Anda di halaman 1dari 3

SAJAK

KITA UMPAMA SEHELAI DAUN

Maksud
ita umpama sehelai daun
Rangkap 1: Kehidupan manusia di muka bumi ini
bertunas segar di hujung ranting
ibarat sehelai daun. Manusia dilahirkan, membesar
lalu melebar dan merimbun
dan menjadi dewasa. Manusia harus mampu
tempat bercanda unggas meriang
menyumbangkan jasa untuk menerangi kehidupan
di bawah redup bebayang mentari
insan lain agar keluar dari belenggu penderitaan.

andai kikir jasa dan bakti Rangkap 2: Sekiranya manusia gagal untuk menjadi
di mana lagi tempat bernaung manusia yang berbuat jasa, tiada ruang dan peluang
dari tusukan bahang memijar untuk sesiapa yang hidup dalam kepayahan untuk
unggas kecil tidak berkudrat bergantung harap.

kita umpama sehelai daun Rangkap 3: Kehidupan manusia ibarat sehelai daun
bakal kering sampai waktuya yang bakal menjadi tua lalu mati. Oleh itu, kita tidak
usahlah angkuh keupayaan diri seharusnya bersikap sombong dengan kelebihan
sehingga lupa makhluk duafa yang kita miliki sehingga melupakan kesusahan
ingin bernaung mencari hidup
hidup orang lain yang bergantung harap kepada kita.

jadilah sehelai daun Rangkap 4: Jadikanlah hidup kita seperti sehelai


hijau menunas menyegar mata daun yang menyumbangkan jasa semasa hidup
kering gugur menjadi baja malahan setelah mati, jasa dan bakti kita masih
dapat dimanfaatkan oleh orang lain.
Tema
 Tema sajak Kita Umpama Sehelai Daun, karya SMahadzir ialah manusia berbuat jasa dalam kehidupan.
Huraian: Berjasa kepada diri sendiri di samping mengenang budi dan berjasa juga kepada masyarakat,
bangsa dan negara.

Persoalan
 Persoalan berbuat jasa kepada orang lain.
Huraian: Penyajak menyarankan pembaca agar hidup berjasa kepada orang lain seperti daun yang
mampu menjadi teduhan unggas daripada panas matahari.

 Persoalan sikap rendah hati.


Huraian: Penyajak menyarankan pembaca agar mengamalkan sikap rendah hati iaitu tidak sombong
akan kebolehan diri.

 Persoalan keprihatinan terhadap orang lain.


Huraian: Penyajak menyarankan pembaca supaya prihatin akan kesusahan hidup orang lain.

Bentuk
 Terdiri daripada empat rangkap
 Bilangan baris setiap rangkap tidak sama
o Rangkap 1: lima baris
o Rangkap 2: empat baris
o Rangkap 3: lima baris
o Rangkap 4: tiga baris
 Rima akhir setiap rangkap tidak sama
o Rangkap 1: ababc
o Rangkap 2: abcd
o Rangkap 3: abcbd
o Rangkap 4: abb

Unsur Bunyi
 Asonansi: Pengulangan vokal a (kita umpama sehelai daun)
: Pengulanagan vokal u (sehingga lupa makhluk duafa)
 Aliterasi: Pengulangan konsonan b (di bawah redup berbayang mentari)
: Pengulangan konsonan n (ingin bernaung mencari hidup)
Gaya Bahasa
 Imej alam
 daun
 mentari
 ranting
 unggas
 Hiperbola
 dari tusukan bahang memijar (baris 3, rangkap 2)
 Personifikasi
 tempat bercanda unggas meriang (baris 4, rangkap 1)
 Simile
 kita umpama sehelai daun (baris 1, rangkap 1/3)
 Repetisi
 kita umpama sehelai daun ( diulang pada baris pertama R1 dan R3)

Nilai
 Nilai baik hati
 Sentiasa berbuat baik dengan membantu orang lain yang ingin sama-sama hidup bahagia.
 Nilai simpati
 Amalan bersimpati akan makhluk lain yang kurang bernasib baik.
 Nilai keinsafan
 Insaf akan diri yang serba kekurangan kerana akhirnya kita akan meninggal dunia.
 Nilai kesyukuran
 Bersyukur atas apa-apa yang kita miliki.

Pengajaran
 Kita haruslah bersikap baik hati dan sentiasa menolong orang yang tidak berdaya dan yang
memerlukan bantuan.
 Kita harus bersimpati terhadap orang lain dan tidak bersikap mementingkan diri sendiri.
 Kita harus bersyukur akan nikmat yang kita peroleh di dunia.

Anda mungkin juga menyukai