.3.1 Memilih dan memanipulasi bahan secara kreatif.
4.3.2 Menggunakan bahasa seni visual dalam penghasilan karya.
4.3.3 Mengaplikasikan proses dan teknik yang sesuai dalam penghasilan karya.
4.4 Apresiasi Seni: Murid dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan
berpandukan bahasa snei visual.
4.4.1 Mempamerkan karya yang dihasilkan.
4.4.2 Menghargai dan menceritakan karya sendiri dan rakan secara lisan.

MASA AKTIVITI / KANDUNGAN CATATAN
5 minit Set Induksi Persepsi Estetik
1) Guru menunjukkan gambar pelbagai jenis ukiran dan corak
pada keris.
2) Guru berinteraksi dengan mudah tentang bentuk, warna dan
imbangan simetri.
EMK:
Kreativiti dan
inovasi,
keusahawanan
BBM:
Gambar
contoh-contoh
keris
10 minit Isi Kandungan Aplikasi Nilai
1) Guru menyatakan jenis-jenis media yang sesuai untuk
menghasilkan karya menggunakan teknik menyurih.
2) Guru berinteraksi dengan murid tentang cara penggunaan
media dalam penghasilan lukisan keris teknik surih.
3) Guru mengenalkan media dan bahan.
4) Guru menayangkan video tentang cara-cara menyurih
lukisan keris tersebut.

35 minit Langkah-langkah Ekspresi Kreatif
Murid membuat langkah berikut dengan bimbingan guru.
Langkah 1 Warna keris yang
dihasilkan dengan warna yang
cerah.



Langkah 2 Warnakan semula dengan warna yang gelap di

atas warna yang cerah.




Langkah 3 Surih lukisan tersebut dengan menggunakan
belakang berus warna untuk membentuk corak garisan
tradisional.




Contoh hasilan





10 minit Penutup Apresiasi Seni
1) Murid diminta mempamerkan hasil kerja dan bercerita
tantang pengalaman menghasilkannya.
2) Guru menerangkan konsep keusahawanan kepada murid.
3) Murid diminta menyatakan nilai murni yang diperoleh.
Nilai:
Menghargai
warisan kita.

Anda mungkin juga menyukai