Anda di halaman 1dari 15

www.scribd.

com/mohd_naqib88

1

Tafsir Surah As-Soffat (99-113)
- Kisah Nabi Ibrahim dan Ismail
Disusun oleh : Mohammad Naqib bin Hamdan
(Emel : mohd_naqib88@yahoo.com)



Nabi Ibrahim berhijrah ke tempat lain
_! _.| >: _|| _ _.,. __
Setelah Nabi Ibrahim tidak berjaya dalam kerja-kerja dakwah kepada kaumnya, lalu
dia pun berkata : Sesungguhnya aku pergi menghadap tuhanku, dan Dia akan
memberikan petunjuk kepadaku.
Yang dimaksudkan dengan pergi menghadap tuhanku itu adalah Nabi Ibrahim
ingin pergi menolong agama Allah atau dia ingin berhijrah kepada tuhannya dengan
mencari tempat lain yang ada sesiapa sahaja yang ingin mendengar dan menyahut
seruan dakwahnya.
Jadi, seorang daie itu jika dia mendapati dakwah yang disampaikan kepadanya
ditolak, maka dia perlu mencari tempat lain yang lebih sesuai. Inilah apa yang
pernah dilakukan oleh Nabi saw ketika beliau berhijrah dari Mekah ke Madinah,
atau ketika beliau dihalau dari Toif. Ia juga adalah perkara yang sama dilakukan
oleh Nabi Ibrahim.
Ini kerana, terdapat beberapa kemungkinan.
1. Mungkin cara dakwah yang dibuatnya pada waktu itu tidak sesuai dengan
madu yang mendengar seruan yang dibawanya. Jadi, akan ada daie lain yang
datang dan melakukan dakwah dengan cara yang lebih sesuai dengan madu
tersebut.
2. Suasana di kawasan madu itu masih belum kondusif dengan dakwah. Jadi,
apabila keadaan sudah berubah, maka daie itu boleh datang pada waktu yang
lain jika keadaan sudah kondusif dengan dakwah yang dibawanya.
www.scribd.com/mohd_naqib88

2

Ayat ini juga menjadi dalil kepada perlunya seseorang daie itu mempunyai masa
untuk berkhulwah, bersendirian dan bermuhasabah dalam memperbaiki dan
memperkemaskan kerja-kerja dakwahnya.
Imam Al-Qurtubi berkata :
Ayat ini adalah asal kepada hukum berhijrah dan beruzlah. Orang yang paling
awal melakukannya adalah Nabi Ibrahim as, iaitu selepas dia diselamatkan
dari api (yang dibakar oleh Raja Namrud).
Berita gembira
, `> _| _. _,>l..l
Kemudian, Nabi Ibrahim pun menyeru kepada kaumnya : Wahai Rabb-ku,
anugerahkanlah kepadaku (seorang anak) yang termasuk orang-orang yang
soleh.
Pada ayat yang sebelumnya, kita dapat lihat bahawa Nabi Ibrahim berdoa dan
berharap supaya Allah swt akan mengurniakan kepadanya petunjuk dan hidayah.
Dan pada ayat ini, dia berdoa pula supaya dikurniakan dengan anak.
Apabila para nabi berdoa dan mengharap supaya dikurniakan dengan keturunan, ia
bukan bertujuan untuk kelangsungan keturunan, atau namanya disebut-sebut,
sebagai kebanggaan atau supaya hartanya dapat diwarisi, tetapi mereka inginkan
anak lelaki supaya dapat meneruskan kerja-kerja dakwah yang telah dibawa oleh
mereka. Ia adalah sebagai contoh dalam kerja dakwah.
Nabi Ibrahim tidak berdoa dengan (( )) tetapi dia menggunakan
huruf )) ((. Maksudnya, dia berharap supaya anak yang dilahirkan nanti adalah
dari kalangan orang-orang yang soleh dan dapat melakukan kerja-kerja dakwah
mengislah masyarakat di sekitarnya, bukan semata-mata soleh untuk dirinya
sendiri. Maknanya, bukan dia seorang sahaja yang soleh, tetapi dia terpilih dari
ramai orang yang soleh.
Jadi, tidak cukup dengan kita meminta petunjuk dari Allah swt untuk diri sendiri,
kita juga perlu memikirkan akan tanggungjawab dakwah selepas mendapat
petunjuk dari-Nya.


www.scribd.com/mohd_naqib88

3

Sifat halim pada Nabi Ismail
..:, .l-, ,l>
Kemudian, Allah swt pun mengabulkan permintaannya. Dia menjawab doa Nabi
Ibrahim : Lalu Kami berikan berita gembira dengan seorang anak yang sabar.
Sifat halim di dalam ayat itu adalah : Orang yang tidak akan marah dengan
provokasi, melakukan sesuatu perkara berdasarkan tahap yang sesuai dengan
akhlaknya, meninggalkan pertengkaran dan perdebatan walaupun dia di pihak yang
benar.
Disebutkan di dalam hadis bahawa Nabi saw bersabda :
(( ))...
Maksudnya :
Aku akan menjadi penolong atau penjamin rumah di dalam syurga bagi
sesiapa yang meninggalkan perdebatan walaupun dia di pihak yang
benar [Rekod oleh Abu Daud dari Abi Umamah ra].
Perkataan busyro di dalam ayat itu adalah pemberitahuan sebelum sesuatu itu
wujud. Jadi, Allah swt telah memberitahu bahawa Nabi Ismail akan menjadi seorang
yang halim dalam keadaan dia masih kanak-kanak (ghulam).
Pada hakikatnya, sifat halim ini kebiasaannya akan dicapai oleh orang yang sudah
dewasa, yang sedar dan mampu berfikir secara waras dalam menentukan sesuatu
keputusan dan kesannya pada masa akan datang. Apa yang menakjubkan adalah
Nabi Ismail akan mempunyai sifat ini pada umur yang masih muda, iaitu ketika dia
masih ghulam.
Dan perkara ini memang betul-betul terjadi pada ujian pertama yang diberikan oleh
Allah swt ke atasnya. Iaitu ujian sembelihan dirinya. Bapanya berkata kepadanya :
Wahai anakku, sesungguhnya aku melihat di dalam mimpi bahawa aku telah
menyembelihmu, maka fikirkanlah apa pendapatmu.
Cuba kita perhatikan apakah jawapan yang diberikan oleh Nabi Ismail, sedangkan
pada waktu itu bapanya ingin menyembelihnya : Wahai bapaku, lakukanlah apa
yang telah disuruh kepada engkau, nescaya engkau akan dapati aku dari
kalangan orang-orang yang sabar.
www.scribd.com/mohd_naqib88

4

!. _l, -. _-.l _! _.,., _.| _ _ ,!..l _. ,>: L.! :!. _. _!
,!., _- !. `.. _..>.. | ,!: < _. _..l _
Balaghah Teknik ringkasan peristiwa
Seterusnya, Al-Quran tidak menyebutkan kisah-kisah bagaimana Hajar
mengandungkan Nabi Ismail, kelahirannya, bagaimana Saidatina Hajar menjaga
anaknya. Tetapi sebaliknya terus berpindah kepada kisah selepas Nabi Ismail
mencapai keadaan yang matang dan mampu mencari rezeki. Lalu Allah swt
berfirman : Maka tatkala anak itu sampai (pada umur yang sanggup) berusaha
bersama-sama Ibrahim.
Inilah antara tanda ketinggian bahasa dan balaghah Al-Quran. Cara yang sama juga
pernah digunakan ketika Allah swt menceritakan akn kisah Nabi Sulaiman dan
burung Hud-hud. Firman Allah swt : Pergilah dengan membawa suratku ini, lalu
jatuhkanlah kepada mereka, kemudian berpalinglah dari mereka, lalu
perhatikanlah apa yang mereka bicarakan [An-Naml : 28].
Kemudian peristiwa itu diringkaskan dengan firman-Nya : Berkata ia (Balqis) :
Hai pembesar-pembesar, sesungguhnya telah dijatuhkan kepadaku sebuah
surat yang mulia. Allah swt tidak menceritakan kisah perjalanan burung Hud-hud
untuk pergi berjumpa dengan pemaisuri tersebut, juga bagaimana surat itu sampai
ke tangan Balqis.
Memberikan tanggugjawab berdasarkan kemampuan
Terdapat perbezaan dalam penggunaan kalimah )( di dalam ayat di atas.
1.
2.
Kalimah maahu menunjukkan bahawa Nabi Ismail tidak diberikan tanggungjawab
untuk melakukan sesuatu perbuatan yang di luar kemampuannya. Nabi Ibrahim
akan hanya memberikan kerja yang sesuai kerana sebagai seorang bapa, pasti dia
tahu tahap maksimum anaknya.
Malah, dengan sifat kasih-sayang yang ada, pasti tugas yang diberikan juga tidak
terlalu berat. Maka, Nabi Ismail hanya melakukan pekerjaan yang dia mampu. Mana-
www.scribd.com/mohd_naqib88

5

mana pekerjaan yang dia tidak mampu, dia akan tinggalkan. Diriwayatkan bahawa
umurnya pada waktu itu baru mencapai 13 tahun.
Ini berbeza jika dia bekerja dengan seorang majikan baru yang tidak tahu tahap
kemampuannya. Tidak mustahil dia akan diberikan dengan kerja-kerja yang berat.
Mimpi yang benar
Dan apabila ghulam telah baligh, Ibrahim berkata : Wahai anakku, sesungguhnya
aku melihat dalam mimpi bahawa aku menyembelihmu. Maksudnya, aku
mendapat arahan di dalam mimpi supaya menyembelih kamu, bukanlah sembelihan
itu sudah sempurna (kerana di dalam alam reality, beliau masih belum
menyembelih anaknya).
Kemudian Nabi Ismail menjawab : Wahai bapaku, kerjakanlah apa yang
diperintahkan kepadamu. Insya Allah kamu akan mendapatiku termasuk dari
kalangan orang-orang yang sabar.
Kenapa Allah swt memberikan wahyu atau suruhan menyembelih Nabi Ismail
melalui mimpi?
Ia adalah satu petunjuk kepada betapa kuatnya pegangan mereka, keterikatan,
penyerahan diri dan keikhlasan dalam melakukan suruhan Allah swt.
Berbincang dan berkongsi pahala dengan anaknya
Apabila dia telah bermimpi sebanyak tiga kali, maka tahulah Nabi Ibrahim bahawa
ia adalah satu wahyu, tetapi wahyu yang tidak jelas. Jadi, apakah yang telah
dilakukan oleh Nabi Ibrahim?
- Dia boleh menunggu sehingga datangnya wahyu yang jelas, menyuruhnya
supaya menyembelih anaknya.
- Dia juga boleh bersegera menyembelih anaknya tanpa perlu menunggu atau
ragu-ragu. Nabi Ibrahim boleh menyembelih anaknya ketika dia sedang lalai
dan masalah ini pun selesai.
Tetapi, apa yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim adalah dia bermesyuarat dan
berbincang dengan anaknya dahulu !!!
Inilah perkara yang menakjubkan. Dia ingin anaknya berkongsi pahala dan ganjaran
dalam melakukan perkara ketaatan ini, walaupun suruhan atau arahan ini adalah
dengan menyembelih anaknya.
www.scribd.com/mohd_naqib88

6

Perkara ini memberi satu pengajaran yang besar. Contohnya, apabila si bapa ingin
memberikan derma, maka berikanlah duit kepada anaknya supaya dia
meletakkannya di dalam tabung atau diberikan kepada fakir miskin. Maka, si anak
tadi akan terbiasa dengan amalan memberikan sedekah ini, disamping berkongsi
pahala dengan ayahnya.
Kebenaran sifat halim
Pada waktu ini, iaitu ketika datangnya perintah untuk dirinya disembelih,
terserlahlah sifat halim beliau dan betapa beliau sangat kental dalam menghadapi
ujian ini.
Beliau menjawab dengan : Buatlah apa yang disuruh, bukan buatlah apa yang
kamu mahu. Ini kerana, ketaatannya kepada bapanya lahir dari ketaatannya
kepada Allah swt kerana yang menyuruh bapanya menyembelih dirinya adalah
Allah swt. Bapanya hanya melaksanakan suruhan yang diterima, walaupun suruhan
itu datang dalam bentuk mimpi.
Didikan dari si ibu
Bagaimana Nabi Ismail tahu bahawa mimpi itu adalah satu suruhan, syariat atau
wahyu?
Dalam keadaan yang masih muda, beliau sudah tahu bahawa mimpi nabi itu adalah
satu wahyu. Siapakah yang mendidiknya pada waktu itu. Tidak lain adalah ibunya,
Hajar kerana mereka berdua telah ditinggalkan sejurus Nabi Ismail dilahirkan.
Masih bertenang
Selepas mendapat arahan dari mimpinya, Nabi Ibrahim memanggil anaknya : Ya
bunaiyya dengan isim tashghir. Dia tidak memanggilnya dengan ya ibni. Perkataan
ini biasanya diucapkan dan disertai dengan kasih-sayang seorang bapa.
Kasih-sayangnya teruji dengan arahan ini, lebih-lebih lagi Nabi Ismail masih kecil.
Kita sedia maklum bahawa kasih sayang ibu bapa terhadap anaknya bergantung
kepada keperluannya. Sebab itu, jika seorang perempuan arab ditanya siapakah
anak yang paling engkau sayangi atau rindui? Maka, dia akan menjawab :

Maksudnya :
Anak yang sakit sehinggalah dia sembuh, yang jauh sehinggalah dia pulang,
dan anak kecil sehinggalah dia besar.
www.scribd.com/mohd_naqib88

7

Begitu juga dengan si anak, dia tetapi memanggil bapanya dengan ya abati (Wahai
bapaku). Ia juga adalah kalimah yang sama, yang pernah digunakan oleh Nabi
Ibrahim ketika menyeru dan mendakwah ayahnya kepada Islam. Panggilan ini
adalah satu kalimah yang biasanya akan disertai dengan kasih sayang dan kecintaan
seorang anak kepada bapanya.
Walaupun dalam keadaan yang sangat genting ini, Nabi Ismail masih memanggil
dengan panggilan yang enuh dengan rasa hormat kepada bapanya. Dia tidak
melenting atau hilang pedoman apabila mendapat berita penyembelihan dirinya ini.
Tidak mengangkat suara
Ia juga menjadi pengajaran kepada para ibu bapa dan anak supaya tidak
mengangkat suara sesama mereka walaupun dalam keadaan yang genting. Seperti
yang kita sebutkan tadi, Nabi Ibrahim dan Ismail masing-masing menggunakan
bahasa yang lembut dan situasi yang genting ini.
Mentaati Allah dan bapanya
Kemudian, Nabi Ibrahim meminta pandangan dan pendapat dari anaknya : Maka,
fikirkanlah apa pendapatmu. Nabi Ismail mempunyai dua perkara yang penting,
pertama dia perlu mentaati dan berbuat baik kepada bapanya, dan yang kedua
mentaati perintah Allah swt. Lalu dia menjawab : Lakukanlah apa yang disuruh.
Jadi, dia telah memenuhi kedua-duanya. Lakukanlah itu adalah tanda dia mentaati
dan berbuat baik kepada bapanya, dan apa yang disuruh itu adalah mentaati
perintah tuhan bapanya iaitu Allah swt.
Insya Allah
Kemudian Nabi Ismail pun menyerahkan dirinya untuk disembelih. Katanya : Insya
Allah kamu akan mendapatiku termasuk orang-orang yang sabar. Nabi Ismail
tidak berkata : Nescaya engkau akan dapati aku bersabar. Jadi, dia mendahulukan
ketentuan Allah swt berbanding yang lain.
Lihatlah betapa besarnya keimanannya kepada Allah swt, dengan beliau
menyandarkan kesabaran dan keberaniannya kepada Allah swt dengan lafaz insya
Allah.
Beliau tahu bahawa yang akan memberikan kekuatan pada saat yang genting ini
hanyalah Allah swt sahaja, tiada yang selain-Nya. Inilah adab yang cuba ditunjukkan
oleh Nabi Ismail kepada kita.
www.scribd.com/mohd_naqib88

8

Keadaan ini juga yang menjadikan darjat mereka di sisi Allah swt tertingkat dengan
setiap ujian yang dihadapi mereka sepanjang tempoh dakwah mereka. Ia adalah
sunnah para anbiya untuk berhadapan dengan semua cobaan ini.
!.l !.l`. .`. _,,>ll _
Maka mereka berdua pun berserah diri, membiarkan segala hikmah dari suruhan
ini kepada Allah swt, menyerahkan segala pergerakan berada dalam kawalan-Nya,
Nabi Ibrahim bertindak sebagai penyembelih, dan Nabi Ismail sebagai orang yang
disembelih.
Penyerahan diri contoh dari si bapa
Penyerahan diri yang dilakukan oleh Nabi Ismail terhadap arahan ini adalah kerana
dia terkesan dengan penyerahan diri bapanya, Nabi Ibrahim terhadap arahan yang
sama.
Di sinilah kita dapat lihat peranan bapa kepada si anak. Nabi Ibrahim telah menjadi
contoh kepada anaknya dalam melakukan perkara ketaatan kepada Allah swt.
Begitu juga dengan si ibu.
Anak-anak pasti akan melihat perbuatan ibu bapa mereka sebelum mereka
melakukan sesuatu.
Dua kali ujian
Ketika masih muda, Nabi Ibrahim telah diuji dengan ujian yang berat iaitu
dicampakkan dan dibakar di dalam api. Dia telah berjaya di dalam ujian tersebut.
Kemudian, ketika sudah mencapai umur yang tua, Allah swt sekali lagi menguji
hamba-Nya ini. Dia telah mendapat anak dalam keadaan umur yang lanjut,
kemudian terpaksa menyembelih anaknya, yang pastinya adalah sesuatu yang
paling dikasihinya.
Muka dihadapkan ke tanah
Setelah berbincang dengan anaknya, mereka telah bersepakat untuk menghadapkan
kepada Nabi Ismail ke tanah supaya si bapa tidak melihat wajah anaknya ketika
proses sembelihan dilakukan. Jika Nabi Ibrahim melihat wajah Nabi Ismail ketika
proses sembelihan, boleh jadi akan timbul rasa belas kasihan dan seterusnya
membatalkan sembelihan itu.
www.scribd.com/mohd_naqib88

9

Seolah-olah, Nabi Ismail menolong ayahnya menyempurnakan tugasan ini. Si anak
tahu perkara ini sangat sukar bagi bapanya dan tidak mahu menambah kesusahan
ini.
Ujian yang bertingkat-tingkat
Ujian yang dihadapinya bukanlah semata-mata dengan kematian anak, tetapi
anaknya disembelih dengan tangannya sendiri, bukan dengan tangan orang lain.
Malah, arahan itu datang dalam bentuk mimpi, bukan suruhan yang jelas. Sebab itu,
kita katakan bahawa ujian yang dilaluinya adalah ujian yang bertingkat-tingkat
kerana ia mengandungi banyak jenis ujian (terpaksa sembelih anak, bukan dengan
suruhan yang jelas ) dalam satu bentuk ujian (sembelihan).
Malah, kita sendiri jika mendapat suatu arahan dalam bentuk yang tidak jelas,
adakah kita akan terus melakukannya atau menunggu sehingga dipastikan dulu,
lebih-lebih lagi jika ia melibatkan kesan yang sangat besar ??
Nabi Ibrahim tidak menunggu lama untuk melaksanakan suruhan tersebut. Dia juga
tidak menyelidiki atau mendapatkan kepastian dahulu dari Allah swt. Sebaliknya,
terus berbincang dengan anaknya tentang cara melaksanakan arahan ini.
Nabi Ibrahim dan anaknya telah berjaya di dalam ujian ini. Allah swt telah berfirman
dan memberikan anugerah kepadanya : Sesungguhnya Nabi Ibrahim itu adalah
satu umat [Surah An-Nahl : 120].
..,... `,>,|., _ . .. !,,l !.| ,l. _> _,..`>.l _ _|
..> > .l,l _,,.l _
Dan apabila Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail telah sampai kepada darjat penyerahan
diri yang tinggi, maka Allah swt berfirman : Dan Kami panggilah dia : Wahai
Ibrahim. Sesungguhnya engkau telah membenarkan mimpi itu, demikianlah
Kami memberikan balasan kepada orang-orang yang berbuat baik.
Sesungguhnya ia benar-benar suatu ujian yang nyata.



www.scribd.com/mohd_naqib88

10

..,. _,., ,Ls _
Ayat ini menjadi hujah bahawa binatang yang ingin dikorbankan, mestilah dari
kalangan binatang ternakan yang besar dan baik, lebih-lebih lagi yang mempunyai
banyak daging.
Ia juga menjadi hujah kepada sebahagian mazhab yang mendahulukan kibasy untuk
dijadikan sebagai binatang korban berbanding dengan binatang lain.
!.. ,ls _ _> _ '.l. _ls ,>,| _ ,l. _> _,..`>.l
..| _. !.:!,s _,...l
Nabi Ibrahim telah berhak mendapat darjat ini. Orang-orang kemudian selepasnya
akan memberikan salam kesejahteraan kepadanya. Mereka akan berkata :
Kesejahteraan dilimpahkan ke atas mereka.
Kita sebagai umat Nabi Muhammad saw juga mengucapkan salam kepada Nabi
Ibrahim dalam setiap solat kita, iaitu ketika bertahiyyat tidak kira tahiyyat awal atau
tahiyyat akhir.
Sunnah menyembelih anak
Jika Allah swt membiarkan Nabi Ibrahim menyembelih anaknya tanpa
menggantikannya dengan kibasy, nescaya ia akan menjadi salah satu cara
mendekatkan diri kepada Allah swt. Maksudnya, setiap manusia yang ingin
mendekatkan diri kepada Allah swt mestilah menyembelih anaknya.
Namun, Nabi Ibrahim telah bersabar melalui ujian ini sehinggalah Allah swt
memberikan jalan keluar kepadanya dan mereka dilepaskan dari ujian yang maha
berat ini. Benarlah firman Allah swt yang mengatakan bahawa :
_. _`., < _-> .` l>>: _
Maksudnya :
Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah swt, nescaya Dia akan
menjadikan baginya jalan keluar [Surah At-Tholaq : 2].
www.scribd.com/mohd_naqib88

11

Muhsin
Demikianlah Kami memberi balasan kepada orang-orang yang berbuat baik
(muhsin).
Yang dimaksudkan dengan muhsinin itu adalah orang yang tidak hanya melakukan
perkara-perkara yang wajib dan dituntut sahaja, tetapi dia menambahnya lebih dari
kadar kewajipan.
Contohnya, Allah swt mawajibkan kepada kita untuk melakukan solat lima waktu
sehari semalam. Jadi, sesiapa yang menambahnya dengan melakukan solat-solat
sunat rawatib, qiyamullail dan sebagainya, maka dia termasuk di dalam golongan
muhsinin.
Begitu juga dengan kewajipan membayar zakat kepada fakir miskin, sesiapa yang
membayar lebih dari kadar kewajipan yang sepatutnya, maka dia dari kalangan
muhsinin.
Allah swt berfirman :
| _,1`..l _ ..> `,`s _ _.>, !. ., , .| .l _, ,l: _,..>:
Maksudnya :
Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa adalah ditempatkan di
dalam beberapa taman syurga, dengan matair-matair terpancar
padanya.
(Keadaan mereka di sana) sentiasa menerima nikmat dan rahmat yang
diberikan kepadanya oleh Tuhan mereka. Sesungguhnya mereka di
dunia dahulu adalah orang-orang yang berbuat kebaikan (muhsinin)
[Surah Az-Zariyat : 15-16].
Kemudian, Allah swt menjelaskan siapakah yang dimaksudkan dengan muhsinin itu.
.l ,l _. _,l !. `-> _ !>!, ,= `-.`. _ _ l. _>
_!.ll ,``> _

www.scribd.com/mohd_naqib88

12

Maksudnya :
Mereka sentiasa mengambil sedikit sahaja: masa dari waktu malam,
untuk mereka tidur.
Dan pada waktu akhir malam (sebelum fajar) pula, mereka selalu
beristighfar kepada Allah (memohon ampun).
Dan pada harta-harta mereka, (ada pula bahagian yang mereka
tentukan menjadi) hak untuk orang miskin yang meminta dan orang
miskin yang menahan diri (daripada meminta) [Az-Zariyat : 17-19].
Orang-orang muhsinin ini memang berhak mendapat semua ganjaran ini kerana
mereka mendekatkan diri kepada Allah swt lebih dari apa yang diwajibkan ke atas
mereka. Ia menjadi bukti bahawa mereka sangat asyiq dengan taklifan ini, dalam
keadaan dia tahu bahawa kewajipan itu adalah kurang dari perkara sunat yang
ditambahnya.
..:, _.>`.|, !,,. _. _,>l..l _ !.., ,ls _ls _.>`.| _. !..`,:
"_.>: "l!L ...l _,,`. _
Semua balasan ini diberikan oleh Allah swt kepada Nabi Ibrahim selepas beliau
berjaya di dalam ujian. Secara umumnya, terdapat tiga jenis ujian yang terpaksa
dilalui oleh beliau :
1. Kehilangan anak yang diperolehi dalam usia yang tua
2. Dia terpaksa menyembelihnya dengan tangannya sendiri
3. Dia mendapat arahan melalui mimpi, bukan dari suruhan yang jelas dari
Allah swt.
Lalu, Allah swt menggantikan Nabi Ismail dengan kibasy sebagai ganti bagi segala
ujian yang dihadapinya.
Ganjaran itu sesuai dengan perbuatan yang dilakukan
Allah swt berfirman :
_> ',> _..> | _..> _

www.scribd.com/mohd_naqib88

13

Maksudnya :
Bukankah tidak ada balasan bagi amal yang baik - melainkan balasan
yang baik juga? [Ar-Rahman : 60].
Jadi, pengorbanan Nabi Ismail telah diganti atau diganjari dengan anak lelaki juga.
Dan Kami berikan berita gembira dengan (kelahiran) Ishak, seorang nabi yang
juga termasuk dari kalangan orang-orang yang soleh.
Malah, di dalam ayat yang Allah swt berfirman : Dan sesudah Ishak, (dia akan
mendapat seorang cucu) : Yakub [Surah Hud : 71].
Malah, Yakub juga adalah seorang nabi. Jadi, semua kurniaan ini datangnya dari
kesan penyerahan diri mereka kepada Allah swt disamping mereka redha dengan
apa yang disuruh.
Keberkatan
Ganjaran Allah swt tidak terhenti setakat itu sahaja. Ia ditambah lagi dengan : Dan
Kami limpahkan keberkatan kepadanya dan Nabi Ishak.
Keturunan bukan suatu jaminan
Allah swt berfirman : Dan diantara anak cucunya ada yang berbuat baik da nada
pula yang zalim terhadap dirinya sendiri dengan nyata.
Ayat ini jelas menunjukkan bahawa keturunan tidak menjanji kesolehan
keturunannya yang jauh. Tetapi, jika anak-anak dididik dengan betul disamping ibu
bapa menjaga kesolehan dan ketakwaan mereka kepada Allah swt, Allah swt akan
membantu mereka dengan menjaga anak mereka.
Kita boleh rujuk kisah perjalanan Nabi Musa dengan Khidir. Antara tiga peristiwa
yang menjadi pengajaran kepada Nabi Musa adalah bagaimana mereka bertemu
dengan dua orang kanak-kanak yang hanya mempunyai tinggalan rumah dari ibu
bapanya.
!. '.>' l> _,..l-l _,.,., _ .,..l _l ..> ". !.l l !.>,
!>l.. :! ,, !-l,, !.>.: l>>.`., !.>. .> _. ,,


www.scribd.com/mohd_naqib88

14

Maksudnya :
Adapun tembok itu pula, adalah ia dipunyai oleh dua orang anak yatim
di bandar itu; dan di bawahnya ada "harta terpendam" kepuyaan
mereka; dan bapa mereka pula adalah orang yang soleh. Maka Tuhanmu
menghendaki supaya mereka cukup umur dan dapat mengeluarkan
harta mereka yang terpendam itu, sebagai satu rahmat dari Tuhanmu
(kepada mereka) [Surah Al-Kahfi : 82].
Menurut Imam Al-Qurtubi, orang soleh yang disebutkan di dalam ayat ini bernama
Kasyiha dan isterinya, Dunya. Ayat : (( )) menunjukkan bahawa Allah
swt menjaga orang soleh tersebut, dan juga anaknya walaupun tinggal berjauhan
darinya.
Mengikut Imam As-Suyuti pula, anak-anaknya terpelihara kerana kesolehan
bapanya. Soleh yang dimaksudkan di sini adalah teliti dalam menjaga dan mendidik
anak-anaknya dan menjaga harta mereka.
Sabda Nabi saw :
))((
Maksudnya :
Sesungguhnya Allah azza wa jalla akan membaiki dengan kesolehan seorang
lelaki, anak-anaknya, cucu-cucunya, ahli keluarganya dan juga jiran-jiran di
sekitarnya.

Beberapa tambahan :
1. ASWJ menggunakan ayat ini sebagai hujah bahawa Allah swt boleh
menyuruh sesuatu perkara yang Dia tidak mahu. Dalilnya, Allah swt
menyuruh Nabi Ibrahim supaya menyembelih Nabi Ismail, tetapi apa yang
Dia mahukan adalah untuk menguji mereka, bukan ingin sembelihan itu
disempurnakan. jika tidak, nescaya Dia akan mengizinkan supaya Nabi Ismail
mati disembelih dahulu.
2. Ayat ini juga menjadi hujah kepada bolehnya sesuatu hukum itu dinasakhkah
sebelum sampai tempoh ia sepatutnya dilaksanakan.
3. Terdapat beberapa pihak yang mengatakan orang yang disembelih itu adalah
Nabi Ishak, bukan Nabi Ismail. Tetapi, majoriti sahabat, tabien dan ulama
kemudiannya mengatakan orang yang disembelih itu adalah Nabi Ismail.
www.scribd.com/mohd_naqib88

15

Riwayat yang mengatakan Nabi Ishak tidak tepat dan kemungkinan adalah
riwayat Israiliyyat.
4. Lima ganjaran atau balasan yang diberikan oleh Allah swt kepada Nabi
Ibrahim selepas beliau berjaya di dalam ujian yang berat ini :
i. Beliau tergolong di dalam golongan muhsinin.
ii. Mendapat ganti kibasy yang besar.
iii. Mendapat tahiyyat dan pujian dari umat-umat yang datang kemudian.
iv. Mendapat berita gembira akan kelahiran seorang lagi anak lelaki.
v. Allah swt memilih kebanyakan para nabi dari keturunan beliau dan
keturunan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail.
5. Berkorban menggunakan kibasy adalah lebih afdol seperti yang telah kita
sebutkan sebelum ini, berbanding berkorban dengan binatang yang lain
seperti unta dan lembu
1
.
6. Mengorbankan binatang korban itu adalah lebih afdhol dari bersedekah
walaupun nilainya sama. Ia adalah pendapat kebanyakan ulamak.
Rujukan :
1. Tafsir Asy-Syirawi (20/12796-12805) oleh Syeikh Syirawi
2. Tafsir Fi Zilal Al-Quran (Surah As-Sofat) oleh Syed Qutb
3. Tafsir Al-Wasith oleh Syeikh Sayid Tantawi
4. Al-Jamie li Ahkam Al-Quran (18/59-83) oleh Imam Al-Qurtubi, ditahqiq oleh
Dr. Abdullah bin Abdul Muhsin At-Turki, cetakan pertama, 1427H-2006M,
terbitan Muassasah Ar-Risalah, Beirut Lubnan.
5. Tafsir Al-Munir (12/128-140) oleh Dr Wahbah Az-Zuhaili, cetakan ke-10,
1430H-2009M, terbitan Darul Fikr, Damsyik Syria.
6. At-Tahrir wa At-Tanwir (23/146-163) oleh Syeikh Muhammad Tohir Ibnu
Asyur, terbitan Darul Tunisiah.
7. Mawaqif Imaniyyah (m/s 32-36), oleh Syeikh Muhab Muhammad Utsman.
8. Qashash Al-Anbiya (m/s 202-208), oleh Imam Ibnu Kathir, ditahqiq oleh Dr.
Abdul Hayy Al-Farmawi, cetakan ke-5, 1417H 1997M, terbitan Darul
Tibaah, Kaherah Mesir.

1
Tetapi mazhab Syafi e mempunyai terti b yang l ai n. Mereka mendahul ukan unta, kemudi an l embu dan
terakhi r adal ah 7 ekor kembi ng. Hujahnya, kerana i a l ebi h banyak dagi ng dan mampu memberi kan
manfaat yang l ebi h besar kepada faki r mi s ki n.

Anda mungkin juga menyukai