Anda di halaman 1dari 2

Pengujian Soalan Tinjauan (Testing Survey Questions)

Soalan tinjauan perlu diuji atau dirintis. Hal ini dikatakan oleh Sudman & Bradburn (1982) di mana
adalah benar bahawa tiada seorang pakar pun yang dapat membina borang soal selidik. Oleh itu,
pengujian atau ujian rintis adalah satu-satunya cara untuk memastikan soalan tinjauan ditulis dan dapat
mencapai maksud oleh responden dalam memenuhi kehendak objektif kajian.

Dua Kaedah Pengujian:


Kaedah tradisional untuk pengujian pra (Traditional Method for Pretesting) dan Kaedah Baru (New
Methods) diperbincangkan dalam Bab 10 ini.

Secara kesimpulannya saya akan membentang 5 kaedah pengujian soalan tinjauan hasil gabungan
kaedah pengujian tradisional dan kaedah baru.
1. Ujian Lapangan Tradisional
Adalah untuk tinjauan temudugaa yang melinatkan sebilangan penemuduga yang melakukan
beberapa sesi temuduga. Dan seterusnya selepas sesi temuduga, sesi soal jawab (debriefing)
akan dilakukan bersama penyelidik. Hal ini melibatkan penyoalan soal selidik terhadap
responden dan semak semula item-item soal selidik yang diperolehi menerusi ujian rintis
tersebut.
Kelebihan:
- Membantu mengenalpasti soalan yang sukar
- Konsep yang susah
- Respon responden kepada teknik pengumpulan data baru
Kekurangan:
- Salah faham soalan oleh responden
- Memberikan jawapan yang wajar tanpa sebarang petunjuk di mana kesilapan berlaku
2. Panel Pakar dan Tinjauan Sistematik Soal Selidik
Pakar adalah penyelidik yang mempunyai pengetahuan yang kukuh mengenai topik tertentu,
isu-isu berkaitan, reka bentuk soal selidik, perspektif kognitif, dan sebagainya (Thomas, 2002).
Bantuan dari pakar dalam pembinaan item sangat penting dalam menghasilkan hipotesis kajian
yang akan digunkan. Tiada responden terlibat dalam kaedah ini.
Kelebihan:
- Cepat dan efektif
- Boleh merungkai potensi masalah dalam aspek yang luas
- Boleh menghasilkan hipotesis untuk pengujian terhadap kaedah lain
Kekurangan:
- Bergantung kepada kebolehan pakar
- Tiada responden yang terlibat
3. Soal Selidik Responden
Soalan susulan yang digunakan khas untuk mengenalpasti kefahaman responden mengenai
soalan tinjauan.
Kelebihan:
- Komen diperolehi secara terus daripada responden
- Komen khusus soalan/item boleh digunakan untuk membaiki item
- Saiz sampel yang lebih besar memberikan keyakinan kepada keputusan kajian nanti
Kekurangan:
- Masalah utama tinjauan berpotensi dikenalpasti lebih awal
- Sukar untuk merangka soalan soal jawab yang sesuai
4. Pengkodan Perilaku
Kaedah sistematik dalam mengkodkan perilaku penemuduga dan responden sebagai cara untuk
mengenalpasti masalah pada item atau soalan soal selidik.
Kelebihan:
- Pemerhatian secara terus oleh penyelidik (boleh secara rakaman)
- Kod yang standard meningkatkan kebolehbandingan
- Fleksibel
- Kod boleh diubahsuai mengikut kesesuaian kajian
Kekurangan:
- Masa yang banyak diperlukan
- Menerima banyak kod masalah
- Pengkod perlu terlatih dengan baik cara melaksanakannya
5. Temuduga kognitif
Merupakan temuduga mendalam yang memerlukan perhatian yang terperinci kepada proses
minda responden untuk menjawab soalan temuduga. Kaedah ini direka khas untuk meneroka
jawapan responden secara mendalam menerusi empat langkah kogniitif iaitu kefahaman
(comprehension), mengingati (recall), menghakimi (judgement) dan respon (response).
Kelebihan:
- Banyak masalah akan dikenalpasti
Kekurangan:
- Saiz sampel yang kecil
- Menggunakan persampelan mudah
- Penemuduga harus terlatih
- Analisis memerlukan banyak masa
6. Kumpulan Berfokus
Perbincangan di bawah arahan moderator untuk menggalakan interaksi dan memastikan
perbincangan berada dalam topik yang sepatutnya. Hal ini bertujuan untuk mendapatkan idea
baru atau konsep, reaksi dan ransangan visual terhadap soalan tinjauan tersebut.
Kelebihan:
- Fleksibel
- Maklumat diperolehi secara terus dari responden
- Cepat dan menjimatkan
Kekurangan:
- Keputusan dari kumpulan kecil memberikan hasil yang sedikit
- Data yang akan dianalisis memerlukan amsa yang banyak
- Keputusan dari responden yang kecil perlu diintepretasikan dengan teliti

Anda mungkin juga menyukai