Anda di halaman 1dari 3

Remaja perlu mempunyai wawasan diri

Kejayaan seseorang bermula daripada impian dan cita-cita.


Sebagai remaja yang berwawasan, jelaskan usaha-usaha yang anda lakukan dalam memastikan impian
tersebut menjadi kenyataan.
Semua orang mempunyai satu hasrat yang sama iaitu mereka berharap kehidupan mereka sentiasa selamat
dan selesa. Sebaliknya, setiap orang mempunyai impian dan cita-cita yang tersendiri dan berlainan antara
satu sama lain. Dengan mepunyai impian dan cita-cita, kehidupan seseorang akan menjadi lebih menarik.
Hal ini demikian, seseorang akan meletakkan impian dan cita-cita sebagai salah satu matlamat hidup.
Seseorang yang mempunyai matlamat dalam hidupnya akan berusaha bersungguh-sungguh dan sentiasa
memajukan diri dalam semua aspek bagi memastikan diri mereka mencapai matlamat mereka dan
seterusnya memperoleh kejayaan dalam kehidupan. Pendek kata, kejayaan hidup berasas dan bermula
daripada impian dan cita-cita seseorang. Oleh itu, saya sebagai seorang remaja juga mempunyai impian dan
cita-cita saya iaitu saya ingin menjadi seorang dokor pada masa hadapan. Saya menjadikan ini sebagai
matlamat hidup yang mesti saya capai. Justeru, saya akan berusaha bersungguh-sungguh untuk
memastikan impian saya menjadi kenyataan. Persoalannya, sebagai seorang remaja yang berwawasan,
apakah usaha-usaha yang akan saya lakukan dalam memastikan impian saya untuk menjadi seorang doktor
menjadi kenyataan?
Usaha yang paling utama yang akan saya lakukan ialah saya akan belajar bersungguh-sungguh. Saya akan
menumpukan perhatian semasa guru sedang mengajar. Saya akan memberanikan diri untuk bertanya
tentang topik-topik yang difahami tanpa sebarang perasaan malu dan takut. Saya juga akan menghadiri
kelas tuisyen dan sentiasa membuat ulang kaji untuk memastikan diri saya tidak ketinggalan dalam
pelajaran terutamanya dalam subjek Sains. Saya akan sentiasa berusaha untuk membolehkan diri saya
meraih kejayaan dan kegembiraan setiap kali keputusan peperiksaan diumumkan. Oleh itu, saya akan
membuat persediaan yang rapi sebelum menduduki peperiksaan agar saya dapat menjawab semua soalan
dengan cemerlang kerana di mana ada kemahuan di situ pasti ada jalan. Apa yang paling penting ialah saya
tidak akan berasa menyesal semasa berada di dewan peperiksaan. Saya juga sedar bahawa kos
pembelajaran di university amat tinggi dan untuk tidak membebankan kedua-dua ibu bapa saya yang
usianya telah lanjut, saya belajar bersungguh-sungguh untuk memperoleh keputusan yang cemerlang dan
seterusnya berpeluang untuk mendapatkan biasiswa. Dengan bantuan daripada kerajaan,saya akan dapat
menempatkan diri di university sains tempatan yang terkenal dalam jurusan perubatan.Keadaan ini
membolehkan saya membuka langkah yang pertama ke arah pencapaian matlamat hidup saya. Tegasnya,
saya perlu belajar bersungguh-sungguh untuk membolehkan diri saya melanjutkan pelajaran dalam jurusan
pilihan saya di menara gading kelak.
Selain itu, saya juga akan sentiasa bersifat sabar,tabah dan tidak mudah berputus asadalam menghadapi
cabaran dalam hidup khususnya dalam pembelajaran. Saya tidak akan cepat mengalah. Misalnya, saya tidak
akan berputus asa walaupun saya telah mengalami kegagalan secara berturut-turut. Sebaliknya, saya akan
tabahkan diri dan menerima kegagalan tersebut kerana dengan ini baru saya dapat belajar dari kegagalan
supaya diri saya tidak akan mengulanginya lagi. Hal ini demikian kerana saya sedar bahawa sekiranya
hanya ada kegembiraan dan kejayaan hidup, seseorang itu tidak mungkin akan dapat memahami kesusahan
untuk mencapai sesuatu dalam erti kata yang sebenarnya. Saya sedar akan kegagalan saya merupakan ujian
yang diberikan oleh Tuhan untuk menguji keikhlasan saya serta untuk menjadikan diri saya lebih
bersemangat dan berkeyakinan untuk menempuh persaingan di bidang pekerjaan yang bakal akan saya
ceburi. Sejak kecil lagi, saya telah difahamkan oleh kegagalan yang dialami merupakan ibu serta punca
kepada kejayaaan seseorang. Saya percaya bahawa kegagalan yang dialami hanya untuk sementara waktu
dan kejayaan akan dating kepada saya sekiranya saya sentiasa sabar dan bersikap opstimitik dalam
halangan dan caran yang dihadapi. Jelasnya, saya perlu sabar dan tabah dalam menghadapi halangan
matlamat hidup saya bagi memastikan impian saya untuk mrnjadi seorang doktor akan menjadi kenyataan.
Di samping itu, saya akan bergaul dengan rakan-rakan yang baik dan mempunyai keinginan untuk menjadi
seorang yang berguna kepada masyarakat apabila dewasa kelak. Dengan ini, saya tidak akan dipengaruhi
oleh rakan-rakan yang bermasalah dan seterusnya terlibat dalam gejala social yang negatif. Saya akan
membezakan kaca dengan permata dan sentisasa memikirkan akan masa depan saya serta matlamat hidup
saya. Melalui pergaulan dengan rakan-rakan yang mengutamakan pendidikan mereka, saya akan dapat
bertukar-tukar pendapatserta ilmu dengan mereka. Saya juga dapat menyertai kumpulan pembelajaran
mereka dan membolehkan saya berbincang serta lebih memahami topik-topik yang telah diajar oleh guru.
Secara tidak langsung, pencapaian keputusan peperiksaan saya akan meningkat hasil daripada
perbincangan dan tunjuk ajar daripada rakan-rakan. Pergaulan dengan rakan-rakan yang bijak dalam
pembelajaran akan dapat menimbulkan persaingan yang sihat dalam diri saya. Saya akan mempunyai
semangat untuk belajar dengan lebih bersungguh-sungguh agar diri saya tidak akan diasingkan dari
kumpulan tersebut serta tidak akan berasa tersisih dan terpulau apabila dalam menyelesaikan sesuatu
soalan. Saya juga dapat bergantung kepada rakan–rakan yang baik ini apabila saya tidak berdaya untuk
menghadapi dan menyelesaikan sesuatu cabaran dalam hidup. Mereka tentu akan dapat membantu saya
untuk membangkitkan diri saya semula dengan memberi dorongan dan nasihat yang berguna kepada saya
dan bukannya menyuruh saya melibatkan diri diri dengan gejala sosial negatif yang dapat mengurangkan
tekanan jiwa dan stress. Maklumlah, seseorang akan lebih terpengaruh dengan gejala sosial apabila berada
dalam ambang kegagalan dan kekecewaan. Tegasnya, saya akan bergaul dengan rakan-rakan yang
berakhlak mulia agar saya tidak akan tersilap langkah dalam membuat sebarang keputusan dalam hidup
saya.
Seterusnya, saya akan menghadiri seminar dan mengkaji tentang cita-cita pekerjaan saya. Saya akan mula
merancang masa depan saya dan sentiasa berfikiran matang. Saya akan membuat penyelidikan tentang
pekerjaan seorang doktor dan sentiasa mendedahkan diri tentanginformasi perubatan terkini. Hal ini amat
penting supaya saya dapat melengkapkan dan mendedahkan diri saya dengan asas pengetahuan yang
diperlukan dalam bidang perubatan. Melalui seminar dan kursus-kursus yang dihadiri, saya akan lebih
memahami kerja-kerja yang perlu dilakukan oleh seorang doktor. Keadaan ini amat penting supaya suppaya
saya tidak akan menyesal dan berasa bosan dengan pekerjaan doktor sekiranya saya benar-benar mencapai
cita-cita saya. Oleh itu, dengan menghadiri seminar, saya akan dapat memastikan diri saya adakah saya
betul-betul mempunyai minat untuk menjadi seorang doktor. Saya juga tidak ingin memaksa diri saya
untuk membuat sesuatu yang tidak disukai yang akhirnya akan menyebabkan profesion saya sebagai
seorang doktor tidak terserlah.Saya tidak ingin menjalani kehidupan sedemikian dengan setiap hari yang
dilalui adalah pudar tanpa sebarang warna. Menghadiri seminar juga membolehkan saya untuk mencari
impian dan cita-cita yang lain sebelum terlambat sekiranya saya mendapati perkerjaan doktor tidaksesuai
dengan diri saya. Tegasnya, saya akan menghadiri seminar dan kursus yang berkaitan dengan perubatan
untuk menyediakan diri saya dalam mengejar impian hidup saya.
Akhir sekali, saya akan sentiasa mendengar nasihat ibu bapa kerana Tuhan hanya akan menolong dan
memberkat hidup anak yang taat kepada ibu bapa. Saya akan sentiasa patuh kepada arahan ibu bapa tanpa
sebarang rungutan kerana saya sedar bahawa syurga terletak di bawah tapak kaki ibu bapa. Saya juga sedar
bahawa tanpa doa dan dorongan ibu bapa, betapa tabah dan pandai saya pun, saya tidak mungkin akan
mencapai impian serta kejayaan dalam hidup saya. Ibu bapa merupakan insan yang lebih tua dan mereka
terlebih dahulu makan garam daripada saya. Oleh itu, ibu bapa mempunyai pengalaman yang kaya dan luas
dalam masyarakat dan luar dunia. Maka, wajarlah saya untuk meminta dan menerima pandangan mereka
agar diri saya tidak akan menimbulkan kesilapan yang mungkin mengakibatkan saya berasa menyesal buat
seumur hidup saya. Mereka merupakan punca tenaga dan dorongan saya untuk mengejar impian dan cita-
cita saya serta memperoleh kejayaan dalam hidup saya. Tanpa mereka, saya tidak mungkin berpeluang
untuk mencapai kejayaan dalam hidup saya. Tegasnya, saya akan mematuhi arahan dan mendengar nasihat
ibu bapa agar impian saya dapat dicapai dan yang paling penting sekali ialah kisah Si Tanggang tidak akan
berlaku ke atas diri saya.
Berdasarkan perbincangan di atas, dapatlah disimpulkan bahawa untuk mencapai impian dan kejayaan
dalam hidup, remaja perlu bertindak dari sekarang lagi. Remaja perlu fikir akan usaha-usaha yang perlu
dilakukan untuk memastikan impian dan cita-cita mereka tercapai agar masa depan remaja tidak akan
pudar dan gelap tetapi terang dengan kejayaan. Manusia memang tidak dapat menjangka dan melihat masa
depan, tetapi manusia boleh meramal masa depan mereka dengan merancang masa depan mereka. Kita
harus member peluang kepada diri kita untuk menjadikan impian dan cita-cita hidup serta kejayaan
menjadi kenyataan dan bukannya hanya mimpi sahaja dengan mengambil pelbagai usaha.
Sesungguhnya,kejayaan seseorang bermula daripada impian dan cita-cita
1) Setiap individu perlu mempunyai wawasan.

2) Wawasan diri bagi seseorang individu merupakan sesuatu pandangan jauh yang berkaitan
dengan perkembangan masa depan individu tersebut untuk mencapai matlamat tertentu.

3) Pembentukan wawasan diri secara praktikalnya perlulah didasarkan kepada usaha individu pada masa
lalu,pencapaian terkini dan sasaran yang diimpikannya pada masa akan datang.

4) Wawasan diri adalah prasyarat yang mesti diwujudkan oleh setiap individu yang menginginkan kejayaan.

5) Ciri-ciri wawasan diri:-


-Jelas dan mudah difahami.
-Peka terhadap tuntutan dan peluang.
-Asli dan lahir daripada keinsafan diri.
-Semangat dan tekad yang kuat.
-Benar-benar diperlukan.
-Daya dorongan diri yang teguh.

6) Langkah-langkah Mencipta Wawasan Diri


-Menggambarkan wawasan diri
-Menetapkan hala tuju
-Melakukan perancangan untuk mencapai hala tuju diri
-Usaha yang cemerlang
-Sikap yang berwawasan
-Matlamat Wawasan Diri Tercapai

7) Kepentingan mempunyai wawasan diri:


-Menjadi pendorong untuk kita mencapai cita-cita.
-Menjadi panduan untuk mendisiplinkan diri.
-Membantu kita merancang strategi atau langkah supaya lebih teratur dan berkesan.
-Membantu merealisasikan wawasan negara iaitu Wawasan 2020.
-Membantu kita mencapai kecemerlangan dalam hidup.

Anda mungkin juga menyukai