Anda di halaman 1dari 2

Cikgu Vicky

Sajak Roti: Ahmad Syahrul Wahid


Bagi pemilik iman di dada
Dari cerobong dapur sendawa itu tidak sempurna
asap berjelaga berkepul masih ada beban di bahu mereka
terkecur liur warga miskin belum terbela
harum berbau juadah tersohor. masih merintih lapar dahaga.

Perut yang lapar Bila begitu selamanya


selera kian meggelepar kalimah syukur pun jelas tertera
menanti roti dibakar di hati sanubari warga dunia
rangup dan segar melangit damai dirasa
terhidang seumpama permaidani terhampar. percikan iman segar berwarna.

Kalau roti di depan mata


nafsu makan pun bergelora
berkeping-keping menggegar selera
perut pun kenyang terasa (Dipetik daripada Sajak Roti Antologi Baik
tenang bersendawa. Budi Indah Bahasa,Tingkatan 2,
Dewan Bahasa dan Pustaka)

1. Maksud sajak
Rangkap Maksud Sajak
1 Roti yang dibuat di dapur membangkitkan selera. Selera tersebut bangkit kerana baunya yang
harum.
2 Perut bertambah lapar kerana menunggu roti siap dibakar.
3 Perut akan menjadi kenyang apabila memakan roti yang telah siap dibakar.
4 Orang yang kaya masih tidak sempurna iman mereka jika tidak memikul tanggungjawab
untuk membantu orang yang memerlukan.
5 Jika seseorang itu beriman maka dia harus bersyukur dengan nikmat dan kemewahan yang
diperoleh.

2. Tema
Kehidupan masyarakat kaya yang tidak lupa membantu masyarakat miskin.
3. Persoalan
Persoalan bau roti yang harum apabila dibakar membangkitkan selera.
Persoalan manusia tidak dapat menahan nafsu makan ketika lapar.
Persoalan manusia akan makan makanan yang sedap sehingga kenyang dan sendawa.
Persoalan orang yang beriman tidak akan melupakan orang miskin ketika mereka berasa kenyang.
Persoalan bersyukur ketika mendapat sesuatu kebaikan.
4. Bentuk
Sajak ini terdiri daripada lima rangkap.
Bilangan baris pada setiap rangkap tidak sama.
Rangkap 1: 4 baris
Rangkap 2: 5 baris
Rangkap 3: 5 baris
Rangkap 4: 5 baris
Rangkap 5: 5 baris
Jumlah suku kata dalam sajak ini antara 2 hingga 6 patah kata.
Sajak ini berbentuk bebas.
5. Unsur Bunyi
Asonansi.
Contohnya selera kian meggelepar (vokal = a)
Cikgu Vicky
Aliterasi
Contohnya: Bila begitu selamanya (konsonan = b)
6. Gaya Bahasa
Hiperbola
Contoh: nafsu makan pun bergelora
Inversi
Contoh: harum berbau juadah tersohor.
Metafora
Contoh: percikan iman.
Simile
Contoh: terhidang seumpama permaidani terhampar.

7. Nilai dan Pengajaran

Nilai Pengajaran
Nilai kesabaran Kita hendaklah bersabar ketika menunggu untuk mendapatkan sesuatu.
Nilai kesyukuran Kita mestilah bersyukur dengan nikmat kurniaan tuhan.
Nilai keimanan Kita haruslah melatih diri agar menjadi orang yang beriman.

Anda mungkin juga menyukai