Anda di halaman 1dari 1

Carta Pembelajaran Bahasa Melayu Penulisan

SBC

TOPIK
Sesuai Baik Cemerlang

PENULISAN

IDEA CEMERLANG CITRA GEMILANG

33

Karangan Jenis Syarahan

Kamu telah terpilih memasuki pertandingan syarahan peringkat daerah. Tajuk syarahan yang diberi ialah Kesan Pencemaran Air kepada Kehidupan. Tulislah teks syarahan kamu itu selengkapnya.

& ISI-ISI KARANGAN 3 3 3 3 3 3


Format Syarahan kata sapaan, ucap selamat penegasan tajuk, ucapan terima kasih pencemaran sungai dan laut sampah-sarap dan sisa minyak tidak bertanggungjawab sisa toksik dialirkan ke sungai, laut pencemaran air berlaku kos tinggi, merawat air manusia bergantung kepada air air tercemar, aktiviti tergendala gangguan kesihatan kesan pencemaran, hidupan air rumpair dan ikan pupus pendapatan nelayan terjejas pencemaran air merugikan kita kempen sayangi sungai dan laut, ucapan terima kasih

IK PK SA PI TB SE

- 10 - 3 - 3 - 3 - 3 - 3

* Sebarang isi yang berkaitan dengan tajuk hendaklah diberi pertimbangan yang sewajarnya.

KARANGAN CONTOH : JENIS SYARAHAN


Yang Dihormati Tuan Pengerusi Majlis, yang berusaha guru besar, guru-guru, barisan hakim yang adil lagi bijaksana, serta rakan sekalian. Selamat sejahtera saya ucapkan. Tampilnya saya di pentas ini adalah untuk menyampaikan syarahan yang bertajuk Kesan Pencemaran Air kepada Kehidupan. Hadirin sekalian, Pencemaran air sering berlaku di negara kita. Pencemaran air sungai dan laut terjadi disebabkan oleh berbagai-bagai faktor. Sampah-sarap dan sisa-sisa minyak dibuang ke laut oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Di samping itu, sisa toksik yang dikeluarkan oleh kilang dengan mudah dialirkan ke sungai dan ke laut. Perkara ini mengakibatkan pencemaran air yang berterusan. Kita terpaksa mengeluarkan kos yang tinggi untuk merawat air. Manusia menggunakan air untuk kegunaan harian, pertanian dan perindustrian. Jika air tercemar, maka semua aktiviti tersebut tidak dapat dilakukan. Air yang tercemar amat berbahaya untuk kesihatan manusia. Air yang tercemar juga boleh menyebabkan penyakit kulit dan cirit-birit. Selain itu, pencemaran air juga boleh mengakibatkan hidupan air, seperti rumpair, ikan, dan sebagainya akan pupus. Ini memberi kesan yang negatif kepada kehidupan nelayan. Pendapatan para nelayan juga turut terjejas. Hadirin sekalian, Sebelum mengundur diri, saya ingin menegaskan bahawa pencemaran air lebih banyak merugikan kita. Oleh sebab itu, sama-samalah kita menjaga kebersihan sungai dan laut. Sekian, terima kasih.

SKEMA

Kata sapaan, beri salam, penegasan tajuk, terima kasih. Jika tiada, dua markah format ditolak.

3 3 3 2

ISI / IDEA KETERANGAN HURAIAN

ISI / IDEA KETERANGAN HURAIAN

ISI / IDEA KETERANGAN HURAIAN

ISI / IDEA KETERANGAN

& MEMBETULKAN YANG BIASA, MEMBIASAKAN YANG BETUL (AYAT GRAMATIS)


1. Peninju veteran itu berhasrat untuk bersara daripada arena sukan lasak tersebut. (salah) Petinju veteran itu berhasrat untuk bersara daripada arena sukan lasak tersebut. (betul)
{Peninju membawa maksud tinju atau penumbuk, Petinju pula bermaksud orang yang berlawan tinju}

25/25

2. Ibu membeli dua biji kek berperisa strawberi di pasar tani pagi tadi, jelas kakak. (salah) Ibu membeli dua biji kek berperasa strawberi di pasar tani pagi tadi, jelas kakak. (betul)
{Berperisa membawa maksud bersedap atau berenak, Berperasa pula bermaksud rasa seakan-akan}

CARTA : KARANGAN JENIS SYARAHAN

33

IDEA CEMERLANG CITRA GEMILANG


Public Educational Supplies Sdn. Bhd.
(638673-X)

11/3/04/T-13/MUJA INTAN/P33 KARANGAN JENIS SYARAHAN.AI/016151/C0018056/DAVID/ST-150-KNC/ELIPTICAL

ISI / IDEA KETERANGAN HURAIAN

Anda mungkin juga menyukai