Anda di halaman 1dari 4

Latihan Kata Bantu

1. Pak Cik yang buta huruf itu tidak ( ) belajar di sekolah.


A. akan B. pernah C. harus D. dapat

2. Walaupun keletihan, emak ( ) memasak untuk kami sekeluarga.


A. belum B. masih C.sedang D. pernah

3. Amelia ( ) menamatkan pelajarannya pada bulan Disember nanti,


A. patut B. belum C. akan D. sedang

4. Setiap rakyat ( ) mencintai negara dan mematuhi undang-undang negara.


A. dapat B. harus C. boleh D.akan

5. Aziz ( ) melayari internet ketika bekalan elektrik terputus.


A. pernah B. boleh C. sedang D. masih

6. Sesiapa yang ( ) menjawab semua soalan yang dikemukakan akan diumumkan sebagai
pemenang.
A. boleh B. mahu C. dapat D. masih

7. Sesiapa yang ingin meneyertai peraduan memancing itu ( )lah berdaftar sekarang.
A. boleh B.mahu C. pernah D. belum

8. Abang ( ) pergi berkhemah bersama kawan-kawannya tetapi dilarang oleh ayah.


A. dapat B.sedang C. harus D. mahu

9. Semua penduduk di Kampung Aman yang dilanda banjir ( ) berpindah ke tempat yang
selamat.
A. dapat B.telah C. pernah D. masih

10. Shaiful ( ) bekerja sebagai pelayan restoran itu sebelum ini.


A. sedang B. akan C. pernah D.belum

11. Nenek ( ) berbual-bual dengan jiran di luar rumah.


A. akan B. belum C. pernah D.sedang

12. Jika ( ) mencapai cita-cita, belajarlah dengan rajin.


A. mahu B. pernah C. akan D. boleh

13. Buah manga di atas meja itu ( ) masak.


A. akan B. sudah C. pernah D. masih

14. Kucing yang malang itu ( ) mati dilanggar oleh kereta.


A. belum B. akan C. telah D.mesti

15. Kita ( ) tahu mengenang budi ibu bapa kita.


A. sedang B. pernah C.mesti D. mahu

16. Penyakit datuk Hamzah ( ) beransur pulih setelah menerima rawatan rapi di hospital.
A. sudah B. akan C. masih D.dapat
Kata Bilangan

1. Azman merupakan anak ( ) dalam keluarganya.


a. lima b. kelima-lima c. kelima d. kelima-limaan

2. ( ) tetamu mengalu-alukan ketibaan Menteri Besar Johor.


a. setengah b. sesetengah c. para d. beberapa

3. ( ) jenis ubat dijual di kedai Farmasi Rakyat.


a. berbagai b. pelbagai c. beberapa d. bagai

4. Budak yang kelaparan itu telah menghabiskan ( ) daripada kek yang besar itu.
a. ketiga-tiga b. ketiga c. semua d. tiga

5. ( ) Kampung Ros gempar dengan kejadian yang mendadak itu.


a. semua b. seluruh c. setiap d. setengah

6. Penjaja aiskrim itu dapat melariskan ( ) aiskrimnya kalau cuaca pada hari itu panas.
a. sebahagian b. seluruh c. semua d. setiap

7. ( ) murid itu didenda oleh guru kerana ponteng sekolah.


a. ketiga b. ketiga-tiga c. bertiga-tiga d. para

8. Penduduk kampong menjalankan kerja gotong-royong pada ( ) bulan.


a. tiap b. sesetengah c. setiap d. dua

9. ( ) guru diarahkan oleh guru besar untuk menghadiri kursus ilmu.


a. setengah b. sesetengah c. berdua d. sesetengah

10. Wanita itu melahirkan ( ) orang anak yang comel.


a. ketiga b. setengah c. dua d. bertiga

11. ( ) pengguna jalan raya diseur agar jangan memandu melebihi had laju yang ditetapkan.
a. beberapa b. sesetengah c. para d. para-para

12. Selepas perhimpunan sekolah, semua pelajar pulang ke kelas ( ).


a. masing b. segala c. setiap d. masing-masing

13. Ah Kok mendapat tempat ( ) dalam pertandingan berlari.


a. dua b. kedua c. kedua-dua d. berdua

14. Jangka waktu peperikasaan itu adalah sebanyak satu jam ( )


a. sesetengah b. setengah c. tengah d. setengah-setengah

15. Sudah ( ) tahun Ali tidak pulang ke kampungnya.


a. berpuluh b. puluh c. sesetengah d. berpuluh-puluh

16. ( ) pengawas diingatkan sepaya menjalankan tugas dengan amanah.


a. para b. segala c. sesetengah d. seluruh
Imbuhan

1. ( ) itu sedang memberi ceramah bertajuk “Inflasi”


a. syarahan b. pensyarah c. bersyarahan d. mensyarah

2. ( ) bola sepak itu dilucutkan daripada pasukannya kerana dia sentiasa lewat menghadiri
latihan.
a. pemain b. memain c. bermain d. permainan

3. Adik yang ( ) itu selalu merajuk apabila diusik.


a. pemarah b. kemarahan c. memarahi d. bermarah.

4. ( ) itu dibeli oleh ibu kelmarin.


a. menyapu b. penyapu c. sapu d. sapuan

5. Dia sedang ( ) sayur itu.


a. penyepit b. menyepit c. tersepit d. bersepit

6.Ali menangis kerana dia ( ) ke dalam longkang.


a. menjatuh b. jatuh c. terjatuh d. kejatuhan

7. Ibu membeli ( ) kepada adik.


a. bermain b. main c.permainan d. memainkan

8. ( ) nya dalam menyelesaikan masalah ini amat menakutkan kami.


a. tegas b. ketegasan c. penegas d. penegasan

9. Semua ( ) bantuan kewangan perlu mengisi borang tersebut.


a. memohon b. permohonan c. pemohon d. kemohonan

10. ( ) Ali untuk melanjutkan pelajarannya ke universiti telah diluluskan.


a. memohon b. permohonan c. pemohon d. kemohonan

11. Orang yang miskin boleh ( ) bantuan kewangan daripada kerajaan.


a. memohon b. permohonan c. pemohon d. kemohonan

12. Bangunan yang ( ) di Malaysia adalah Menara Kuala Lumpur.


a. tinggi b. tertinggi c. ketinggian d. tinggian

13. ( ) penduduk kehilangan tempat tinggal akibat daripada banjir.


a. memperbanyakkan b. kebanyakan c. membanyakkan d. banyakkan

14. Di belakang rumah Azman ( ) sebidang sawag padi yang luas.


a. mendapat b. mendapati c. terdapat d. dapat

15. Ali ( ) bahawa rakannya menipu dia.


a. mendapat b. mendapati c. terdapat d. dapat

16. Ah Weng ( ) tempat yang pertama dalam acara pertandingan menyanyi.


a. mendapat b. mendapati c. terdapat d. dapat
Kata Penegas

1. Encik Koh ( ) merupakan pelanggan setia restoran itu


a. memang b. hanya c. juga d. sahaja

2. Dua orang ( ) mangsa nahas kapal terbang telah ditemui di pinggir hutan.
a. hanya b. memang c. pun d. lagi

3. Hanya merela yang kaya-raya ( ) yang layak menjadi ahli kelab itu.
a. lagi b. pun c. sahaja d. juga

4. Gadis itu ( ) menggeleng-gelengkan kepalanya apabila disoal oleh polis.


a. hanya b. memang c.sahaja d. juga

5. Kanak-kanak ( ) sudah biasa dengan computer.


a. memang b.pun c. lagi d. hanya

6. Sebulan ( ), ayah akan balik bercuti di kampong.


a. juga b. lagi c. sahaja d. pun

7. Kami ( ) akan melancong ke Pulau Langkawi pada cuti sekolah


a. lagi b. juga c. sahaja d. memang

8. ( ) mereka yang mendapat A akan mendapat hadiah.


a. memang b. hanya c. sahaja d. lagi

9. Nenek saya ( ) pandai dalam menjahit baju kurung.


a. akan b. memang c. lagi d. pun

10. Bapa akan pulang dari New Zealand dua hari ( ).


a. sahaja b.pun c. lagi d. hanya

11. Hazel ( ) yang tidak hadir ke sekolah hari ini.


a. pun b. sahaja c. hanya d. lagi

12. Mereka ( ) tahu bahawa Aling yang mencuri pensel Lely.


a. pun b. memang c. lagi d. hanya

13. Setelah menyiapkan kerjanya, dia ( ) pergi berjoging.


a. pun b. memang c. hanya d. lagi

14. Zarina ( ) akan membaca buku selepas dirotan oleh bapanya.


a. pun b. juga c. lagi d. hanya

15. Dia belum ( ) menghantar laporan kerjanya.


a. pun b. lagi c. hanya d. juga

16. Saya ( ) akan pergi ke Zoo Negara bersama-sama mereka.


a. pun b. juga c. hanya d. lagi

Anda mungkin juga menyukai