Anda di halaman 1dari 37

UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

SEMESTER 1, SES1 2015/2016

SGDP 6033
QUALITATIVE RESEARCH IN EDUCATION

BIOGRAFI
TUAN GURU HAJI OTHMAN AL-YUNUSI
DISEDIAKAN UNTUK:
DR. MARDZELAH BINTI MAKHSIN

DISEDIAKAN OLEH:
WARDAH BINTI MUSTAFFA (816742)

KANDUNGAN
HALAMAN
SURAT PENGESAHAN MAKLUMAT BIOGRAFI
PENGHARGAAN

ABSTRAK

1.0

PENDAHULUAN

2.0 LATAR BELAKANG


-CARTA KELUARGA AL-YUNUSI
3.0

4
5

PENDIDIKAN

4.0 PERKAHWINAN
-CARTA KELUARGA AL-UTHMANI
5.0

PENUBUHAN PONDOK PAK MAN

6.0

PENUBUHAN MADRASAH AL-NAHDZAH / SMA NAHDZAH


11

7.0

PENUBUHAN PONDOK MODEN

8.0

SIFAT KEPERIBADIAN

9.0

PERGINYA SEORANG MURABBI UMMAH

6
8
9
10

15
16
17

10.0 JASA, SUMBANGAN DAN KEJAYAAN


18
10.1 PENDIDIKAN KEKELUARGAAN
10.2 PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA
10.3 POLITIK DAN KEPIMPINAN
10.4 DAKWAH DAN KEMASYARAKATAN

18
19
20
21

11.0 PRINSIP HIDUP


12.0 USAHA MEMPERINGATI JASA TUAN GURU
13.0 RUMUSAN

22
23
25

NOTA HUJUNG

26

RUJUKAN

27

LAMPIRAN

28

1. SOALAN TEMUBUAL
2. GAMBAR PENULIS BERSAMA RESPONDEN

PENGHARGAAN



...
...
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,
Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpahan rahmat dan nikmat
masa dan tenaga yang dianugerahkan kepada saya, maka dapatlah tugasan ini
disempurnakan dengan jayanya.
Awwalan, ucapan penghargaan ini didedikasikan kepada pensyarah yang
dikasihi, Dr. Mardzelah binti Makhsin, pensyarah Pusat Pengajian Pendidikan dan
Bahasa Moden, Universiti Utara Malaysia. Bimbingan dan tunjuk ajar daripada
beliau telah membuka ruang bagi saya menyiapkan tugasan Biografi Tuan Guru
Haji Othman al-Yunusi.
Ucapan terima kasih tak terhingga kepada suami tercinta, Mohd Fadzli bin
Ya Ali dan anak-anak, Ahmad Munawwar dan Abdullah Wajdi yang setia menemani
saya sepanjang pencarian bahan, sesi temubual dan proses pembikinan penulisan
ini. Tidak dilupakan juga ucapan setinggi-tinggi terima kasih buat ibu, Siti Aishah
binti Mohd Hassan yang menjadi pemudahcara, penasihat sepanjang hayat dan
responden saya dalam penulisan biografi ini.
Selaut penghargaan ditujukan kepada para responden yang membantu
saya dalam pencarian bahan penulisan ini iaitu Hajah Hajar binti Othman, Haji
Abu Bakar bin Othman, Haji Adenan bin Othman, Muaz bin Othman, Haji Nasir bin
Haji Othman, Haji Ya Ali bin Dahaman, staf Sekolah Menengah Agama Nahdzah
dan lain-lain individu yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam
pembikinan biografi ini.

Ucapan penghargaan juga ditujukan kepada rakan-rakan seperjuangan di


atas bantuan, pencerahan dan titipan kata-kata semangat dalam menghadapi
masalah sepanjang PdP khususnya bagi subjek SGDP 6033 Penyelidikan Kualitatif
dalam Pendidikan. Kalian adalah sumber inspirasi saya dalam menyelesaikan misi
perjuangan kita.
Akhir kalam, penghargaan diucapkan kepada semua pihak yang terlibat
secara langsung atau tidak langsung dalam menyempurnakan tugasan ini dengan
jayanya. Semoga ketokohan ulama yang dijelmakan oleh Tuan Guru Haji Othman
al-Yunusi menjadi inspirasi kepada saya dan para pembaca. Sekian, terima kasih.

ABSTRAK

Penulisan ini cuba menukilkan biografi tentang Tuan Guru Haji Othman alYunusi. Latar belakang peribadi, latar belakang keluarga dan keturunan, arena
pendidikan, perguruan, sumbangan kemasyarakatan, kepimpinan dan politik
banyak mencorak keperibadian tokoh yang dikaji. Banyak jasa, sumbangan dan
kejayaan yang dilakarkan dan dicurahkan oleh Tuan Guru Haji Othman al-Yunusi
terhadap bidang pendidikan dan masyarakat khususnya di negeri Kedah dan
seluruh Malaysia amnya. Kegigihan menuntut ilmu, semangat yang tinggi dan
keikhlasan menabur bakti merupakan aset yang cukup berharga dalam
kehidupan sebagaimana yang telah dibuktikan oleh insan yang hebat ini.
Mengutamakan ilmu dan pendidikan sepanjang hayat selain mencurahkan bakti
kepada masyarakat dalam aspek dakwah, kebajikan, sosial dan politik merupakan
resepi yang menjadi teladan buat kita. Penulisan ini dihasilkan melalui kaedah
temubual, rakaman, pemerhatian dan analisis dokumen. Segala maklumat
disampaikan dan dihurai secara mudah dan terperinci berdasarkan fakta dari
sumber utama. Semoga penulisan ini memberi manfaat buat kita semua.

PENDAHULUAN
Apabila berbicara mengenai sejarah ulama negeri Kedah, kita perlu
melihat sejarah pernulaan agama Islam di Kedah yang berkait rapat dengan
perkembangan institusi pendidikan pondok dan kemunculan para ulama.
Terdapat perselisihan pendapat tentang tarikh sebenar pertapakan dan
penyebaran Islam di Kedah. Menurut buku al-Tarikh Salasilah Negeri Kedah,
Islam bermula di Kedah dalam tahun 531 Hijrah bersamaan 1136 Masihi melalui
seorang ulama dari Yaman iaitu Syeikh Ahmad bin Syeikh Qumairi.

Kedah muncul sebagai sebuah negeri yang kaya dengan individu yang
bergelar ulama di antara tahun 1850 hingga 1935. Terdapat lebih 60 orang
ulama di Kedah yang kebanyakannya mendapat pendidikan di Pattani. Mereka
bermusafir, seterusnya membawa pulang khazanah ilmu pengetahuan,
pengalaman, peraturan pengajaran dan pembelajaran serta kitab-kitab pengajian.
Kitab-kitab yang digunakan kebanyakannya adalah hasil penulisan atau
penterjemahan oleh alim ulama di Pattani.

Para ulama silam merupakan gedung ilmu. Mereka telah memainkan


peranan yang besar dalam membentuk pemikiran dan sikap para pelajar dan
anggota masyarakat. Kelahiran ramai tokoh agama dan kemunculan pusat-pusat
pengajian agama seperti institusi pondok menjadi wadah yang berkesan dalam
sejarah perkembangan pendidikan tanah air. Para ulama bukan sahaja membawa
perubahan yang ketara dalam bidang pendidikan malah berjaya meniup
semangat kebangsaan bagi menentang segala bentuk penjajahan sama ada
budaya, pemikiran malah penjajahan tanah air tercinta oleh penjajah Barat.

Perkataan ulamamerupakan kata jamak bagi perkataan alim yang


bererti orang yang berilmu. Ilmu yang dimaksudkan adalah sama ada ilmu agama
seperti ilmu Feqah, Hadis, Tafsir, Tauhid atau lain-lain ilmu seperti ilmu Nahu dan
Sorof, Balaghah, Hisab, Sains, perubatan, kejuruteraan, politik dan lain-lain.
Apabila sesorang individu dapat menguasai satu bidang ilmu atau lebih maka
beliau dianggap sebagai ulama dalam bidangnya.
Menurut Shukri Ahmad (2011), secara spesifiknya, ulama adalah golongan
yang memiliki ilmu pengetahuan tentang ilmu kealaman dan ilmu agama yang
bersumberkan al-Quran dan al-Sunnah. Penguasaan ilmu-ilmu ini membolehkan
ulama menjelaskan pelbagai masalah yang timbul dengan dalil yang berasaskan
pengetahuan dan dapat dipertanggungjawabkan. Ilmu pengetahuan yang dimiliki
adalah bertujuan memandu manusia menimbulkan rasa takut dan tunduk kepada
Allah SWT.

Para ulama merupakan golongan yang berwibawa dan mempunyai autoriti


dalam ilmu yang membolehkan mereka mentafsir al-Quran dan al-Hadis dengan
pentafsiran yang tepat. Mereka juga dapat membuat penentuan ketika berlaku
perselisihan pendapat dengan merujuk sumber-sumber yang sahih dan rajih.
Mereka juga merupakan pemimpin dalam kalangan masyarakat setempat dan
penasihat utama bagi setiap pemerintah Islam. Selain itu, mereka menjalankan
fungsi dalam pemeliharaan akidah, membangunkan sistem pendidikan Islam,

Rumah Hjh Maryam

mencetuskan kesedaran politik serta menyusun sistem kehidupan bermasyarakat


berteraskan Islam.

Di Tanah Melayu, ulama secara umumnya terdiri daripada dua kategori


iaitu ulama tempatan dan ulama rasmi. Ulama tempatan berperanan mencorak
perkembangan politik, sosial dan membentuk ideologi masyarakat setempat.
Ulama rasmi pula bertugas dalam pentadbiran negara. Dalam kalangan ulama
tempatan terdapat ulama tradisional yang tidak mendapat pendedahan sistem
pendidikan formal. Meskipun begitu, peranan ulama tradisonal adal besar. Hal ini
telah terbukti dengan kejayaan mereka membangun pemikiran keagamaan
masyarakat Islam di Tanah Melayu sejak berabad dahulu.

Penulisan ini akan mengetengahkan biografi salah seorang ulama


tradisional tempatan yang terkenal di negeri Kedah suatu ketika dahulu iaitu Tuan
Guru Haji Othman al-Yunusi. Semoga usaha ini akan memberi manfaat kepada
pembaca khususnya bagi memahami dan meneladani kisah perjalanan kehidupan
seorang ulama dalam meningkatkan kesedaran keilmuan dan amalan keagamaan
seterusnya menegakkan Syariat Allah di muka bumi ini.
BIOGRAFI TUAN GURU HAJI OTHMAN AL-YUNUSI

1.0 LATAR BELAKANG


Tuan guru Haji Othman

al-Yunusi dilahirkan di

Kampung Sanglang, Arau,

Perlis. Menurut kajian

Muhammad Rusydi Abd Malek,

tarikh ini adalah

bersamaan hari Ahad, 1 Rabiul

Awwal tahun 1322 Hijriah

bersamaan 15 Mei 1904.

Ayahanda beliau adalah

Tuan Guru Haji Yunus bin Haji

Saleh yang berasal dari

kampung Padang Bemban,

Mentuan, Kota Bharu

Kelantan. Bonda beliau bernama Hajah Rokiah binti Haji Abbas yang berasal dari
Kampung Guar Sanji, Arau, Perlis.

Tuan Guru Haji Yunus memulakan pengajian pada akhir kurun ke-19
dengan mendalami Ilmu Nahu di Madrasah Haji Umar, Mentuan. Beliau
kemudiannya berhijrah ke Terengganu dan berguru kepada
TuanSaiyid
GuruAbdul
Haji Rahman
bin Saiyid Muhammad al-Idrus @ Tok Ku Paloh. Pada awal kurun ke-20, beliau
berhijrah pula ke Kedah untuk belajar dengan Tuan Guru Tuan Husain Kedah atau
Husain bin Muhammad Nasir al-Masudi al-Banjari di Kampung Bohor, Anak Bukit.
Dalam tahun 1912, Tuan Guru Haji Yunus berhijrah lagi. Kali ini beliau ke Kampung
Changkat Lada/Belukar di Arau, Perlis untuk belajar dengan Tuan Guru Haji Ahmad
Kechik.

Tuan Guru Haji Othman al-Yunusi merupakan putera sulung Tuan Guru Haji
Yunus. Beliau mempunyai tiga adik beradik seibu sebapa. Ayahanda beliau
berkahwin dengan Hajah Rokiah binti Muhammad yang berasal dari Pahang dan
memperolehi tujuh orang cahaya mata. Kemudian, Tuan Guru Haji Yunus
berkahwin pula dengan Tijah binti Mat yang berasal dari Mata Ayer, Perlis serta
memperolehi enam orang cahaya mata.i
Berikut adalah carta keluarga Haji Othman al-Yunusi.

CARTA KELUARGA HAJI OTHMAN AL-YUNUSI AL-KELANTANI

1. PERKAHWINAN PERTAMA

Haji Yunus bin Haji Saleh


+
Hajah Rokiah binti Haji
Abbas
Othman
(Tuan Guru yang
dikaji)

Mahmud

Fatimah

2. PERKAHWINAN KEDUA

Haji Yunus bin Haji Saleh +


Hajah Rokiah binti Muhammad
Aishah

Safiah

Abdulla
h

Ahmad

Kalthu
m

Mahadi

Zaleha

3. PERKAHWINAN KETIGA

Haji Yunus bin Haji


Saleh + Tijah binti
Mat

Hafshah

Maryam

Abdul
Rahman

Rohmah

Maimun
ah

Hajah Rohmah binti Haji Yunus, adinda Tuan


3.0
PENDIDIKAN
Guru
Haji
Othman al-Yunusi yang masih ada
(Oktober, 2015).

Saleh

Tuan Guru Haji Othman al-Yunusi mendapat pendidikan awal daripada


keluarganya yang mengutamakan pendidikan agama. Pada tahun 1910
bersamaan 1328 Hijriah beliau bersekolah di Sekolah Melayu Arau selama enam
bulan. Ketika itu, beliau berumur enam tahun. Setelah enam tahun berlalu,
keluarga beliau berpindah ke Kampung Oran, Mata Ayer, Perlis. Ayahanda beliau,
Tuan Guru Haji Yunus membuka kampus pondoknya di Kampung Oran, Mata Ayer,
Perlis. Beliau menuntut ilmu dengan ayahandanya selama enam tahun.

Semasa berumur 13 atau 17 tahun (menurut beberapa pendapat)ii, beliau


memulakan permusafiran ilmunya ke

negeri

Kelantan Darul Naim. Masjid Muhammadi


menjadi pusat pengajian beliau yang
pertama di negeri Serambi Mekah ini.

Selain

itu, beliau turut juga mengikuti pengajian

di

pondok-pondok sekitar Kota Bharu,


Kelantan. Beliau berguru dengan beberapa

orang

ulama terkenal di sini, antaranya ialah:


1. Tuan Guru Haji Muhammad Yusuf

Ahmad

(Tok Kenali)
2. Tuan Guru Haji Yaakub Legor
3. Tuan Guru Haji Ali Salahuddin

Awang,

Pulau Pisang
4. Tuan Guru Haji Ahmad Mannan @ Haji Ahmad Hakim
5. Mufti Haji Wan Musa.

Setelah empat tahun belajar di Kota Bharu, beliau kemudiannya


meneruskan pengajian di Pondok Tok Kenali, Kubang Kerian. Beliau sempat belajar
di sisi Tok Kenali selama setahun. Setelah itu, beliau pulang ke negeri Kedah.
Beliau telah dipertemukan jodoh dengan seorang anakanda Tuan Guru Haji Omar
di Merbok, Kedah. Hasil perkahwinan beliau dengan Hajah Ramlah dikurniakan
tiga orang cahaya mata.

Tuan Guru Haji

Tuan Guru Haji Othman al-Yunusi kembali ke negeri


Kelantan untuk menyambung semula pengajian beliau. Kali
ini beliau membawa bersama isteri dan anak-anaknya.
Hasrat beliau meneruskan perguruan dengan Tok Kenali tidak
kesampaian kerana wali Allah tersebut telah kembali kepada
Penciptanya pada 19 November 1933.
Tok Kenali
Meskipun begitu, cita-citanya untuk mendalami ilmu agama tidak terhenti di
situ. Beliau mengambil inisiatif untuk meneruskan pengajian di Madrasah
Ahmadiah, Bunut Payong (Pondok Bunut Payong). Beliau berguru dengan salah
seorang murid kanan Tok Kenali iaitu, Tuan Guru Haji Abdullah Tahir bin Haji
Ahmad. Pengajian beliau di pondok ini adalah selama lebih kurang 14 tahun.

Tuan Guru Haji Othman al-Yunusi juga berulang alik belajar secara Halaqat
Kitab di Masjid Muhammadi, semasa pengajiannya di Pondok Bunut Payong.
Antara guru beliau termasuklah:
1- Tuan Guru Haji Ahmad Maher al-Azhari @ Dato Kaya Perba Haji Ahmad
Maher Haji Ismail
2- Dato Haji Muhammad Nor bin Haji Ibrahim
3- Tuan Guru Haji Yaakub bin Haji Ahmad Lorong Gajah Mati
4- Maulana Sayyid al-Raid al-Muhaddithin al-Sayyid Hasan al-Khurasani @
Tok Khurasan.
Semasa pengajiannya di Pondok Bunut Payong, Tuan Guru Haji Othman alYunusi diiktiraf sebagai kepala telaahiii oleh Tuan Guru Haji Muhammad Che Long
dari Pondok Bukit Gading, Tanah Merah. Rakan seperjuangan beliau di sana
menggelarkan dirinya Man Perlis. Beliau belajar di Pondok Bunut Payong dan
Masjid Muhammadi, Kota Bharu sehingga tamat Perang Dunia Kedua atau Zaman
Pendudukan Jepun di Tanah Melayu.

Setelah itu, beliau pulang ke kampung halaman mertuanya Tuan Guru Haji
Omar Kaya di Merbok, Kedah. Di sinilah beliau memulakan kerjayanya sebagai
guru, mengajar di Pondok Haji Omar.
4.0 PERKAHWINAN
Menurut anak perempuan sulung Tuan Guru Haji
Othman al-Yunusi, Hajah Hajar, ayahandanya pernah
berkahwin sebanyak lima kali. Perkahwinan pertama
adalah dengan ibu Hajah Hajar iaitu Hajah Ramlah binti

Haji

Umar. Bapa mertua Tuan Guru Haji Othman al-Yunusi

Hajar bt Haji
merupakan Tuan Guru Haji Omar yang mempunyai pondok pengajian di Merbok,
Kedah. Dengan perkahwinan tersebut, Tuan Guru memperolehi tiga orang cahaya
mata iaitu Mukhtar, Mustaffa dan Hajar. Hajah Ramlah meninggal dunia setelah
mengalami komplikasi bersalin anak yang keempat.iv
Perkahwinan yang kedua Tuan Guru adalah selepas kematian isteri
pertamanya. Beliau mengahwini Hajah Khadijah binti Haji Umar iaitu kakanda
kepada al-Marhum Hajah Ramlah. Hajah Khadijah merupakan seorang janda
beranak dua. Selepas berkahwin, Tuan Guru membawa isteri dan anak-anaknya
ke Kelantan untuk menyambung pengajiannya di Bunut Payong. Anak Tuan Guru
bersama Hajah Khadijah meninggal dunia setelah dilahirkan. Tuan Guru berpisah
dengan Hajah Khadijah.
Perkahwinan ketiga Tuan Guru adalah dengan Hajah Zabidah binti Haji
Ismail yang berasal dari Kampung Teras, Mentuan, Kelantan. Hajah Zabidah
adalah anak seorang guru agama di Mentuan. Hajah Zabidah dibawa ke Bukit
Besar, Kedah setelah Tuan Guru membuka pondok di sana. Hasil perkahwinan ini,
mereka dikurniakan seorang anak lelaki yang diberi nama Hussein atau nama
panggilannya Ustaz Najib. Allah mentakdirkan Hajah Zabidah meninggal dunia
semasa melahirkan anak kedua mereka.
Perkahwinan keempat Tuan Guru adalah dengan Hajah Maryam binti Abdul
Latif yang berasal dari Suka Menanti, Alor Setar, Kedah. Hasil perkahwinan
mereka dikurniakan dua belas orang cahaya mata iaitu Nasir (Che Pi), Abu Bakar

(Azizan), Zahrah, Imran, Adenan, Nasriah, Yusuf, Yasir, Saada, Huda, Muaz dan
Thurayya.
Perkahwinan kelima Tuan Guru adalah dengan Hajah Kalthum binti Haji
Abdul Manaf yang berasal dari Kampung Batu 6, Simpang Empat Kangkong,
Kedah. Hajah Maryam merupakan anak seorang guru agama. Hasil perkahwinan
mereka dikurniakan dengan enam orang cahaya mata iaitu Zainab, Asim, Asma,
Azizi, Affan dan Husna. Kesemua anak Tuan Guru berjumlah dua puluh dua orang.
CARTA KELUARGA TUAN GURU HAJI OTHMAN AL-YUNUSI
1. PERKAHWINAN PERTAMA
Haji Othman bin Haji Yunus +
Hajah Romlah binti Haji Omar

Mukhtar

Mustaffa
(1932-2005)

Hajar

2. PERKAHWINAN KEDUA
Haji Othman bin Haji Yunus +
Hajah Khadijah binti Haji
Omar
Anak meninggal
ketika dilahirkan
3. PERKAHWINAN KETIGA
Haji Othman bin Haji Yunus +
Hajah Zabidah binti Haji Ismail
Hussein -Najib
(meninggal 13/12/2009)

4. PERKAHWINAN KEEMPAT

Haji Othman bin Haji Yunus +


Hajah Maryam binti Abdul Latif
Nasir (Afifi/Che
Pi)

Abu Bakar
(Azizan)

Zahrah

Imran

Adenan

Nasriah

Yusuf

Yasir

Saada

Huda

Muaz

Thurayya

5. PERKAHWINAN KELIMA
Haji Othman bin Haji Yunus +
Hajah Kalthum binti Haji Abdul Manaf

Zainab

Asma'

'Asim

Azizi

'Affan

Husna

5.0 PENUBUHAN PONDOK PAK MAN


Hasrat untuk menyebarkan ilmu kepada masyarakat kian membara di hati
Tuan Guru Haji Othman al-Yunusi. Beliau mencari peluang untuk menubuhkan
institusi pengajian beliau sendiri. Hasil perbincangan beliau dengan rakanrakannya iaitu Tuan Guru Haji Ahmad bin Haji Abdul Majid, Tuan Haji Jaafar bin Haji
Saleh dan Tuan Haji Abdul Rahman bin Haji Saleh, maka tercetuslah penubuhan
Pondok Pak Man di Bukit Besar, Yan, Kedah.

Tapak madrasah seluas tujuh relong telah diwakafkan oleh dua beradik
iaitu Tuan Haji Jaafar bin Haji Saleh dan Tuan Haji Abdul Rahman bin Haji Saleh.
Pondok ini dikendalikan oleh Tuan Guru Haji Othman al-Yunusi dengan dibantu
oleh Tuan Guru Haji Ahmad bin Haji Abdul Majid. Pusat Pengajian ini kemudiannya
dikenali sebagai Pondok Abang Man atau Pak Man Bukit Besar. Dikhabarkan juga
bahawa pondok ini dibina daripada kayu kayan yang dibawa dari negeri Kelantan.v

Pada masa sekarang, tanah kawasan pondok tersebut di bawah Nazir Amanah 3
orang anakanda Tuan Guru iaitu Haji Nasir (Che Pi), Haji Abu Bakar (Azizan) dan
Haji Adenan.

Tuan Guru Haji Othman al-Yunusi berangkat menunaikan fardhu haji pada tahun
1959 dengan ditemani oleh dua orang isterinya iaitu Hajah Maryam dan Hajah
Kalthum. Pada masa itu, anak sulungnya Mukhtar sedang belajar di Mekah.vi
Beliau mengambil kesempatan ini untuk menziarahi anak keduanya, Mustaffa
yang belajar di Mesir dan melawat Universiti al-Azhar serta bertemu dengan
Syeikhul Azhar. Beliau membuat perbincangan dengan Syeikhul Azhar serta
meneliti kitab-kitab yang diajar di sana. Beliau dalam perancangan untuk
menyesuaikan antara kitab-kitab yang diajar di Universiti al-Azhar dengan kitabkitab yang diajar di pondoknya.

Sekembalinya beliau dari Mesir dan Mekah al-Mukarramah, beliau telah membuat
beberapa perubahan ke atas sukatan pelajaran di sekolahnya hasil daripada
interaksi bersama Syeikhul Azhar.

6.0 PENUBUHAN MADRASAH AL-NAHDZAH / SMA NAHDZAH

SMA Nahdzah atau suatu ketika dahulu dikenali dengan nama Madrasah alMadrasah Nahdzah (Bangunan
Nahdzah, atau Pondok Pak Man telah menggunakan surau kecil tempat solat
berjemaah sebagai tempat pengajian pada tahun 1946. Idea penubuhannya

adalah cadangan dan bayangan yang dicernakan oleh Tok Kenali semasa Tuan
Guru Haji Othman al-Yunusi menuntut ilmu di Kelantan.

Murabbi Tuan Guru Haji Othman al-Yunusi iaitu Tok Kenali memberi galakan
kepada beliau untuk menubuhkan sebuah pusat pengajian kerana yakin bahawa
ilmu yang diberi sudah mencukupi. Selain itu, kewibawaan serta kebolehan Tuan
Guru Haji Othman dalam kepimpinan sudah terserlah sejak dari awal lagi. Ini
kerana sewaktu pengajiannya, Tuan Guru Haji Othman al-Yunusi adalah pelajar
yang aktif dalam bidang keilmuan dan pernah dilantik menjadi orang kanan Tok
Kenali.

Berbekalkan idea dan galakan


daripada Tok Kenali serta cita-cita

beliau

yang tinggi, beliau telah menyuarakan


cadangan pembinaan madrasah
tersebut kepada keluarga sendiri dan

rakan

terdekat. Ini kerana, hasrat yang murni

itu

mungkin akan mengalami kesukaran


Blok
al-Mustaffa
SMAN
sekiranya tidak mendapat sokongan daripada
ahli
keluarga sendiri
dan sahabat
handai. Cadangan beliau itu telah disambut baik oleh ahli keluarga dan
sahabatnya yang sememangnya berpegang teguh kepada agama. Tambahan
pula, ayahanda beliau merupakan seorang guru agama dan pernah membuka
pusat pengajian pondok di Mata Ayer, Perlis. Selain itu, sambutan baik dari
masyarakat setempat juga memberi kekuatan kepada Tuan Guru Haji Othman alYunusi untuk berjuang menubuhkan sebuah madrasah yang dapat dimanfaatkan
oleh masyarakat Islam khususnya di negeri Kedah.

Antara faktor lain penubuhan Madrasah al-Nahdzah adalah untuk memenuhi


permintaan masyarakat Islam ketika itu yang bimbang dengan sistem pendidikan

di sekolah-sekolah aliran Inggeris yang didakwa bercanggah dengan agama Islam


dan tatasusila umat Islam. Pada ketika itu, di Tanah Melayu, pihak Inggeris dan
Pergerakan Missionary Kristian giat menubuhkan sekolah-sekolah yang
menggunakan sistem pendidikan acuan mereka. Wujud suara-suara yang
mengatakan bahawa masuk sekolah Inggeris jadi kafir. Oleh sebab itulah,
Madrasah al-Nahdzah diasaskan demi untuk menyalurkan pemuda-pemudi Islam
ke pusat pengajian ilmu-ilmu Islam dan akidah yang sebenar.

Penubuhan madrasah ini juga menjadi benteng untuk mempertahankan


agama Islam daripada anasir-anasir yang dibawa oleh penjajah Inggeris dan
badan-badan missionary Kristian yang memainkan peranan dalam pendidikan di
Tanah Melayu ketika itu. Dengan wujudnya madrasah ini juga, Tuan Guru Haji
Othman al-Yunusi dapat menyebarkan hukum Allah SWT kepada anak bangsanya
agar dapat menjadi orang yang arif dalam pelbagai lapangan ilmu terutamanya
ilmu agama.

Perjalanan awal institusi pendidikan ini agak memberansangkan. Pada


pertengahan tahun 1946 jumlah penuntutnya adalah lebih kurang 200 orang.
Bilangan ini semakin bertambah dari semasa ke semasa. Saban tahun, nama
Pondok Pak Man semakin dikenali dan tersebar luas ke seluruh negeri Kedah dan
seterusnya ke luar negeri ini. Para pelajar bukan sahaja datang dari negeri Kedah
semata-mata bahkan terdapat juga sebilangan pelajar dari negeri Perlis, Kelantan,
Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Selangor, Melaka, Pattani, Sumatera dan
Indonesia.vii
Kemasyhuran pusat pengajian ini juga adalah kerana latar belakang
keluarga Tuan Guru Haji Othman al-Yunusi sendiri yang berasal dari keturunan
Tok Guru dan merupakan orang yang berpengaruh dalam kalangan masyarakat.
Peranan institusi pondok ini semakin tersohor khususnya dalam kalangan mereka
yang pernah mengikuti pengajian ilmu-ilmu Islam di sini. Oleh kerana Tuan Guru
Haji Othman al-Yunusi pernah tinggal di negeri Kelantan selama belasan tahun,

penglibatan yang aktif dalam bidang


pengajian Islam di Kelantan dan juga pernah
menjadi pembantu kepada Allahyarham Tok

Kenali

menyebabkan beliau tidak asing lagi kepada


masyarakat negeri Cik Siti Wan Kembang itu.

Oleh

kerana itu, apabila tersebarnya berita tentang


kewujudan indtitusi pondok yang dikendalikan

oleh

beliau, maka ramailah pelajar dari Kelantan

yang

datang berguru dengan beliau.


Haji Nasir &

Bangunan SMA Nahdzah

Pada awal penubuhannya Madrasah Al-Nahdzah hanya menawarkan subjek


Agama dan Bahasa Arab tanpa kurikulum KBSM dari Kementerian Pendidikan
Malaysia. Setelah permintaan yang tinggi bagi mata pelajaran akademik kelolaan
Kementerian Pendidikan Malaysia, Madrasah Nahdzah mula menawarkan mata
pelajaran tersebut. Seiring dengan keperluan semasa, terdapat dua aliran mata
pelajaran iaitu kurikulum Diniah yang diambil dari Universiti al-Azhar, Mesir dan
kurikulum KBSM, Kementerian Pendidikan Malaysia. Pelajar akan menjalani dua
peperiksaan iaitu SMRA dan STAM untuk kurikulum Diniah dan PT3 dan SPM bagi
bidang akademik, KPM. Pakej mata pelajaran untuk menengah rendah KBSM
adalah sebanyak 11 mata pelajaran dan 11 mata pelajaran juga bagi Kurikulum

Azhari. Bagi Menengah Tinggi pula terdapat 12 mata pelajaran manakala 13 mata
pelajaran bagi Kurikulum Azhari. Pusat Pengajian ini didaftarkan di bawah
Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Kedah No.9 Tahun 1962.

Tuan Guru mengepalai SMA Nahdzah sejak awal penubuhannya sehingga


tahun 1983. Tanggungjawab berkenaan kemudiannya diambil alih oleh anakanda
beliau Tuan Haji Nasir, lulusan Universiti al-Azhar. Beliau mengemudi SMA
Nahdzah mulai tahun 1983 sehingga tahun 2001. Setelah itu, jawatan mudir
diserahkan pula kepada adinda beliau iaitu Tuan Haji Adenan bin Haji Othman.
Sekarang, Pada Jun 2005, Lembaga Pengurus Sekolah (LPS) telah membuat
keputusan untuk bersama-sama menyambut hasrat kerajaan bagi menjadikan
sekolah ini sebagai Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK). Pada Tahun 2006,
termeterailah ikatan perjanjian persefahaman (MoU) antara LPS dan Kementerian
Pendidikan Malaysia.viii

Hasil daripada tarbiah dan didikan beliau maka lahirlah personaliti-personaliti


yang hebat dan menjadi pemimpin dalam masyarakat. Tokoh-tokoh berikut adalah
seperti:
1. Tan Sri Dato Dr. Abdul Hamid Uthman (Bekas Menteri di Jabatan Perdana
Menteri).
2. Datuk Syeikh Uzair Baharom (Yang Dipertua, Majlis Agama Islam Kedah)
3. Prof Madya Dr. Bakhir Abdullah (Kolej Universiti INSANIAH)
4. Syeikh Kadri bin Abdul Hamid (Pengarah Institut al-Quran Darul Aman
(IQDAR)
5. Y. Bhg. Ustaz Aminuddin bin Abd. Rahim (Ahli Majlis Fatwa Negeri Kedah)
6. Syeikh Syahmi bin Awang (Hakim Daerah Pendang, Kedah)

Sehingga ke hari ini, Madrasah al-Nahdzah terus mengorak langkah ke


hadapan demi memperjuangkan Pendidikan Islam di negara kita. Ia turut
memainkan peranan yang penting dalam melahirkan para ulama yang bakal
memimpin umat pada masa hadapan.

7.0 PENUBUHAN PONDOK MODEN

Pada 28 November 2011, Jabatan Zakat Negeri Kedah Darul Aman telah
Pondok Moden Nahdzah
membina Kompleks Pengajian Agama (Pondok Moden Nahdzah) di tapak Bukit
Besar. Pembinaan kompleks ini adalah atas permintaan tempat pengajian agama
yang tidak mencukupi bagi keperluan penduduk tempatan negeri Kedah
terutamanya bagi penduduk daerah Yan.
Istilah Pondok Moden digunakan kerana terdapat penambahbaikan dari segi
rekabentuk, bahan pembinaan dan susun atur yang lebih
baik mengikut perkembangan semasa. Terdapat
perubahan infrastruktur yang lebih baik di Pondok Moden
ini berbanding Pondok Klasik sebelum ini.ix

Blok Mak Cik Som (Pondok

8.0

Ruang memasak
KEPERIBADIAN

SIFAT

Surau Pondok Moden

Hasil wawancara penulis dengan Hajah Hajar binti Haji Othman (anak
ketiga al-marhum dari isteri pertama), Tuan Guru Haji Othman al-Yunusi
merupakan seorang yang tegas dalam mendidik anak-anak. Ketegasan beliau
menjadikan anak-anak begitu hormat dan taat kepada suruhan dan didikan
ayahanda mereka. Hal ini diakui oleh Hajah Siti Aisyah binti Mohd Hassan
(menantu al-marhum). Keperibadian dan akhlak beliau disegani oleh masyarakat
pondok dan sekitarnya. Mereka takut untuk melakukan perkara yang salah dan
tidak disenangi oleh Tuan Guru. Sebagai contoh, para pelajar dan penghuni
pondok yang bermain di padang akan segera melarikan diri apabila melihat Tuan
Guru berjalan menuju ke surau ketika menjelang waktu Maghrib.

Ayahanda bersifat tawadhuk dan zuhud. Begitulah


yang diceritakan oleh (anak kedua dari isteri keempat). Sifat
tawadhuk beliau terhadap ilmu yang dimiliki menjadikan
beliau mudah didekati oleh rakan dan pelajar dalam menuntut
ilmu. Beliau sentiasa merendah diri dengan ilmu yang ada
padanya. Kerana itulah beliau rajin membaca, sering
menambah ilmu di samping mengajarkan ilmu yang dipelajari
kepada orang ramai.
Haji Abu
Menarik untuk dikongsi bersama, kita dapat lihat betapa tinggi inkuiri Tuan
Guru Haji Othman al-Yunusi terhadap ilmu. Seperti jejak pengembaraan ilmu oleh
Imam as-Syafie, beliau tidak menetap di sesuatu tempat dalam kegiatannya
menuntut dan menyampaikan ilmu agama kepada masyarakat. Beliau berpindah
dari Arau, Perlis ke Kota Bharu, Kelantan, kemudian ke Merbok, Kedah kemudian
kembali ke Kelantan, berpindah semula ke Merbok, Kedah. Setelah setahun
bermukim di sana, beliau berpindah pula ke Bukit Besar, Kedah untuk menabur
bakti dan menetap disana sehingga akhir hayatnya.

Menurut beliau lagi, Tuan Guru amat menitik beratkan ilmu. Oleh sebab
itulah anak-anaknya digalakkan untuk menuntut ilmu dalam pelbagai bidang
hingga ke peringkat pengajian tinggi. Beliau bersikap terbuka dalam memberi
kebebasan untuk anak-anaknya menuntut ilmu sama ada dalam bidang agama
mahupun bukan agama, asalkan pengajian agama pada peringkat asas dan
fardhu telah disempurnakan. Buktinya, anak beliau iaitu Encik Yusuf bin Haji
Othman diberi kebenaran melanjutkan pelajaran ke University of WisconsinMilwaukee, Amerika Syarikat dalam bidang Ekonomi setelah menamatkan
pengajian menengah di Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS).

Sifat zuhud yang ada pada dirinya menjadikan beliau hanya memilih hidup
secara sederhana walaupun sering ditawarkan dengan imbuhan yang lebih tinggi
dan kemudahan yang lebih selesa. Beliau dikatakan sering menyumbang harta
dan wang ringgit kepada program pembangunan pendidikan pondok dan dalam
saluran perjuangan Parti Islam SeMalaysia (PAS) yang baru bertapak di negeri
Kedah. Beliau berpada (qanaah) dengan gaji dan imbuhan yang diterima
sebagai pengasas dan Mudir Madrasah al-Nahdzah.x

9.0 PERGINYA SEORANG MURABBI UMMAH


Pada sekitar Jun 1987, Tuan Guru mengalami sakit tua dan koma. Dengan
kehendak Allah SWT, beliau menghembuskan nafas terakhir di rumahnya pada
malam Khamis, 1 Julai 1987 ketika berusia 83 tahun. Jenazah al-marhum
disemadikan di tanah perkuburan Islam Kampung Tualang, Bukit Besar, Kedah.
Pada masa tersebut, institusi pengajian yang telah diasaskan oleh beliau telah
menjadi mantap dan terkenal sebagai sebuah sekolah pondok yang terkemuka di
Kedah. Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun.. Daripada Allah kita datang, kepadaNya
jua kita kembali

10.0 JASA, SUMBANGAN DAN KEJAYAAN TUAN GURU HAJI OTHMAN ALYUNUSI
Begitu banyak sumbangan dan kejayaan yang dilakarkan oleh Tuan Guru
Haji Othman al-Yunusi sepanjang hidup beliau. Antara yang dapat dikenalpasti
adalah seperti berikut:

10.1 PENDIDIKAN KEIBUBAPAAN


Kejayaan Tuan Guru bukan sahaja dapat dilihat dari segi kepimpinan di
institusi pendidikan, masyarakat dan politik bahkan beliau juga merupakan
seorang ayahanda yang berjaya. Semua anak lelaki beliau berjaya melanjutkan
pelajaran ke peringkat universiti sama ada di dalam mahupun luar negara dalam
pelbagai jurusan. Ustaz Haji Abu Bakar (Azizan) menyatakan bahawa, ketegasan
beliau dalam mendidik anak-anak merupakan salah satu faktor kejayaan anakanaknya.

Seramai tujuh belas daripada dua puluh dua orang anaknya belajar hingga
ke pusat pengajian tinggi. Sebanyak lapan orang daripada anaknya belajar di
Universiti al-Azhar Mesir, seorang belajar di Mekah, seorang lulusan Universiti alBayt Jordan, seorang lulusan University of Wisconsin-Milwaukee Amerika Syarikat
dan enam orang lulusan institut pengajian tinggi tempatan.xi

Beliau juga disifatkan oleh anak-anak sebagai seorang yang mempunyai


minat yang tinggi dalam menuntut ilmu, tawadhuk, pendiam dan hanya akan
bercakap tentang perkara yang penting sahaja. Sifat ini menjadi ikutan kepada

anak-anak meskipun masa beliau untuk bersama anak-anak adalah terhad kerana
kesibukan dalam aktiviti pendidikan, politik, dakwah dan kepimpinan.

10.2 PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA

Bermula dengan penubuhan Pondok Pak Man,


kemudiannya kepada sebuah institusi yang lebih
berstruktur iaitu Madrasah al-Nahdzah, seterusnya
Sekolah Menengah Agama Nahdzah merupakan kejayaan
terbesar beliau dalam bidang pendidikan khususnya
pengajian Islam dan Bahasa Arab. Semuanya adalah hasil

dari

Haji risalah
Adenan
&
kecekalan dan kesabaran beliau dalam perjuangan menyampaikan
Islam
kepada masayarakat demi mencapai keredhaan Allah SWT.

Dengan penuh keikhlasan, beliau tidak pernah jemu mencurahkan tenaga,


buah fikiran dan wang ringgit bagi meningkatkan taraf pengajian Islam, al-Quran
dan Bahasa Arab dari semasa ke semasa. Berkat usaha dan kegigihan beliau,
Syahadah IV Thanawi Madrasah al-Nahdzah telah mendapat pengiktirafan
daripada pihak Universiti al-Azhar pada tahun 1977.

Sebagai seorang pengetua, Tuan Guru tidak dapat lari daripada berhadapan
dengan pelbagai masalah. Namun, berkat kesabaran, sokongan moral dan
material daripada orang ramai, beliau dapat menghadapinya dengan baik. Beliau
sentiasa menggalakkan para pelajarnya agar menumpukan sepenuh perhatian
terhadap pembelajaran serta menjauhkan diri dari melakukan perkara-perkara

yang menyalahi syariat Islam. Baginya, hanya ilmu pengetahuan yang dapat
memandu seseorang muslim ke jalan yang diredhai Allah SWT.

Tuan Guru Haji Othman sangat tegas dalam mendisiplinkan para pelajarnya.
Beliau berusaha untuk menyekat pergaulan bebas antara pelajar lelaki dan
perempuan. Kelas pembelajaran dan tempat penginapan pelajar diasingkan dan
diletakkan berjauhan agar terpelihara daripada berlakunya sebarang perkara
yang tidak sihat.

10.3 POLITIK DAN KEPIMPINAN

Tuan Guru Haji Othman bukan sahaja merupakan tokoh ulama malah
beliau juga tokoh politik Islam yang terkenal di Kedah dan Perlis serta negerinegeri bahagian utara semenanjung Malaysia. Sebagai seorang yang aktif dalam
politik, beliau terpaksa berhadapan dengan pelbagai rintangan dan cabaran.
Beliau turut sama dalam pergerakan menentang penubuhan Malayan Union.
Rombongan delegasi dari Kedah bersepakat untuk berunding dengan Datuk Onn
Jaafar di Johor. Sejak awal penglibatannya dalam politik, beliau aktif dalam
perjuangan bersama Parti Islam SeMalaysia (PAS) hingga akhir hayatnya. Beliau
merupakan pengasas kepada perjuangan PAS di negeri Kedah khususnya dan
antara pelapis pertama perjuangan PAS di Malaysia.

Tuan Guru merupakan seorang yang berpengaruh dan tokoh agama dan
bangsa yang gigih berjuang dalam menuntut hak orang Melayu. Beliau menetang
Pertubuhan Melayu Bersatu (UMNO) kerana pergerakan tersebut mahu
bekerjasama dengan pihak penjajah yang akan membawa implikasi buruk
terhadap nasib orang Melayu di tanah air sendiri.xii Justeru, Madrasah al-Nahdzah

menjadi pusat kegiatan dan musyawarah PAS pada awal pembabitannya dalam
politik, Meskipun begitu, beliau memastikan bahawa tiada percampuran antara
sistem persekolahan dan politik. Beliau juga melarang para pelajar untuk
melibatkan diri dalam politik semasa masih dalam pengajian.

Sekitar tahun 1950-an, Tuan Guru tampil sebagai


barisan hadapan dalam kepimpinan PAS bersama-sama

Tuan

Guru Haji Yahya Junid (pengasas Madrasah Taufiqiah


Khairiah al-Halimiah, Padang Lumat), Dr. Burhanuddin alHelmi, Datuk Asri dan beberapa lagi tokoh politik tanah

air

yang sealiran. Beliau telah diberi amanah untuk


mengepalai pergerakan PAS yang pertama di negeri

Kedah

dengan lantikan sebagai Pesuruhjaya PAS Kedah dan PerlisDr.


yang
pertama. xiii alBurhanuddin
Tanggungjawab yang besar itu dipegang oleh beliau selama 10 tahun iaitu dari
tahun 1959 hingga tahun 1969.
Pembentukan parti PAS yang pertama di negeri Kedah adalah di kawasan
Bukit Besar dan Padang Lumat yang berpusat di Madrasah al-Nahdzah. Tuan Guru
merupakan ahli pertama yang didaftarkan selaku Yang DiPertua, diikuti oleh Tuan
Haji Ahmad Shukri sebagi ahli kedua. Di sinilah bermulanya pembentukan PAS
negeri Kedah yang kemudiannya berkembang pesat sehingga ke hari ini sehingga
berjaya mendapat kepercayaan untuk memimpin negeri Kedah dengan
kemenangan dalam pilihanraya umum ke-12 pada tahun 2010. Bukit Besar yang
terletak di bawah DUN N20 Sungai Limau masih menjadi kubu kuat PAS di negeri
Kedah sehingga kini.xiv

Selain itu, beliau juga pernah dipertanggungjawabkan untuk memegang


jawatan Bendahari PAS Negeri Kedah dalam tempoh lebih kurang 5 tahun dan
dilantik juga sebagai Ahli Nazir Amanah Bangunan PAS. Begitu banyak jasa beliau
dalam urusan pengendalian bangunan PAS di Alor Setar dari belum diwujudkan
sehinggalah terdirinya bangunan tersebut. Sebahagian besar pembinaan

bangunan tersebut adalah hasil usaha Tuan Guru yang bekerja keras untuk
mengutip sumbangan derma dari orang ramai. Sebagai Penasihat PAS negeri
Kedah pada ketika itu, beliau dibantu oleh Datuk Abu Bakar Omar yang turut
bertungkus lumus demi kepentingan dan perjuangan parti tersebut khususnya di
negeri Kedah. Pada pilihanraya yang dijalankan pada tahun 1964, beliau buat
pertama kalinya telah dicalonkan untuk mewakili parti PAS.

10.4 DAKWAH DAN KEMASYARAKATAN


Tuan Guru Haji Othman al-Yunusi dilihat amat dekat dengan masyarakat.
Beliau sering dijemput untuk menyampaikan kuliah agama di surau dan masjid
berdekatan terutama majlis yang diadakan bersempena hari sambutan Maulidur
Rasul dan Israk Miraj. Selain itu, beliau sering mendapat jemputan daripada
masyarakat sekitar untuk mengadakan kelas pengajaran ilmu agama di rumah
individu tertentu pada waktu malam. Justeru, anak-anak beliau seringkali hanya
dapat menemui ayahanda mereka selepas jam 11.00 malam. Begitulah aktiviti
kehidupan beliau yang padat dengan penyampaian ilmu bersama masyarakat.
Pada asalnya, Tuan Guru mahu mengekalkan Madrasah al-Nahdzah pada
sistem pendidikan kurikulum Diniah atau Azhari sahaja. Namun begitu, bagi
memenuhi keperluan dan permintaan masyarakat setempat, beliau bersetuju
memasukkan kurikulum KBSM. Sistem pengajian pondok tradisional iaitu
pengajian secara umumi masih diteruskan. Pada masa sekarang sistem pengajian
pondok tradisional ditransformasikan kepada pengajian pondok moden. Tenaga
pengajar masih terdiri daripada anakanda beliau, antaranya Ustaz Haji Abu Bakar
(Azizan).

Menurut Ustaz Azizan, kewujudan Pondok Pak Man berjaya mempengaruhi


kehidupan masyarakat sekitar kawasan tersebut. Suatu ketika dahulu, Bukit Besar
yang terletak di sempadan belakang kawasan pondok dijadikan lokasi

persembunyian haiwan ternakan yang dicuri, tempat perjudian, maksiat dan


sebagainya. Apabila wujudnya pusat pengajian agama ini, nilai akhlak dan amalan
kehidupan masyarakat sekitarnya turut terkesan dan mengalami perubahan. Kini,
masyarakat sekitar Pondok Pak Man Bukit Besar dikenali dengan masyarakat yang
mengaplikasikan amalan agama, berakhlak mulia dan bertatasusila.

11.0 PRINSIP HIDUP

Penulis pernah berbicara dengan al-Marhum


Haji Mustaffa bin Haji Othman tentang prinsip hidup

ustaz
yang

diamalkan oleh Tuan Guru Haji Othman al-Yunusi.


Menurut al-Marhum, ayahanda beliau berpegang kepada
prinsip Hidup mesti bererti dan berjasa. Pada

Haji Mustaffa
pandangan beliau, seseorang individu muslim perlulah mempunyai matlamat
hidup yang jelas supaya kehidupan dilalui dengan penuh bermakna dengan
pengisian yang bermanfaat kepada diri, keluarga, agama, bangsa dan negara.

Beliau sering mengingatkan anak-anaknya dan penghuni pondok agar


sentiasa menjaga ibadah dan akhlak dalam kehidupan seharian. Penghuni pondok
perlu meningkatkan amalan kebaikan dan sentiasa menjaga imej dan perlakuan
yang soleh sebagai ahli pondok. Biah solehah yang diwujudkan dalam
persekitaran pondok perlu dikekalkan.

Beliau pernah mengutarakan sindiran yang berbunyi Ada harta tak ada
erti. Ia bermaksud, harta yang dikurniakan oleh Allah SWT perlulah digunakan
secara berhemah dan dan optimum untuk memberi manfaat kepada diri dan

orang lain. Bagi beliau, harta yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada sesorang
mestilah digunakan dengan sebaik-baiknya demi mencapai keredhaan Allah SWT.

Justeru, dapatlah kita rumuskan bahawa, Tuan Guru Haji Othman al-Yunusi
merupakan seorang yang mempunyai keperibadian yang tinggi serta prinsip
hidup yang jelas dan tegas dalam perjuangan menegakkan Agama Islam. Beliau
sentiasa mengamalkan prinsip-prinsip hidup Islam sepanjang masa dan bukan
hanya pandai berkata-kata secara teori sahaja.

12.0 USAHA MEMPERINGATI JASA TUAN GURU

Majlis Keluarga al-Uthmani ditubuhkan bagi


menjaga kebajikan anak cucu keluarga Tuan
Guru Haji Othman al-Yunusi.xv Majlis Keluarga alUthmani ini juga menjadi wadah permuafakatan
ahli keluarga bagi segala hal yang bersangkutan
dengan pentadbiran Pondok Pak Man (seringkali disebut sebagai Pondok Dalam
oleh Ustaz Abu Bakar (Azizan), Pondok Moden Nahdzah dan pentadbiran
sekolah SMA Nahdzah. Menurut Ustaz Abu Bakar, SMA Nahdzah merupakan
Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) kategori warisan. Pengetua sekolah
dibenarkan terdiri daripada kalangan waris pengasas sekiranya memenuhi
kelayakan yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan.

Bagi memperingati jasa dan perjuangan Tuan Guru Haji Othman al-Yunusi, Majlis
Keluarga al-Uthmani telah sebulat suara mengambil keputusan untuk
mewujudkan sebuah galeri al-Uthmani. Untuk merealisasikan hasrat ini, rumah
isteri Tuan Guru, iaitu Hajah Maryam binti Abdul Latif (isteri yang ke-empat)
dibaiki dan dilakukan sedikit pengubahsuaian.

Pada ketika penulisan ini dihasilkan, rumah tersebut masih dalam proses
pembaikan dan pengubahsuaian. Galeri al-Uthmani akan memuatkan bahanbahan kenangan silam yang berkaitan dengan Allahyarham Tuan Guru Haji
Othman seperti sejarah dan salasilah keturunan, foto-foto lama, kitab-kitab yang
diajar dan lain-lain bahan yang berkaitan. Semoga usaha ini akan berjaya
dilaksanakan dan dapat dimanfaatkan khususnya kepada keturunan al-Uthmani,
para penghuni pondok, pelajar-pelajar Sekolah Menengah Agama Nahdzah dan
masyarakat amnya.

Parti Islam SeMalaysia atau PAS Negeri Kedah pula mengambil inisiatif
membina sebuah masjid yang dinamakan Masjid Tuan Guru Haji Othman al-Yunusi
bagi memperingati jasa dan sumbangan beliau terhadap parti itu. Masjid tersebut
terletak di dalam kawasan Kompleks PAS Kedah di Batu 9, Simpang Empat, Kedah.
Masjid tersebut diimarahkan dengan pelbagai aktiviti seperti Siri Pengajian
Umumi, Kuliah Dhuha, pengajaran Kitab oleh para ulama seperti Kitab Riyadus
Sholihin, Minhajul Abidin, Mustika Hadith dan sebagainya.

Masjid Tuan Guru

13.0 RUMUSAN

Sesungguhnya, Tuan Guru Haji Othman al-Yunusi telah banyak menaburkan


budi dan jasa kepada umat Islam bukan sahaja di negeri Kedah malahan juga

kepada tanah air. Walaupun kini beliau telah tiada, namun hasil usaha dan jasa
baktinya dalam perjuangan membangunkan sebuah institusi pendidikan untuk
anak bangsa masih tetap utuh sehingga kini meskipun terpaksa berhadapan
dengan pelbagai mehnah dan cabaran.

Implikasi perjuangan murni beliau kita dapat lihat dari kejayaan Madrasah
al-Nahdzah atau SMA Nahdzah menghasilkan ramai pelajar yang berkualiti dan
berjasa kepada negara dan memainkan peranan yang cukup besar dalam
menyebarkan risalah Allah di muka bumi ini. Penubuhan Madrasah al-Nahdzah
hakikatnya adalah penerus legasi pengajian pondok yang mula dicetuskan oleh
ayahandanya Tuan Guru Haji Yunus di Perlis.

Ketokohannya sebagai ulama yang tersohor dan tokoh politik yang berjasa
dalam mengembangkan dakwah Islam sewajarnya menjadi contoh dan tauladan
kepada generasi muda kini. Firman Allah SWT yang bermaksud:
Orang-orang yang berjuang di jalan Kami, sesungguhnya Kami akan
memberi hidayah kepadanya.
(AlAnkabut :69)

Sabda Rasulullah SAW, mafhumnya:


Barangsiapa menempuh suatu perjalanan untuk mendapatkan ilmu
pengetahuan, Allah akan memudahkannya jalan menuju syurga.
Para Malaikat akan menghamparkan sayap-sayapnya untuk orangorang yang menuntut ilmu kerana merasa sangat senang akan
perbuatannya. Dan sesungguhnya bagi orang yang berilmu
pengetahuan, akan memberi ampun baginya penghuni langit dan
bumi, sampai ikan yang ada di dalam air. Dan kelebihan orangorang yang pandai dibanding dengan orang-orang yang beribadah
laksana kelebihan bulan dibanding dengan seluruh bintang-bintang.
Dan sesungguhnya para ulamak itu adalah pewaris para nabi. Dan
para nabi tidak mewariskan dinar mahupun dirham, melainkan
mewariskan ilmu. Maka barang siapa yang mengambil ilmu itu,
bererti ia sudah mendapatkan keuntungan yang melimpah ruah
NOTA HUJUNG

i Kini (Oktober, 2015) hanya tiga orang adik beradik Tuan Guru Haji Othman al-Yunusi

yang masih hidup iaitu Abdul Hadi, Zaleha dan Rohmah.

ii Terdapat berbezaan fakta mengenai umur ketika Tuan Guru Haji Othman al-Yunusi mula

belajar di Kelantan. Apa yang pasti, beliau telah berada di Kelantan pada tahun 1925.

iii Istilah kepala telaah pada masa sekarang merujuk kepada pemudah cara atau

fasilitator.

iv Isteri pertama Tuan Guru Haji Othman al-Yunusi disemadikan di Tanah Perkuburan Islam

Bunut Payong, Kelantan.

v Ukiran yang terdapat pada bangunan surau yang dijadikan tempat pengajian itu cantik

dan unik, diukir oleh pengukir dari Kelantan.

vi Anak sulung Tuan Guru, Mukhtar meninggal dunia ketika mengikuti pengajian di Mekah.

vii Zaman kegemilangan Madrasah al-Nahdzah berlaku sekitar tahun 1995. Jumlah pelajar

pada ketika itu mencecah bilangan 2000 orang.

viii Jumlah pelajar SMA Nahdzah yang terkini pada 1 Oktober 2015 adalah 646 orang.

ix Sumber: Lensa Asnaf terbitan Jabatan Zakat Negeri Kedah, Edisi Jan Jun 2015.

x Gaji guru pada ketika itu adalah sekitar RM80.00 ke RM100.00 sahaja.

xi Majoriti anak-anak Tuan Guru mendalami Pengajian Islam dalam pelbagai bidang

seperti Usuluddin, Syariah, Pendidikan Islam dan Bahasa Arab.

xii Sebelum menunaikan fardhu haji ( tahun 1952), Tuan Guru terlibat secara aktif di

dalam UMNO. Beliau berjuang sejak dari Kesatuan Melayu Muda sehingga UMNO
ditubuhkan. Beliau pernah memegang beberapa jawatan penting dalam UMNO seperti
AJK perwakilan ke Persidangan UMNO, Pegawai Penerangan UMNO Kedah, Pegawai
Agama UMNO dan Jawatankuasa UMNO Negeri Kedah. Setelah pulang dari Tanah Suci,
beliau telah meninggalkan UMNO dan berjuang dalam parti PAS.

xiii Pada masa sekarang (2015) Pesuruhjaya PAS Kedah dipegang oleh bekas cucu

menantu Tuan Guru iaitu Dr. Fakhruddin bin Fakhrurazi.

xiv Ahli Dewan Undangan Negeri N20 Sungai Limau (2015) adalah bekas pelajar dan

tenaga pengajar SMA Nahdzah yang membesar dalam kawasan Pondok Pak Man iaitu
Ustaz Mohd Azam bin Samat.

xv Pada masa ini (2015) Majlis Keluarga al-Uthmani dipengerusikan oleh Tuan Haji Nasir

(Che Pi).

RUJUKAN
Al-Quran al-Karim
As-Sunnah an-Nabawiyyah
Tuan Haji Adenan bin Haji Othman
Tuan Haji Abu Bakar (Azizan) bin Haji Othman
Hajah Hajar bin Haji Othman
Siti Isah @ Aishah binti Mohd Hassan
Aziza Halim. (1992). Madrasah al-Nadzah Bukit Besar, Kedah 1947-1982. Bangi:
Universiti Kebangsaan Malaysia.
Ismail Che Daud. (2007). Tokoh-tokoh Ulama Semenanjung Melayu Edisi Kedua.
Kota Bharu: Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan.
Ismail Mat (1992). Ulama Silam dalam Kenangan. Bangi: Penerbit Universiti
Kebangsaan Malaysia.

Shukri Ahmad. (2011). Pengaruh Pemikiran Ulama di Semenanjung Malaysia Akhir


Abad ke-20. Sintok: UUM Press.
Lensa Asnaf terbitan Jabatan Zakat Negeri Kedah, Edisi Jan Jun 2015.
https://idrisahmad.wordpress.com/2009/05/07/penglibatan-ulama%E2%80%99dalam-pas-pada-peringkat-awal/
http://surauumri.blogspot.my/2011/10/muallim-ulama-tersohor.html
https://www.facebook.com/pages/Masjid-Tuan-Guru-haji-Othman-Al-YunusiKompleks-PAS-Kedah/711931545488170
http://arkib.harakahdaily.net/arkibharakah/index.php/arkib/berita/lama/2009/4/204
38/haji-hussin-rahimi-ketua-ulama-pas-pertama.html

LAMPIRAN

SOALAN TEMU BUAL

1. Bolehkah Tuan Haji nyatakan biodata Allahyarham Tuan Guru Haji Othman
al-Yunusi?
2. Bagaimanakah latar belakang keluarga Allahyarham Tuan Guru Haji Othman
al-Yunusi?
3. Bagaimanakah latar belakang pendidikan Allahyarham Tuan Guru Haji
Othman al-Yunusi?
4. Bagaimanakah Allahyarham Tuan Guru Haji Othman al-Yunusi memulakan
kerjaya beliau sebagai pendidik?
5. Bagaimanakah tercetusnya penubuhan Pondok Pak Man / Madrasah alNahdzah?
6. Jelaskan perkembangan SMA Nahdzah sekarang.
7. Bagaimanakah berlakunya penubuhan Pondok Moden Nahdzah?

8. Apakah sumbangan / jasa / kejayaan Allahyarham Tuan Guru Haji Othman alYunusi dalam bidang pendidikan dan lain-lain?
9. Apakah prinsip hidup yang diamalkan oleh Allahyarham Tuan Guru Haji
Othman al-Yunusi?
10.

Nyatakan usaha yang dilakukan bagi memperingati

jasa / sumbangan yang diberikan oleh Allahyarham Tuan Guru Haji Othman
al-Yunusi.
11.

Apakah pandangan peribadi Tuan Haji terhadap

Allahyarham Tuan Guru Haji Othman al-Yunusi dari segi sikap dan
keperibadian?
12.

Apakah pesanan dan amanat Allahyarham Tuan

Guru Haji Othman kepada anak-anak beliau dan masyarakat Islam amnya?

CATATAN:
Temubual telah dijalankan bersama Puan Hajah Hajar binti Haji Othman, Tuan
Haji Adenan bin Haji Othman dan Tuan Haji Abu Bakar (Azizan) bin Haji
Othman.

GAMBAR PENULIS BERSAMA RESPONDEN

Anda mungkin juga menyukai