Anda di halaman 1dari 5

AYAT TOPIK DAN AYAT HURAIAN

APAKAH AYAT TOPIK?

Ayat topik menyatakan isi utama yang ingin disampaikan dalam


sesuatu perenggan.
Ayat topik mempunyai perkara pokok dan satu aspek yang ingin
dinyatakan tentang perkara pokok tersebut.
Biasanya pernyataan sesuatu aspek itu akan dapat memberikan
fokus kepada penulis dan pembaca.
Ayat topik bertindak sebagai satu kawalan dalam penulisan isi (isi
sokongan) dalam sesebuah penulisan.
APAKA H AYAT HURAIAN?

Ayat huraian berfungsi menyokong ayat topik yang disebut isi


sokongan.
Isi sokongan boleh didapati dalam pelbagai bentuk seperti
fakta, pendapat, peristiwa, sebab dan akibat, statistik dan
contoh.
Biasanya
isi
sokongan
dapat
memberikan
bukti,
menghuraikan idea atau menjawab soalan yang dikemukakan
oleh isi utama dalam ayat topik, dan isi tersebut mestilah
berkaitan antara satu sama lain.
Dalam penghasilan isi dan penulisan ayat huraian, isi kawalan
dalam ayat topik menjadi fokus utama.
APAKAH AYAT PENYIMPUL?
Ayat penyimpul terdiri daripada tiga jenis:
ayat yang menyatakan semula ayat topik.
ayat yang menyimpul keseluruhan isi dalam perenggan.
ayat menyimpul yang menghubungkan perenggan.

JENIS-JENIS PENDAHULUAN

1. Contoh Pendahuluan Jenis Pantun


Soalan:
Anda telah dipilih mewakili kelas dalam pertandingan menulis esei sempena Minggu
Keusahawanan yang dianjurkan oleh Persatuan Ekonomi sekolah anda. Tajuk esei yang
ditetapkan ialah Faedah Berjimat Cermat.Tulis esei anda itu selengkapnya.
Tikar pucuk tikar mengkuang,
Alas nikah raja Melayu;
Ikan busuk jangan dibuang,
Buat perencah si daun kayu.
Pantun warisan di atas mengingatkan kita supaya tidak membuang ikan yang sudah
busuk. Sebaliknya, suri rumah yang kreatif seharusnya memanfaatkan ikan busuk itu
untuk dijadikan hidangan yang istimewa. Dengan sentuhan yang bijak, ditambah pula
dengan pelbagai ramuan termasuk ulam-ulaman, ikan busuk itu akan menjadi makanan
yang enak untuk dinikmati. Demikian, maksud secara literal pantun empat kerat di atas.
Secara tersiratnya, pantun tersebut mengingatkan kita agar sentiasa berjimat-cermat
dalam kehidupan amnya, dan perbelanjaan seharian khususnya. Tambahan pula, agama
Islam sendiri melarang umatnya bersikap boros lantaran pemboros ialah sahabat syaitan.
2. Contoh pendahuluan jenis seni kata lagu
Soalan:
Pelbagai langkah telah diambil oleh pihak kerajaan untuk memajukan sektor pertanian di
samping meningkatkan taraf hidup golongan petani. Tulis sebuah rencana tentang

sumbangan sektor pertanian terhadap ekonomi negara untuk dimuatkan dalam akhbar
tempatan.
Burung yang berkicau
Air mengalir tenang
Sejuk mata memandang
Damai mempesonakan
Padi melambai-lambai
Gadis di tepi bendang
Walau panas membahang
Tetap manis tersenyum riang
Lagu Desa Tercinta dendangan Nora yang dikategorikan dalam genre muzik irama
Malaysia ini sangat popular sekitar tahun 2000 yang lalu. Ilustrasi di dalam lagu tersebut
menunjukkan betapa harmoni hubungan antara alam dengan insan. Lebih jauh lagi, lagu
itu berusaha memberikan gambaran tentang keindahan sebuah kampung tradisional di
negara kita. Kampung tersebut masih mengekalkan sektor pertanian, khususnya
penanaman padi sebagai sumber utama pendapatan penduduknya. Walau bagaimanapun,
gambaran seumpama itu hanya indah dan terdapat di beberapa perkampungan di negara
kita, sedangkan desa yang lainnya sudah dicalar oleh projek pembangunan yang
menggila. Di sisi yang lain, sektor pertanian sesungguhnya masih amat diperlukan untuk
terus membangunkan negara. Lantaran itu, apakah langkah-langkah proaktif yang wajar
dilaksanakan bagi memajukan sektor pertanian di negara ini?

3. Contoh Pendahuluan Jenis Cerita


Soalan:
Bencana alam seperti gempa bumi, banjir lumpur dan tsunami telah melanda beberapa
buah negara sejak belakangan ini. Mala petaka ini memerlukan kerjasama sejagat bagi
membantu mangsa-mangsa yang terlibat. Tulis sebuah rencana mengenai peranan
Malaysia dalam meringankan beban yang ditanggung oleh mangsa bencana tersebut.
Mbah Maridjan. Lelaki yang berusia 79 tahun ini amat dikenali namanya di Kanahreja
Dusun Palemsari Kabupatin Sleman, Jawa Tengah. Beliau mengaku sebagai pemegang
kunci Gunung Merapi yang akan memuntahkan lahar merahnya bila-bila masa sahaja.
Beliau yang tinggal tiga kilometer dari kawah lahar yang sedang mendidih itu mengaku
mendapat perintah daripada Almarhum Sultan Hamengku Buwono IX yang melantiknya
sebagai juru kunci gunung itu beberapa waktu yang silam. Pengaruh Mbah Maridjan
sangat kuat dalam kalangan penduduk di desanya sehingga beliau dan pengikutpengikutnya tidak akan berganjak dari kawasan itu walaupun dipaksa. Persoalannya,
apakah yang akan terjadi kepada seluruh penduduk di kawasan itu apabila Gunung
Merapi itu memuntahkan lahar merahnya? Apakah pula peranan negara ini dalam
meringankan beban yang ditanggung oleh mangsa bencana alam seperti itu, di samping
bencana yang lain seumpama tsunami, banjir lumpur dan taufan?
4. Contoh pendahuluan jenis kata-kata pembesar
Soalan:
Amalan membaca harus dipupuk dalam kalangan rakyat negara ini sejak mereka kecil
lagi, seperti kata peribahasa melentur buluh biarlah dari rebungnya. Hal ini bertepatan
dengan hasrat kerajaan yang bertujuan untuk melahirkan masyarakat berilmu yang maju

dan berdaya saing. Bincangkan usaha-usaha untuk memupuk minat membaca dalam
kalangan rakyat negara ini.
Setiap seorang daripada kita mesti memberikan nilai tambah kepada diri masingmasing.
Demikian Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pernah menukil
dalam salah satu ucapan beliau sekitar pertengahan tahun 2005 yang lalu. Ungkapan
keramat itu sesungguhnya membawa maksud bahawa harga seseorang dalam pasaran
pekerjaan akan bertambah andai individu itu berusaha mendapatkan keterampilan yang
lain untuk dirinya. Selain melalui proses pembelajaran secara formal, nilai diri akan dapat
ditambah dengan banyaknya menerusi amalan membaca. Cerdik pandai sering
menganggap membaca sebagai jambatan ilmu. Persepsi ini terjelma lantaran amalan
membacalah yang dapat menghubungkan antara manusia dengan segala ilmu dan
pengetahuan. Oleh hal yang demikian, pelbagai usaha perlu dilaksanakan bagi memupuk
amalan membaca dalam kalangan rakyat negara ini.

5. Contoh Pendahuluan Jenis Statistik


Soalan:
Kadar kemalangan jalan raya di negara dianggap antara yang tertinggi di dunia. Setiap
hari, ada sahaja berita tentang kemalangan jalan raya yang disiarkan menerusi media
massa.
Huraikan pendapat anda tentang usaha-usaha untuk mengurangkan kadar kemalangan
jalan raya di negara ini.
Pada hari pertama Ops Sikap XII 2007 dilaporkan bahawa 921 kemalangana telah berlaku
di negara ini. Jumlah tersebut meliputi 24 kemalangan maut yang membawa kepada 25
kematian. Ketua Polis Negara yang melaporkan data ini menyatakan rasa tidak puas hati
beliau akan situasi tersebut. Hal ini kerana kebanyakan kemalangan berlaku disebabkan
kecuaian pengguna jalan raya yang kurang mementingkan keselamatan. Para pengguna
dianggap tidak menghargai diri sehingga sanggup menggadai nyawa semata-mata kerana
berhasrat untuk tiba di destinasi masing-masing dengan cepat. Oleh hal yang demikian,
usaha-usaha yang lebih mapan wajar dilaksanakan bagi mengurangkan kadar
kemalangan jalan raya di negara ini.

6. Contoh Pendahuluan Jenis Berita Akhbar


Soalan:
Sistem pengangkutan di negara ini telah mengalami perubahan yang amat ketara.
Berbanding dengan dua puluh tahun yang lalu, kini pelbagai jenis sistem pengangkutan
moden telah disediakan bagi kemudahan para pengguna. Berikan pendapat anda tentang
sistem pengangkutan moden di negara ini.
Kerajaan galak mohon permit teksi eksekutif. Demikian tajuk berita yang terpapar di
muka 11 akhbar Mingguan Malaysia bertarikh 17 Jun 2007 yang lalu. Kenyataan tersebut
dikeluarkan oleh Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pembangunan Usahawan
dan Koperasi selepas beliau merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi Berjasa
Negeri Sembilan Berhad kali ke-9 di Seremban. Teksi eksekutif merupakan sistem
pengangkutan awam yang menggunakan teksi yang lebih besar dan selesa, tetapi
tambangnya lebih tinggi berbanding dengan teksi bajet. Penggunaan teksi eksekutif

dicadangkan apabila usia kenderaan sedia ada mencapai tempoh tujuh tahun. Selain teksi
eksekutif, terdapat beberapa jenis sistem pengangkutan moden di negara ini, termasuklah
monorel, keretapi LRT dan lain-lain lagi.

Anda mungkin juga menyukai