Anda di halaman 1dari 1

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Bagi tujuan pembinaan laman web yang akan dibangunkan sebagai pembelajaran berasaskan web saya
memilih “Spatial Contiguity Principle” sebagai prinsip asas. Ini kerana berdasarkan kepada apa yang
diterangkan oleh Richard E. Mayer dalam video tersebut, berdasarkan prinsip ini pelajar akan belajar
lebih mendalam dari multimedia apabila perkataan atau teks dan grafik ditampilkan berhampiran. Ini ia
akan membantu otak menghubungkan antara dua aspek berbeza iaitu perkataan atau teks dan grafik
untuk membina sesuatu kefahaman konsep.

Antara perkara penting yang perlu di ambil berat dan harus dielakkan semasa membangunkan laman
web ini nanti adalah isi kandungan pengajaran yang akan ditampilkan dalam laman web nanti akan
dipastikan elemen grafik yang dimuatkan perlu berada berhampiran dengan teks yang menjelaskan
tentang grafik tersebut. Pengasingan gambar dan teks yang menyebabkan pelajar yang perlu skrol laman
web ke bawah perlu dielakkan. Pengasingan setiap halaman pembelajaran lain dari halaman
pembelajaran utama (main menu) secara op up juga harus dielakkan. Selain itu animasi atau
pergerakkan grafik atau teks yang tidak berkaitan dengan isi kandungan tidak akan dimuatkan kerana ia
boleh mengganggu proses pembelajaran pelajar. Arahan yang dipersembahan seperti klik sana dan klik
sini yang keterlaluan akan dielakkan kerana ia memerlukan masa untuk pelajar tersebut memahami
laluan atau perjalan pembelajaran menerusi laman web tersebut pengalaman pengguna (user
experience – UX) harus dipertimbangan.

Anda mungkin juga menyukai