Anda di halaman 1dari 19

PENDAHULUAN

Benih yang baik dicampak kelaut menjadi pulau itulah peribahasa yang
tepat untuk menggambarkan betapa mulianya seseorang itu dek kerana
ilmu dan akhlaknya. Hidupnya mulia didunia dan berbahagia diakhirat. Di
dunia dia menjadi tempat rujukan dan di akhirat tempat menerima
habuan. Ketinggian ilmu dan keluhuran akhlak membolehkan beliau
menerobos ke serata tempat tanpa sempadan.
Begitulah ungkapan yang dirasakan sesuai dan tepat untuk memulakan
penceritaan tokoh pilihan yang telah banyak berjasa kepada bangsa dan
agama. Biarpun tanah asal kelahirannya adalah di negara jiran,
Indonesia. Ilmu dan hikmah telah menghantarnya ke negeri Kedah
Darulaman untuk menabur jasa, menyemai bakti demi menegakkan
agama tercinta.
SEJARAH HIDUP

Nama sebenar beliau adalah Amanah Bin


Abdul Hannan, dilahirkan pada tahun 1953
di Sukarteja,Slong Nusa Tenggara Barat
Indonesia. Sejarah kehidupan yang getir
telah dilalui oleh sang murabbi ini
menjadikan susuk tubuh yang agak kurus ini
memiliki segunung pengalaman yang
bercampur baur antara masam-manis
kehidupan. Berlatar belakangkan kehidupan
yang miskin didesa tumpah darahnya,
dibawah asuhan ibu dan ayahnya yang
merupakan petani sara diri memberi erti
kehidupan sebenar terhadap beliau. Segala
jerih kehidupan yang dilaluinya membuatkan beliau sedar sejak zaman
kanak-kanak hingga melangkaui usia remaja tentang kepentingan ilmu
pengetahuan dalam kehidupan seharian dan untuk hari-hari mendatang.

Disebalik kepayahan dan kesusahan hidup, Ustaz Ahmad Abdullah nama


yang digunakan sejak menjejak kaki ke tanah bertuah ini sangat
beruntung kerana memiliki ibu dan ayah yang begitu perihatin tentang
pendidikan ilmu agama terhadap anak-anak mereka. Apatah lagi bapanya
juga adalah salah seorang ustaz yang giat menyebarkan ilmu dan dakwah
dikampung halamannya. Hidup dalam suasana beragama dalam
keluarganya, memiliki sahabat yang juga mempunyai minat dan
kecenderungan yang sama iaitu meminati ilmu agama, disamping sikap
masyarakat di tanah tumpah darahnya itu yang gemar berlumba-lumba
untuk mendapatkan ilmu menjadi faktor terpenting dalam menyemai
semangat juang yang tinggi dalam dirinya selain membantu membentuk
persekitaran kampung halamannya yang berbukit bukau itu hidup subur
dengan roh agama islam serta menambah terangnya nur Ilahi dibumi
bertuah itu.
2

PENDIDIKAN
Mula mendapat pendidikan awal di Sekolah Dasar ketika berusia enam
tahun hingga 11 tahun, selepas itu beliau meneruskan pengajian di
Madrasah Al-Muallimin pada tahun 1966 hingga tahun 1972. Kurikulum
sekolah pondok yang berteraskan kitab Thurath atau kitab kuning
memberi peluang yang luas kepada beliau yang sedang dahagakan ilmu
pengetahuan ketika itu menimba sebanyak mungkin ilmu pengetahuan.
Jadual pengajian kitab yang padat di Madrasah tersebut menenggelamkan
beliau dalam lautan ilmu yang tak bertepi sehingga melupakan minat
bermain ketika kanak-kanak sebaya dengannya leka bermain. Menuntut
ilmu kerana Allah untuk menghilangkan kejahilan dalam diri menjadi
azimat berkesan bagi dirinya untuk menghirup sebanyak mungkin ilmu
pengetahuan apatah lagi suasana masyarakat di daerahnya yang sering
berlumba dan bersaing untuk mendapatakan ilmu pengetahuan.
Ketika tiba musim cuti, peluang yang ada tidak disia-siakan, kesempatan
ini digunakan beliau untuk mencedok ilmu pengetahuan dari guru-guru
terpilih yang menjalankan pengajaran dimusolla atau dirumah guru itu
sendiri meskipun terpaksa berjalan kaki berbelas kilometer mengharungi
denai dan lorong yang tidak menjanjikan kenikmatan untuk mereka yang
melaluinya.

Desa Sukarteja yang berdekatan dengan ibu kota Mataram, masih jauh
ketinggalan dari aspek pembangunan materialnnya jika hendak
dibandingkan dengan ibu kota besar di Indonesia ketika itu seperti Kota
Jakarta, Jogjakarta dan lain-lain kota besar Indonesia. Namun dalam aspek
pembangunan ilmu dan pembinaan tamadun manusia, Sukarteja antara
desa pilihan pencinta ilmu.Buktinya ramai penuntut dan para muallim
yang berhijrah ketempat tersebut dengan tujuan yang sama,iaitu pencinta
ilmu akan mendapatkan ilmu disana,manakala golongan muallimin akan
3

berlumba mencurahkan segala ilmu pengetahuan demi mengaharap


redho Ilahi.
Ibarat kata pepatah melayu tak kenal,maka tak cinta begitulah gelora
dijiwa sang Murobbi ini, lantunan jiwa remajanya yang sudah hanyut
dialam cinta ilmu dan hikmah telah menghantar seluruh jiwa raganya ke
Madrasah Al-Muallimun Darul Quran Wal-Hadist pada tahun 1973 hingga
1976. Dalam tempoh tersebut beliau telah berjaya mendapat syahadah
Thanawiyyah dan syahadah Aliyah dengan keputusan yang cemerlang.
Selepas tamat belajar di Madrasah Al-Muallimun, Darul Quran Walhadist
beliau diminta mengajar oleh mudir madrasah Al-Muallimat iaitu pusat
pengajian yang dikhaskan untuk pelajar wanita sahaja,antara tahun 1976
hingga 1979. Selain itu ilmunya juga turut ditagih oleh masyarakat
setempat yang memintanya mengajar di beberapa buah masjid disekitar
kampungnya khasnya pada waktu malam.
Pada suatu ketika sekitar tahun 1979, bermula lebaran baru dalam
kehidupan sang daei ini apabila beliau disuruh oleh gurunya agar
berhijrah ke Kota suci Mekah Al-Mukarramah bagi mendalami ilmu-ilmu
islam. Suruhan gurunya begitu meruntun nuraninya yang masih belum
puas mengecap manisnya ilmu pengetahuan. Beliau sendiri merasakan
permintaan gurunya itu bukanlah sesuatu yang boleh dibiarkan diangin
lalu, kerana boleh dikatakan setiap kali berjumpa dengan beliau itulah
kalimah yang terpacul keluar dari mulut gurunya lalu menerpa dikalbunya.
Ibarat ingin memeluk gunung,tapi apakan daya tangan tak sampai.
Begitulah kiasannya bagi sang daei ini, kerana beliau sedar sejauh mana
kemampuan keluarganya yang hanya bertani untuk mendapatkan sesuap
nasi.

Kesungguhan guru meminta beliau agar berhijrah ke Kota Mekah mungkin


disebabkan pada firasat gurunya sendiri yang mendapati beliau
mempunyai potensi yang besar untuk bergelar ulama dan daei ummah
suatu ketika nanti. Berkat doa dan harapan disamping munajat pada
yang Maha Esa yang tidak kenal erti putus asa, akhirnya takdir yang
Maha Esa telah menemukannya dengan suatu rombongan yang akan
mengerjakan umrah pada tahun itu telah singgah dirumah gurunya.
Peluang keemasan itu segera diambil oleh gurunya dengan meminta
beliau segera bersiap untuk berangkat ke kota suci itu.
Tawaran dan peluang yang diperolehinya ketika itu bagaikan mengintai
pelangi dilangit biru. Besarnya peluang, indahnya cita-cita tetapi seakan
terhalang oleh keadaan. Faktor kewangan yang menjadi batu penghalang
ketika itu hampir sahaja memusnahkan impian beliau. Ilmu dan takwa
menjadi yang menyimpul kemas dilubuk hatinya mula menumbuhkan
konsep tawakkal pada yang Esa. Setelah meluahkan hasrat kepada kedua
orang tuanya, akhirnya jalan keluar muncul jua. Perjuangan memerlukan
pengorbanan, kata sepakat telah dibuat antara ahli keluarganya,
sebahagian tanah milik bapanya telah dijual kepada seseorang demi
untuk mendapatkan wang belanja. Walau berat hati ibu bapanya kerana
pada sebahagian tanah itulah tempat mereka memerah keringat menyara
keluarga, tetapi demi putera tercinta yang dilihat semakin membara
semangat didada mereka terpaksa berkorban.
Keputusan yang dibuat hasil musyawarah antara ahli keluarganya itu
disambut oleh beliau dengan perasaan yang bercampur-baur antara suka
dan hiba. Masakan tidak, sebagai seorang remaja yang memiliki
semangat juang yang sentiasa membara, bersulam dengan emosi hiba
dan sayu apabila semua ahli keluarganya menyatakan sanggup berkorban
demi dirinya semata-mata mengharap keredhaan Yang Maha Pencipta,
beliau begitu teruja dan terusik emosinya dengan keputusan tersebut.

Setelah menjejak kaki di Kota suci Mekah dengan visa umrah, disana
beliau sempat berguru dengan Syeikh Abdul Fattah Rawa. Selama 8 bulan
sahaja beliau berkesempatan tinggal disana. sang murabbi ini terus diuji,
pihak berkuasa Tanah Suci Mekah yang menjalankan tugas dengan
amanah tidak membenarkan mana pemukim untuk terus tinggal lebih dari
tempoh yang dibenarkan oleh kerajaan. Akibat tekanan undang-undang
yang memburu kelibat dirinya, maka sekali lagi ustaz Ahmad membuat
keputusan untuk berhijrah ke negara Mesir pada tahun 1979. Ketika itu
usianya sudah mencapai 30 tahun. Walaupun demikian, faktor umur
bukanlah sesuatu yang boleh melemahkan semangat beliau dalam
mencari dan mendalami ilmu pengetahuan.
Cabaran dan rintangan berterusan merentangi perjalanan hidup beliau,
oleh kerana umurnya yang dianggap sudah lanjut oleh sesetengah pihak
hasrat beliau untuk memasuki Maahad Al-Talimiah disana tidak tercapai.
Kobaran semangat juang yang terus membara dijiwa membuatkan sang
murabbi ini panjang akal, beliau terus berusaha mencari alternatif lain
agar masa tidak terbuang begitu sahaja. Akhirnya takdir Maha Kuasa
menyebelahinya, beliau diterima masuk ke Maahad Lil Buuths sebagai
pelajar.
Maahad Lil Buuths mempunyai sistem pengajian yang unik dimana pihak
pengurusan institusi terbabit menerima dan mengiktiraf sijil Thanawi yang
dimiliki oleh beliau semasa menuntut di Madrasah Al-Mualimin Indonesia
dahulu. Apa yang lebih menguntungkan beliau ialah sijil Thanawinya
telah melayakkan beliau memulakan pengajian di tingkatan 2. Selain itu
Maahad tersebut juga mempraktikan peraturan bagi sesiapa berjaya lulus
peperiksaan di tingkatan 2 secara automatik layak terus ke tingkatan 4.
Selama dua tahun beliau menimba ilmu disini, setelah tamat
pengajiannya di Maahad ini, beliau melangkah lebih jauh dengan
memasuki Universiti Al-Azhar, Mesir pada tahun 1981 hingga tahun 1986
dalam bidang syariah.

Selama lima tahun beliau menjadi mahasiswa di Universiti Al-Azhar Mesir,


sepanjang tempoh ini peluang yang terhidang didepan mata tidak sesekali
disia-siakan. Disiplin ilmu yang pelajarinya semasa awal pengajiannya di
tanah tumpah darah beliau memberi manfaat yang besar kepadanya. Bagi
menambah bekalan ilmu didada, apabila tibanya musim cuti semester
universiti digunakan oleh beliau untuk menuntut ilmu secara talaqqi
dengan guru-guru mursyid dalam pelbagai bidang ilmu agama diluar
kampus. Beliau sanggup bersusah payah menekuni setiap isi pelajaran
yang disampaikan oleh gurunya, baginya matlamat kedatangannya ke
negara timur tengah itu adalah semata-mata kerana hendak
mendapatkan ilmu agama,oleh itu segala jerih payah yang dilalui
dianggap perkara biasa keran beliau sedar itulah lumrah dunia, kalau tak
pecahkan ruyung manakan dapat sagunya.
Berdiri diatas prinsip itulah yang membolehkan beliau bukan hanya
mampu bertahan atas segala bentuk cubaan, tetapi secara tidak langsung
membantu menyuntik semangat serta membina keyakinan diri padanya
dan apa yang lebih manis baginya adalah gugusan ilmu yang diperolehi
dari guru-gurunya seolah-olah mata air jernih yang mengalir terus ke
lubuk sanubarinya. Benarlah kata ulama tasauf sesiapa yang tidak
pernah merasa, nescaya dia tidak akan tahu. Kenikmatan ilmu yang
diteguk saban waktu dan ketika telah mematangkan beliau dan
membuatkan beliau benar-benar memahami erti kehidupan yang sebenar.
Apatah lagi denai kehidupan beliau yang penuh ranjau yang
berselerakkan tentu ianya telah menjadi guru terbaik buat pedoman diri
beliau.
Segala ilmu dan pengalaman yang diperolehi sepanjang rentetan
kehidupan yang bermula dengan didikan awal oleh ibu bapanya, belajar
mengenal A,B,C dan Alif, Ba,Ta dan kemudianya disambung didik oleh
para muaddib dan mudarrisnya termasuklah gugusan pengalaman yang
dikutip sepanjang perjalanan hidup bukanlah bertujuan untuk
membanggakan diri, jauh sekali untuk menunjuk-nunjuk atau
7

mempamerkan kehebatan diri. Sebaliknya segala ilmu dan pengalaman


yang diperolehinya adalah semata-mata demi mencapai mardhotillah
iaitu untuk mencari keredhaan Allah S.A.W sambil bertekad ingin menjadi
penyambung lidah anbiyak dan mursalin sebagaimana yang dituntut oleh
agama.
KERJAYA DAN KELUARGA
Lakaran sejarah hidup yang berliku seawal usia kanak-kanak, disulami
pahit getir kehidupan yang mencengkam jiwa semasa zaman remaja
hinggalah menginjak usia dewasa ternyata mematangkan beliau
disamping membawa tuah kepadanya. Kesabarannya menempuh aneka
ragam kehidupan yang bersimpang siur dengan pelbagai dugaan dan
cabaran akhirnya membuahkan hasil yang cukup lumayan buat dirinya.
Ilmu yang diburu semakin jenuh terhimpun didada, akar iman dan takwa
subur menunjang dilubuk jiwa sang murabbi ini.
Setelah kejap ilmu didada,biarpun namanya tidak sebaris dengan ulamaulama muktabar, rakan rapatnya ustaz Daud dari Malaysia yang lebih
mengenali dirinya merasakan beliau perlu mengambil peluang membawa
ustaz Ahmad ke Malaysia agar ilmu agama yang ada pada beliau boleh
dimanfaatkan oleh warga bumi bertuah ini. Maka bermula lah
penghijrahan yang kedua dalam kamus kehidupan sang murabbi
kesayangan ummah ini. Setelah tamat pengajian secara rasmi di
Universiti Al-Azhar,Mesir, pada tahun 1986, beliau tidak terus pulang ke
tanahair sebaliknya masa dan kesempatan dibumi anbiyak itu digunakan
sebaik-baiknya menimba pelbagai jenis ilmu dari guru-guru muktabar.
Antara guru guru beliau yang terkenal di Mesir ialah Dr Syeikh
Abdulfattah, Dr Zaidan, Dr Abd Aziz dan Dr Ibrahim
Sekitar tahun 1987, beliau telah dibawa oleh kenalannya yang juga warga
Malaysia ke bumi bertuah ini. Penghijrahan beliau ke Malaysia telah
membuka lebaran baru bagi dirinya kerana sejak dari tarikh itu sang
8

murabbi ini terus bermukim dan akhirnya bermastautin secara tetap


disini, walaupun sekali sekala beliau balik ke kampung halaman di tanah
tumpah darahnya,desa Sukarteja Indonesia. Destinasi pertama beliau
adalah ke Bangi, Selangor Darul Ehsan. Belum sempat menabur bakti
pada penduduk setempat, beliau dijemput oleh pihak pengurusan
Madrasah Nurul Islam,Ayer Hitam, Kedah atas saranan kenalannya sendiri.
Takdir Ilahi penentu segala, beliau hanya sempat berkhidmat sebagai guru
di sekolah berkenaan hanya 3 bulan sahaja atas sebab-sebab yang tidak
dapat dielakkan. Beliau kemudian berhijrah lagi ke Madrasah Al-Hilmiyyah
Al-Islamiah atau lebih dikenali dengan nama Pondok Ya.
Suratan takdir telah diatur oleh Maha Pencipta, perjalanan kehidupannya
dilengkapkan oleh Ilahi di pondok ini. Jodoh pertemuannya dengan isteri
tercinta Pn Faridah Binti Yahya ditetapkan pada tahun 1991. Apa yang
membanggakan ialah calon isterinya adalah anak kepada tuan guru Haji
Yahya dimana tuan guru Haji Yahya sendiri yang memilihnya sebagai
menantu. Hasil perkongsian hidup bersama isteri tercinta, mereka
dikurniakan 7 orang cahaya mata, empat lelaki dan tiga perempuan.
Selama 10 tahun beliau mencurahkan bakti pada anak bangsa di pondok
tersebut, pada tahun 1997 beliau terpaksa berpindah kerana menemani
isterinya yang bertugas sebagai pensyarah di Politeknik Sultan Abdul
Halim Mu,azam Shah (POLIMAS) jitra kedah. Bagaikan sebutir mutiara
yang berharga, penghijrahannya ke Jitra telah di rebut oleh Kolej Islam
Darul Ulum,Pokok Sena, Kedah yang menagih ilmu dan kepakaran dari
beliau khasnya dalam bidang ilmu Hadis dan Syariah. Sejak tahun 1997
hinggalah sekarang beliau cekal dengan amanah yang diberi oleh pihak
pengurusan kolej menabur mutiara ilmu tanpa jemu. Pernah juga suatu
ketika beliau meluahkan hasrat untuk bersara dari kolej berkenaan,
memandangkan usianya yang semakin lanjut ditambahi lagi dengan
aktiviti dakwahnya yang sangat banyak terhadap masyarakat sekitar,
tetapi pihak kolej enggan melepaskannya sebaliknya beliau diberi

kelonggaran dengan hanya datang bertugas hanya tiga hari dalam


seminggu.
Kelonggaran yang diperolehinya bukanlah bermaksud beliau
menggunakan ruang untuk berehat atau bersantai dirumah, sebaliknya
ruang-ruang kosong tersebut di isi dengan kuliah-kuliah agama dimasjid
dan surau sekitar negeri Kedah yang tidak menang tangan beliau
meyambutnya. Karekternya sebagai mudarris dan muaddib telah menarik
ramai hadirin mengikuti setiap kuliahnya terutama
ketika hari-hari cuti umum.
Istiqomah dalam amalan
disamping keikhlasan menyampai
ilmu antara daya penarik pada
setiap kuliah yang disampaikan.
Sambutan orang ramai di setiap
kuliahnya menambah semangat
berdakwah walau ada ketika beliau
menangguh kuliahnya akibat faktor

kepadanya untuk terus


terpaksa
kesihatan

atau sibuk dengan aktiviti-aktiviti dan program keagamaan yang


diadakan.
Selain istiqomah dalam perjuangan, guru berjasa ini juga telah menunjuk
contoh teladan yang baik untuk diikuti oleh murid-muridnya. Bukan
sekadar memberitahu atau menggalakkan pengamalan sesuatu amalan,
bahkan beliau sendiri yang ikut serta disamping memandu hadirin dalam
sesetengah acara keagamaan, umpamanya program menghidupkan
malam ramadhan, malam nisfu syaban, malam raya dengan solat-solat
sunat serta amalan amalan lain.
Beliau juga terkenal dengan sikap tidak lokek tenaga dan masa apabila
diundang ke sesuatu majlis dalam masyarakat. Sifatnya yang peramah
dan mudah tersenyum ketika berinteraksi dengan segenap lapisan
masyarakat menambah kasih serta hormat orang ramai terhadapnya.
Kuliah agama disampaikan dengan pelbagai gaya mengikut kesesuaian
10

topik membuatkan hadirin tidak jemu dengan kuliahnya. Contohnya


ketika beliau menyampaikan ilmu tasauf, beliau menyampaikannya
dengan nada lembut dan tenang, sebaliknya jika beliau mengajar tafsir
Al-Quran yang menerangkan tentang ayat-ayat azab atau tentang neraka,
beliau menaikkan nada suara agar pengajarannya dapat dihayati oleh
hadirin.

Karekter beliau sebagai Muaddib juga terserlah dengan sifat


tawadhuknya ketika bergaul dengan masyarakat. Beliau dilihat selalu
menundukan pandangannya disamping tidak suka berbual-bual kosong.
Selain itu praktikal amalannya juga bertepatan apa yang disarankan
kepada para muridnya,justeru tidak hairanlah jika beliau sangat dihormati
dan disayangi oleh murid-muridnya.
Berpegang pada prinsip ilmu adalah amanah Allah sang murabbi ini
dilihat sangat bersemangat ketika menyampaikan kuliahnya biarpun
beberapa ketika diraut wajahnya menampakkan keletihan akibat jadual
kualiah yang banyak. Mungkin seperti apa yang diceritakan sendiri oleh
beliau, suri teladan yang ditunjuki oleh gurunya yang menyampaikan ilmu
dengan penuh kesungguhan terutama syeikh Tengku
Muhammad Zainuddin bin Abdul Majid Al-Wathoni
yang banyak mempengaruhi karekter dirinya sebagai
daei ummah. Beliau juga menjelaskan betapa
gurunya itu sangat menitik beratkan soal
keberkatan ilmu yang dimiliki, konsep
praktikkan dahulu sesuatu amalan baru ajar
orang lain telah ditunjukan oleh beliau
dengan pelbagai teladan mulia yang
dipamerkan melalui amalan-amalan samaada yang berkait soal
keagamaan mahu pun soal kemasyarakatan.

11

Sesuatu yang dianggap unik telah ditunjuki oleh sang murabbi ini ialah
beliau mempraktikkan bacaan surah Al-Fatihah sebanyak tiga kali serta
ketika selesai menyampaikan kuliah untuk dihadiahkan kepada arwah ahli
keluarga dan roh mukmininin sekaliannya disamping sebagai doa untuk
kesejahteraan diri dan keluarga serta memohon keberkatan dalam
pengajarannya.
Antara kuliah yang disampaikannya ialah bidang fekah, tasauf, tauhid.
tafsir dan hadis yang menggunakan kitab Matlail Badrain, Hidayatus
Sibyan, Sairussalikin, Hadis empat puluh, Tafsir Nurul Ehsan, Hidayatul
bidayah,Al-Azkar Imam Nawawi serta beberapa buah kitab lagi. Sesi
kuliahnya yang boleh dikatakan berjalan setiap malam kecuali malam
jumaat, kuliah subuh setiap hari jumaat dan sabtu serta hari-hari tertentu
di dua belas buah masjid dan beberapa buah surau disekitar Jitra, Alor
Setar, Changlun, Guar Cempedak dan Sungai Petani Kedah.
Jika diukur dengan mata kasar komitmen yang ditunjukan oleh mudarris
ini adalah sesuatu yang dianggap sukar dan tidak mampu diikuti oleh oleh
kebanyakan orang, apatah lagi dengan usia yang semakin memanjat.
Namun berkat keikhlasan beliau dalam menyampaikan ilmu agama
membolehkan beliau meneruskan aktiviti dakwah dengan penuh
bersemangat dan ceria. Sekiranya beliau terlalu sibuk atau kepenatan
yang bersangatan, biasanya jadual kuliah beliau tidak dibiarkan kosong
begitu sahaja, beliau akan menyuruh guru-guru lain yang juga merupakan
anak muridnya untuk mengisi jadual kuliahnya sebagai pengganti. Situasi
jelas menggambarkan betapa beliau adalah seorang muaddib dan
mudarris yang tidak suka membuang waktu begitu sahaja sebaliknya
dimanfaatkan untuk untuk kepentingan ummah seluruhnya.

Ketokohan beliau dalam arena ilmu sering mendapat pengiktirafan dalam


masyarakat, ketika sesuatu forum, atau ceramah undangan yang
melibatkan pendakwah dari luar negara, khasnya dari negara-negara
12

Arab, seperti Syiria, Iraq dan Pelestin yang biasanya datang untuk
menjelaskan situasi masyarakat islam disana , kepakaran beliau sebagai
moderator dan penterjemah sering ditagih untuk memudahkan
penyaluran ilmu kepada masyarakat. Kebolehan dan kefasihan beliau
berbahasa Arab telah meletakkan nama beliau antara ulama yang
berkaliber diutara tanah air.
Selain menyibukkan diri dengan aktiviti dakwah dan pengajaran, beliau
juga aktif melibatkan diri dalam masyarakat setempat dan luar negara.
Kesempatan dan peluang yang terhidang didepan mata biasanya tidak
sisia-siakan oleh beliau. Kolej Islam Darul Ulum ,Kedah yang menjadi
tempat beliau mencurahkan bakti pada anak bangsa terdapat sekitar dua
ratus orang pelajar yang dikategorikan sebagai miskin, kebanyakkannya
penuntut yang datang dari negara jiran Malaysia seperti Thailand,
Kemboja dan Myanmar. Mereka datang dengan wang saku yang amat
terhad, sehinggakan pakaian pun tidak mampu bertukar baru.
Menceritakan kedhaifan para penuntut miskin yang kebanyakannya
bergantung harap pada belas ihsan dari orang ramai yang menyumbang
melalui zakat dan derma. Ustaz Ahmad yang pernah melalui dan
menyelami sendiri keperitan semasa belajar dizaman remajanya
mengambil peluang ini dengan menubuhkan tabung infak untuk
disalurkan bantuan kepada para pelajar yang memerlukan, dimana
tabung infak berkenaan akan diletakkan tempat beliau menyampaikan
kuliah yang dibantu oleh pembantu setianya.
Pada kebiasaannya setiap tahun beliau akan pulang ke tanah kelahirannya
pada bulan zulhijjah bagi meraikan Aidil Adha disana. Ketika inilah beliau
akan menguruskan urusan korban untuk dilaksanakan bagi masyarakat
disana yang kebanyakannya masih bertaraf fakir dan miskin. Pada
kebiasaannya peserta korban yang dikutip disekitar kawasan tempat
beliau mengajar mencecah puluhan orang peserta yang terdiri daripada
anak murid beliau sendiri. Menceritakan bagaimana kesusahan
masyarakat tempat tumpah darahnya dahulu yang kebanyakkannya
13

bekerja sebagai petani dan pekebun kecil-kecilan telah membuka rasa


insaf dikalangan murid-muridnya disini yang terdiri daripada pegawai
kerajaan, pesara dan peniaga. Saban tahun diadakan program infak atau
sedekah khas untuk para pelajar pesantren dikawasan Sukarteja yang
sedang mempelajari ilmu-ilmu agama islam. Pernah beliau membawa
beberapa orang muridnya dari negeri Kedah ini untuk melihat sendiri
perkembangan dakwah dan aktiviti pendidikan disana.
Apabila beliau menyatakan hasrat untuk pulang ke kampung halaman
tempat beliau menimba ilmu dan menjana pengalaman dahulu,
masyarakat disana akan menyambut dan mengatur pelbagai program
yang padat semata-mata untuk mendapatkan mutiara-mutiara ilmu dari
guru ulung ini. Kepulangannya yang bertujuan menziarahi sanak saudara
sering bercampur menjadi kunjungan dakwah dan tarbiah. Kesemua
program semasa beliau pulang dikampung akan diatur oleh sahabat
baiknya ketika mereka sama-sama belajar di Madrasah Al Muallimin, suatu
ketika dahulu atas permintaan penduduk desa Sukarteja sendiri.
Perjalanan hidup sang daei ummat ini dilihat sering bergelumang dengan
ilmu dan dakwah, pemergian beliau ke mana-mana destinasi yang sering
ditemani oleh pembantunya yang juga muridnya membantu dan
berkhidmat kepadanya secara sukarela, tanpa diajak atau disuruh.
KAREKTER DAN SIFAT PERIBADI
Sebagai muaddib dan murobbi ummah, karekter beliau sering menjadi
tontonan dan teladan. Bersikap tegas terhadap hukum hakam, memberi
gambaran jelas kepada masyarakat betapa beliau adalah salah seorang
daei yang telus dan ikhlas dalam ilmunya. Ketegasan beliau
membuktikan prinsip beliau begitu jelas terhadap agama yang dijunjung
olehnya selama ini. Meskipun begitu tegas pendirian beliau terhadap
agama, kuntuman senyuman manis sering menghiasi wajahnya ketika
disapa meskipun ketika itu beliau sedang menghadapi musibah tertentu

14

seperti sakit, penat bekerja dan sebagainya memberi gambaran


sebaliknya yang mentafsir sifat peribadi yang luhur padanya.
Beliau juga terkenal sebagai guru yang mudah menerima pelawaan orang
ramai sebagai memenuhi tuntutan atau hajat, seperti majlis tahlil,
walimatul urus dan sebagainya selagi majlis tersebut didapati tidak
mencemarkan nilai-nilai islam sejati. Sebaliknya jika beliau mendapati
majlis yang akan dihadirinya itu bercampur sesuatu yang haram, beliau
dengan tegas akan menolaknya, hatta berpatah balik jika kedapatan
majlis di depan matanya itu bercampur dengan perkara-perkara haram
umpamanya bercampur tempat duduk antara lelaki dengan wanita dalam
satu majlis, terdapat nyanyian atau karaoke pada majlis waliamatul urus
dan sebagainya.
Istiqamah dalam amalan, disamping dilihat sangat cermat dan
bersungguh-sungguh dalam setiap amalan yang dilakukan membuatkan
orang ramai terutama para muridnya segan dan malu dengannya.
Amalan berpuasa sunat Isnin-Khamis contohnya, sering dipraktikan oleh
beliau. Buktinya beliau sering kelihatan berbuka puasa dalam
kenderaannya yang di letakkan di perkarangan masjid ketika masuknya
waktu berbuka. Selain itu kesungguhan praktik amalan sunat juga jelas
terlihat pada waktu hari-hari kebesaran islam, dimana beliau selalu
diminta oleh imam-imam masjid dan surau mengepalai zikir, tahlil dan
solat sunat tertentu. Kesanggupan dan kesediaan untuk berada dalam
sesuatu majlis ilmu atau zikir dalam tempoh yang agak lama telah
mempengaruhi dan memotivasikan murid-muridnya untuk turut berada
dalam majlis tersebut sehinggalah berakhirnya sesuatu majlis.
Menepati janji adalah antara sifat mulia yang boleh dicontohi oleh
kebanyakan orang, sifat berpegang teguh pada janji yang dibuat
membuatkan orang ramai menjadi segan dan malu dengan beliau, lebihlebih lagi jika sesuatu janji yang dibuat tidak mampu ditepati. Tidak
mudah marah atau melenting jika janji dimungkiri membuatkan karekter
15

murabbi ini sering dibayangi oleh seseorang jika mereka sudah mematri
janji.
Selain itu sifat zuhud yang menjadi pakaian hariannya jelas terpamer
pada perwatakan dan penampilan beliau setiap kali muncul dikhalayak
ramai. Beliau dilihat tidak kekok untuk berada di celah-celah pelbagai
lapisan masyarakat, bergaul mesra dengan mereka disamping bertukartukar pengalaman yang penuh dengan ibrah dan pengajaran untuk
ummah.
Kepetahan berbicara terserlah terutama ketika menyampaikan ceramah
atau kuliah, susunan ayat yang menarik disamping mengemukakan
contoh-contoh yang memudahkan orang ramai memahami isi kandungan
pengajarannya terbukti berjaya memikat audien dihadapan beliau. Ilham
yang mencurah-curah setiap kali berkhutbah atau berceramah disaluti
ilmu dan hikmah membuatkan hadirin merasa seolah-olah tidak puas
menimba ilmu setiap kali menghadiri kuliahnya. Dengan pelbagai teknik
pengajaran dipraktikan semasa menyampaikan kuliah seperti penggunaan
intonasi suara mengikut kesesuaian topik, tunjuk cara perlaksanaan
sesuatu ibadat yang betul, disamping sekali-sekali diselangi gurauan yang
padat berisi pengajaran untuk para muridnya.
IBRAH DARI RENTETAN PERJALANAN HIDUP TOKOH
Setelah menelusuri kisah hidup tokoh yang dikaji ini, bermula dari awal
kehidupan beliau di desa Sukarteja yang digambarkan oleh beliau sendiri
sebagai suatu daerah yang melimpah rahmat Ilahi dengan perkembangan
ilmu yang begitu pesat telah mencorakkan persekitaran kawasan tersebut
dengan warna-warna ilmu dan hikmah yang penuh kegemilangan serta
keunggulan.
Kepayahan hidup semasa kecilnya telah mendidik beliau menjadi seorang
pejuang agama yang kental semangatnya, betapa jerih payah kehidupan
16

telah berjaya mendidik beliau menjadi individu yang tabah dan sabar
dalam melakukan sesuatu ibadat, sanggup menggagahi dirinya yang
penat untuk menyampaikan kuliah. Sikap sebagai mujahid sejati ini perlu
diteladani oleh para daie apatah lagi dalam mengharungi aneka cabaran
yang bersimpang siur dalam dunia dakwah kini
Kepimpinan melalui teladan. Saranan baik beliau kepada murid-muridnya
tidak hanya laungan atau saranan semata-mata, sebaliknya qudwah atau
ikutan yang baik itu lazimnya ditunjukan oleh beliau terlebih dahulu,
kemudian dicontohi oleh orang lain. Pengajaran ini perlu direnungi oleh
semua para muaddib dan muadarris yang berkecimpung dalam arena
dakwah.

Bersikap tegas dalam hal-hal yang melibatkan urusan keagamaan atau


hukum hakam. Sikap seumpama ini perlu kepada para pendakwah
khasnya walaupun terpaksa berdepan dengan pelbagai ancaman dan
melibatkan kepentingan diri atau keluarga. Dunia dakwah kini dilihat lebih
mencabar dan sangat menuntut pendokongnya agar bertegas dalam
perkara yang melibatkan hukum-hakam khasnnya yang bersangkut-paut
urusan akidah.
Istiqomah dalam melakukan amal kebaikan walau dalam perkara-perkara
kecil pada pandangan manusia seperti puasa sunat, zikir harian dan
sebagainya,kerana sebagai daei perkara utama adalah mendahului dan
berkekalan dalam melakukan sesuatu amalan.istiqomah dalam perkara
kebaikan juga penting dalam mempengaruhi karekter seseorang
pendakwah.
Berketrampilan mulia dengan menampakkan raut muka yang manis,
mudah bergaul dengan semua lapisan masyarakat menjadi syarat utama
untuk memudahkan penerimaan orang ramai terhadap dakwah yang
disampaikan oleh seseorang daie, sebaliknya penampilan yang kurang
17

mesra, bengis, mudah melenting akan menjarakkan masyarakat dari ilmu


dan agama.
Unsur-unsur keberkatan terutama hal-hal yang berkaitan dengan ilmu
pengetahuan merupakan sesuatu yang perlu dititik-beratkan oleh
pendidik dan pendakwah. Titisan-titisan ilmu yang dicurahkan oleh
pendidik dan pendakwah yang dipenuhi keberkatan akan meninggalkan
kesan yang mendalam dalam diri sendiri dan kepada murid-muridnya.
Sebaliknya jika tiada unsur keberkatan dalam ilmu, maka natijahnya akan
mengecewakan pendakwah sendiri selain tidak mampu mengubah orang
lain.
Tawakkal dan doa yang tidak putus kepada Allah S.W.T dalam setiap
perkara baik adalah tunjang kejayaan sesuatu urusan. Urusan yang tidak
disertai dengan doa dan tawakkal biasanya akan membawa kepada
kekecewaan dan menjadikan seseorang daei itu mudah putus asa, lemah
semangat dan sebagainya. Doa dan tawakkal merupakan tali yang
mengikat usaha hamba dengan Tuhannya, ketiadaan tali perhubungan ini
dikhuatiri akan menggelincirkan pendakwah dari landasan yang
sebenarnya dan akan mendedahkan pendakwah dengan bahaya sifat
mazmumah seperti ujub, takabbur, riyak sum.ah dan seumpamanya.

PENUTUP
Sesungguhnya dunia dakwah yang sedang diharungi oleh setiap daei dan
pendidik sentiasa bergelora dengan pelbagai mehnah dan tribulasi yang
menuntut kecekalan dan kesabaran yang tinggi dari para pendokongnya.
Tiada janjian hamparan karpet merah untuk mereka didunia ini sebaliknya
halangan dan rintangan yang datang silih berganti. Setiap pendakwah dan
pendidik perlu akur hakikat perjuangan menegakkan agama tercinta ini
memerlukan pengorbanan yang maha dahsyat, kesusahan, kesakitan,
selain cemuhan dan kritikan yang sentiasa berlegar disekitar kehidupan
18

adalah asam garam kehidupan seseorang mujahid. Denai dan lorong


dakwah yang sentiasa berliku inilah yang pernah ditempuh oleh para
Anbiyak dan Mursalin terdahulu, justeru penjejak mereka juga sudah pasti
akan menemui rencah kehidupan yang sama. Justeru, hanya kesabaran
dan keikhlasan sahajalah yang mampu menjadi peneman dalam
perjalanan ini sebelum dapat mengecap nikmat abadi di Syurga Ilahi.

19

Anda mungkin juga menyukai