Anda di halaman 1dari 2

Sajak Dalam Persekitaran Kata-kata

( Baha Zain)
Rangkap 1
Tuhan yang menciptakan manusia. Dialah yang membolehkan manusia bertutur dan menerima
kenyataan.
Rangkap 2
Tuhan telah mengurniakan manusia kebijaksanaan

untuk berbicara tentang apa-apa yang

tergores dalam jiwanya dan apa-apa yang terfikir dalam mindanya. Manusia telah bertutur
dalam pelbagai bahasa mengikut tempat dan zaman yang berbeza.
Rangkap 3
Tuhan menciptakan manusia pelbagai bangsa dan rupa fizikal. Manusia mengembara dan
menghuni serata alam untuk mencari rezeki.
Rangkap 4
Unsur-unsur alam menjadi dalil bagi mengesakan Allah berpandukan Al-Quran dan hadis serta
kitab-kitab terdahulu. Daripadanya juga kita memperbaiki persepsi kehidupan.
Rangkap 5
Percakapan atau ungkapan yang dituturkan dapat menambah pengetuahuan dan membuatkan
manusia menghargai kewujudan diri.
Tema sajak:
Kepentingan berbahasa dan hubungan manusia dengan tuhan.
Contoh: Kebolehan berbahasa kurniaan Tuhan telah membolehkan tamadun manusia
berkembang dan generasi ke generasi dan dari satu tempat ke satu tempat.

Persoalan:
1. Persoalan sikap bersyukur ke atas anugerah yang dikurniakan oleh Allah.
Contoh: Penyajak menyedari bahawa Tuhan telah mengurniakan kepada
manusia kebijaksanaan untuk berbicara.
2. Persoalan kepentingan bahasa kepada manusia.
Contoh:
Manusia
telah
menggunakan
kebijaksanaan
akal
untuk
mengembangkan bahasa sehingga bahasa berbeza mengikut tempat dan
zaman.
3. Persoalan sifat kesempurnaan manusia yang dianugerahkan Allah
Contoh: Manusia pelbagai bangsa dan rupa telah diciptakan oleh Allah lalu
bertebaran mereka ke serata alam.
4. Persoalan kekuasaan Allah menciptakan alam semesta
Contoh: Manusia mengakui keimanan kepada Allah dengan melihat kepada alam
semesta.
5. Persoalan peranan bahasa dalam sistem perhubungan.
Contoh: Bahasa dapat menambah pengalaman seseorang dan memahami
hubungan sesama manusia dan hubungan dengan pencipta

Anda mungkin juga menyukai