Anda di halaman 1dari 2

KESAN KRISIS AIR DI MALAYSIA

1. Kesan ke atas sumber tanah
 Krisis air ini akan menyebabkan tanah menjadi kontang dan berlakunya hakisan
tanah. Bahkan, air yang tercemar akan turut menjejaskan kualiti tanah dan ini sekali gus
akan turut menjejaskan aktiviti pertanian. Apabila aktiviti pertanian terjejas, maka ia
secara langsung akan memberi kesan ke atas bekalan makanan daripada hasil pertanian
yang seterusnya juga akan turut memberi kesan yang besar ke atas kadar pertumbuhan
ekonomi negara.

2. Kepupusan terhadap kepelbagaian flora dan fauna
 Sebagaimana manusia, secara fitrahnya flora dan fauna juga memerlukan sumber air
bersih untuk hidup. Justeru, sumber air yang tercemar akan menyebabkan flora dan
fauna mati akibat daripada kekurangan air. Natijahnya, kepupusan yang berlaku ke atas
flora dan fauna akan memberi kesan yang lebih serius lagi seperti mengakibatkan
ketidakseimbangan ke atas ekosistem yang akhirnya akan turut mengancam kehidupan
manusia.

3. Kemudaratan kepada manusia
 Krisis air yang berlaku di malaysia akan memberi kemudaratan kepada manusia.Seperti
yang kita tahu,air merupakan keperluan untuk manusia terus hidup.Jika krisis air ini tidak
dapat di atasi dengan segera,kita akan kekurangan bekalan air dan seterusnya manusia akan 
ditimpa penyakit seperti kekurangan air.

4. Berkurangnya kawasan tadahan
 Kemampuan sesuatu kawasan tadahan sebagai pembekal air adalah dikawal oleh
keseimbangan alam semula jadinya. Ini termasuklah beberapa aspek penting seperti
litupan tumbuh-tumbuhan dan kapasiti proses infilterasi yang boleh dihasilkan. Sekiranya
keseimbangan ini terganggu maka berlaku beberapa perubahan dalam ciri-ciri air
permukaan yang akan menjejaskan kemampuan sesuatu kawasan tadahan
menghasilkan air. Kawasan tadahan yang terdapat di Malaysia semakin hari
menunjukkan situasi yang tidak sihat. Ini kerana, limpahan pembangunan telah
menyebabkan kawasan tadahan mengalami tekanan sebagai sumber air. Keadaan ini
berlaku hampir kesemua negeri di Semenanjung Malaysia mengalami krisis ini. Di
antaranya, negeri Johor yang mengalami kemerosotan alam sekitarnya juga
memperlihatkan kawasan tadahan empangan Langat juga sudah mula diterangi. Di
negeri Perak pula, bekalan air untuk kegunaan domestik dan industri diperolehi daripada
pusat pengambilan air di sungai. Kemerosotan alam sekitar adalah dijangka lebih serius
di kawasan lembah yang terdapat aktiviti industri dan eksplotasi sumber balak di kawasan hutan
di mana terdapatnya kawasan tadahan.

5. Kekurangan bekalan air
 Kita akan menghadapi kekurangan bekalan air daripada krisis tersebut. Akan
berlakunya catuan air yang akan membuatkan penduduk tidak mendapat bekalan air.Hal
ini akan menyusahkan penduduk untuk menggunakan air bagi keperluan mereka.Dari
sektor pembangunan pula,projek2 akan terkendala kerana kekurangan sumber yang
utama untuk menjalankan projek pembangunan tersebut.

Anda mungkin juga menyukai