Anda di halaman 1dari 4

PUISI MODEN : 

 Sajak Dalam Persekitaran Kata-Kata

Rangkap 1: Tuhan yang menciptakan manusia. Dialah yang membolehkan


manusia bertutur dan menerima kenyataan.

Rangkap 2: Tuhan telah mengurniakan manusia kebijaksanaan  untuk


berbicara tentang apa-apa yang tergores dalam jiwanya dan apa-apa yang
terfikir dalam mindanya. Manusia telah bertutur dalam pelbagai bahasa
mengikut tempat dan zaman yang berbeza.

Rangkap 3: Tuhan menciptakan manusia pelbagai bangsa dan rupa fizikal.


Manusia mengembara dan menghuni serata alam untuk mencari rezeki.

Rangkap 4 : Unsur-unsur alam menjadi dalil(bukti) bagi


mengesakan(percaya tuhan itu satu) Allah berpandukan Al-Quran dan hadis
serta kitab-kitab terdahulu. Daripadanya juga kita memperbaiki persepsi
kehidupan.

Rangkap 5: Percakapan atau ungkapan yang dituturkan dapat menambah


pengetuahuan dan membuatkan manusia menghargai kewujudan diri.

1.0 Tema sajak:


Kepentingan berbahasa dan hubungan manusia dengan tuhan.
Contoh: Kebolehan berbahasa kurniaan Tuhan telah membolehkan
tamadun manusia berkembang dan generasi ke generasi dan  dari satu
tempat ke satu tempat.

2.0 Persoalan:
1.    Persoalan tentang sikap bersyukur  ke atas anugerah yang dikurniakan
oleh Allah.
Contoh: Penyajak menyedari bahawa Tuhan telah mengurniakan kepada
manusia kebijaksanaan untuk berbicara.

2.    Persoalan tentang kepentingan bahasa kepada  manusia.


Contoh: Manusia telah menggunakan kebijaksanaan akal untuk
mengembangkan bahasa sehingga bahasa berbeza mengikut tempat dan
zaman.

3.    Persoalan tentang sifat kesempurnaan manusia yang dianugerahkan


Allah
Contoh: Manusia pelbagai bangsa dan rupa telah diciptakan oleh Allah
lalu bertebaran mereka ke seluruh alam.

4.    Persoalan tentang kekuasaan Allah menciptakan alam semesta


Contoh: Manusia mengakui keimanan kepada Allah dengan melihat
kepada alam semesta.

5.    Persoalan tentang peranan bahasa dalam sistem perhubungan.


Contoh: Bahasa dapat menambah pengalaman seseorang dan memahami
hubungan sesama manusia dan hubungan dengan pencipta

3.0 Bentuk/ Ciri-ciri

1.    Sajak ini terdiri daripada lima rangkap.


2.     Bilangan baris pada setiap rangkap tidak sama.
Contohnya,:
• rangkap 1: tiga baris;
• rangkap 2: lima baris;
• rangkap 3: lima baris;
• rangkap 4: Sembilan baris.
 Rangkap 5 :tiga baris

3.    Panjang pendek barisnya tidak sama, iaitu antara dua hingga empat
patah kata.
Contohnya, adalah persekitaran (2 patah kata) dan akal untuk
mengucapkannya (4 patah kata)
4.    Jumlah suku kata dalam sajak ini antara tujuh hingga tiga belas suku
kata.
Contohnya, Kami pindahkan makna (7 suku kata) Seperti kami memetik
buah-buahan (13 suku kata)
5.     Sajak ini berbentuk bebas.
6.    Nada keagamaan.

4. 0 Unsur bunyi:
1.    Asonansi.
Contohnya, • Kami pindahkan makna (perulangan vokal a);
2.    Aliterasi.
Contohnya, • Engkau beri kami kata-kata (perulangan konsonan k);

5.0 Gaya Bahasa


Gaya Bahasa Contoh
1.      Hiperbola terbentang di semesta alam.
2.      Penggunaan unsur alam. samudera; pulau-pulau; pantai-
pantai;
3.      Anafora (perulangan dari tempat ke tempat,
kata pada awal baris).    dari zaman ke zaman.
4.      Repetisi. perkataan kata-kata
6.0                       Nilai dan Pengajaran
Nilai Pengajaran
1.      Nilai kesungguhan Kita hendaklah bersungguh-
sungguh untuk mempelajari
bahasa.
2.      Nilai keberanian Kita hendaklah berani pergi ke
tempat yang jauh untuk mencari
ilmu dan rezeki.
3.      Nilai rajin kita mestilah rajin membaca dan
mengkaji kitab-kitab lama untuk
memperoleh ilmu.

Anda mungkin juga menyukai