Anda di halaman 1dari 2

Rangkap Maksud

Rangkap 1 “Dia mencipta manusia. Mengajarnya pandai Tuhan Yang menciptakan


berbicara.” manusia. Dialah yang
membolehkan manusia
bertutur dan menerima
kenyataan.
Rangkap 2 Engkau beri kami kata-kata dan akal untuk Tuhan telah mengurniakan
mengucapkannya. Kami pindahkan makna, manusia kebijaksanaan untuk
dari tempat ke tempat, dari zaman ke zaman. berbicara tentang apa-apa
yang tergores dalam jiwanya
dan apa-apa yang terfikir
dalam mindanya. Manusia
telah bertutur dalam pelbagai
Bahasa mengikut tempat dan
zaman berbeza
Rangkap 3 Engkau jadikan kami bangsa berkulit sawo Tuhan menciptakan manusia
matang. Belayar di samudera jauh menjelaja pelbagai bangsa dan rupa
pulau-pulau, dan berlabuh di pantai-pantai fizikal. Manusia mengembara
semenanjung. dan menghuni serata alam
untuk mencari rezeki
Rangkap 4 Kata-kata yang berselerakan langit, bumi, Unsur-unsur alam menjadi
laut ,gunung, awan, hujan dan pohon, adalah dalil bagi mengesakan Allah
persekitaran. Seperti kami memetic buah- berpandukan Al-Quran dan
buahan kami sunting istilah iman, daripada hadis serta kitab-kitab
kitab-kitab silam, mentakrif tanda alam, dan terdahulu. Daripadanya juga
menjernihkan tafsiran. kita memperbaiki persepsi
kehidupan.
Rangkap 5 Kata-kata mengembangkan pengalaman, Percakapan atau ungkapan
terbentang di semesta alam, memaknakan yang dituturkan dapat
kewujudan. menambah pengetahuan dan
membuatkan manusia
menghargai kewujudan diri.

Tema Sajak: Kepentingan berbahasa dan hubungan manusia


dengan tuhan
Persoalan:
1) Persoalan sikap bersyukur ke atas anugerah yang dikurniakan
oleh Allah
Contohnya: Penyajak menyedari bahawa Tuhan telah
mengurniakan kepada manusia kebijaksanaan untuk berbicara.
2) Persoalan kepentingan Bahasa kepada manusia
Contohnya: Manusia telah menggunakan kebijaksanaan akal
untuk mengembangkan bahasa

Anda mungkin juga menyukai