Anda di halaman 1dari 8

DALAM PERSEKITARAN KATA-KATA

Oleh : Baha Zain

Antologi Baik Budi, Indah Bahasa


Standard Kandungan

4.1 Memahami dan mengapresiasi karya sastera dengan


memberikan respons peribadi.

Standard Pembelajaran
4.1.2 Memahami dan menghayati karya puisi dengan
memberikan penekanan kepada aspek maksud, tema,
persoalan, nilai dan pengajaran dengan betul.
MAKSUD
Rangkap 1 :
Segalanya sudah tersurat dalam al-Quran bahawa Allah telah menciptakan manusia,
kemudian membimbing serta mendidik manusia supaya mahir berkata-kata.

Rangkap 2 :
Penyajak menyatakan bahawa Allah mengurniakan kebolehan bertutur kata dan akal
pemikiran kepada manusia untuk menyampaikan makna melalui setiap susunan kata
mengikut kesesuaian tempat dan masa.

Rangkap 3 :
Penyajak juga menyatakan bahawa Allah menjadikan bangsanya manusia yang berkulit
sawo matang dan berani mengembara jauh ke serata tempat dari pulau ke pulau sehingga
berjaya di semenanjung Tanah Melayu.
Rangkap 4 :
Terdapat pelbagai jenis kata atau istilah tentang alam sekeliling. Dalam kita
mengerti dan memahami sesuatu perkara, kita perlu mentafsirkannya dengan
kekuatan iman, mempertimbangkan melalui pengalaman serta mendefinisikan
dan memikirkan kebesaran Allah dalam menciptakan alam.

Rangkap 5 :
Kata-kata dapat meningkatkan ilmu pengetahuan seseorang. Manusia menimba
ilmu secara luas melalui kata-kata agar hidup menjadi lebih bermakna.
TEMA

• Kesyukuran atas nikmat berbahasa yang dianugerahkan oleh


Tuhan kepada manusia
PERSOALAN
• Bahasa merupakan alat pertuturan yang dianugerahkan oleh Allah
kepada umat-Nya.
• Bahasa membolehkan manusia memahami makna kehidupan.

• Bahasa pertuturan menggambarkan akal pemikiran dan kebijaksanaan


seseorang.
• Bahasa merupakan alat berfikir dan luahan yang terbaik.

• Kesantunan bahasa perlu dipelihara mengikut kesesuaian masa dan


tempat.
NILAI DAN PENGAJARAN
NILAI PENGAJARAN

Kegigihan Kita hendaklah gigih belajar supaya memperoleh ilmu


pengetahuan yang luas.

Kebijaksanaan Kita perlulah bijak menuturkan kata-kata supaya sesuai


dengan keadaan masa dan tempat.

Keberanian Kita hendaklah berani berhadapan dengan dugaan hidup.


PERTANDINGAN DEKLAMASI SAJAK
SECARA MAYA TAHUN 2020
SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN :
• Terbuka kepada semua murid Tingkatan 2 SMKPP9(2)
• Bahan puisi hendaklah daripada Antologi Baik Budi, Indah Bahasa
• Penyertaan adalah secara individu
• Kreatif dalam penghasilan video merupakan bonus pemarkahan
• Rakaman video hendaklah dihantar melalui aplikasi Telegram kepada guru
Bahasa Melayu masing-masing selewat-lewatnya hari Isnin 22 Mac 2021 jam
11.59 malam.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi :


Cikgu Azimah (0193731808)

Anda mungkin juga menyukai