Anda di halaman 1dari 10

Qudwah Hasanah bererti contoh teladan yang terbaik.

Rasulullah saw merupakan contoh teladan yang terbaik bagi sekalian umat manusia. Ia dapat
dilihat pada sifat, sikap, fikiran dan tindakan, kehidupan, semangat, perjuangan dan kepimpinan
baginda.
Kesemua sifat dan sikap Rasulullah saw adalah kesan daripada didikan al-Quran. Setiap
perkara yang dilakukan dan ditinggalkan oleh baginda adalah pelaksanaan daripada setiap
perintah al-Quran. Setiap nilai al-Quran terdapat dalam diri Rasulullah saw sehingga baginda
dianggap sebagai al-Quran hidup.

Akhlak Rasulullah Sebagai Qudwah Hasanah


1. Pemurah dan suka menderma

Setiap hari baginda memastikan setiap dirham yang dimilikinya didermakan


kepada fakir miskin. Malah baginda mencari rezeki sekadara keperluannya
sahaja dan yang selebihnya diberikan kepada orang yang berhajat kerana
Allah S.W.T.
2. Beradab ketika makan
Apabila makanan sudah tersedia, baginda membaca doa yang bermaksud:
Dengan nama Allah, wahai Tuhanku! Jadikanlah makanan ini suatu nikmat
yang disyukuri sehingga kepada nikmat syurga.
Baginda juga tidak suka memakan makanan yang panas kerana sabdanya
dalam suatu hadis yang bermaksud:
Sesungguhnya Allah tidak memberi kita makanan daripada api. Sejukkanlah
makanan itu terlebih dahulu.
Hadith tersebut jelas menunjukkan bahawa Rasulullah sentiasa
mengamalkan adab-adab ketika makan yang sepatutnya diamalkan oleh
orang-orang Muslim.
Rasulullah juga menggunakan tangan kanan untuk menyuap makanan dan
sentiasa memilih lauk yang terdekat dengannya terlebih dahulu. Makanan
yang paling disukai oleh Rasulullah ialah daging dan buah qana dan minuman
yang digemarinya ialah susu kambing. Baginda tidak suka memakan
bahagian dalam kambing seperti buah pinggang, pundit air kencing dan
daging keras yang tumbuh di bawah kulit kerana sakit. Baginda juga tidak
mengambil bawang putih dan bawang besar kerana ia mendatangkan bau
yang tidak menyenangkan. Walaupun begitu, baginda tidak pernah merasa
jijik terhadap sesuatu makanan itu walaupun baginda tidak menyukainya.
3. Aspek berpakaian
Nabi Muhammad s.a.w. suka memilih pakaian yang berwarna putih.
Pakaiannya yang dikenali sebagai jubah menutupi sehingga paras buku
lalinya. Baginda mempunyai dua salinan baju khusus untuk solat Jumaat dan
pakaian-pakaian lain untuk hari lain. Baginda suka memakai kopiah dibawah
ikatan serbannya. Setiap kali memakai pakaian baginda memulakannya dari
kanan dan membaca doa yang bermaksud:
Segala puji bagi Allah yang telah memberikan pakaian untuk menutup
auratku dan untuk menghiaskan diri di hadapan orang ramai.
Ketika menanggalkan pakaian baginda memulakan dari sebelah kiri.

4. Tutur kata
Rasulullah s.a.w. seorang yang fasih dalam berkata-kata. Tutur katanya
dihiasi dengan kata-kata yang manis dan bersopan. Ketika berbicara,
baginda menggunakan ayat-ayat yang padat dan lengkap, ringkas dan
mudah difahami oleh orang-orang yang mendengarnya. Baginda tidak
bercakap jika dirasakan tidak perlu dan hanya meninggikan suara apabila
menyatakan sesuatu yang hak dan benar sahaja. Persoalan-persoalan yang
dikemukakan pula dijawab dengan jawapan-jawapan dan nasihat yang
mudah diterima para hadirin.
5. Sifat berlapang dada dan pemaaf
Baginda Rasulullah s.a.w. juga memiliki sifat berlapang dada dan suka
memaafkan orang lain walaupun diberi peluang untuk membalas dendam.
Didalam suatu peperangan, seoreang tentera kaum musyrikin berjaya
mengugut Rasulullah dan tentera kaum Muslimin dengan berkata: Siapakah
diantara kamu yang dapat menyelamatkan engkau daripada pedangku?
Lantas Rasulullah s.a.w. pun menjawab, Allah. Mendengar perkataan itu
gentarlah tangan tentera musyrikin itu dan pedang tersebut jatuh daripada
tangannya. Kemudian Rasulullah s.a.w. mengambil pedang tersebut sambil
berkata, Siapakah kini yang dapat mempertahankan engkau daripadaku?
Orang musyrikin itu dengan susah payah menjawab, Ambillah nyawaku
dengan cara yang baik. Baginda pula berkata kepadanya, Katakanlah aku
bersaksi tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan aku (Rasulullah)
adalah pesuruhnya.
Inilah salah satu contoh sifat Rasulullah s.a.w. yang sentiasa bersifat
berlapang dada dan pemaaf.
6. Kasih- sayang
Apabila dua atau tiga hari Rasulullah s.a.w. tidak nampak salah seorang
sahabatnya atau tidak bertemu di mana-mana, nescaya ditanya dan dicari
oleh baginda. Baginda yang menziarahi kerumah sahabat tersebut tanpa rasa
sombong. Malah baginda sembahyang, makan dan duduk bersama para
sahabat.
Islam menggariskan hak-hak sesama seagama yang menunjukkan betapa
tingginya nilai kasih sayang sesama mukmin sehingga Rasulullah s.a.w.
pernah menggambarkan kehidupan orang-orang mukmin umpama jasad
yang satu yang saling merasakan segala yang dirasai dan dideritai oleh
saudara seislam.
7. Ibadah
Rasulullah menunjukkan contoh perlaksanaan ibadah sedemikian banyak
untuk kita jejaki langkahnya kerana secara fitrahnya, Rasulullah menyukai
pengabdian dan ibadah serta merasa senang melakukannya. Sebelum
diangkat menjadi Rasul, pernah sehingga sebulan baginda memutuskan
semua kesibukan untuk beribadat didalam sebuah gua di luar kota Mekah
sehingga disebut para sahabat, baginda senang beribadat, mengabdi dan
berkhalwat sejak dari kecil lagi. Begitulah orang-orang yang cerdik
berkelakuan.
Baginda bersolat sunat dengan begitu banyak sekali sehingga adakalanya
baginda tidak tidur semalaman sehingga bengkak kakinya. Baginda turut

berpuasa selang sehari dan berzikir diwaktu jaga dan tidur. Malah baginda
digelar sebagai Al-Quran bergerak kerana Al-Quran bukan sahaja dihafal
malah dijadikan panduan seluruh kehidupannya.

ASULLULLAH SAW SEBAGAI QUDWAH HASANAH


Dipetik daripada : http://tunasislam.blogspot.com

Qudwah Hasanah
Siapa yang boleh mengambil pedoman dari kehidupan Rasulullah saw ?
(petikan perutusan Dr Yusuf al Qharadawi sempena maulidul rasul 2007)
Kehidupan Muhammad saw adalah lapangan yang cukup luas untuk dijadikan tauladan bagi sesiapa
sahaja. Anak muda boleh mendapat pedoman kerana Muhammad saw pernah menjalani kehidupan
sebagai anak muda yang rajin bekerja dan memerah keringat tanpa bergantung kepada
keturunannya yang mulia dan kedudukannya yang istimewa. Seorang yang masih bujang boleh
mengambil pedoman dari hidup Rasulullah saw kerana baginda tidak berkahwin kecuali selepas
berumur 25 tahun.
Si Suami yang mempunyai seorang isteri boleh menjadikan Rasulullah saw sebagai ikutan kerana
baginda hanya bersama daengan seorang isteri, Khadijah sehingga umur baginda 50 tahun. Mereka
yang berpoligami juga boleh menjadikan Rasulullah saw sebagai panduan dalam 10 tahun terakhir
baginda mempunyai ramai isteri. Antaranya seorang anak dara dan lainnya adalah janda, ada yang
muda dan ada pula yang tua. Ada dari bangsa Arab dan ada pula dari Bani Israil.
Seorang bapa boleh melihat kehidupan Nabi saw ketika memiliki anak dan ketika kematian anakanaknya. Seorang datuk dapat menghayati pedoman hidup Rasulullah saw ketika baginda saw
melayan dua cucunya, al Hasan dan al Husain. Seorang pejuang dapat melihat Rasulullah saw
sebagai pejuang; Bagaimana berlangsungnya peperangan? Apakah adab dan disiplinnya?Bagaimana
halnya ketika menerima kemenangan atau kekalahan seperti dalam perang Uhud?

Seorang penguasa, pemerintah,raja, presiden atau ketua kerajaan boleh menerima pedoman dari
hidup baginda saw ketika mana memiliki kekuasaan lalu baginda saw berlaku adil dan menegakkan
hak dan kebenaran. Baginda saw telah meninggalkan untuk kita warisan agung dalam lapangan ini.
Sebenarnya samada pemerintah atau yang diperintah, semua boleh melihat kehidupan baginda saw.
Baginda hidup sebagai rakyat biasa dalam pemerintahan orang lain di Mekah dan sebagai
pemerintah di Madinah. Begitu juga bagi orang kaya atau miskin. Baginda pernah merasai kefaqiran
dan kemiskinan sehingga terpaksa mengikut perut dengan batu bahkan dua biji batu. Baginda juga
pernah menerima habuan dua yang banyak apabila diberi kemenangan dan mendapat ghanimah
(rampasan perang) yang banyak sehingga akhir keseluruhan Arab dan semenanjung Arab tunduk di
bawah kekuasaannya.
Baginda saw telah melalui semua pengalaman-pengalaman ini. Siapa lagi antara para Nabi dan Rasul
yang merasai segala pengalaman ini? Inilah dia Muhammad saw yang telah diberi keistimewaan
dengan semua ini yang ditugaskan membawa agama agung yang mempunyai cirri-ciri umum, kekal
dan lengkap.
***************************************************************
Dipetik daripada : http://dawany.blogspot.com/

Saturday, November 29, 2008


Akhlak Rasulullah Sebagai Qudwah Hasanah
1. Pemurah dan suka menderma. Setiap hari baginda memastikan setiap dirham yang dimilikinya

didermakan kepada fakir miskin. Malah baginda mencari rezeki sekadara keperluannya sahaja dan
yang selebihnya diberikan kepada orang yang berhajat kerana Allah S.W.T.
2. Beradab ketika makan. Apabila makanan sudah tersedia, baginda membaca doa yang
bermaksud:Dengan nama Allah, wahai Tuhanku! Jadikanlah makanan ini suatu nikmat yang disyukuri
sehingga kepada nikmat syurga.Baginda juga tidak suka memakan makanan yang panas kerana
sabdanya dalam suatu hadis yang bermaksud:
Sesungguhnya Allah tidak memberi kita makanan daripada api. Sejukkanlah makanan itu terlebih
dahulu.
Hadith tersebut jelas menunjukkan bahawa Rasulullah sentiasa mengamalkan adab-adab ketika
makan yang sepatutnya diamalkan oleh orang-orang Muslim.Rasulullah juga menggunakan tangan
kanan untuk menyuap makanan dan sentiasa memilih lauk yang terdekat dengannya terlebih
dahulu. Makanan yang paling disukai oleh Rasulullah ialah daging dan buah qana dan minuman yang
digemarinya ialah susu kambing. Baginda tidak suka memakan bahagian dalam kambing seperti
buah pinggang, pundit air kencing dan daging keras yang tumbuh di bawah kulit kerana sakit.
Baginda juga tidak mengambil bawang putih dan bawang besar kerana ia mendatangkan bau yang
tidak menyenangkan. Walaupun begitu, baginda tidak pernah merasa jijik terhadap sesuatu
makanan itu walaupun baginda tidak menyukainya.
3. Aspek berpakaianNabi Muhammad s.a.w. suka memilih pakaian yang berwarna putih. Pakaiannya
yang dikenali sebagai jubah menutupi sehingga paras buku lalinya. Baginda mempunyai dua salinan
baju khusus untuk solat Jumaat dan pakaian-pakaian lain untuk hari lain. Baginda suka memakai
kopiah dibawah ikatan serbannya. Setiap kali memakai pakaian baginda memulakannya dari kanan
dan membaca doa yang bermaksud:Segala puji bagi Allah yang telah memberikan pakaian untuk
menutup auratku dan untuk menghiaskan diri di hadapan orang ramai.Ketika menanggalkan pakaian
baginda memulakan dari sebelah kiri.
4. Tutur kataRasulullah s.a.w. seorang yang fasih dalam berkata-kata. Tutur katanya dihiasi dengan
kata-kata yang manis dan bersopan. Ketika berbicara, baginda menggunakan ayat-ayat yang padat
dan lengkap, ringkas dan mudah difahami oleh orang-orang yang mendengarnya. Baginda tidak
bercakap jika dirasakan tidak perlu dan hanya meninggikan suara apabila menyatakan sesuatu yang

hak dan benar sahaja.


Persoalan-persoalan yang dikemukakan
pula dijawab dengan jawapan-jawapan dan nasihat yang mudah diterima para hadirin.
5. Sifat berlapang dada dan pemaafBaginda Rasulullah s.a.w. juga memiliki sifat berlapang dada
dan suka memaafkan orang lain walaupun diberi peluang untuk membalas dendam. Didalam suatu
peperangan, seoreang tentera kaum musyrikin berjaya mengugut Rasulullah dan tentera kaum
Muslimin dengan berkata:

Siapakah diantara kamu yang dapat menyelamatkan engkau daripada pedangku?


Lantas Rasulullah s.a.w. pun menjawab, Allah. Mendengar perkataan itu gentarlah tangan tentera
musyrikin itu dan pedang tersebut jatuh daripada tangannya. Kemudian Rasulullah s.a.w.
mengambil pedang tersebut sambil berkata,
Siapakah kini yang dapat mempertahankan engkau daripadaku?
Orang musyrikin itu dengan susah payah menjawab,
Ambillah nyawaku dengan cara yang baik.
Baginda pula berkata kepadanya,
Katakanlah aku bersaksi tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan aku (Rasulullah) adalah
pesuruhnya.Inilah salah satu contoh sifat Rasulullah s.a.w. yang sentiasa bersifat berlapang dada
dan pemaaf.
6. Kasih- sayangApabila dua atau tiga hari Rasulullah s.a.w. tidak nampak salah seorang sahabatnya
atau tidak bertemu di mana-mana, nescaya ditanya dan dicari oleh baginda. Baginda yang
menziarahi kerumah sahabat tersebut tanpa rasa sombong. Malah baginda sembahyang, makan dan
duduk bersama para sahabat.Islam menggariskan hak-hak sesama seagama yang menunjukkan
betapa tingginya nilai kasih sayang sesama mukmin sehingga Rasulullah s.a.w. pernah
menggambarkan kehidupan orang-orang mukmin umpama jasad yang satu yang saling merasakan
segala yang dirasai dan dideritai oleh saudara seislam.
7. Ibadah Rasulullah menunjukkan contoh perlaksanaan ibadah sedemikian banyak untuk kita jejaki
langkahnya kerana secara fitrahnya, Rasulullah menyukai pengabdian dan ibadah serta merasa
senang melakukannya. Sebelum diangkat menjadi Rasul, pernah sehingga sebulan baginda
memutuskan semua kesibukan untuk beribadat didalam sebuah gua di luar kota Mekah sehingga
disebut para sahabat, baginda senang beribadat, mengabdi dan berkhalwat sejak dari kecil lagi.
Begitulah orang-orang yang cerdik berkelakuan.Baginda bersolat sunat dengan begitu banyak sekali
sehingga adakalanya baginda tidak tidur semalaman sehingga bengkak kakinya. Baginda turut
berpuasa selang sehari dan berzikir diwaktu jaga dan tidur. Malah baginda digelar sebagai AlQuran bergerak kerana Al-Quran bukan sahaja dihafal malah dijadikan panduan seluruh
kehidupannya

SUNNAH NABI S.A.W. SEBAGAI QUDWAH HASANAH

Al Quran telah mengemukakan beberapa potong ayatnya yang


memperkatakan tentang sifat-sifat dan peribadi Rasulullah s.a.w. yang
mulia yang menjadi contoh teladan yang baik dan wajib dihayati oleh
setiap muslim yang mengaku beriman kepada Allah.
Firman Allah Ta'ala:



















Maksudnya: Sesungguhnya adalah bagi kamu pada diri Rasulullah terdapat
contoh teladan yang baik kepada orang-orang yang mengharapkan Allah dan
mengharapka kedatangan hari akhirat, mereka banyak berzikir kepada Allah
(Al Ahzab: 21).

Sesungguhnya baginda s.a.w. merupakan seorang manusia yang


paling mulia di sisi Allah. Segala gerak langkah dan tindak tanduk yang
dilakukannya itu tetap menjadi ikutan, begitu juga dengan amalan dan
perlakuan hidupnya tetap menjadi teladan yang baik kepada semua
umat manusia. Segala ucapan dan tutur katanya telah menjadi
perbahasan yang ilmiyah untuk dijadikan nas atau sandaran dalam
sesuatu permasalahan. Ti

Qudwah Hasanah..
Posting saya kali ini ialah Qudwah Hasanah. Dalam istilah masa kini, ia boleh
disamakan dengan kepimpinan melalui teladan. Seorang pemimpin Islam, tidak harus
hanya bercakap mengenai keunggulan Islam, tetapi mesti mampu menunjukkannya
dengan contoh-contoh dalam kehidupan hariannya.
Firman Allah:
Maksudnya: Wahaiorang-orang yang beriman, mengapa kamu mengatakan apa
yang tidak kamu perbuat ?. Amat besar kebencian di sisi Allah bahawa kamu
mengatakan apa-apa yang tiada kamu kerjakan.As-Shaf: 2-3.
Dalam erti yang lebih meluas, qudwah hasanah menuntut seseorang, istimewa bagi
yang mengambil tugas kepimpinan, agar menjadikan dirinya teladan kepada
melaksanakan dalam kehidupan sehariannya seruan-seruan kebaikan yang dia launglaungkan. Dia harus bertindak sebaik kebaikan yang dianjurkannya, bukan sebaliknya.
Jika dia menyeru dibasmi korupsi, dia sendiri mesti bersih dari segala unsur korupsi.
Jika dia menganjurkan peningkatan ilmu, dirinya mesti menjadi teladan sebagai seorang
pencinta ilmu. Jika dia memanggil kepada kemuliaan akhlak, peribadinya sendiri adalah

gambaran akhlak mulia.


Nabi Muhammad s.a.w. ialah contoh terbaik bagi qudwah hasanah. Apabila isterinya
Aishah ditanya mengenai akhlak Nabi, beliau menjawab: Akhlak Nabi ialah AlQuran!
Maksudnya, keperibadian Nabi, sifat dan sikap baginda, cara baginda berfikir dan
bertindak, kehidupannya, semangat dan perjuangannya semuanya berupa natijah
yang tumbuh dari asuhan Al-Quran. Apa yang baginda lakukan adalah melaksanakan
anjuran Al-Quran. Apa yang baginda tinggalkan adalah apa yang dilarang Al-Quran.
Baginda menyampaikan Al-Quran, dan dirinya sendiri menghayati semangat dan isi AlQuran. Nilai-nilai abadi yang tumbuh dalam dirinya adalah hasil asuhan Al-Quran.
Jadilah baginda seolah-olah Al-Quran yang hidup. Itulah yang dimaksudkan Aesha
bahawa akhlak Nabi Muhammad s.a.w. ialah Al-Quran.

Sebagai pemimpin, baginda berada di barisan hadapan dalam menegakkan kebenaran


dan dalam menghadapi tentangan daripada perjuangannya. Baginda menolak tawaran
kemewahan dan kesenangan hidup, dan bersedia menghadapi pelbagai risiko demi
menegakkan kebenaran.
Meskipun seorang ummi (tidak tahu membaca dan menulis), Baginda amat meninggikan
kedudukan ilmu. Di akhir Perang Badar, baginda menawarkan keampunan dan
kebebasan kepada setiap tawanan perang yang sempurna mengajarkan bacatulis
kepada 10 kanak-kanak di Madinah. Kata baginda,
Ertinya: Kelebihan orang berilmu daripada orang abid (yang banyak ibadahnya),
adalah seperti kelebihanku daripada orang yang paling rendah dari kamu.
(Riwayat Tirmidzi dari Abi Umamah).
Baginda juga paling unggul dalam memberi makna kepada prinsip persamaan dan
persaudaraan. Status seorang hamba seperti Zaid bin Harithah, diangkat dengan
mengistiharkannya sebagai kerabat Baginda, keturunan bangsawan Quraisy. Ketika
sebahagian sahabat masih taksub kepada sentimen kebangsaan Arab, Baginda
mengistiharkan Salman dari Parsi sebagai kerabatnya, dan sekaligus melunturkan
sentimen sempit tersebut.
Qudwah hasanah juga berlaku dalam kepimpinan para Sahabat.
Sebagai Khalifah, Abu Bakar, yang telah menghabiskan hampir seluruh hartanya
membantu perjuangan Islam, terus hidup sederhana, dan tidak punya istana.
Umar bin Khattab, yang dengan kehebatan kepimpinannya membolehkan Islam
berkembang ke Syria, Iraq dan Mesir, terus dengan amalan hariannya yang sederhana
baik dari pakaiannya ataupun makanannya. Ketika jazirah Arab dilanda kebuluran, Umar
langsung tidak makan daging, minyak sapi, ikan atau makanan lazat, sambil tidak putusputusa berdoa, Ya, Allah! Jangan Engkau hancurkan umat Muhammad dengan dosadosaku. Sifat sederhana itulah yang membolehkan beliau melihat dan merasakan
sendiri masalah dan kesulitan rakyat, kemudian mengambil langkah-langkah
memberikan bantuan yang diperlukan.
Ketika sedang solat dan didatangi peminta sedekah, Khalifah Ali bin Abu Talib, tanpa
tangguh-tangguh lagi telah memberikan cincin perak yang dipakainya kepada peminta
sedekah tersebut. Itulah cara memberikan makna secara unggul kepada erti
kedermawanan dan kebajikan.
Demikianlah beberapa contoh qudwah hasanah, iaitu berbuat baik bagi menghidupkan
unsur-unsur kebaikan yang dianjurkan, dan tidak bercanggah antara apa yang
diperkatakan dengan yang dikerjakan. Dengan melaksanakan dalam bentuk amali apa
yang diperkatakan, sesuatu nilai yang baik itu akan lebih mudah difaham. Dan kesannya
akan lebih mendalam. Apa yang dikata, dikota. Yang samar (abstract) menjadi nyata
(concrete). Inilah proses pembelajaran yang mudah, dan paling berhasil.
Bukan semua orang mudah memahami sesuatu nilai yang unggul dan murni secara
intelektual. Namun, tidak sukar bagi semua orang memaham makna sesuatu dengan
cara melihat dan meniru sesuatu yang terang dan nyata. Faktor qudwah hasanah yang
dipakai dan dihidupkan oleh para pemimpin Islam di peringkat awal itulah yang

membolehkan semangat dan isi Al-Quran menjadi mudah difaham, dihayati, dan
dikembangkan oleh generasi umat Islam yang mula-mula.
Sebaliknya, di suasana kepimpinan tidak menghidupkan qudwah hasanah, sering timbul
percanggahan antara aspirasi dengan realiti. Yang hendak dicapai berlawanan dengan
pencapaian sebenarnya. Suasana begini pasti mengelirukan orang ramai. Orang akan
keliru tentang nilai apakah yang hendak dipegang? Kekeliruan ini menjadi hambatan
kepada usaha-usaha menyemai dan menumbuhkan unsur-unsur kebaikan dalam
kehidupan masyarakat.
Firman Allah S.W.T:
Maksudnya: Mengapakah kamu menyuruh orang mengerjakan kebajikan, sedang
kamu melupakan diri kamu sendiri, padahal kamu membaca Kitab. Tidakkah kamu
mengerti ?".
Bayangkan kesan-kesan negatif jika berlaku keadaan berikut:
Pemimpin yang gigih memajukan amalan demokrasi, enggan bersikap toleransi kepada
pandangan-pandangan yang tidak sehala atau serasi dengan pandangannya.
Pemimpin yang menyeru berjimat-cermat dalam perbelanjaan agar mampu menabung
untuk membangunkan ekonomi bangsa, menyampaikan perutusannya itu di sebuah

majlis makan malam yang lumayan di sebuah hotel paling mahal.


Pemimpin yang diberi tanggungjawab membawa perpaduan di kalangan jemaah,
mengamalkan kepimpinan yang menyebabkan wujud prasangka dan kecenderungan
berkelompok-kelompok.
Ataupun, pemimpin yang mendorong rajin membaca, sedangkan diri mereka sendiri
tidak membaca. Mereka menyatakan Islam sangat menggalakkan ilmu sains moden,
sedangkan diri mereka sendiri tidak berusaha memahami bagaimana manusia boleh
sampai ke bulan, bagaimana berlaku empat musim di setengah-setengah tempat di
dunia, atau kurang peduli dengan kesan kejuruteraan baka dalam kehidupan umat.
Percanggahan begini pasti menambahkan kekeliruan. Nilai-nilai manakah yang
benar, mesti diikut dan dihidupkan?
Kejahilan merupakan satu sebab mengapa qudwah hasanah tidak terjelma pada
setengah-setengah kepimpinan. Oleh itu, sesiapa jua yang bersedia mengambil tugas
kepimpinan harus memperlengkapkan diri dengan berbagai-bagai ilmu pengetahuan.

Satu daripada usaha yang boleh dibuat ialah dengan cara banyak membaca.
Bagaimanapun, mempunyai ilmu pengetahuan sahaja belumlah mencukupi. Nilai-nilai
kebaikan daripada ilmu itu mestilah pula dapat diserapkan dan disebatikan dalam jiwa
sehingga mampu melahirkan tindakan-tindakan yang baik secara spontan dan
bersengaja, iaitu tanpa dipaksa-paksa dan tanpa mengira tempat, masa dan suasana.
Mudah-mudahan dengan kesedaran menjalani proses melatih dan membina akhlak
seperti ini, dunia kepimpinan dalam masyarakat kita akan menjadi lebih kuat. Dan
sesiapa jua yang mengambil tugas kepimpinan, baik di rumah, dalam masyarakat, dan
seterusnya pada peringkat negara, akan berbuat sejajar dengan apa yang dianjurkan,
iaitu kepada menghidupkan qudwah hasanah.

Anda mungkin juga menyukai