Anda di halaman 1dari 13

JIRAN DALAM ISLAM

Islam menitik beratkan hubungan harmoni dan persaudaraan di antara satu sama lain dan
agama Islam ialah sebaik-baik agama yang menghubungkan pertalian dan kebaikan di
antara sesama manusia.

Disebut di dalam hadith dari riwayat Ismail ibn Muhammad ibn Saad ibn Abi Waqas
daripada bapanya daripada datuknya yang berkata telah bersabda rasulullah
salallahualaihiwasalam :

‫ المراة الصالحة والمسكن الواسع والجار الصالح والمركب الهنيء واربع من الشقاوة الجار الشوء‬,‫اربع من السعادة‬
‫والمراةالسوء والمسكن الضيق والمركب السوء‬

“Empat perkara daripada tanda kebahagiaan ialah perempuan yang solehah, tempat
tinggal yang lapang dan jiran yang baik serta memiliki kenderaan yang selesa dan empat
tanda daripada keburukkan (kesusahan atau derita) ialah memiliki jiran yang jahat, isteri
yang tidak baik, serta tempat tinggal yang sempit dan kenderaan yang buruk” .

(hadith sahih riwayat Ibn Hibban dalam sahihnya no. 4032 dan Abu Nuaim dalam
Hilyatul Auliya no. 388 Jilid 8 dan isnad hadith ini sahih dengan menepati syarat
Syaikhain diriwayatkan juga oleh Ahmad m/s 1445 Jilid 1 dan Hakim no. 2640 dan
Bazzar serta Tibrani dengan lafaz yang hampir sama).

Disebut oleh baginda rasulullah bahawa memiliki jiran yang baik termasuk salah satu di
antara tanda-tanda kebahagiaan dan memperolehi jiran yang jahat dan tidak baik
termasuk tanda keburukkan dan derita. Islam merupakan agama yang sempurna dan
lengkap dengan segala pertunjuk dalam pelbagai perkara termasuk dalam soal
kemasyarakatan.

Manusia secara fitrah hidup bermasyarakat dan berkelompok kerana setiap orang harus
saling memerlukan di antara satu sama lain dalam menjalani kehidupan. Tidak mungkin
seorang manusia boleh hidup seorang diri tanpa perlu berurusan dengan orang lain
selama dia tinggal dalam sebuah masyarakat.

Memiliki tempat tinggal termasuk di antara salah satu rezeki dan nikmat kerana padanya
manusia tinggal dan huni serta menetap untuk melindungi diri dan meneruskan
kehidupan dengan teratur dan selesa.

Tempat tinggal itu berbeza-beza menurut situasi dan keadaan seseorang ada yang mampu
memiliki rumah yang mewah dan selesa dan ada yang hanya sekadar mampu menghuni
rumah teres dan rumah beratapkan zink dan diperbuat dari kayu dan papan.
Walaubagaimana sekalipun keadaan penempatan seseorang itu maka sudah menjadi
lumrah dia tidak akan berseorangan sebaliknya pasti memiliki jiran baik bagaimana jenis
keadaan rumah penempatannya.
Sekiranya dia seorang yang kaya dan menghuni di perumahan mewah maka jirannya
ialah mereka yang mewah dan sekiranya dia miskin dan menetap di kampung maka
jirannya terdiri di kalangan mereka yang sepertinya dan ada juga yang bercampur aduk.

Jiran muncul apabila penempatan itu dihuni oleh manusia yang lain yang juga tinggal
berhampiran dengan rumah yang dihuni oleh kita. Maka Islam dalam memelihara hak
sesama manusia serta memandu manusia untuk mencapai harmoni dan bahagia di dunia
dan akhirat turut memasukkan asek-aspek penting yang memandu hubungan kejiranan
supaya manusia dapat hidup dalam keadaan aman dan selesa serta mendapat kebahagiaan
seperti yang disebut di dalam hadith tadi.

Maksud dan Jenis Jiran Dalam Islam

Allah swt telah berfirman :

ِ ُ‫ار ْال ُجن‬


‫ب‬ ِ ‫ار ِذي ْالقُرْ بَى َو ْال َج‬
ِ ‫َوا ْعبُدُوا هَّللا َ َوالَ تُ ْش ِر ُكوا بِ ِه َش ْيئًا َوبِ ْال َوالِ َدي ِْن إِحْ َسانًا َوبِ ِذي ْالقُرْ بَى َو ْاليَتَا َمى َو ْال َم َسا ِكي ِن َو ْال َج‬
‫ب‬ ْ ْ
ِ ‫ب بِال َجن‬
ِ ‫َّاح‬
ِ ‫َوالص‬

“Sembahlah Allah dan janganlah mensyirikkan-Nya dengan sesuatu dan berbuat baiklah
kepada kedua ibubapa, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang miskin , jiran tetangga
yang berhubungan dekat atau yang jauh dan rakan teman..” (An-Nisa : 36).

Allah menghimpunkan sekali dalam ayat di atas perintah untuk beribadah kepada Allah
dengan perintah untuk berlaku baik kepada hamba-hamba-Nya sebagai tanda Islam ini
bukan sahaja menjalin hubungan dengan pencipta sebaliknya juga menyatukan manusia
di dalam satu kewajipan untuk berlaku baik sesama manusia sebagai termasuk
menunaikan ketaatan kepada Allah swt.

Allah menyebut (( ‫ار ِذي ْالقُرْ بَى‬


ِ ‫ )) َو ْال َج‬: iaitu yang bermaksud jiran yang padanya terdapat
hubungan kekeluargaan atau pertalian darah. Ini merupakan pendapat yang disebut oleh
Ali Ibn Talhah daripada Ibn Abbas ra manakala yang disebut dari riwayat Ikrimah dan
Mujahid dan selain mereka yang mengatakan ianya ialah jiran muslim yang satu agama.
Juga ada yang mengatakan dimaksudkan dengan ayat ini ialah jiran yang rumahnya
berdekatan.

Allah menyebut juga ((‫ب‬ِ ُ‫ار ْال ُجن‬


ِ ‫ )) َو ْال َج‬: iaitu yang bermaksud lawan kepada ayat
sebelumnya yang sebahagian ulama tafsir menyebut ianya ialah jiran yang tidak memiliki
hubungan darah atau kekeluargaan seperti pendapat Ali ibn Talhah dari Ibn Abbas ra,
juga yang mengatakan ianya bukan muslim seperti jiran yahudi dan nasrani seperti yang
disebut dalam riwayat dari Ikrimah dan Mujahid dan yang lain mengatakan yang
dimaksudkan ialah jiran yang berjauhan rumahnya.

Dan setiap makna dari tafsir di atas dapat dipakai dan memiliki kekuatan hujah masing-
masing dan dapat dirangkumi sekaligus dalam maksud ayat.
(lihat tafsir Tabari m/s 175-180 Jilid 5, tafsir Qurtubi m/s 183 Jilid 5 dan Tafsir Ibn Katsir
m/s 495 Jilid 1dan Tafsir Syaukani m/s 743 Jilid 1).

Kesemua makna yang tersebut di atas menrangkumi makna jiran dan memiliki hak ke
atas muslim yang beriman dengan Allah swt untuk berlaku baik kepada jiran baik yang
beragama Islam atau bukan baik yang berhubungan darah atau yang tidak ada hubungan
darah baik yang berdekatan rumah atau berjauhan.

Berkata Al-Hafidz Imam Ibn Hajar ra : “ Maksud nama jiran itu ialah merangkumi baik
yang muslim atau yang kafir, baik yang beribadah atau yang fasiq, baik rakan atau
musuh, baik yang asing atau yang senegeri, baik yang memberi manfaat atau mudharat
serta baik yang mempunya kekeluargaan atau yang tidak ada hubungan atau juga yang
berhampiran rumahnya atau yang jauh rumahnya dan kesemuanya memiliki hak dan
kedudukan antara satu sama lain..”

(lihat dalam Fathul Bari m/s 441 Jilid 10).

Kedudukan jiran itu berbeza-beza martabat dan kedudukan sekalipun masing-masing


memiliki hak untuk berlaku baik dan dimuliakan dan hal ini jelas daripada riwayat
Aisyah radiallahuanha yang berkata : “ Wahai rasulullah, sesungguhnya aku ini memiliki
dua jiran dan kepada yang mana satukah hendak aku berikan hadiah ? Maka baginda
bersabda : “ Kepada yang lebih dekat dengan pintu rumah kamu”

(hadith sahih riwayat Bukhari no. 2140)

Berkata Syeikh Dr Abd Aziz Ibn Fauzan ibn Soleh Al-Fauzan dalam kitabnya “Fiqh
Ta’amul Ma’an Nas” bahawa kedudukan jiran itu terbahagi 3 jenis iaitu jiran yang
muslim dan memiliki hubungan darah, jiran yang muslim yang tidak ada hubungan darah
dan jiran yang kafir.

Demikian juga seperti yang disebut dalam kitab Tanbihul Ghafilin m/s 153 Jilid 1 dan
Tafsir Al-Qurtubi m/s 183 Jilid 5 serta Fathul Bari m/s 441 Jilid 10 yang menyebut
bahawa terbahagi jiran itu kepada 3 jenis seperti yang disebutkan di bawah :

1) Jiran yang muslim dan berhubungan darah – Mereka ini mempunyai tiga hak iaitu hak
Islam, hak kekeluargaan dan hak kejiranan

2) Jiran yang muslim tanpa hubungan darah – Mereka ini mempunyai dua hak iaitu hak
muslim dan hak kejiranan.

3) Jiran yang bukan Islam – Mereka ini mempunyai satu hak iaitu hak kejiranan.

Kedudukan Jiran Menurut keutamaan


Dapat disimpulkan dari ayat surah An-Nisa dan pelbagai hadith mengenai keutamaan
jiran bahawa jiran itu memiliki kedudukan berbeza mengikut keadaannya antara satu
sama lain seperti yang turut disebut oleh Al-Hafidz Imam Ibn Hajar ra

(lihat dalam Fathul Bari m/s 441 Jilid 10).

Berikut ialah susunan kedudukan jiran yang utama dan yang diatur menurut kedudukan
yang lebih berhak diberi keutamaan berbanding yang selepasnya :

1) Jiran yang muslim yang paling dekat dengan pintu rumah

Berdasarkan hadith yang banyak menyebut perihal darjat jiran yang antaranya daripada
riwayat Aisyah radiallahuanha yang berkata : “Wahai rasulullah, sesungguhnya aku ini
memiliki dua jiran dan kepada yang mana satukah hendak aku berikan hadiah ? Maka
baginda bersabda : “ Kepada yang lebih dekat dengan pintu rumah kamu”

(hadith sahih riwayat Bukhari no. 2140)

2) Jiran muslim yang memiliki hubungan kekeluargaan

Allah berfirman :
‫ار ِذي ْالقُرْ بَى‬
ِ ‫َو ْال َج‬
“..jiran tetangga yang berhubungan dekat” (An-Nisa: 36).

Baginda rasulullah salallahualaihiwasalam juga bersabda : “Sedekah ke atas orang yang


miskin itu pahalanya sedekah tetapi sedekah ke atas kaum kerabat baginya dua iaitu
pahala sedekah dan dapat mengeratkan hubungan” .

(hadith sahih riwayat Nasaie no. 2582 dan Tirmidzi no. 658, Ibn Majah no. 1844 dan
Ahmad 16276 serta Darimi dan Baihaqi juga Hakim dengan Isnad yang sahih, disahihkan
oleh Ibn Khuzaimah dan Ibn Hibban dan dihasankan oleh Tirmidzi).

3) Jiran muslim yang berilmu dan alim serta memiliki fadhilat

Allah berfirman :
ِ ‫يَرْ فَ ِع هَّللا ُ الَّ ِذينَ َءا َمنُوا ِم ْن ُكم َوالَّ ِذينَ أُوتُوْ ا‬
ِ ‫الع ْل َم د ََر َجا‬
‫ت‬
“ Dan Allah mengangkat darjat orang yang beriman dan yang memiliki ilmu beberapa
darjat dan Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui.” (Al-Mujadalah :11).

Juga dari riwayat yang dibawa oleh Imam Khatib Al-Baghdadi yang menyebut bahawa
telah berkata Muhammad Al-Basri “ Diluaskan majlis (dberi penghormatan dalam majlis)
kepada penghafaz Al-quran, ulama’ dan golongan tua dalam agama.”

(Lihat Khatib Al-Baghdadi dalam Jami’ Akhlaq Rawi wa Adab Sima’,m/s 393).

4) Jiran muslim yang soleh dan beribadah


Allah swt berfirman :
ِ َ‫أَفَ َم ْن َكانَ ُم ْؤ ِمنًا َك َم ْن َكانَ ف‬
َ‫اسقًا الَ يَ ْستَوُون‬
“ Apakah keadaan orang yang beriman itu sama halnya seperti orang yang fasiq ?
Sungguh mereka tidak sama” (As-Sajadah : 18).

5) Jiran yang fasiq dan ahli maksiat

Sabda rasulullah salallahualaihiwasalam : “ Seorang muslim itu ialah saudara kepada


muslim yang lain, tidaklah boleh dia menzaliminya dan menyerahkannya kepada musuh
(untuk dianiayai)..”

(hadith sahih riwayat Bukhari no. 2310 dan Muslim no. 2580)

6) Jiran yang kafir

Allah swt berfirman :


ِ ُ‫ار ْال ُجن‬
‫ب‬ ِ ‫َو ْال َج‬
“Dan Jiran tetangga yang berhubungan jauh” (An-Nisa : 36).

Ini disebabkan daripada riwayat Abdullah ibn Amru ibn As ra yang menyebut bahawa
baginda rasulullah pernah menyembelih kambing lalu bersabda : ”Apakah kamu sudah
memberikan hadiah sebahagian dari daging tadi kepada jiran kita yang merupakan si
yahudi itu ?” diulang sebanyak tiga kali oleh baginda.

(hadith sahih riwayat Abu Daud no. 5152 dan Tirmidzi no. 1943 dengan
menghasankannya dan Ahmad no. 6496).

Had Lingkungan Kejiranan

Menetapkan lingkungan jiran dan had jiran dalam sesuatu kawasan berbeza-beza menurut
keadaan tertentu dan suasana. Bahkan menurut Al-Alusi dalam Kitabnya Ruhul Ma’ani
Fi tafsiril Qur’an Al-Azim Wa Sab’ul Masani bahawa penetapan jiran ini dan
lingkunganya seacra zahir kembali kepada uruf (adat setempat).

Ini pendapat yang agak tepat kerana dalam kaedah syarak menyebutkan setiap yang
datang dari perintah syarak ialah mutlak dan sekiranya tidak ada penerangan jelas dari
kaedah melaksanakannya juga tidak dapat dijelaskan dari pemahaman zahir bahasa maka
dikembalikan kepada adat kebiasaan dalam melaksanakannya.

(sila lihat dalam Fathul Qadir oleh Syaukani m/s 743 Jilid 1).

Para ulama berbeza pendapat dalam menetapkan had lingkungan jiran disebabkan dalil
yang wujud terlalu umum berdasarkan perkataan Khalifah Ali radiallahuanhu yang
menyebut : “ Barangsiapa yang mendengar azan maka dialah jiran” . Bermaksud bahawa
sesiapa yang dapat mendengar azan yang sama dalam satu kawasan tanpa pembesar suara
maka dialah jiran.
Ada juga yang menetapkan bahawa jiran itu ialah yang berada dalam satu lingkungan
yang dapat mendengar iqamah solat, sebahagian yang lain mengatakan pula jiran ialah
mereka yang dapat besolat berjemaah pada waktu subuh dan Jumaat bersama-sama.

Manakala berdasarkan pendapat yang masyhur dari riwayat Aisyah ra dan para tabien
seperti Hasan Al-Basri, Al-Auzaie dan Az-zuhri dan lain-lain ialah dalam lingkungan
empat puluh buah rumah dari seluruh sisi penjuru.

(lihat dalam Tafsir Al-Qurtubi m/s 185 Jilid 5, Fathul Bari m/s 447 Jilid 10 dan Jami
Ulum Wal Hikam 347 Jilid 1).

Kesimpulannya lingkungan kejiranan kembali kepada penakrifan umum dan adat


setempat yang terpakai dalam sesuatu masyarakat kerana setiap kawasan berbeza adat
dan budaya. Sekurang-kurang lingkungan dan jumlah bilangan jiran ialah 40 buah rumah
dari segenap sisi penjuru dan selebih-lebihnya ialah yang terpakai dan diamalkan oleh
masyarakat setempat.

Kepentingan Jiran dalam Islam

Allah swt menyebut di dalam Al-Qur’an :

ِ ُ‫ار ْال ُجن‬


‫ب‬ ِ ‫ار ِذي ْالقُرْ بَى َو ْال َج‬
ِ ‫َوا ْعبُدُوا هَّللا َ َوالَ تُ ْش ِر ُكوا بِ ِه َش ْيئًا َوبِ ْال َوالِ َدي ِْن إِحْ َسانًا َوبِ ِذي ْالقُرْ بَى َو ْاليَتَا َمى َو ْال َم َسا ِكي ِن َو ْال َج‬
‫ب‬ِ ‫ب بِ ْال َج ْن‬
ِ ‫َّاح‬
ِ ‫َوالص‬

“Sembahlah Allah dan janganlah mensyirikkan-Nya dengan sesuatu dan berbuat baiklah
kepada kedua ibubapa, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang miskin , jiran tetangga
yang berhubungan dekat atau yang jauh dan rakan teman..” (An-Nisa : 36).

Allah memesan kepada hamba-hamba-Nya supaya menjalankan kewajipan menyembah-


Nya dan juga dalam masa yang sama menjalankan kewajipan kepada sesama hamba-
hamba yang lain. Bahkan di dalam kitab dan sunnah banyak sekali ayat-ayat dan hadith
yang menyebut perintah menjalinkan hubungan sesama makhluk dan manusia dengan
baik dan ihsan.

Adapun berkait soal jiran, di dalam Islam jiran menduduki kedudukan yang utama dan
mulia disisi syarak dan perlu dipenuhi hak-hak dan kewajipan serta memuliakan mereka
supaya tercapai salah satu kebahagiaan yang disebut di dalam hadith yang dinyatakan
sebelum ini.

Diriwayatkan daripada Aisyah ra dan Ibn Umar ra daripada nabi salallahualaihiwasalam


yang bersabda : “ Selalu Jibril memesan kepadaku (supaya berlaku baik) perihal jiran
sehingga aku seolah-olah menyangka mereka dapat mewarisi (harta pusaka)” .

(hadith sahih riwayat Bukhari no. 5668 dan Muslim no. 2624).
Jelaslah bahawa perintah Jibril di atas menyuruh berlaku ihsan dan baik kepada jiran dan
melayani mereka dengan baik tanpa mengira apakah muslim atau kafir dan apakah jahat
atau baik.

Ini disebabkan daripada riwayat Abdullah ibn Amru ibn As ra yang menyebut bahawa
baginda rasulullah pernah menyembelih kambing lalu bersabda : ”Apakah kamu sudah
memberikan hadiah sebahagian dari daging tadi kepada jiran kita yang merupakan si
yahudi itu ?” diulang sebanyak tiga kali oleh baginda.

(hadith sahih riwayat Abu Daud no. 5152 dan Tirmidzi no. 1943 dengan
menghasankannya dan Ahmad no. 6496).

Juga baginda rasulullah bersabda : “ Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari
akhirat maka hendaklah dia memuliakan jirannya” atau dalam riwayat yang lain
menyebut “ hendaklah berlaku baik kepada jirannya”.

(hadith sahih riwayat Bukhari no.5673 dan Muslim no. 47,48).

Hadith di atas sangatlah besar pengertiannya apabila rasulullah menghimpunkan


keimanan kepada Allah dan hari akhirat dengan berlaku baik kepada jiran sekaligus
bermakna iman kepada Allah itu bukanlah hanya di lisan atau hati sebaliknya mencakupi
urusan amal perbuatan dan cabang-cabangnya sangatlah banyak serta salah satu dari
cabang iman itu ialah memuliakan jiran dan berlaku baik kepadanya.

Demikian Al-Imam Baihaqi ra memasukkan dalam kitabnya Syabul Iman (Cabang


Keimanan) dan menyebut pada cabang yang ke 67 dari cabang iman itu berdasarkan
hadith 70 lebih cabang iman bahawa termasuk menghormati dan memuliakan jiran itu
ialah cabang iman.

Menyayangi jiran juga termasuk dari perintah Islam seperti dalam hadith nabi yang
menyebut : “ Demi zat yang jiwaku berada dalam genggamannya tidaklah beriman
seorang hamba itu sehingga dia mencintai jirannya atau saudaranya seperti mana dia
mencintai dirinya sendiri” .

(hadith sahih riwayat Muslim no. 45).

Demikianlah disebut oleh baginda rasulullah bahawa hendaklah mencintai jiran dan
memelihara hak mereka seperti mana kita mencintai diri kita sendiri dan mahu hak-hak
kita dijagai dan dipelihara. Bahkan demikian itu merupakan kesempurnaan iman dan
tanda sebagai seorang yang beriman kepada Allah.

Memenuhi Hak Jiran

Kejiranan ialah satu daripada fitrah manusia yang hidup dalam masyarakat dan Islam itu
berada di antara pertengahan dalam banyak perkara dengan tidak berlebih dan berkurang.
Menyentuh perihal jiran, Islam tidak membebani seseorang itu dengan sesuatu hal yang
melampau sehingga dia perlu memelihara jirannya dengan mengabaikan hak dirinya
sendiri sebaliknya juga sehingga tidak mengabaikan hak jirannya dengan mengutamakan
dirinya sendiri sebaliknya berlaku tangungjawab ini secara saksama.

Berikut ialah di antara hak jiran yang wajar dipelihara :

1) Tidak menyakiti jiran dan memelihara keamanan dengan jiran

Menyakiti jiran ialah satu dosa yang besar dan menjadikan seseorang dimurkai oleh Allah
swt. Ini berdasarkan sabda baginda rasulullah : “Barangsiapa yang beriman kepada Allah
dan hari akhirat maka janganlah dia menyakiti jirannya” .

(hadith sahih riwayat Bukhari no. 5787 dan Muslim no. 47).

Perbuatan menyakiti jiran ini adalah dilarang baik dengan perbuatan, perkataan dan lisan
juga dengan cara dan sikap yang ditunjukkan dan tidaklah menjadi seorang yang benar-
benar beriman di sisi Allah bagi mereka yang bermusuhan dengan jirannya.

Daripada Abi Hurairah ra yang berkata telah bertanya kepada nabi


salallahualaihiwasalam akan perihal seorang perempuan yang sesungguhnya dia itu
berpuasa siang dan mendirikan solat malam tetapi menyakiti jirannya dengan lisannya
maka dijawab oleh baginda : “ Tidak ada kebaikan baginya dan dia itu berada di neraka”
dan ditanyakan kepada baginda akan perihal seorang perempuan yang lain yang bersolat
sekadar yang wajib dan berpuasa ramadhan dan bersedekah tetapi tidak menyakiti
jirannya maka dijawab : “Maka dia berada di syurga”.

(hadith sahih riwayat Ahmad no. 9673 dan Ibn Hibban no. 5763 danBukhari dalam
Adabul Mufrad no. 119 dan Hakim no, 7304 dengan sahih Isnad dan disepakati oleh Adz-
zahabi).

2) Menghormati Jiran dan pengamalan mereka (kehidupan mereka) selama tidak


membawa mudharat

Memuliakan jiran termasuk kewajipan dan menghormati mereka ialah perintah dari Allah
serta termasuk salah satu tanda keimanan. Sekalipun jiran tersebut bukanlah beragama
Islam maka menghormati dan tidak menganggu kehidupan dan pengamalan mereka
misalnya ibadah mereka dalam agama mereka seperti yang dilakukan oleh orang-orang
Cina dengan meletakkan tokong di luar rumah maka hendaklah dihormati selama tidak
membawa bahaya dan mudharat.

Baginda rasulullah bersabda : “ Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat
maka hendaklah dia memuliakan jirannya” atau dalam riwayat yang lain menyebut “
hendaklah berlaku baik kepada jirannya”.

(hadith sahih riwayat Bukhari no.5673 dan Muslim no. 47,48).


Adapun bagi jiran yang beriman dan beragama Islam maka sekiranya jiran itu melakukan
maksiat dan dosa serta kehidupannya tidak menuruti syariat Islam maka hendaklah
didakwahkan dan berusaha dibimbing dengan nasihat dan teguran.

Sebaik-baik amal makruf dan mencegah mungkar itu ialah di dalam keluarga sendiri dan
kemudian kepada jiran yang berdekatan. Menegur dan menasihati jiran dengan kebaikan
dan kasih sayang, membimbing mereka kepada syariat Allah dan mencegah mereka dari
melakukan maksiat ialah sebaik-baik dakwah dan cara memuliakan mereka.

3) Memberi layanan baik dan kasih sayang serta akhlak yang baik dalam muamalah
dengan mereka

Islam mementingkan hubungan mesra dan layanan baik kepada jiran dan ini terlihat dari
banyak panduan dari hadith baginda antaranya ialah daripada riwayat Abu Dzar ra yang
menyebut telah bersabda rasulullah : “Wahai Aba Zar sekiranya engkau memasak maraq
(sejenis makanan berkuah seperti sup) maka banyakkanlah kuahnya dan berikan kepada
jiran engkau”.

(hadith sahih riwayat Muslim no. 2625).

Juga daripada riwayat Abdullah ibn Amru ibn As ra yang menyebut bahawa baginda
rasulullah pernah menyembelih kambing lalu bersabda : ”Apakah kamu sudah
memberikan hadiah sebahagian dari daging tadi kepada jiran kita yang merupakan si
yahudi itu ?” diulang sebanyak tiga kali oleh baginda.

(hadith sahih riwayat Abu Daud no. 5152 dan Tirmidzi no. 1943 dengan
menghasankannya dan Ahmad no. 6496).

4) Membantu dan menolong mereka apabila dalam kesusahan

Termasuk di antara hak dan kewajipan seseorang terhadap jirannya ialah membantu dan
berusaha mengurangkan beban jirannya yang kesusahan sekadar mampunya.

Rasulullah bersabda : “Bukanlah orang yang beriman sekiranya dia kenyang seorang diri
sedangkan jiran disebelahnya kelaparan” dan dalam riwayat lain menyebut “ Tidaklah
beriman kepadaku orang yang kenyang sedangkan jirannya kelaparan disebelahnya dan
dia mengetahui keadaan jirannya itu”

(hadith sahih riwayat Bukhari dalam Adabul Mufrad no. 112 dan Baihaqi dalam Sunan
Kubra no. 19452 dan Hakim no, 7307 dengan isnad yang sahih dan disepakati oleh Adz-
zahabi dan berkata Hafidz Al-Munziri bahawa rijalnya siqah).

Islam menetapkan bahawa hendaklah jiran itu membantu sekadar mampu dirinya untuk
meringankan beban dan tekanan yang dihadapi dari kesusahan oleh jirannya dan
demikianlah Islam berusaha memberi pertunjuk sedapat mungkin ke arah mencapai
bahagia.
5) Menjaga rahsia dan memelihara kepentingan mereka serta tidak berlaku khianat

Disebalik berusaha melakukan kebaikan kepada jiran dan membantu jiran maka
seseorang itu juga harus berusaha mengelakkan dari mencederakan jirannya dan berlaku
khianat serta membocorkan rahsia dan keaiban dari jirannya.

Hendaklah seorang yang beriman itu melindungi jirannya dari perkara yang membawa
bahaya dan mudharat serta tidak menyerahkan mereka kepada musuhnya. Ini berdasarkan
sabda baginda rasulullah yang menyebut : “Tidaklah masuk syurga orang yang tidak
mengamankan jirannya dari sesuatu yang boleh membahayakannya” dan dalam riwayat
lain “ orang yang tidak menyelamatkan jirannya dari sesuatu yang memudharatkannya” .

(hadith sahih riwayat Bukhari no. 5670 dan Muslim no. 46).

Memelihara jiran dari sesuatu yang bahaya, juga bermaksud tidak menyerahkan mereka
kepada musuh dan membelot kepada mereka serta juga tidak membiarkan mereka tanpa
amaran apabila adanya bahaya mendekati mereka.

Berlaku khianat kepada jiran boleh terjadi dengan cara membocorkan rahsia jiran yang
boleh memalukan mereka, mencederakan maruah atau nyawa mereka dan harta benda
mereka. Bahkan pelbagai cara boleh berlaku dan yang paling buruk dan jahat serta keji di
sisi Allah ialah mengkhianati jiran dengan melakukan keburukkan kepada ahli keluarga
mereka.

Sabda rasulullah : “Sesungguhnya seorang lelaki itu berzina dengan sepuluh orang wanita
adalah lebih ringan baginya daripada berzina dengan isteri jirannya” demikian juga
apabila ditanya tentang mencuri maka dijawab : “Mencurinya seseorang itu daripada
sepuluh buah rumah lebih ringan baginya daripada mencuri dari rumah jirannya” .

(hadith sahih riwayat Ahmad no. 23905 dan Bukhari dalam Adabul Mufrad no. 103 dan
tibrani dan berkata Hafidz Al-Munziri perawinya siqah).

Kesimpulan

Hendaklah kita semua yang beriman kepada Allah dan rasul serta hari akhirat mentaati
perintah agama dalam memuliakan jiran dan menunaikan hak-hak kejiranan sebaik dan
semampu yang dapat diusahakan sebagai memenuhi kewajipan sebagai seorang yang
beriman.
‫الَ يُ َكلِّفُ هَّللا ُ نَ ْفسًا إِالَّ ُو ْس َعهَا‬
“ Tidaklah Allah meletakkan tanggungjawab pada seseorang melainkan dengan sekadar
kemampuannya” (Al-Baqarah : 286).

Hak kejiranan dan panduan yang diberikan oleh Islam tidak lain ialah untuk mencapai
apa yang disebutkan sebagai salah satu daripada kebahagiaan dan keamanan dalam hidup.
Sabda rasulullah salallahualaihiwasalam : “Empat perkara daripada tanda kebahagiaan
ialah perempuan yang solehah, tempat tinggal yang lapang dan jiran yang baik serta
memiliki kenderaan yang selesa dan empat tanda daripada keburukkan (kesusahan atau
derita) ialah memiliki jiran yang jahat, isteri yang tidak baik, serta tempat tinggal yang
sempit dan kenderaan yang buruk” .

(hadith sahih riwayat Ibn Hibban dalam sahihnya no. 4032 dan Abu Nuaim dalam
Hilyatul Auliya no. 388 Jilid 8 dan isnad hadith ini sahih dengan menepati syarat
Syaikhain diriwayatkan juga oleh Ahmad m/s 1445 Jilid 1 dan Hakim no. 2640 dan
Bazzar serta Tibrani dengan lafaz yang hampir sama).

Jiran merupakan teman sekehidupan yang berada berhampiran dengan kehidupan kita
seharian dan mereka mempengaruhi keselesaan dan persekitaran hidup diri kita dan ahli
keluarga. Bagi yang mempunyai anak-anak, jiran dapat menjadi teman dan contoh
kepada perkembangan anak-anak dan persekitaran yang terbentuk memberikan kesan
kepada masa depan mereka.

Memiliki jiran yang beragama dan soleh dapat mempengaruhi kehidupan anak-anak dan
memberikan contoh serta persekitaran yang selamat serta selesa kepada ahli keluarga.
Juga dengan memenuhi tanggungjawab dan peranan sebagai jiran yang baik merupakan
salah satu daripada tanda keimanan dan contoh kebaikan kepada diri sendiri dan
keluarga.

Tidaklah bergelar muslim yang baik dan benar apabila seseorang itu memiliki nama
terkenal dan berceramah atau melakukan dakwah tabligh ke masjid-masjid dan rumah
orang lain sedangkan jirannya sendiri tidak didakwah dan kewajipan kepada ahli keluarga
dan jiran yang berhampiran pun tidak dipenuhi.

Islam itu mementingkan hubungan kemanusiaan yang baik dan menghimpunkan di antara
keimanan kepada Allah dan hari akhirat dengan kelakuan baik serta akhlak dan budi
perkerti mulia terhadap insan dan hamba Allah yang lain.

Marilah kita bersama-sama menjadi jiran yang baik dan berdoa kepada Allah swt seperti
sabda baginda : “Ya Allah berikanlah aku perlindungan dari jiran yang jahat di tempat
tinggalku” .

(hadith sahih riwayat Ibn Hibban no. 1033 dan Abu ya’la no. 6536 dan Ibn Abi Syaibah
no. 25421 dan Hakim no. 1951 denga sanad yang sahih dan disepakati oleh Adz-zahabi).

Sumber : al-ahkam.net

Kepentingan Jiran

Di dunia ini kita tidak akan dapat hidup sempurna dengan bersendirian. Kita perlu hidup
bermasyarakat. Peranan jiran adalah amat penting dalam hidup bermasyarakat. Banyak
perkara dapat dilakukan dengan adanya jiran dan masyarakat yang baik.
Sebagai contoh, kita boleh meminta bantuan jiran untuk memerhatikan rumah kita
sekiranya kita tiada di rumah. Rumah yang ditinggalkan kosong terdedah kepada
kecurian. Hal ini kerap berlaku terutamanya ketika menyambut hari-hari perayaan atau
cuti panjang. Dengan adanya jiran bolehlah melaporkan kepada pihak polis sekiranya ada
sesuatu yang mencurigakan di rumah kita.

Jiran juga amat penting sekiranya berlaku sebarang kecemasan. Jiranlah orang pertama
yang akan membantu kita sekiranya berlaku kebakaran, sakit dan sebagainya. Sekiranya
sakit, kita boleh meminta bantuan jiran untuk menghantar kita ke hospital. Selain itu
anak-anak kecil juga boleh ditinggalkan di rumah jiran buat sementara waktu ketika
berlaku kecemasan.

Masyarakat kita terkenal dengan semangat bergotong-royong. Kerja-kerja yang berat


akan menjadi lebih ringan dan mudah dengan adanya bantuan daripada jiran. Sebagai
contoh ketika mengadakan majlis kenduri perkahwinan. Semua jiran yang berhampiran
akan datang membantu mendirikan khemah, menyediakan makanan, melayan tetamu dan
sebagainya. Bak kata pepatah ’berat sama dipikul ringan sama dijinjing’.

Selain daripada itu, kita juga boleh meluahkan masalah yang dihadapi kepada jiran. Hal
ini dapat meringankan masalah yang dihadapi. Kita juga boleh berbual-bual dan
berbincang bersama-sama jiran kita. Ini boleh mengeratkan lagi tali persaudaran dan
perpaduan.

Daripada contoh-contoh di atas jelaslah bahawa semangat kejiranan adalah amat penting
dalam kehidupan kita seharian. Jadilah jiran yang baik dan bertanggungjawab.

 Faedah-Faedah Hidup Berjiran Dan Cara-Cara Memupuk Semangat Kejiranan.

Kemakmuran sesebuah negara amat bergantung pada kemamtapan dan keutuhan hubungan
dalam setiap lapisan masyarakat. Hubungan yang erat antara jiran dalam masyarakat merupakan
ciri masyarakat yang berkualiti. Semangat kejiranan dapat memainkan peranan yang amat
penting dalam menjana kehidupan setempat yang aman dan harmoni.

Jiran ialah orang yang tinggal paling hampir dengan tempat kediaman kita. Segala perkara yang
berlaku pada diri kita terlebih dahulu diketahui oleh jiran. Oleh itu, jiran merupakan orang yang
paling mudah memberikan pertolongan pada saat kita ditimpa bencana . Pertolongan seperti
inilah yang amat diperlukan pada masa kecemasan sementara menunggu bantuan pihak
berwajib atau sanak-saudara. Jiran yang berbeza latar belakang pekerjaan, pendidikan, agama
dan budaya akan memberikan manfaat yang besar kepada kita. Hal ini kerana mereka memiliki
pengetahuan dan kemahiran yang boleh kita kongsi bersama-sama. Di samping itu, jiran yang
sepakat dan bersatu padu mampu menjamin keselamatan setempat daripada sebarang ancaman
seperti kecurian, penyalahgunaan dadah dan budaya samseng. 

Segala  perkara yang mencemarkan keharmonian dan kesejahteraan masyarakat dapat dicegah
dengan semangat kerjasama dan keperihatinan seama jiran. Gejala social seperti khalwat,
penderaan kanak-kanak dan kes-kes jenayah dapat dibendung jika jiran memainkan peranan dan
mengambil inisiatif melaporkannya kepada pihak berkuasa. Kita perlu bertindak sekalipun gejala
tersebut tidak menimpa ahli keluarga sendiri. Setiap ahli masyarakat seharusnya beringat
sebelum terjadi sesuatu yang buruk, bak kata pepatah, ‘sediakan payung sebelum hujan’. Jiran
yang hidup dalam suasana bekerjasama dan mengambil berat antara satu sama lain sudah
semestinya dapat menjana program yang menyumbang kebajikan kepada masyarakat setempat.
Rahsia kejayaan program ini terletak pada persepakatan dan persefahaman yang mantap
sesama jiran.           

Perpaduan ialah  kunci kemakmuran dan kesejahteraan negara. Tanpa perpaduan, negara akan
berada dalam keadaan kucar-kacir dan masyarakat tidak lagi dapat hidup dalam keadaan aman
dan damai. Perpaduan dapat dilahirkan melalui hubungan baik sesama jiran.Jiran yang baik ialah
jiran yang berjaya memupuk semangat toleransi, saling mempercayai dan mengamalkan
perkongsian pintar sesama mereka. Sekiranya hal ini diabaikan, maka lambat-laun akan
tercetuslah bibit-bibit permusuhan yang akhirnya membawa kepada perbalahan dan
perpecahan.  

Kesimpulannya, jelaslah kepada kita betapa penting dan besarnya peranan jiran dalam
menentukan kemakmuran dan kesejahteraan sesebuah Negara. Hanya negara yang makmur
dan sejahtera sahaja yang akan dapat meneruskan agenda pembangunan yang lebih gemilang
pada masa akan datang.  

Anda mungkin juga menyukai