Anda di halaman 1dari 4

Puisi Moden : Sajak Dalam Persekitaran Kata-Kata

"Dia mencipta manusia. Rangkap 1: Tuhan yang menciptakan


Mengajarnya pandai berbicara." manusia. Dialah yang membolehkan manusia
bertutur dan menerima kenyataan.
(Al-Quran, 55:3-4 )
Engkau beri kami kata-kata Rangkap 2: Tuhan telah mengurniakan
dan akal untuk mengucapkannya. manusia kebijaksanaan untuk berbicara
tentang apa-apa yang tergores dalam jiwanya
Kami pindahkan makna, dan apa-apa yang terfikir dalam mindanya.
dari tempat ke tempat, Manusia telah bertutur dalam pelbagai bahasa
mengikut tempat dan zaman yang berbeza.
dari zaman ke zaman
Engkau beri kami kata-kata Rangkap 3: Tuhan menciptakan manusia
dan akal untuk mengucapkannya. pelbagai bangsa dan rupa fizikal. Manusia
mengembara dan menghuni serata alam untuk
Kami pindahkan makna, mencari rezeki.
dari tempat ke tempat,
dari zaman ke zaman
Kata-kata yang berselerakan Rangkap 4 : Unsur-unsur alam menjadi
langit, bumi, laut, gunung, dalil(bukti) bagi mengesakan(percaya tuhan
itu satu) Allah berpandukan Al-Quran dan
awan, hujan dan pohon, hadis serta kitab-kitab terdahulu. Daripadanya
adalah persekitaran. juga kita memperbaiki persepsi kehidupan.

Seperti kami memetik buah-buahan


kami sunting istilah iman,
daripada kitab-kitab silam,
mentakrif tanda alam,
dan menjernihkan tafsiran.

Kata-kata mengembangkan pengalaman, Rangkap 5: Percakapan atau ungkapan yang


terbentang di semesta alam, dituturkan dapat menambah pengetuahuan
dan membuatkan manusia menghargai
memaknakan kewujudan. kewujudan diri.
(Dipetik daripada antologi Baik Budi, Indah
Bahasa, Tingkatan 2, Arah Pendidikan Sdn.
Bhd.)
1.0 Tema sajak:
Kepentingan berbahasa dan hubungan manusia dengan tuhan.
Contoh: Kebolehan berbahasa kurniaan Tuhan telah membolehkan
tamadun manusia berkembang dan generasi ke generasi dan dari satu
tempat ke satu tempat.

2.0 Persoalan:
1. Persoalan sikap bersyukur ke atas anugerah yang dikurniakan oleh
Allah.
Contoh: Penyajak menyedari bahawa Tuhan telah mengurniakan kepada
manusia kebijaksanaan untuk berbicara.

2. Persoalan kepentingan bahasa kepada manusia.


Contoh: Manusia telah menggunakan kebijaksanaan akal untuk
mengembangkan bahasa sehingga bahasa berbeza mengikut tempat dan
zaman.

3. Persoalan sifat kesempurnaan manusia yang dianugerahkan Allah


Contoh: Manusia pelbagai bangsa dan rupa telah diciptakan oleh Allah
lalu bertebaran mereka ke seluruh alam.

4. Persoalan kekuasaan Allah menciptakan alam semesta


Contoh: Manusia mengakui keimanan kepada Allah dengan melihat
kepada alam semesta.

5. Persoalan peranan bahasa dalam sistem perhubungan.


Contoh: Bahasa dapat menambah pengalaman seseorang dan memahami
hubungan sesama manusia dan hubungan dengan pencipta
3.0 Bentuk:
1. Sajak ini terdiri daripada empat rangkap.
2. Bilangan baris pada setiap rangkap tidak sama.
Contohnya,:
• rangkap 1: lima baris;
• rangkap 2: lima baris;
• rangkap 3: sembilan baris;
• rangkap 4: tiga baris.
3. Panjang pendek barisnya tidak sama, iaitu antara dua hingga
empat patah kata.
Contohnya, adalah persekitaran (2 patah kata) dan akal
untuk mengucapkannya (4 patah kata)
4. Jumlah suku kata dalam sajak ini antara tujuh hingga tiga
belas suku kata.
Contohnya, Kami pindahkan makna (7 suku kata) Seperti kami
memetik buah-buahan (13 suku kata)
5. Sajak ini berbentuk bebas.
6. Nada keagamaan.

4. 0 Unsur bunyi:
1. Asonansi.
Contohnya, • Kami pindahkan makna (perulangan vokal a);
2. Aliterasi.
Contohnya, • Engkau beri kami kata-kata (perulangan konsonan
k);
5.0 Gaya Bahasa
Gaya Bahasa Contoh
1. Hiperbola terbentang di semesta
alam.
2. Penggunaan unsur samudera; pulau-pulau;
alam. pantai-pantai;
3. Anafora dari tempat ke tempat,
(perulangan kata dari zaman ke zaman.
pada awal baris).
4. Repetisi. perkataan kata-kata

6.0 Nilai dan Pengajaran


Nilai Pengajaran
1. Nilai kesungguhan Kita hendaklah
bersungguh-sungguh untuk
mempelajari bahasa.
2. Nilai keberanian Kita hendaklah berani pergi
ke tempat yang jauh untuk
mencari ilmu dan rezeki.
3. Nilai rajin kita mestilah rajin
membaca dan mengkaji
kitab-kitab lama untuk
memperoleh ilmu.

Anda mungkin juga menyukai